May 31, 2012

Hati Ini Milik Siapa?

#Tajuk mesti kena menimbulkan tanda tanya. Baru boleh merancakkan jari-jari mengetuk keyboard pada waktu orang sedang lena ataupun pada ketika manusia sedang berjumpa kekasih hati yang sungguh dekat dihati. Ya, sudah semestinya DIA.


Tangan menyentuh skrin di hp. Sentuh sentuh dan sentuh. Haiz. Tak ada channel yang seronok ke sebelum masuk tidur ni. Monolog dalam hati.


"Ramai orang selalu kata, bila dia bermasalah, bila kita cuba nasihat, dia akan kata, kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak berada di tempat aku."


Ok, macam best ni nak dengar.


"Tapi kita lupa, setiap daripada kita ujiannya berbeza-beza. Dan barangkali juga kita lupa akan takdir untuk kita dan tadbir kita yang tidak diurus dengan betul." 


Semasa mendengar ceramah ustaz tersebut, ada seorang wanita menelefon dan menyatakan masalahnya. Poligami. Betapa dia rasa sakit melihat suaminya dengan madunya. Terasa tersisih. Barangkali, ini memang satu topik yang sangat sensitif bagi setiap wanita. Tapi saya seronok dengar ulasan dia.


"Saya mungkin tak layak untuk beri nasihat kerana saya tidak berada di tempat tersebut. Cuma, cuba semak semula carta hati kita. Sebagai seorang isteri, siapa carta hati pertama dalam hati kita? Mungkin ada silap, bila terlalu sayang pada suami, meletakkan suami tempat pertama dalam hati, bila jadi begini, itu yang mula marah, rasa tak bahagia, sedih, sakit hati. Kalau hati kita, yang paling aula ialah ALLAH, diikuti RASULULLAH dan kemudiannya baru SUAMI, sakit itu tak sepedih meletakkan suami pada yang aula. Puan masih boleh berbahagia bila puan sedar, dalam hati puan yang pertama adalah DIA. Bilamana puan rasa sedih kerana suami bersama madu puan, puan boleh berbahagia kerana puan punya lebih masa bersama dengan DIA."


Carta Hati


Allah...sungguh. Sebenarnya, kita bukan tak boleh mencari bahagia, cuma kita sendiri tak sedar bahagia itu di mana dan bagaimana untuk capai. Kalau kita tak boleh beri bahagia pada diri sendiri, bagaimana kita nak beri bahagia pada orang lain?


Dan bahagia pada diri itu sendiri apabila kita ada rasa syukur dan ikhlas, dan kesemuanya itu sandarkan pada DIA. Tapi, bila tanya diri sendiri, tahap mana syukur dan ikhlas kita berhari-hari?


Sungguh, banyak sungguh kelemahan pada diri kita ni kan?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 27, 2012

Semalam Yang Berdarah


Fuh, gaya macam sasterawan.

Accounting Students kalau cukup masa jawab semua soalan memang hebat hey!

"Sedih gila wey. Soalan 5. Semua nak statement. Tak cukup masa kot. Ramai yang menangis tadi dalam hall."

Masih mendengar dan memandang aku yang sedang berkata-kata dengannya.


"Aku, Yalin dengan Jiha balik tadi, kat parking tu menjerit. Stress."

Dia masih mendengar lagi.



"Lagi lah memang nak rasa sedih tadi, bila salam Madam, cakap, susahla madam, tak cukup masa. Madam usap kepala pastu cakap jangan nangis ye."
Masa tu kelopak mata macam dah mula ada air yang menari-nari.


Dia berkata, "eh, kau dapat wireless kan? Aku ada benda tag kau tadi kat fb. Cuba kau baca."


"Benda baik ke apa?"

 

"Bagus kalau kau baca sekarang. Cepatlah baca."




"....and you failed.So?" - [@] Hlovatesays.
______________________________
......
Alan mengunyah perlahan.Ditelan.Dia pandang Hadi.Hadi masih juga tak beralih dari pandang kolam. Pandangannya turut ditala kea rah yang sama. “And Nabi Lut failed to have his wife to be with him against the wrongdoers.” Mulutnya menutur tanpa dipinta.

“Nabi Musa and Asiah failed to convince Firaun untuk beriman.” Hadi melontar lagi cebisan pita bread pada penunggu-penunggu yang galak menanti.

