Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

January 24, 2011

Pemain Badminton China Terus Kaya

Salam Semua! Huhu bengang je, buat autopost,dia kat draft lah pulaaaa. Haish, patutlah tak bertukar-tukar lagi entri kat home  nie. Haa, dah tahu hadiah Lee Chong Wei berapa ribu? Kalau dah tahu tak perlu lah baca. Main badminton pun Kaya. itu pasall lah bakat kena asah. Jangan simpan. Orang mana tahu kan kalau tak dikeluarkan bakat tu. Hehe


KEJUARAAN ketujuh milik Datuk Lee Chong Wei menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia dalam acara perseorangan lelaki membolehkannya meraih AS$30,000 (RM91,800) tetapi Skuad China membawa pulang hadiah lumayan RM521,424.
 
Barisan pemain negara itu menguasai empat daripada lima gelaran. China awal-awal lagi menggenggam tiga kejuaraan apabila beregu campuran, perseorangan dan beregu wanita menampilkan semua pemain negara itu.


He Hanbin-Ma Jin meraih hadiah wang tunai AS$31,600 (RM96,696) apabila menundukkan rakan senegara Jiaming Tao-Tian Qing 21-13, 13-21, 21-16 dalam masa lebih sejam pada final beregu campuran.

Biarpun bertemu sesama sendiri, pemain China tetap mempamerkan kesungguhan dengan bermain bermati-matian.


Beregu lelaki, Chai Biao-Guo Zhendong mudah menewaskan gandingan Denmark, Mads Conrads Petersen-Jonas Rasmussen 21-16, 21-14 dalam masa 40 minit.

Gelaran perseorangan wanita milik Wang Shixian yang mengecewakan rakan senegara, Wang Yihan 21-18, 21-14.

China merangkul kejuaraan keempat menerusi beregu wanita Tian Qing-Zhao yunlei yang menewaskan Wang Xiaoli-Yu Yang 21-12, 6-21, 21-17.

Sumber: surat khabar online tadi pagi.huhu

p/s: Tahniah Dato Lee Chong Wei! Uwaa...sok malam exam!!! =___=

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 10, 2011

University Sports Carnival Begins!

Assalamualaikum to all my readers! Eceh, skeaping lah pulak ye kali ni. Ok, ini entri autopost, tuan tanah sibuk sedikit bersukan. Majulah sukan untuk negara! Hehehe Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba majulah sukan untuk negara lah pulak!

Bersukan menyihatkan badan. Amalkanlah kehidupan yang sihat sejahtera ya!

So, jom join FS bersukan! Hehehe

So, selamat bersukan kepada semua pemain, team manager, PM USC, Committee Mahallah, Central dan semua yang terlibat. Unofficial launching of University Sports Carnival dari blog FasiHaH Supian. hehe




Buat players Ping Pong Mahallah Nusaibah, Chaiyok!! Do the best, jangan hampakan harapan Team Manager anda. hehe



Gambar baju players untuk players Mahallah Nusaibah. Warna Kuning! haih..Kalau warna hijau kan best. Hehe





Antara dokumen-dokumen penting yang perlu di bawa ke tempat perlawanan di Female Sports Complex petang ini. Dan antara accreditation card players. Semua di tangan aku. hehe berkuasa pada mereka hari ini.

Kak Didi, Bita, Kak Kienas, Fizah, Bihah!

All the best!


Semoga perlawanan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan baik juga. Amin. Permudahkanlah urusan kami hari ini.

Siapa suka main ping pong? Siapa suka tengok ping pong atau nama glamour nya table tennis, boleh la join sama kat FMC petang ni.

Bakal ada 3 perlawanan untuk hari ini. Yeah! Mari pukul bola ping pong itu! ;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 7, 2010

Malaysia VS Laos

Credit

Ok, aku baru lepas menonton minit-minit terakhir perlawanan Bola Piala Suzuki 2010 kat TV1.

So, apa keputusan?

MALAYSIA 5 - LAOS 1

TAHNIAH MALAYSIA!

:)

  • Gol pertama pada minit ke 4 melalui tendangan Amri kepada Norshahrul yang menanduk bola mengenai tiang gol sebelum bola masuk ke dalam gol. 
  • Laos membuat jaringan penyamaan melalui hantaran kemas Lamnao Singtao yang ditanduk Kimsun pada minit ke-7.
  • Minit ke-39, Malaysia menambah jaringan gol ke-2 melalui hantaran Safiq ke Amri dan Amri menendang bola ke dalam gol.

  • Minit ke-73, Amirul berjaya menjaringkan gol ke-3 untuk Malaysia.
  • Minit ke-76, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol ke-4.
  • 4 minit masa tambahan diberikan. Gol sendiri! Laos jaringkan gol untuk Malaysia.

Majulah Sukan untuk negara.hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^