Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

March 6, 2012

Blog : Menulis Bukan Kerana Nama

Ada orang fikir, bila kita ada blog ni, kita mesti dapat duit daripada blog kita. Ada orang fikir, bila kita ada blog ni, kita popular. Ada yang fikir, kita berblog untuk duit dan nama semata-mata. Well said.. Tak semua yang kita fikir tu betul, dan tak semua yang betul tu apa yang kita fikir.


"Seha, berapa banyak ko dapat daripada blog?"


"Berapa banyak apanya...."


"Alaaa, tak payahla malu-malu sangat. Kan ko pasang iklan kat blog ko kan. Macam aku tak tahu, ko dapat duit kan.."


"Tak lah, aku tak pernah dapat apa-apa daripada blog aku tu."


"Alaa tak percaya lah dengan ko Seha."



Kalau budak kecik pun boleh berblog, kenapa tak dengan aku?


Well, I dont want to force you to believe in me. It is up to you. Mungkin ya, masa mula-mula macam teruja gila nak tahu Nuffnang tu apa, mungkin pada masa tu rasa hangat-hangat jugalah nak ada banyak income daripada Nuffnang kononnya. Nak ada visitors riban-riban macam blog yang famous amous. Yang pemilik blognya punya banyak likes dan subscribers. Tapi, sirius, itu pada SATU MASA DAHULU.


Dan, memang tak dinafikan masih ada lagi Nuffnang tu ada lagi tiga. Tapi biaq pi lah, jadi perhiasan. Nanti bila betul-betul dah meluat tengok, cheq buang lah. Tapi satu kenapa cheq biaq saja dia kat situ sebab cheq nak tahulah kenapa walaupun cheq tak update, still ada orang datang. Nak tahu, keywords apa yang depa cari.


keywords fasihah.com 29 Feb - 6 Mar 2012


Alhamdulillah, semenjak kemaskini pengisian blog hari tu, tak ada dah keywords yang pelik-pelik. Jadi apa maknanya tu? Maknanya, betapa pentingnya kita berkongsi menyampaikan sesuatu yang baik dan orang nak tahu. Biar menulis dari hati. Bukan komen beribu yang kita cari pun. Dan saya juga tahu, kuasa pembaca senyap itu turut memberikan 1 impak yang besar. Sebab saya boleh lihat, bila saya update tiba-tiba statistik pelawat meningkat double ketika ada update terbaru. Dan saya tahu antara mereka yang membaca adalah kawan-kawan saya sendiri.


Kalau boleh, berblog janganlah sibuk menghina mencaci orang lain. Janganlah menyebar fitnah. Janganlah menyebarkan berita yang tak tahu kesahihannya. Jangan buat pembaca keliru. Jangan buat pencari maklumat keliru. Sungguh, penat nak cari berita yang benar-benar sahih daripada alam maya sekarang ni. =.=''




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 17, 2011

FB : Add As Friend?


Happy evening! Evening ke? Malam ni malam nisfu syaaban kan? Hurm, bukan nak cakap sal nisfu syaaban, tapi agak-agak, buku amalan kita baik ke tak ye? Dahlah selalu buat dosa, astaghfirullahalazim...


-------------------------

Hari ni mengantoklah. Siang tadi pun tak online, sebab kena pi rumah mak cik, ada kenduri. Masyarakat kat sini, ada 1 tradisi, bila nak puasa, ramai yang buat kenduri. Ramai yang pergi ziarah kubur, bersihkan kubur, puasa..


Tapi kalau 1 malam sampai 3 rumah kenduri, mak aih... camna tu?


--------------


Selingan je tu. Bila mengantok kan susah nak fokus, tersasar je, ubatnya tidur. Sat lagi nak tidur. Eh esok ada orang ajak gi Darul Quran. Pulak? Lagi..lari tajuk..


Friends will be Friends by Mindstep

Facebook.

Ada orang suka bila ramai kawan di Fb. Seronok juga kan? Boleh tukar-tukar pendapat. Tambah kenalan pena, dari New Zealand, Kanada, Cairo, Korea ..