Alan tarik nafas panjang. “And Rasulullah failed to convince Abu Talib untuk mengucap syahadah.” Tertahan dia melepaskan nafas dari dada yang terasa sesak.
...
 
 
 
the rest is HERE you can read it. 



Tapi memang terkena. Hlovate. You are always the best motivator to me though it is just through all your sayings and stories. I adore your way of writings and motivation. Thanks Hlovate. (T___T)
 

And thanks to Fiza too coz you made me realized that we are just having little difficulties as compared to our Prophets and his companions long time ago.


Apalah sangat dugaan kita hari ini, baru dapat markah CAM sikit dah lemah. Dah gelojoh kata give up.
Common. This is all learning process. And we are not alone. Ya, Allah is always there. :)




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 25, 2012

Terikut Yang Tertingkat

Mangkuk Tingkat Curi Dari Gugel

#EH


Terikut-ikut lepas baca Mangkuk Tingkat sebenarnya.

 
Sempat lagi kau kan Seha, paper lepas ni 2hari berturut pun kau sanggup tilik novel tu. Bukan setakat tilik lagi dah, dari epilog tu lagi kau baca kan. Ish ish ish. Parahla kalau setiap kali lepas exam nak kena ada leisure time dulu. Kena endure dulu rasa kesakitan hati tak terbatas lepas jawab paper accounting. Lepas jawab paper accounting memang akan ada rasa itu.


Rasa nak menangis.
Rasa stress sikit.
Rasa geram dengan diri sendiri sebab tak sempat habis buat.
Itu saya lah.
Iyalah, saya mana bijak sangat pun macam Alkhawarizmi.


Jadi, boleh pula balik-balik lepas exam petang tu buka puasa. Malam patut boleh da nak buka buku, tapi buka laptop cari folder Battleship. Haiz parah ni. Ingatkan habis battleship nak buka buku, pergi kacau kawan baik punya pasal, dapat buku novel. MANGKUK TINGKAT. Dan saya pun tak tersabar-sabar nak baca.

 
Memangkan, tak boleh bila orang kata cerita tu best, cepat je nak baca laju-laju. Kan bagus kalau orang kata, buku teks tu best. Mesti saya akan baca buku teks laju-laju juga. Eh iyeke? Paling tahu, bila buka buku teks, tak lama lepas tu mesti bergayut-gayut dengan Mr Boyfie. And my boyfie is just right by myside, toleh kanan je nampak dia. That's my PILLOW. Itu memang cabaran besar bila study dekat bilik. Barang kali kena letak tanda X besar-besar warna merah dekat tilam kut. -____-''


Tapi, saya sukalah baca mangkuk tingkat. Sebab ada PILOT. hehehehe Walaupun saya langkah banyak mukasurat. Sebab saya bercadang untuk memiliki mangkuk tingkat oleh Faziela tu. Bolehlah feeling habis baca buku sendiri. haha Tapi, lepas baca saya dah mula berimaginasi. -____-''

Tiba-tiba rasa nak pertimbangkan lamaran atok sedara yang nak buat saya jadi menantu pada anak dia. Haha Sebab, cucu dia tu PILOT. Rasa macam segak juga kan?
Itulah bila otak asyik fikir main saja, lain dah fikirannya. Dah kau fikir calon suami pulak kan. Ish ish. Geleng-geleng kepala. Tapi betullah, kita mudah terikut-ikut. Terikut-ikut jalan cerita iamginasi.
 

Lepas baca buku cerita Alice in Wonderland, mulalah teringan jadi Alice. Bila baca Mangkuk Tingkat, mulalah nak cari calon PILOT. Eh. Mula lah nak bayangkan PILOT yang beruniform segak. Mulalah bercita-cita nak jelajah seluruh dunia. Bila dapat PILOT. Wah, boleh buat tajuk novel ni. "Bila dia seorang PILOT dan aku CO-PILOT nya."
 

Mula dah nak mengarut. >.<''


Ramai lelaki baik sudah ada yang punya. Oh itu fakta. Lagi-lagi kat UIA ni.. Cayolaa cakap den. =p

 
Kawan kata, Seha stop berangan nak dapat PILOT. haha Tapi lamaran tadi tu dah kena reject awal-awal dah sebab, I kecik lagi lah you. So, mak I dah tolak dulu dah. Seha, remember this!
 



