Selamat petang ladies and gentleman.
Sesetengah masyarakat hari ini masih lagi mengamalkan kaedah perubatan tradisional. Kaedah tu tak salah, yang salah ni, terlalu obses sampai langsung mengutuk perubatan moden. Hal ini selalu berlaku kepada old folks di kampung-kampung.
Nak pergi berurut ke, makan misai kucing ke, tak kisah, selagi halal dan tak menyalahi agama. Tapi yang kadang-kadang buat kita geram, bila taksub sangat dengan dukun, tok moh.
Ni, dah 4 dukun cakap benda yang sama ni. Pak cik ni memang kena sihir.
Demikianlah kata-kata seorang mak cik di atas lawatan ke rumah mereka. Sampaikan nasihat kita langsung dia tak nak dengar kata. Ikut kepala dia sahaja.
Berubat dengan doktor sana tu, kalau sakit cuma SMS dia je beritahu kat mana sakit. Nanti dia urut dari sana.
Allahuakbar. Bila aku dengar, bergetar jantung. Hebat sungguh orang itu ye! Jauh tu, boleh tahu sakit kat mana. Pulak boleh urut dari sana? Tak rasa macam suspicious ke?
Tak salah nak berusaha. Sekarang pun banyak perubatan Islam. Al-hidayah, Darussyifa', Al-Jabar..banyak. Kalau tak nak berubat jumpa doktor ke hospital, pilihlah yang betul cara perubatannya, paling penting tak menyalahi agama.
Macam pernah dengar, kalau kita pergi berubat, dukun tu mintak pengeras RM 75.75 ke, jampi air ke, urut dari jauh ke, macam kita pergi sana, bagi pengeras, nanti kita tidur, dia urut, tu semua tak boleh. Sebab tak tahu dia ubatkan atau urutkan macam mana. Takut dia guna perantara makhluk halus, dah haram tu.
Alahai, perubatan islam banyak dah, pergilah yang dah sah halal. Tak mengharap bayaran, dan hanya menolong untuk berusaha menghilangkan penyakit tersebut. Macam sama tajuk Sunah je. hehe Jangan suka dengan benda tahyul,jin syaitan nie..