Tapi..

Ada banyak Friends Request yang saya tak approve lagi. Jahat ke? =.=''

Kalau ikutkan, bila approve, sekurang-kurangnya, boleh melebarkan empayar dan sayap serta tahap pengetahuan kawan terhadap kewujudan belog ini. [rasa macam ayat tak berapa betul,abaikan.]

Tapi..

Saya setujulah dengan dia ni tentang kalau blogger add as friend di Fb. Yang ini memang selalunya saya approve sebab boleh tengok mutual friend, ramai blogger, approve. Nampak group blogger yang dia join ke, tahu lah blogger. Jadi approve!

Tapi..

Jap, bukan nak perasan ye. Cuma, ramai yang add tanpa ada mutual friend, atau setakat 1 2 orang yang tak berapa mutual. Maksudnya, kalau ada 4 mutual friend, tiada unity di situ. Kalau 4 mutual friends, empat-empat bloggers, no doubt, approve. Tapi kalau sorang budak kenal kat program, sorang junior, sorang lagi kilang kerepek, haiz...

Lagi parah bila mutual nya seorang je, pulak yang tu kita pun tak berapa kenal, kadang junior ke, kawan baru ke, dan akhirnya tak berusik. Terbiar sahaja notification tu.

Kadang, tak nak approve, bila tengok wall, mak aih, banyak dia like dari belog aku. Baru faham, silent reader, jadi dia nak kenal, dia add. Barulah apprrove, walaupun 1 mutual friend pun tak ada.

Kita bukan sombong, tapi kita pun tak nak lah add sekadar add semata-mata nak peramai kawan tapi hakikatnya siapa dia pun kita tak tahu kan?

-------------


Kalau boleh, bagilah PM sikit nak add, kenal daripada mana ke kan, nak berkenalan ke.. Taklah macam termangu-mangu nak approve ke tak..


Maaflah sesiapa yang add tak berapprove lagi, was-was. Sebab sekarang ni, orang ramai suka jadi stalker. Jadi, kalau add nak tahu latest update entri, boleh like je.. [bajet ramai yang baca belog je,padahal, ape pun tak boleh.haha]






Terima kasih, kalau betul-betul nak kenal, masa add tu, bagilah pesanan sikit ye. Terima kasih. :)

p/s: nak tdo. selamat malam~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 13, 2011

Bloggers : Jangan Tinggalkan Link Di Ruangan Komen


Penat yaw kemas umah. Sat lagi nak masak. Duduk depan PC kejap, terus jenguk latest update daripada Hans. Jadi terus jenguk sumber terulung pula Entri Cikgu Dahlia. Jadi dapat disimpulkan bahawa..

Korang janganlah letak link korang kat ruangan komen lagi dah ye. Setakat komen je, tak perlu letak latest update.

Sebabnya.. lah kan dah baca kat blog Hans dengan Cikgu Dahlia, patut dah tahu sebab! hehehe Oklah, kenapa jangan letak komen yang tuan blog boleh access terus ke entri anda kerana Google akan kategorikan blog anda sebagai blog spam. Huii, aku tak maulah blog aku bayaq domain ni hilang suatu hari nanti..


Jadinya, aku pun tak nak letak link, jadi korang pun, jangan letak link ye. Klik je lah nama tu, nanti keluarlah link belognye kan? Taknaklah blog kena delete sebab ada link tu..


Jadi selepas ini, sesiapa yang tinggalkan link beserta komen, tak akan di approve. Bukan sombong, tapi saya sayang belog saya ok. =.=''


p/s:kalau pakai intensedebate ke lain citer lah..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 10, 2011

Senyum Tak Perlu Kata Apa-apa

Assalamualaikum! selamat malam...haaa tak de sape pun rindu kite kan? huk3... haha sapelah pun nak rindu kan. Perasaan. Fuhh Alhamdulillah, kepala dah ringan sikit. Dan boleh senyum dengan comelnya. InsyaAllah...