Kadang-kadang tak sirius dengan kawan pun seronok juga apa. Boleh gelak-gelak. Hilang sikit rasa nervous dan stress nak exam. Walau pada hakikatnya, banyak lagi tak cover. T__T


Saja conteng-conteng sini. Nanti satu hari bila dah kerja, buka blog semula mesti terimbau balik kenangan sama-sama masa belajar macam mana. Yang pasti, semalam memang paper berdarah yang dah jadi sejarah.
Kalau nak kata pasal paper accounting, tak pernah pula ada kenangan yang sangat manis masa menjawabnya hey!


Ok, next paper, 28, 29, 3, 6, 7, 8. Another 6 to go. 
Terus melangkah. Melangkah ke meja study. Ya meja study bukan melangkah memeluk boyfie. -___-''
Ya Allah, permudahkanlah kami untuk menimba ilmu.


Bersama USAHA, DOA dan TAWAKKAL pada akhirnya.
Lagi-lagi musim exam ni.


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 24, 2012

The Beginning




24 May 2012
Paper Final Pertama.
Jam 2.30 petang.
Advance Accounting.
Semoga Allah permudahkan kami semua.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 23, 2012

Cemburu



Aku cemburu pada dia.
Ya, pada dia yang dapat menggapai impian dengan sokongan ramai. Tika saat aku mendapat khabar yang gembira dahulu, aku terpaksa lupakan kegembiraan aku demi kegembiraan orang lain.
Tapi hari ini, dan telah berkali-kali aku sentiasa diburu rasa cemburu.


Bila orang lain yang melakukannya, kau sangat suka.
Kau sokong. Kau tolong. Kau bagi dorongan.
Kenapa bukan masa ketika aku yang berada ditempat itu?


Aku memang sangat cemburu.
Kau selalu sebutkan kejayaan mereka.
Kau angkat kejayaan mereka kerana mereka sekian sekian.


Tapi kenapa semasa aku baru nak memulakan langkah, langsung tiada kata semangat untuk aku?
Kenapa tiada sokongan buat aku?


Sahabat berkata, mungkin ini jalan yang terbaik.
Berlapangkanlah dadamu.


Ya, aku cuba.
Dan aku tetap sentiasa cemburu dan rasa sedikit hiba bila mana aku ditempat itu tiada yang menyokong.
Tapi pabila orang lain ditempat itu, semua berbangga dengan dia.


Allah, lemah sungguh rasa keimanan ini tatkala mempersoalkan hal-hal remeh seperti ini.
Rendahnya rasa keimanan bila rasa cemburu sebegitu.
Mencuba untuk berlapang dada dan menurunkan rasa cemburu yang sangat menebal.


ya Allah ya Rahman. ya Allah ya Rahim. ya Allah ya Latif.


Terus melangkah.
Memandang kebelakang untuk memastikan kesilapan lalu tidak diulang.
Bukan memandang ke belakang untuk mengenang masa lalu yang membuatkan kita rasa jatuh dan lemah.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 21, 2012

Masih Punya Impian

[tumblr]


Setiap orang punya impian.
Setiap orang punya cita-cita.
Begitu juga aku.


Impian masih kekal impian selagi tidak tercapai.
Dan tak semua impian itu manis.
Maksud aku, impian itu mungkin manis bagi aku.
Tapi tak manis bila tak ramai yang menyokong.


Dan aku punya impian yang masih aku kejarkan.
Tapi aku belum punya cukup sokongan untuk aku teruskan impian itu.


Kadang aku keliru, adakah patut aku ketepikan impian aku yang satu ini?
Demi membahagiakan setengah pihak.
Dan kebahagiaan mereka menjadi pengganti impian itu?


"Manusia merancang. Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang." (Ali Imran:54)


Ya, aku merancang.
Dan bagi aku, aku masih menggenggam impian yang 1 ini.
Cuma Allah pemutusnya. Layakkah aku untuk impian itu.
Dan aku akan terus berusaha untuk mencapai impian itu.


Kalau aku mampu untuk berusaha untuk mencapai, kenapa perlu beralah pada awalnya bukan?
Walaupun selepas aku berusaha, pada suatu titik pengakhirannya nanti memang aku tidak capai impian tersebut.
Sekurang-kurangnya aku sudah berusaha untuk mencapainya.
Kenapa mesti terlalu awal beralah?


Jangan mudah bertawakkal kalau usaha pun malas.
Doa sahaja tidak cukup.


Hidup perlu diteruskan.



Fasihah Supian
19 May 2012
8:04pm

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 20, 2012

Dah Nak Rejab!

