Rasa baru semalam bersama mereka. Seronok. Mereka kanak-kanak lagi. Mereka tahu apa? Main main main. Tapi mereka sangat menghargai kehidupan bagi saya. Mana tidaknya, nampak sungai, walaupun sungai itu sangat kotor, warna dah macam tehtarik, masih dia memujuk kami untuk terjun sungai. Mungkin itulah kehidupan mereka.
Nampak biawak, dipaksanya kita suruh ambil gambar. Kalau kita, ada kita kisah biawak tu nak berenang ke apa dalam sungai? Sungai tu, jangankan kita nak terjun mandi, nak sentuh airnya pun belum tentu bukan? =D
|
Anak-anak Orang Asli (Fazmen-Abang-Ramzani) |
Masih terasa bahang kepenatan mengejar mereka. Tapi terselit rasa puas. Ada orang tak mahu dekati pun mereka ini. Katanya orang asli mundur. Katanya orang asli tidak mahu berubah. Katanya orang asli hanya duduk di hutan.
Jadi, dalam berprogram bersama mereka, banyak sebenarnya keistimewaan mereka ini. Antaranya hyperaktif, pandai melukis, cintakan alam semulajadi, cintakan haiwan. Itu pasallah, nampak sungai dia nak terjun, nampak biawak sibuk berlari nak lihat dengan lebih dekat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kak Nisah : Abang, abang nanti belajar rajin-rajin, jadi budak pandai tau? Nanti boleh masuk U.
Abang : (mengangguk)
Kak Nisah : Nanti bolehlah abang masuk UIA.
Abang : Eh, mana boleh masuk UIA.
Kak Nisah : Hah? Kenapa pulak tak boleh?
Abang : UIA kan untuk orang Islam.
Kak Nisah : Hmmm, abang masuklah islam. Abang tak teringin nak masuk Islam ke?
Abang : Abang memang nak masuk Islam. Tapi bapak tak bagi. Bapak marah sangat kalau abang masuk Islam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allahuakbar. Itu anak orang asli yang baru darjah 6. Menyatakan hasratnya. Dan kami doakan dia agar diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam suatu hari nanti. Moga dia diberikan kekuatan untuk mengucap dua kalimah syahadah 1hari nanti.
Kami terdiam bila mendengar perbualan itu tadi. Saya berfikir sejenak. Sungguh, betapa besarnya halangan dia untuk beragama Islam. tapi, jika kita lihat hari ini, berapa ramai yang benar-benar menghargai Islam yang telah tertulis daripada lahir? Ada yang nak tukar agama. Nak tukar agama di IC. Ada yang nak tukar nama kepada non-islamic. Ada yang nak lari dengan mat saleh dan sanggup tukar agama. Nauzubillah..moga kita tak tergolong dalam kalangan semua itu.
Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk menerima agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya sama dengan orang yang hatinya membatu? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingati Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata. (Az-Zumar:22)
Moga adik Muazzarizam(abang) mendapat hidayah itu suatu hari nanti daripada Allah ya. Kami di sini mendoakan. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi next program.
+ + + + +
Kita bagaimana? Hati kita di mana? sama-samalah kita jaga hati janganlah sampai yang satu ini tertutup. Betapa banyaknya titik hitam di hati. Bersyukurlah kerana lahirnya kita bersama Islam.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^