Blogwalking...maaf pada jejak2 yang tak terbalas..nak meninjau-ninjaulah nie..
:)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 1, 2011

Satu Dalam Seribu.. Terima Kasih!

Serasa bagai hari ini hari menghargai orang sekeliling sedunia. Ramai orang yang kita patut hargai, tapi tak semua kita dapat melafazkannya. Jadi, sempena hari jadi yang ke-1000 ini. Ku doakan, agar terus maju kehadapan. Haiz. Macam apa ja. =.=''


Ce tengok kat sidebar. Siap ada yang tunggu siapa ke-1000. Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog picisan yang hanya tak lebih seperti contengan jalanan. Ye, bukan Hlovate ek!


Apapun, memula, SPECIAL THANKS to HER. Sebab? Sebab dialah yang membawa ! pAk SYahOt ! ke blog ini dan menjadi yang ke-1000.


Sebenarnya, aku tak mahu buat entri ini, kerana takut ada yang terasa. Ada yang kata, kalau blogger famous follow sibuk nak buat entri. Ada yang kata, aih, habis nombor lain tu tak nak promote. Ohho, sesungguhnya bukan begitu. Kalian pun pernah sertai cabutan bertuah bukan? Kalin percaya pada rezeki bukan? Jadi ini rezeki ! pAk SYahOt !

Barangkali, lain kalu anda pula kan? Sebab, dalam masa terdekat tuan tanah kedaung akan buat GA DARI KOREA. InsyaAllah, kalau murah rezeki.. Tunggu :)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

5 Sahabat Blogger Terhebat Abad Ini, Fuhh

Salam pagi jumaat! yaw.. huhu kekaguman terserlah bila mana mereka merupakan sahabat alam maya yang sporting belaka! Sebagai blogger, anda wajib mengenali mereka! Serius, tak tipu! No regret! ;) They are all good bloggers.



Wajib singgah dan follow. Oh dia sangat pandai bercakap Jawa. Tak rugi kenal dia. Blog dia comel, warna coklat kekuningan. Ha, jangan fikir lain bila kuning tu, Kang kena tangkap. hehe Dia obses dengan kotak. Nama kotak tu danbo. Dah, pi jenguk. hehe [sorry anak jawa, tak rajin nak cari coding letak flash,huhu]

entri yang harus di baca : Bacteria pandai komen blog!



Yang ni, wajib kenal. Terkenal dengan geli-geli. No regret kalau baca entri-entri dia. Sempoi sahaja. Dan anda akan mengenalinya seperti dah lama kenal walaupun baru masuk blog dia. Merupakan seorang yang obses dengan neslo tetapi tak tahu membuat neslo. haha [sorry gak, tak leh nak amik header tu ostad jiji]

entri yang harus dibaca : ingin melajukan broadband



Merupakan seorang blogger yang pandai membuat Felt Craft dan Tiny Pillow yang comel-comel! Ramai tu orang yang tempah kat dia. Ada tiny pillow untuk hadiah perkahwinan, untuk hiasan kereta, untuk apa-apa gift pun sesuai.

Jadi boleh jenguk Tiny Pillow.



Ini angah saya. Saya ada tiga adik-beradik. Saya yang bongsu,haha Jadi yang suka sakura ni angah nya. Nanti saya tunjuk alongnya suka apa. hehe Jadi, dia sangat pemurah. Blog dia best, sebab dia suka letak gambar cantik-cantik. Lagi-lagi kalau dia letak cici. hehe

Entri menunjukkan di seorang yang pemurah : 31-7 Birthday Giveaway!




last but not least

Mutiara Bernilai
 
Kalau tadi angah, inilah alongnya. Kalau tadi suka sakura, yang ini suka dengan mutiara. hehe Dia suka robot. hehe Taklah, dia terrer bab-bab robotik ni. Tak caya tanya dia. hehe Dia suka membebel! Haa tapi bila dia membebel semua best-best! Tak caya?


