Semalam | fasihah.com


January 30, 2012

Semalam

Rasa baru semalam belajar berjalan.
Bermain-main bersama kawan-kawan.
Bergelak ketawa, ke sekolah bersama, rasa macam baru semalam kenal jiran.
Tak sangka dah 22 tahun berkenalan.




Yang perempuan ramai yang makin cantik.
Yang lelaki ramai yang makin segak.
Kalau bukan sebab ada yang melangsungkan perkahwinan, nak berjumpa kawan-kawan sekampung memang payah.
Namanya sahaja sekampung, tapi susah nak berjumpa.
Almaklumlah, ada yang dah bekerja, ada yang dah berhijrah ke luar, ada yang merantau dan ramai juga yang masih belajar, oh itu samalah macam saya.


Seronok sebenarnya bila dapat berjumpa rakan-rakan yang bersama-sama membesar di sekolah rendah.
Sungguh, zaman inilah zaman yang paling menyeronokkkan.
Menerokai zaman kanak-kanak memang bahagia.


Semoga semalam yang dilalui mencorakkan perubahan kepada hari mendatang dengan kebaikan dan pengajaran teman!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

4 comments:

starzieti said...

rndu kat kawan2 masa belajar. masing2 duduk jauh. tatau bile dapat jmpe. :(

Kakzakie said...

Kawan kakak ada yg dan ada cucu tau sebab dia menikah masa usia dia masuk 14 tahun. Anak dia macam adik kelihatnnya...

sergeant keroro said...

dah lama tak jumpa kawan-kawan lama :)

Solihin Zubir said...

zaman kanak2 mmg nostalgia..

paling best bila dpt jumpa kwn2 yg dah berpuluh tahun x jumpa..

mesti tersenyum sendiri lihat perubahan masing2..
kdg2 smpai ada yg tak cam lgsg..