Adik Nur Fazrina | fasihah.com


May 8, 2009

Adik Nur Fazrina

08 Mei 2009

Aku tak sangka hari ini aku mendapat khabar yang tak berapa baik dari Acik. Pagi tadi, acik call dalam pukul 7, dia kata, cikgu Hafizi call dia, minta tolong drive kereta sampai hospital Klang. Anak cikgu kat ICU, sakit. Bila aku dengar cukup simpati, selepas mematikan panggilan,aku terus menulis mesej untuk cikgu Hafizi dan cikgu mengucapkan terima kasih. Dalam hati aku,aku sentiasa berdoa dan cukup bersimpati atas apa yang menimpa cikgu dan keluarganya. Anak sulungnya terlantar sakit, padahal dia kecil lagi, tapi siapa sangka, kesihatannya tidak sebegitu baik. Acik kata, cikgu penat dan tak larat nak drive, pasti cikgu sangat risau dan tak tentu arah. Ibubapa mana yang tak sayangkan anak, lagi-lagi anak nya baru sahaja berapa tahun bersama mereka. Kecil-kecil lagi sudah diuji oleh Allah, pasti nanti dia menjadi anak yang menanti ibubapanya dipintu syurga..InsyaAllah…

Nur Fazrina bt Norhafizy; Umurnya baru 3tahun, semalam baru dimasukkan ke hospital, sekarang berada di ICU,Hospital Ampuan Rahimah,Klang.. Ibunya teramat sedih,menangis dia bila melihat anaknya yang terlantar sakit. Adik Fazrina mengalami kompilikasi yang agak parah..tekanan gula dalam darahnya tinggi hingga menyebabkan otaknya tidak boleh berfungsi disebabkan oleh badannya yang lemah.

Dalam jam 2.30 lebih tadi,aku keluar sebentar untuk membawa mak aku pergi membeli barang di Speedmart, Acik kata,dia dah nak balik dari hospital. Tapi,bila sesampainya di rumah, aku mendapat mesej, Acik mengatakan yang dia dengan cikgu tak jadi balik lagi kerana adik Fazrina dah tenat, waktu aku menulis ni, ada 3doktor sedang merawat adik Fazrina. Sungguh, kalau aku dah dapat lesen,aku pergi melawatnya di ICU tadi,tapi sekarang ni,aku hanya ada lesen terbang, semalam baru test jpj.. aku sangat bersimpati atas apa yang terjadi,pasti cikgu Hafizi sangat sedih,tapi aku tahu, dia pasti kuat untuk menghadapi semua ini..

Kawan-kawan,sama-samalah kita berdoa agar adik Fazrina pulih semula seperti sediakala..Semoaga doa kita dapat mengurangkan rasa sakit dan bebanan keluarga cikgu Hafizi..

Sebagai bekas anak muridnya, aku cukup simpati terhadap cikgu Hafizi, dia seorang guru yang amat berdedikasi..

04:19 pm
Berita terbaru, adik Fazrina akan discan otaknya, doctor kata takut ada jangkitan kuman di otaknya,kerana otaknye membengkak. Sama-samalah kita doakan adik Fazrina selamat..

FasiHaH:sedang ternanti-nanti berita selanjutnya. 04:20pm
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

4 comments:

asamboyz90 said...

semoga adik fazrina sembuh seperti sedia kala...
insyaALLAH....

sitinoramira said...

omg...
hope she get well soon...
insyaAllah...

Ikmal Arif Azami said...

god willing everything gonna be fine...
erm..
ujian dr tuhan kan..
moge cikgu dpat tempuh dgn kuat...

n untuk adik nur fazrina..
moge kuat untuk menempuhi semua ini..
keajaiban tuhan kite tak tau...

same2 kiter berdoa...
insyaallah.

Fasihah Supian said...

ye...marilah kita sama2 berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan adik nur fazrina dan juga berharap agar cikgu hafizi terus kuat menghadapi semua dugaan ini..ameen....