Jenguk sini : Silver Lining



Apa lagi? Pi terjah semua!!
Hehe terima kasih semua kerana menjadi komentar tegar blog ini bulan Jun! :)


Thank you by 'ArhcamtIlnaad on DeviantArt


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 7, 2011

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK



Nampak macam best je segmen ni, untuk membuat bloglist bagi mereka yang baru menceburi bidang ini.. Mewujudkan 1 bloglist khas! Ok nak join boleh ke sini.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 22, 2011

Buat Yang Sungguh Teristimewa..

Assalamualaikum to all my beloved readers. I am pleased to welcome you to read my new post after long hours and days have not published any entries. Hiyaaa, exam kak, abang, adik, mak cik, atok, nenek.. Subjek pulak semua reading. Tiga hari berturut, nak pecah otak ni kena push suruh keluar semua. Haih. 3 hari berturut... Umpama dia begini..

Makan tak basah..
Tidur tak kenyang..
Mandi tak lena..
Pendek kata..
Buku buku buku..
Ini lah penangan sebuah CINTA yang bernama peperiksaan..

Jadi disebabkan penangan CINTA yang terhebat itu tadi..kewujudan blog ini telah diketepikan demi kemaslahatan sejagat. Cheq rasa, mana yang lebih patut diutamakan, patut diutamakan terlebih dahulu...Oklah, malas nak cerita panjang-panjang. Tadi Kak Sunah kongsikan 1 artikel ni. Sangat menarik, lagi-lagi untuk semua bloggers, YOU MUST READ THIS!! (bolehlah sambil-sambil diiringi music Music Box II Eternally)



Ok, mari mulakan..
AMARAN daripada KEMENTERIAN KESIHATAN FS anda dikehendaki melapangkan minda sebelum mebaca artikel ini. Terima kasih.

Ketika tulisan mulai jadi sebutan orang
Ketika pendapat di blog dipuji-puji
Ketika 'post' di Forum mendapat penghargaan
Ketika idea-idea dikatakan sangat bernas

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Terangsanglah semangat mencari idea-idea segar
Terangsanglah untuk mencari bukti-bukti menguatkan argumentasi
Terangsanglah untuk 'komen' di blog orang lain, untuk promosi blog sendiri
Terangsanglah untuk mem'famous'kan diri sendiri!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Niat asal sudah lari
Niat bukan lagi untuk tujuan dakwi
Niat kini untuk promosi diri
Niat kini untuk naikkan NAMA sendiri!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Dalam blog:
Tiap hari 'check' brape pelawat dah datang arini?
Tiap hari 'check' brape 'comment' dalam entri kali ni?

Dalam forum:
Tiap hari 'check' brape respon untuk 'post' tempoh hari?
Tiap hari 'check' brape 'post' lagi nak naik status ni?

Tiap hari...cari ruang promosi NAMA sendiri
Sebabnya...

Aku Menulis Hanya Kerna NAMA


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Tulisan ini bukan untuk mencela sesiapa
Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa
Tulisan ini bukan untuk mereka-reka cerita
Tulisan ini buat renungan diri SENDIRI la!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...
6-5-2009 3-39-56 PM
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (An Nasr 110:3)


p/s: renung-renungkan dan selamat beramal... :)
Sekali lagi..entri autopublish...



psst: entri lama yang tak terpost, punyala set autopublish, kat draft rupanya =.='' 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 10, 2011

Ber [dot] com Sudah Dia!

Assalamualaikum to all my beloved readers! huhu ni update ringkas sahaja. Sebab? Dalam tempoh 2-3 jam ni, blog cheq belum stabil sangat. Jadi, akan ada yang dapat buka dan ada yang tak dapat buka. 


Jadi, inilah URL terbaru, www.fasihah.com Mudah kan? Kawan-kawan aku semua kata, "alhamdulillah, sennag dah nak buka" ceyt! haha tak apa.. aku pun setuju sangat, URL yang lama tu memang sungguh hebat tak terkata. Haha dahla psiko. apa tidaknya psycho-mate189.blogspot.com dah lah panjang, pelik, tapi blog tak sangkut paut pun dengan psiko nye. haha



tak apa, dah tukar domain. Nama aku dah tu. Tak payah susah dah naa. Tak panjang tak pendek. Fasihah.com nanti korang jumpa lah. Ok, untuk itu, walaupun url blog ini korang guna yang lama, dia akan terus direct pergi ke domain yang baru. Ok, itu sahaja makluman. 


