"honestly, gua paling menyampah tengok orang dok tayang gambar pakwe/makwe kat blog lebey2 sangat, agak2 la nak menayang pon, belom tentu lu orang kawen dengan mamat or minah tu pon.sikit2 sudah"
Demikianlah ulasan dari hati yang tulus mulus CEO Blog Suratan Kebetolan, Encik Nazirul Hazwan. Ulasan beliau telah mendapat beberapa pandangan daripada Majlis Pemilik Blog Malaysia di laman Sahabat Blogger di Facebook.
Aku malas nak ulas panjang lah. Sudah sedia maklum, blog ini tempat untuk apa? Jual buah hati kah? Jual maruah kah? Sendiri mahu ingat ok. Tayang gambar satu dua boleh terima lah. Tapi kalau 1 sidebar penuh gambar pakwe or makwe ape cer? ce citer ce citer. Sekali kena kebas orang baru tahu! huhu [Perlu diingatkan, tak tayang lagi bagus, kalau dah halal lain citer lah der!]
1. Kasihanilah Pembaca Anda
Seriously, aku pun tak suka. Bukan apa, kalau blog tulis personal boleh lah diterima. Tapi kalau semua personal, larat ke orang nak baca? Lagi 1 kena fikir, dah kat blog kau tayang gambar buah hati, gambar kau, gambar pakwe, gambar makwe ditambah dengan entri pasal baby hubby sayang melayang. Orang nak baca pun mual. Apa cara terbaik? Pangkah siap-siaplah.
Ini antara trend sekarang, berpacaran ya? oh pacaran, ibarat tidur tak kenyang, mandi tak lena, makan tak basah. Ada tu apa? Bila pacaran dah macam belangkas, tak boleh terpisah.
Gambar : Macam belangkas Orang Jerman kata. |
2. Kesan Daripada Blog Kepada Pembaca
Apa? Blog personal? Ok, kalau blog personal, sila jangan bagi orang baca. Sendiri-sendiri simpan sudah. Kasi private. Kena ingat kawan. Kita berblog niat it bagi betul. Blog kita ni, siapa baca? Kalau betul private, itu masalah kau. Tapi ada kita fikir blog kita bagi kesan baik ke buruk kepada orang tak?
Orang lewat-lewatkan solat, semata-mata nak baca cerita kat blog kita, kalau betul bermanfaat tak apa. Kalau tak beri apa-apa manfaat pada mereka? Hanya menyebabkan mereka buang masa sahaja, kita pun dapat share tau. Kau dah sedia nak tanggung dosa orang? Dah sedia nak bagi pahala kau kat orang lain?
Lagi, kena ingat, sekarang masyarakat celik IT. Budak kecik pun tahu Internet, Facebook. Sekarang blog pun menjadi 1 trend. Kalau mereka nampak blog kita tayang makwe pakwe, cerita pasal pakwe makwe. Tak takut ke mereka nak ikut. Mereka pun terdorong untuk mempunyai pakwe dan makwe. Contoh baik ke buruk tu?
Kita kalau bagi contoh tak baik, kita pun dapat share juga. Ok fine, kau nak cakap aku ni berlagak baik. Kena ingat kawan, kita kat dunia ni, tak lama. Kalau bukan kita yang perbetulkan keadaan, siapa lagi? Nak tunggu sampai generasi mendatang rosak? Aku pun manusia biasa, tak lepas daripada dosa. Cuma kita sama-sama beringat.
3. Cara terbaik : Kawin
Nabi kata apa? Perkahwinan itu 1 sunnah. So, kalau ada calon, aku nasihatkan, kau kahwinlah awal-awal. Hari-hari boleh tengok dia kan? tak perlu nak tayang kat blog bagi orang lain tengok. Aku tahu, korang dah tahu kan? pergaulan lelaki perempuan ada batas dalam Islam? Kalau tak tahu, bagitahu aku, nanti aku carikan buku.
