Showing posts with label USC. Show all posts
Showing posts with label USC. Show all posts

January 11, 2011

Keputusan Rasmi: Pasukan Kami Kalah! Alhamdulillah..

Assalamualaikum semua. Aku baru balik dari kelas UBS. Petang tadi balik kelas terus pergi Female Sports Complex untuk perlawanan Ping Pong Peringkat UIAM (Perempuan) mewakili Mahallah. Semalam peringkat saringan. Alhamdulillah dapat masuk ke peringkat Suku Akhir. Tadi. Sebelum itu, boleh rujuk cerita yang sebelum ni yang kat sini kalau blur. hehe

Secara rasminya. Pasukan aku? Kalah. Alhamdulillah. Kalah sebab apa? 
  1. Sebab dia nak suruh kitorang buat assignment lah tu. 
  2. Nak suruh kitorang belajar. 
  3. Nak suruh kitorang berlatih sungguh-sungguh lepas ni. 
  4. Nak suruh kitorang asah lagi skill. 
  5. Nak suruh kitorang lantik seorang coach pasukan. 
  6. Nak suruh kitorang jangan buat training last minit. ha banyak nya.
Itulah antara kelemahan kami mungkin. Kami juga berjumpa dengan wakil MASUM. Memang hebat-hebat belaka. Padahal kami? Berlatih pun dekat nak USC baru cari pemain. Kalau tengok mereka yang mewakili MASUM memang semua hebat-hebat.

Kata seorang daripada kami, "dia hebat bukan semulajadinya hebat. Tapi dia hebat kerana dia usaha dan berlatih menjadi hebat".

yup, benar bukan? Nak hebat bukan lahir-lahir terus boleh main ping pong bola spinning. Semua itu perlu belajar dan perlu ada yang ajar. Semua itu perlukan kerajinan dan kesungguhan. Matlamat sahaja tanpa usaha sama dengan menanti buah yang takkan jatuh. Kita tak boleh bergantung hanya pada nasib. Ya, aku sedar itu.

Walaupun mereka MASUM, mereka hebat, tapi kita juga boleh jadi seperti mereka. Tak mengapa kalah hari ini. Sebab kalau semua orang nak menang siapa yang nak kalah bukan? Jadi, biar kalah hari ini. Gagal hari ini bukan gagal untuk selamanya kan?

" Verily after each difficulties, there is a relief :) "

Ingat, jangan mudah putus asa! ;)

Terima kasih kepada semua pemain pasukan Nusaibah kerana telah buat yang terbaik untuk team kita, untuk Mahallah. kalah tak mengapa. Ada team yang lebih dahulu kalah daripada kita. Mana-mana kerja yang tak siap tu boleh lah siapkan. Team Manager dah tak sibuk-sibuk nak mesej suh datang training dah pas ni. Hehe





TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 10, 2011

University Sports Carnival Begins!

Assalamualaikum to all my readers! Eceh, skeaping lah pulak ye kali ni. Ok, ini entri autopost, tuan tanah sibuk sedikit bersukan. Majulah sukan untuk negara! Hehehe Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba majulah sukan untuk negara lah pulak!

Bersukan menyihatkan badan. Amalkanlah kehidupan yang sihat sejahtera ya!

So, jom join FS bersukan! Hehehe

So, selamat bersukan kepada semua pemain, team manager, PM USC, Committee Mahallah, Central dan semua yang terlibat. Unofficial launching of University Sports Carnival dari blog FasiHaH Supian. hehe




Buat players Ping Pong Mahallah Nusaibah, Chaiyok!! Do the best, jangan hampakan harapan Team Manager anda. hehe



Gambar baju players untuk players Mahallah Nusaibah. Warna Kuning! haih..Kalau warna hijau kan best. Hehe





Antara dokumen-dokumen penting yang perlu di bawa ke tempat perlawanan di Female Sports Complex petang ini. Dan antara accreditation card players. Semua di tangan aku. hehe berkuasa pada mereka hari ini.

Kak Didi, Bita, Kak Kienas, Fizah, Bihah!

All the best!


Semoga perlawanan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan baik juga. Amin. Permudahkanlah urusan kami hari ini.

Siapa suka main ping pong? Siapa suka tengok ping pong atau nama glamour nya table tennis, boleh la join sama kat FMC petang ni.

Bakal ada 3 perlawanan untuk hari ini. Yeah! Mari pukul bola ping pong itu! ;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^