Kenapa aku ber dot com? Ok, itu cerita nanti lah, bagi blog ni punya address stabil dulu okey? Ok! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 7, 2011

Komentor Terbaik Blog Kumbang Bulan April

Assalamualaikum to all my beloved readers! hiyaa. Ini entri pendek-pendek sahaja. Hehe By the way, ini sudah lewat 5 hari untuk mengumumkannya. Seperti yang telah tuan tanah kedaung janjikan semasa tuan tanah kedaung sibuk ber final exam; tuan tanah kedaung ada berjanji untuk memberikan Giveaway kepada komentor terbanyak pada masa tersebut. Kemudia tuan tanah kedaung extand sehingga akhir bulan April.


Dengan itu, Blog Kumbang menabalkan blogger ini merupakan komentor TERBAEK punya. Siapa?  




Dengan itu, AJ, silalah balas di entri ini kalau mahukan Giveaway tersebut. Ala, tak ada menda pun, aku bagi kau topup okeyh? hehe Itu sahajalah yang aku mampu. lol







Pada pendapat readers sekalian, adakah anda mahu saya teruskan untuk memberikan komentor terbanyak setiap bulan Giveaway? Korang nak ke? kalau nak jadi komentor terbaik tiap bulan, nanti aku fikirkan, aku tengok dulu, ada yang interested ke tak jadi komentor tegar.hehe


Well, happy weekend. Pagi ni nak kena pergi pasar, beli ayam, udang, sotong. nak buat BBQ. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 4, 2011

Kelajuan Internet Tanpa Had Dengan Maxis Broadband

Assalamualaikum to all my beloved readers! OMG! I am sorry, I am sorry! (baca macam Amir Raja Lawak punya trademark). Cis, aku tak suka dia. full stop. By the way. Akhirnya dapat juga aku menaip 1 entri di pagi hari ini. Dah berzaman aku tak update. Bengang wey, bengang. Adess


Untuk pengetahuan semua. Sebagai seorang BLOGGER, kita memerlukan Internet yang tiada had batasan. Betul? Kita juga memerlukan Internet yang boleh digunakan bila-bila masa dan di mana jua. Betul? Oleh itu, ramai yang memilih untuk mempunyai broadband sendiri. Betul?


Jadi, sebagai seorang BLOGGER. Aku memilih untuk menggunakan MAXIS Broadband atau kata mesranya berukband. Haha MAXIS memberikan kelajuan yang paling maksima dan memberikan kepuasan untuk melayari Internet. Adakaha anda pengguna MAXIS Broadband juga?


TETAPI sangat malang kerana aku hanya berdaftar dengan pakej RM 48 sebulan dan quota sebanyak 1.5 GB sebulan. Adooiii ingat quota ni cukup sebagai seorang BLOGGER? Korang cukup ke? Tak sampai setengah bulan boleh habis dah. Nak-nak kalau buka blog yang berat. Dermmm!


MAXIS memang laju kat tempat aku even kat kampus aku pun laju. TAPI itulah masalah problemnya. QUOTA. Tak ada ke Internet jalur lebar yang murah dan unlimited??? Hiyaaa, aku tak update blog pun, tak ada sebab lain, sebab berukband broadband habis quota! Dermmm


Ce suggest apa aku kena buat? Aku rasa nak upgrade lah broadband aku ni. Ke RM 68 sebulan. Mak aih, sapa nak bayar.... adoii =____=''




Nota kaki:
1. Tuan Tanah Kedaung minta maaf sangat-sangat sebab buat blog berhabuk.
2. Terima Kasih kepada jiran tuan tanah yang tertanya-tanya mana tuan tanah pergi.
3. Blog akan bertukar kepada fasihah.com insyaAllah..dalam minggu ini atau minggu depan.
4. Hari ini Tuan Tanah akan umumkan siapa penerima GIveaway pengomen terbanyak bulan April.
5. Juga, hari ini jam 5 petang result exam Tuan Tanah keluar. Huwaaa, nak menangis, takmau tengok. T____T

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 29, 2011

Nama Apa Yang Sesuai Untuk URL Baru?