Kena ingat kawan, kau berpacaran dengan dia, belum tentu lagi dia masuk meminang. Tambahan kau dah tayang-tayang, sekali orang kebas, sendiri susah. Sampai kang ada masuk paper bunuh diri pakwe lari! Kalau betul cerita yang pakwe or makwe hang baik sangat, dia patut dah pi jumpa mak pak hang minta izin nak buat orang rumah. Barulah betul gentleman! hehehe
Ni baru ni Kelantan ada sedia dana siapa nak kawin lagi. Boleh pakat ramai-ramai cari calon Kelantan. hehe Betul lah aku cakap, kau orang kena tahu, gejala sosial inilah masalah problem masyarakat sekarang. Mudah terikut culture orang lain. Ikut yang baik ok, yang tak baik?
Gambar : Kalau nak pasangan baik, kita kena baik dulu. |
Fikir-fikirkan lah.. Selamat beramal! Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Jom tengok apa ulasan panjang lebar CEO suratan kebetolan :)
40 comments:
penuh emosi...:)
thumbs up! ehe~ akak sokong jek~
wah, bagus entry ni!! tok pun kdg2 mnyampah!!! tak suke lah letak gambar pakwe/makwe.. se lagi kalau tak pkai tudung, tmbh dosa plak!!! adoi...
@Sunah Mohammad yea...orang kuat sokong!! :)
@Tok Esah yup, betul Tok esah, kadang, terfikir gak Islam ke just malay? hmmm
aku ade 1 entry sal boipren. kalau ko bace ko muntah darah sebaldi. tp satu tuh jela..lain sume merapu
so..
kite kawan kn?
hehe
setuju ngan Fasihah,privatekan blog kalau nak tayang buah hati,pembaca mahukan info yg memberikan pengetahuan bukannya nak tengok hensem ke tidak buah hati tu.
@Amira Naddia haih..amira..amira.....hehehe still kawan lah! awakkan comel! :)
bdk botak x pernah tyg sapa2, jadi x terasa, he3...
@saiful ada yg setuju rupanya :)
@Budak Botak hehehe budak botak tayang info2 unik je :)
hihi nasib baikkk saye tayang gamba hubby..:P
jemput ke rumah,
http://laydie-dda.blogspot.com
keep in touch ok? ♥♥♥
x moo kawen..nanti cpt mature..hehe;)
Nak tayang gambar boleh tapi jangan melampau. Nanti dah putus tengah jalan mula la keluar entry tragis plak. Heeeeee btw entry ni sangat bagus. Pada yang terasa tu ,jangan cepat melatah. Baca dan phm maksud mendalam yg cuba disampaikan.
sye trus keluar dr blog tu....
sangat menyokong dengan entri ini..=) ~
Ehhmmm...Salam perkenalan. BW dalam blog awak. Nice contents and attractive. If you got time and sudi, bolehlah singgah my blog...
betul2..musuh gua tu gua tak stuju..tapi gua stuju dgn entri nie..=)
FS, den da cilok entry ni sket, hehe
@Dda Ly hubby ke kak??hehe tu tak pe laaaa
rajin ceo naz tu yerk.. hehe
tu la. macam dia sorang pulak yang berkapel. nak bagitahu semua orang.
^^
biar mantap n padat dgn info2 yg berguna..tul x?hehe..
@Mis Rrrr eh, kawin la awet muda...hehehehehe
@SaYraH WonDerLanD hehehe tq sayrah! peace! jangan ada yg terasa.hehehe;)
@Ayuni hehe ayuni, tahu xpa, sakit mata..
@Aziela tq aziela, otw ke sana :)
@Ujang9897 haha kalau naz je, ko boikot habis la yu ujang? sian tul naz.hehe
@nazirulhazwan~ owh Ir Naz, terima kasih tolong promote! ;)
@aibaks dia bz gak sebenarnya..tapi sempat gak dia update blog...
@nulhazwany abdul malik tahu xpe....^^
@niesz ye...sepatutnye la ;)
bagus2 bro naz tu.. bz2 pun sempat update blog.. siap review blog lain.. terbaek!
@~~nUyUL~~ sila-sila tunjukkan sokongan anda.hehehe
setuju dgn entri ni
p/s dtg dr bl0g naz
@aibaks yup, memang terbaik! ;)
@syuwai terima kasih :)
nicee . i share link entry ni ke fb ai ye . hehehe . dan ramai upe nyee yang terasa . ekekeke
@Fatihah Munini فتيحة hehe silakan :)
salam
erk....tak suka juga bab tayang2 ni....
syira tag disini Blog Hijau
@sissyira huhu samela sis..
Post a Comment