Sepanjang Seminggu Yang Dah Berlalu | fasihah.com


April 17, 2012

Sepanjang Seminggu Yang Dah Berlalu

Biarkan gambar berbicara. Banyak cerita. Cuma tak punya masa hendak bercerita. Ada duka, ada gembira, sama juga dengan cuaca sekarang, kadang panas terik, kadang hujang lebat tiba-tiba. Kita yang mencorakkan kehidupan kita hendak yang bagaimana. :)


Report Projek Public Sector Accounting
Akhirnya, lega. 1 perasaan bahagia bila report telah selamat dihantar kepada lecturer. Menghadap report ni sampai tak tidur malan, jadi fotografer tak bertauliah, ambil gambar pencemaran sungai. Sungai mana? Sungai Gombak dengan Sungai Klang. Tapi tapi, tapi betullah, dah bersih sikit. Harapnya betullah dorang memang nak bersihkan sungai-sungai tu untuk jadikan tarikan pelancongan. Pepagi bangun lepas solat semua, terus on printer. Print. Nasib baik printer baik pepagi ni. Mungkin sebab dia tengok tuan dia bangun awal pagi kot hari ni? hehe




Itulah, ada orang kata, tak boleh berikan komitmen bila banyak kerja. Tipulah, sibuk mana pun kita, tanggungjawab pada DIA tu, tak adanya boleh tolak tepi. Sibuk mana pun kita, tak dapat berhujung minggu bersama keluarga, jangan sampai jadikan alasan sampai langsung tak contact orang tua. Hp tu selalu tak tinggal, jangan kedekut nak call mereka tanya khabar.. Kan? Barulah rasa manisnya walau pun sibuk. :)






"Life is like a sea of fish, You'll never know what you're going to catch!" -MFM





Kadang-kadang dan yang sebenarnya, kita hanya betul-betul menghargai masa bila kita sibuk. Sedar tak? Dan sibuk itu tak sepatutnya menjadi alasan untuk kita tak menunaikan kewajipan sebagai hamba. Tapi, bila sibuk kita selalu mengeluh. Kadang tu, rasa macam kita je yang sibuk. Cuba berurusan dengan orang-orang yang sibuk juga. Barulah rasa betapa sebenarnya ada orang yang lebih sibuk! Bukan senang nak bertemu bila masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.



"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya."
(Al-Baqarah : 286)



Cuma, kadang-kadang bagi saya, kita perlu untuk menggunakan masa rehat yang ada sebaiknya. Kalau kawan rapat yang berada di sisi, kita spend time dengan kawan rapat. Lakukan aktiviti berfaedah. Umur bertambah, biasalah kurang tidur tu. Asalkan, masa yang ada biarlah digunakan sebaiknya. Sesekali pekena MFM pun seronok juga.^^




Bila rasa penat, tiada tempat mengadu, mengadulah pada DIA yang maha mendengar. Tapi, kadang-kadang kita cuma perlukan seseoarang untuk mendengar cerita kita. Jadi tak salah rasanya berkongsi dengan kawan rapat. ;)

Bila rasa penat, rasa macam nak putus asa, cuba pandang alam semulajadi. Lihat pohon-pohon, gunung-ganang, langit yang terbentang luas. Sungguh pasti akan rasa tenang. Rasa macam segala beban tu hilang sekejap. Kenapa? Dan saya pun baru faham kenapa kita akan rasa lebih tenang bila memandang semua itu, kerana mereka adalah ciptaanNYA yang tak pernah berhenti berzikir...Sebab itu kita rasa tenang. So, kenalah selalu berzikir kalau nak orang pandang kita rasa tenang. hehe

Ok, hari Rabu masa cuti umum tu memang the best time! To our dearest sista kat Ausie, sis sarah! hehe Jangan jeles ok? For the whole day, our job is eat, eat, eat and eat! We cook, and we eat. We shop, we cook, we eat. But! Don't ask where did we cook. It is a secret! Top secret. hehe So, just enjoy the pictures~


We have salad made by Yalin. We have cupcakes by Niez. We have hot lemon tea made by Jiha. We have tomyam seafood made by Fiza. We have what else? we have ice-cream!! yaaa ice-cream! We have taufu and crab goreng at night before went to bed. Yaaaa, we are sooo full for that only public holiday! heehee OHSEM!!

Ok, sarah, nanti you dah balik Malaysia kita cooking sama-sama ok! You dah hebat kan masak sejak merantau ni kan.... Dun forget, come back with souvenir for us! =p


There are soo many pictures of life, It is only the matter for a memory. Do we value every second of our life with beneficial things?




The 2nd final mid-term done last Tuesday. How was it? It is SUPER OHSEMNESS -.-'' I hope you guys understand what is the meaning behind that fact.




Not to forget, my PA. haha Fiza, jangan marah ok! My driver, Jiha. tapi lupa nak snap picture masa jiha drive keta. Ni fiza yang tengah pilih menu. Sebenarnya pura-pura pilih. Sebab kan sebab, sebab dah decide dah nak pilih menu apa sebenarnya.hehe^^



my group project, Wahid, Fiqa and Izzah. Meredah Sungai yang smelly. Semoga usaha diberkati.hehe
my PA fiza, kawan berbicara dari masalah negara sampai ke hati dan perasaan. 
Dan Jiha, the best driver ever. Yang penting googlemaps! Tak perlu GPS!hehe


.Done for another hectic week.


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Rozuan Ismail said...

Ya Allah, kenapa makanan itu sgt sedap??

fiqas said...

semua makanan tu buat saya lapar..