Assalamualaikum. Morning semua.. Menyempat lagi aku nak update, padahal nak kena pergi Pusat Kesihatan ni. Oklah, sebenarnya minggu ni target nak ber [dot] com. Tapi memandangkan sibuk semacam, tak sempat nak menguruskannya. Jadi, FS nak mintak pendapat readers semua. Agak-agak URL apa yang sesuai untuk blog kumbang ni jadi ber [dot] com?


Ciktom suh ber dot com, Tok Esah, IR. Angah Sunah pun dah ber dot com. Nak jugaklah. AJ mana AJ, jom sekali!


Dalam minda ada....

  1. www.fasihahsupian.com
  2. www.cikfas.com

Any idea? sila lontarkan di peti komen. Cadangan anda amat saya hargai. Ingat tak awal bulan ada cakap, pengkomen terbanyak akan dapat Giveaway daripada FS? Haaha Esok last, nantikan siapa yang akan dapat giveaway tersebut okey!


p/s: Agak-agak cikfas.com tu macam best je kan? Ke korang tak setuju? Ke setuju? hurmmm

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 25, 2011

Yeay! Blog Makin Meriah Dengan Kemunculannya!

Assalamualaikum dan selamat pagi to all my beloved readers! Hiyaaa. fuhh sunyi sepi hari Isnin kayak gini. Semua dah went to school, went to work and tak lupa parents pergi menziarahi orang meninggal. Setiap yang hidup pasti mati. Oklah, kita pagi-pagi isnin macam ni, kalau tengok benda yang comel-comel barulah segar kan? ha, nah, cuci mata dulu!

Selamat memulakan minggu baru hari ini dengan senyuman seindah suria! :)
 pesanan khas ini dibawakan kepada anda oleh DARLIE.


Ok lah, entri malam tadi ada yang tak faham ea sal PROJECTION vs PERCEPTION tu? haha Ok, tuan Tanah pun tak faham. hehehe 1st time baca memang faham, 2nd time baca, BLUR. Ok, nantilah aku cuba faham-fahamkan.


Nampak tak? Nampak tak? Ish..tak nampak ke? Ok, blog Kumbang ada 2 jiran baru okeh! Hehehe Dua-dua lelaki, 2 kumbang lelaki merebut seekor kumbang betina gitu! Ciss perasan! Tak lah, ini kami bersepakat, tiba-tiba kesepakatan yang terjalain jadi double pula. Hah dah, aku tak tahu aku merepek apa. Nak dijadikan cerita......


Jom! pergi blog teristimewa! Yey! Jiran aku LAWYER! siapa berani nak cari pasal dengan aku? Aku saman, LAWYER sebelah je OK!



Ok, kejap-kejap. Lagi 1 orang jiran. Yang ni baik punya. Indonesia punya kacukan serta keturunan sik! Jangan berani-berani nak lawan dia, Anak Jati Jawa ni.. alamak. AJ, header mana header?? tak apa, korang singgah je, apa boleh aku nak kata? blog nib memang............pergh...singah2.hehe




Ok, done sesi memperkenalkan jiran! korang dah breakfast? FS dah..tengah kemas umah ni. TETT! padahal online, yeaa..nak kemas ni. daa, sat gi kite jumpa semula :) Shhht..FEDTRI nak kawen da? ahh..melepas aku...

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 23, 2011

Nuffnang Takut Dengan Blogger Traffik Tinggi Ke?

Assalamualaikum semua! Oh my beloved readers and fellow friends! Happy Saturday! Cuti-cuti macam ni, dapat berjalan makan angin, seronok kan? Tambah kalau dengan keluarga tercinta. Orang-orang yang tersayang lah katakan.. Ye dak? 