Doa Bulan Rejab

Buka diari, tengok hari ini, 28 Jamadil Akhir 1433 Hijrah. Allah, cepatnya masa berlalu. Nak masuk Rejab dah. Maksudnya, hari selasa ni 1 Rejab lah. Jom puasa hari Isnin dengan Selasa? 




Banyak kelebihan Bulan Rejab ni. Ya Allah sampaikanlah kami kepada Ramadhan....

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kehidupan Bermula Pada Umur 40?

Selalu dengar tentang Life Begins at 40. Dan hari ini saya seperti faham kenapa. Bila membaca perbincangan di status Ustaz Hasrizal tentang penubuhan institusi kekeluargaan pada usia muda, saya juga berfikir. Kalau ianya menjadi 1 trend, bila kita lihat secara makro, adakah ini suatu yang baik? Kerana saya masih pada pendirian untuk tidak menikah muda. Bukan saya tak suka, tapi saya ada sebab.


Umur Yang Muda Pasti Sentiasa Rasa FRESH

Life Begins at 40.
and
Life's damaged at 22.

Enough said. Cukuplah nak buat saya berfikir bila nampak 22 tu. Apa simbolik dia eh? Bila buka Surah Al-Ahqaaf ayat 15 kan, saya terfikir..

Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Masa mengandung sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila anak itu telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa, "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. sungguh aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim."

Kita tak tahu selagi kita tak alami waktu itu. Mak pun selalu cakap, kita tak akan hargai sesuatu selagi kita tak alaminya. Hmm, kena fikir balik ni, apalah dalam minda kita yang muda-mudi ni kan? Semangat tu berkobar-kobar untuk apa agaknya ya? Sibuk berfikir untuk membina rumah tangga? Atau semangat untuk berjuang? atau... atau?


Pemuda hari ini adalah pemimpin masa hadapan.
Reset target. Reset niat. Reset mind.
Muhasabah balik.
Muhasabah balik.
Kehidupan muda aku hari ini, ke mana kita nanti?
Untuk siapa kita buat dalam kehidupan ini?
Dan untuk apa kita buat dalam kehidupan ini?


Berjalan, melihat dan mentafsir. Gunakan usia muda sebaiknya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Muda tak jamin kita hidup lama.


Dan aku, aku masih memilih jalan ini.
Jalan untuk berbakti pada kedua orang tuaku dahulu.
Bahagiakan mereka selagi mereka masih ada.
Kerana aku tahu, terlampau banyak dosaku terhadap mereka.
Berbakti.
Berbakti selagi mampu.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 13, 2012

Empowering The Muslimah, Inspiring The Community (",)


Memula nampak kat Page Aiman Azlan.
Lepas tu my bestie post kat wall.
Bila tengok ada Sis Yasmin Mogahed.
Before this just subscribe to her daily updates.
So, I think this is a good opportunity to grab!!!

So, my lovely junior Nik Ridhwanah.
My beloved best friends, Nurhafizah, Najihah Azmi.
Same goes to Dalily, Anis Ishak, Hanisah, Afiqah.

JOM!!!

Juga untuk semua pembaca muslimah blog ni...JOM? ;)



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Beruntunglah Mempunyai Kawan-kawan Yang Comel

Cukup membuatkan hati terhibur bila buka emel, dapat slides, tengok slides terus sengih-sengih pastu gelak-gelak sorang. Stress fikir ayat assignment hilang kejap. Haha comel betul kawan-kawan aku ni. Malas nak cakap banyak. Banyak sangat keje nak setelkan. Tengok slide bawah ni.



 Ok, continue with all the works. 
hailaa...kawan aku sorang ni... 


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 10, 2012

Kerana Kita Sahabat



Sahabat,ayuh melangkah bersama.

Hari ini aku belajar sesuatu.
Semalam sahabatku juga berkata tentang itu.
Dan hari ini aku faham tentang satu pelajaran yang mungkin tidak diajar di dalam kelas. 
Tapi aku belajar melalui kehidupan di mana tak semua orang itu bertuah dan tak ada manusia pun yang PERFECT.


Membatu dan terfikir tentang dia, kita dan kami merupakan sahabat.


Sahabat. 
Kalau hari ini kau menangis kerana gagal, tak bermaksud kau akan gagal selamanya. 