Siapa tak suka cuti? Kalau tak suka, habaq mai na.. Ramai lagi orang yang nak cuti tak dapat bercuti. Macam tentera yang perlu berkorban cuti demi keselamatan negara tu. Kita patut berterima kasih pada mereka. Jadi bersyukurlah bila kita diberi kesempatan untuk bercuti. :)

Ok, go straight don't belok-belok. Ok sebelum itu. Ini entri autopost. Tuan Tanah pepagi lagi dah keluar rumah. Dengar kata nak pergi Korea Plaza! haa tuan tanah pun nak bercuti juga, tak kan korang sahaja yang nak bercuti! Jelous lah I der..

Tanpa melengahkan masa, teringat Saudara Izamir Ridzwan ada mengatakan bahawa Nuffnang dah lama tak berikan BE kepada dia. (sebelum menggunakan Advertlets) and menurut beliau, sebab itu ramai blogger yang traffik boleh katakan hebat lah everyday, mereka beralih arah. Ada yang ke Innity, ada yang ke Advertlets, ada yang masih  setia. Ok, FS tak ada tukar-tukar. Sebab traffik FS tak tinggi. hehehe

So, ingat tak? hari tu masa FS sibuk dengan peperiksaan akhir semester, FS tak update blog lebih 3hari tau! No new entry! Tak sempat nak online! But, u know what happen? I got a BE! ahhaaa Tetiba terus teringatlah kat IR terasa macam, ya, benar apa ayng diperkatakannya! haha

Adehh..terpulanglah korang nak menghakimi perkara ini ye. FS tak ada nak mengipas siapa-siapa pun. Itu semua hak individu untuk memilih. Benar bukan? Jadi pilihan terletak di tangan kita! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 22, 2011

Blog Tentang Memecahkan Dara?

Hmmm, malas lah nak cakap banyak-banyak. Tengok je gambar kat bawah ni. Orang kata, a picture describes thousand words kan? Ok, tengok lah..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Klik pada gambar untuk tumbesaran maksima.


Dermmmm! Ape kejadahnya?? My blog has been polluted! huwaaa
Ini tak ada lain mesti sebab entri DARA tu!

Speechless lagi untuk hari ini..haiz...
Tak ada benda lain ke nak cari...
-___-''

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 20, 2011

SAYA NAK JOIN BLOGLIST AWAK



Jom pakat ramai-ramai join bloglist Salim.
Dia tersangat istimewa ok!
Satu universiti dengan saya.hehe 
nak jugak promote! hehe


So, apa tunggu lagi, nak join? klik sini.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 19, 2011

Kembali Bernafas Semula... Tapi Setting Blog Ada Perubahan??

Assalamualaikum to all my beloved readers... ya Allah bersawang blog aku!!!! habis sarang labah-labah semua ada. penat nak lap balik. maafkan aku wahai semua yang dah follow, yang tinggal jejak, komen, semuanya aku tak jenguk balik selama seminggu ni lebih kurang. Aku baru balik dari kampus, baru habis berprogram. Alhamdulillah, dah bercuti, dan dah habis final exam. [Don't ask me about the final exam. Its really hurting me.T___T]


Jadi buat semua, aku akan memulakan membalas jejak 1 per 1. Juga janji untuk memberikan sedikit cenderamata bagi pengomen terbanyak ketika ketiadaan aku sepanjang waktu final exam ini akan aku tunaikan... Juga niat hati untuk bertukar URL kepada yang lebih sesuai selepas membaca entri tokesah dan juga hari tu ciktom ada menasihati aku agar menukarkan URL. Ya, aku memang hendak menukarkannya...


Ya...ini hanya sebagai permulaan. agak kekok dah lama tak tulis kat blog. Selalu setiap hari menaip entri. Huhu teruk teruk. ANDA SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saya minta maaf okey!! ok, saya dah rajin balik! Jom, blogging!


TAPI.....