Ya, aku dan kami yang lain mungkin tidak merasa berada di tempat itu. Dan ujian setiap kita lain-lain. Ujian bertimpa-timpa ke atas kamu sahabat. Selepas satu kesedihan ditambah lagi satu kesedihan. Ya, pasti perit rasanya menahan rasa sedih. Aku juga rasa sedih melihat air mata yang menitis. Terasa bagai aku juga gagal menjadi seorang sahabat kepada kamu.


Kita boleh ketawa bersama, tapi adakah kita mampu menangis bersama bila mana tika waktu itu kita sedang gembira manakala sahabat kita sedang berduka?


Ya, itulah pelajaran aku semalam. Dan inilah juga pelajaran aku hari ini. Tentang satu sifat manusia. Human Behavior.


Mengimbau kembali cerita 3 Idiots.

"Our heart sank, not because we were last but because our friend had failed!"

Tapi, bila mereka ketahui bahawa Rancho(Amir Khan) mendapat tempat pertama, Farhan dan Raju lebih sedih. Kerana apa?

"If your friend fails, you feel sad, but, if you friend comes first, you feel even more sad!"

Sahabat, kau bukan keseorangan.
Masih ada waktu untuk kita berusaha.
Perjalanan bukan berhenti selepas satu kegagalan.
Tetapi kegagalan merupakan satu permulaan lembaran baru dalam kehidupan.


Sahabat, kamu mesti bangkit.
Ayuh kita bersama-sama menggapai impian,
Melunaskan cita-cita.


Aku, kau, kita?
SAHABAT.


Jangan malu untuk berkongsi masalah kerana kita sahabat.
Jangan kedekut untuk berkongsi kerana kita sahabat.


Dan selama ini mungkin aku juga ada salah kepadamu wahai sahabat kerana tidak menjadi sahabat yang baik. Aku berharap agar kau bangkit. Dan kami sedia menghulurkan tangan kami untuk menggenggam erat tanganmu. Kami bersedia memberikan bahu kami tika kau sedih. Dan kami berharap agar kita sama-sama gembira tika mana kau gembira.


Aku?
Kau?
Kita..
kan SAHABAT.
Bersahabat biar sampai ke syurga. 
InshaAllah.


Kesat air matamu, mari kita melangkah bersama untuk berjaya.
Bukan setakat di dunia,
Tapi juga untuk bekalan ke sana.


Dari hati sahabat untuk sahabat.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 9, 2012

Words of Wednesday : LUCKY


Cuba tengok Surah Ali-'imran ayat 54.
Have a nice day! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 8, 2012

FOCUS, TARGET & REWARDS

.Some wants to be a smart student.
.Some wants to be a brilliant student.
.Does it makes any difference?
.Hehe Sometimes I got confused between the SMART and BRILLIANT.


By the way, the intro does show me that I am not in a well-thinking-mind. Not so rational. Such having a chaos life. How bad a Muslim student with such chaos life. -.-'' Arghh. Banyak nya assignment. Tak leh nak pretend cool lagi dah. rasa macam cool je ayat awal tu speaking kan. Dia akan tetiba macam-macam hebat gila speaking bila in the state of a little bit unconscious mind. Selalu macam tu. Speaking without deep thinking. Seha seha..


By the way, saya nak share sesuatu sebenarnya. Sebab saya rasa masa ni, semua kawan-kawan saya dan saya memang tengah berhempas pulas dengan assignments, projects, quizzes, presentations. Yes, our final exam is just around the corner. How I wish to start my revision early. -.-''


FOKUS

Senang ke nak fokus ni? Bila nak buat assignments, pulak kena cari article dekat internet. Ahh kena online. Ingat senang nak Istiqamah cuma cari artikel ke? Saya pun student. Saya tahulah. Ingat saya baik sangat ke? Skema sangat ke? Nak cari article, bukak browser, lepas taip apa yang nak dicari kat Google, paling tak pun, mesti buka lagi 1 tab, Facebook. Tak pun, Blogspot. Tak pun, Twitter and so on. Tapi saya tabik sangat sapa yang dapat Istiqamah dalam menyelesaikan tugas tanpa rasa nak buka itu semua walaupun wireless terlebih excellent status nya. Wahhh. Adore sangat tau!


Weapons of Mass Distraction by Productive Muslim

Bukan setakat buat assignments, apa pun, bila rasa macam betul-betul ada PRESSURE, barulah kita mula FOKUS. kan? Kalau bukan esok pagi kena hantar assignment, tak adalah malam ni kita fokus kat assignment tu kan? Kalau bukan kejap lagi nak kuiz, tak adalah kita study sungguh sekarang. Sebab apa? Sebab ada pressure yang menyebabkan kita fokus.