Dengar-dengar, kena tukar guna gmail dah ea blog ni?? Ada baca kat blog anastasyea tadi. Haih, ni yang tetiba rasa nak ber [dot] com nie. hehehehe



Ok, ok , nak lihat-lihat jejak yang perlu dibalas! ;)


Ni warming up je....hehehehe




Terima kasih sudi bace =D

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 27, 2011

Attention to all my followers!

Assalamualaikum and a very good morning to my beloved readers! Happy Sunday everyone! Hari minggu hari paling disukai. Semalam earth hour, berapa jam tutup lampu? Hehe

Tapi, aku sokong apa kawan aku kata. Dia kata macam ni..

rileks arr bro, gua open lampu sejam je pun. karang tepat jam 9.30 gua off lampu sampai 5.30 pagi esok baru gua on. lagi lama dari korang off. barulah namanya selamatkan bumi. setakat sejam je bro mana cukup. dah tu membazir je kejenya. kata berkobar-kobar nak selamatkan bumi. boleh jalan lah bro!

Haa..betul kan apa kata dia?Dunia ni makin panas, siapa punya angkara? manusia.. Jadi sebagai manusia, aku rasa, kita patut sedar bahawa kita dipertanggungjawabkan untuk memastikan kita menjaga bumi kita ini sebaiknya.. Tak gitu? hehe 


Oklah, macam biasa, entri pendek-pendek sahajalah waktu demam peperiksaan ni kan. Pulak tu, autopost. jangan marah haaa.hehehe




To all my followers! 

Minta perhatian, bagi mereka yang dah follow belog picisan ini, tapi tuan belog ni tak follow balik, sila beritahu dan marah tuan belog ini. tuan tanah kedaung ni kadang-kadang blurr sikit. Tapi kalau blurr banyak,lagi banyak lah yang tak terpandang. Harap maklum. Aku nak follow belog korang yang belum aku follow semula. Sila tinggalkan link belog anda diruangan komen di bawah. Terima Kasih! ;)




p/s: sila baca status, siapa no 22 222, sila jangan segan-segan beritahu aku. Taki kiralah kau sapa, janji pelawat ke 22 222. Lagi 1, top commenters, aku masih fikir nak bagi giveaway apa kat top commenters tu. Lagi 1, komen semalam belum sempat dibalas jejak semula. InsyaAllah one fine time, I will reply. hehehe Ok, see u when I see u! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 23, 2011

Entri Khas: Top Referral Minggu Ini .. Part II

Assalamualaikum semua! Morning!! :) Sudah breakfast? Ok, pagi ini cuma nak memberikan 1 penghargaan buat pemilik Blog Sunah Suka Sakura. Hari itu ada cerita Top Referral Minggu ini Part 1 kakak Cute Ardinihumaira top referral. Kali ini, Blog Sunah Suka Sakura pula..


Terima kasih banyak-banyak Kak Sunah Suka Sakura!

Beliau telah menyumbangkang traffik secara tidak langsung terhadap blog picisan ini.

Jadi, sesiapa yang membaca entri ini, anda diwajibkan untuk melawat Blog Sunah Suka Sakura ini. Aku pun suka bunga sakura gak! Cantik, sebab warna purple..

Sunah Suka Sakura dot com
Statistik Referral Minggu ini tidak termasuk 23hb semalam
Terima Kasih Kak Sunah!

p/s: Along Mutiara Bernilai mana ea? Lama tak nampak, sibuk barangkali..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 22, 2011

Jom Bertukar!

 Assalamualaikum semua. Morning Mr Blogger, Mrs Blogger and Miss Blogger. Hehe
Selamat memulakan hari ini dengan senyuman! :)

Jom bertukar menjadi TOMATOGURL.


Siapa buatkan?


Comel tak? Comel tak?

Tiba-tiba teringat kat ! CIK TOM !

Rasa macam sesuai dengan Cik Tom lah Cik Tom! :)



Terima Kasih Puteri Katek, nanti nak letak kat sidebar! hehe

p/s: pagi ini ada last presentation untuk sem ni. Yeah!!!!!
Blog Lebah kena hack, dan dah pulih pun. Boleh terjah dia.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^