Jadi, kita perlu melakukan sesuatu! Ya kita mesti bertindak! 

Kalau bukan sekarang nak mula ---> melambat-lambatkan kerja ---> semua beban kerja berkumpul pada satu-satu masa ---> STRESS ---> cepat marah ---> orang yang sedang marah, syaitan senang nak kawal emosinya. (syaitan yang kawal emosi, bahaya tu!)


Haa, bahaya kan? So..

Kalau FB penyebab hilangnya gangguan menyiapkan assignment, pastikan tiada connection internet semasa anda membuat kerja. Kalau ada application PomLife Lite di smartphone boleh turn ON untuk mendisiplinkan diri kita membuat kerja. Application PomLife Lite ni bagus tau, kita rasa macam masa yang ada dah nak tamat, jadi kita ada sedikit PRESSURE yang boleh membantu kita FOKUS. 


So, start now, with Bismillah


Source: lovewithoutlimits

TARGET

Buat TO-DO-LIST harian untuk tahu TARGET apa yang kita nak laksanakan hari ini. Berjaya nya kita mencapai TARGET, mungkin kita boleh set sendiri 80% ke atas. Dan bila kita buat TO-DO-LIST ni kita kena pastikan kita memang nak buat dan nak selesaikan. Jangan cuma list semata-mata tanpa apa-apa tindakan. Kalau buat list sahaja tapi tak tahu nak laksana, tak guna juga. 


Kita setkan cut-off kita, berapa peratus minimum yang perlu kita capai. Sesuai dengan keadaan kita. Kalau hari tersebut memang sibuk, mungkin cukup hanya sekadar 60% tercapai dan sebaliknya. (cut-off tu audit sangat kan)


To-do-list saya untuk hari ini.

Moga Allah permudahkan urusan saya dan semua kawan-kawan esok hari. Jangan mengeluh atas kerja-kerja yang ada ok kawan-kawan. Cuba selak sikit Al-Quran, baca terjemahan ayat 286 Surah Al-Baqarah tu. :)


REWARDS

Orang yang bagus, dia tak payah susah-susah nak puaskan hati dia dengan pergi cinema, makan besar lepas siap buat assignment. Sometimes, just short break is enough. Chit chatting with your bestfriends also an awesome way. Those good people knows, the best rewards will be in the here after if our intention is correct. Isn't? ;)


So, what are you waiting for? Start our work now! Let us make our day productive!!




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 2, 2012

Random-Me

.The best MEMORIES comes from the craziest idea.

Time really left us so fast. Today, it is already in Wednesday. 
What a "pleasure", my final exam only about 22days left.
What a "pleasure" project, assignments, presentation still not finished. 
There are so many things have not yet done. And what? 
I am planning to go back this weekend?
Sometimes, monolog can make myself miserable.


This is random. Totally random.
No main point that I want to highlight.


My bestie asked me to make an entry for our memorable week last week.
Still I haven't done for it. Feel like, me. Rushing for many things.
And what a  'pleasure' when I was presenting the case today got so many questions attacked by that man.
A man that really made me lost my confidence and logical.
It happens when I was over-control my emotion.
Yes. I feel so furious with that man.
Fine lah, ko hebat sangat kan... Fine, ko menang hari ni.


Fuh, that is really not good. Speak with the madness. too emotional.
Sometimes we have the feel to share.
And what?
Different people, different principal.


Some with the principe, If you don't know, say you don't know don't make any assumption.
But, some, they cannot accept answer of 'I don't know'.
Yeah, that's what the world is all about.
Everyone has their own opinion.
Freedom of speech.
Yaaa freedom.
but,
Freedom has limit.
Islam provides guidelines.
Everyone wants freedom.
But the freedom itself has a limit.
Don't be to0 exaggerated. 


Changing for a better person isn't a crime.
Find knowledge.
Read books. Read beneficial material.
Read Al-Quran. Read the translation.
Go to majlis ilmu.


We are here, not only for Dean List friends.
Appreciate the value.
Don't praise for A only.


Dunia itu dicela bersama isinya kecuali orang yang mengingati Allah dan apa yang Allah sukai serta yang berilmu ataupun orang yang belajar. -Riwayat Ibnu Majah-

TERIMA KASIH SUDI BACA^^