Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

April 18, 2012

Pre-Registeration IIUM & Lebih 30 Ragam Status Di FB (",)

Kalau tanya student IIUM, siapa yang tak tahu pre-reg? Memang tak rasa 'kemanisan' menjadi pelajar IIUM. Saya rasa, bila kita keluar dari UIA ni, benda paling tak boleh lupa pre-reg. Bila pre-reg ni, jantung berdegup laju kemain. Tambah dengan server yang 'sangaaat laju'. Semuanya menuntut kesabaran yang saaangat tinggi. Bila pada masa ini, semua pelajar akan online dan memasuki BATTLE OF PRE-REG! Hebat hebat. rebut subjek! Haizz, setiap semester inilah waktu paling mendebarkan! 


OK, maaf, banyak gambar print screen entri ni, cuma boleh lah buat kenang-kenangan. Ni status-status dekat home saya pada waktu sepanjang pre-reg tadi. Maaf jika ada yang marah status kena print screen, boleh PM kat fb ok? Sy delete. Ni pick randomly. Tapi sirius bila baca semua kan kelakar lah. Saya rasa bila dah habis belajar nanti, kalau buka balik entri ni mesti terkenang balik memori-memori manis pre-reg. hehe Jom layan!








I agree with u Yalin. rasa macam awesome je baca status-status terkumpul ni. hehe Ianya berlaku hanya pada sekitar 2 jam semasa pre-reg berlangsung! hehe Ini baru sikit jumlah kawan-kawan UIAM, yang betul-betul dikenali sahaja add, tu pun dah melebihi 30 status. See! Betapa pentingnya PRE-REG buat IIUM STUDENTS! ;)


Kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah merupakan sebaik-baik perancang. Jadi, jangan bersedih sahabat, kerana kita mungkin tidak tahu bahawa itu memang yang terbaik buat kita. Smile! Lets the pain gone. :) **walaupun geram juga dengan subjek language! ish3 -.-''

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 13, 2012

Mengadu Pada Yang Tak Mati

Bismillah Ya Rahman. Bismillah Ya Rahim. Kutadahkan kedua belah tangan ini ke hadrat ilahi, mendoakan agar ada sedikit kebaikkan didalam diri yang mampu untuk ku kongsi dengan semua. sedikit kebaikkan yang berguna. agar dapat dimanfaatkan untuk kemaslahatan bersama. InsyaALLAH.

            Lewat ini, banyak masaku dibiarkan berlalu begitu sahaja dengan duduk sambil menghadap laptop. menyiapkan banyak kerja tertangguh sambil sekali sekala, jari-jari nakal ini acapkali mendesak untuk menekan ikon google chrome.

Facebook. Ah! begitu sukar untuk berpuasa darinya. Kadang - kadang, bukan ada urusan apa pun. Sengaja tangan ini gatal untuk melayarinya.

Lalu mataku dihidangkan dengan 'status update' dengan pelbagai ragam dan rencah. Sebahagiannya cukup ilmiah dan mendidik jiwa. Sebahagian lain hanya luahan kosong perasaan dan tulisan dengan ejaan pelik oleh pesakit siber.

            "AH!. mengapa begitu mudah untuk mereka (pengguna facebook) meluahkan apa yang terbuku dihati tanpa rasa segan silu. kalau yang baik-baik tidak apalah. asyik ceritanya tentang soal kecewa cinta dan perang berebut pacar"  getus hatiku.

"Anak separa mumayyiz ini, diajar banyak benda yang baik, asyik sahaja dia meluah yang buruk-buruk"  aku membebel sendirian. 

            Aku bukan ortopedik moral mahupun agamawan yang menentukan soal hukum hakam, baik mahupun buruk. bukan! cumanya aku merasa amat hairan sekali tentang 2 perkara:-
  • Pertama, menjadikan facebook sebagai tempat meluah perasaan negatif, mencaci maki dan berkongsi duka nestapa
  • Kedua, Masalah kerisauan Gadis Semasa. kecantikan diriku adalah untuk dinikmati dan dipuji
            Jujurnya, aku bukanlah penentang ideologi yang mendukung hak dan kebebasan dalam mengekspresi diri. Siapapun pada aku punya hak untuk meluahkan apa sahaja yang mereka mahukan asalkan dia menggunakan saluran yang tepat dalam melakukannya. Meluah perasaan secara terbuka, menzahirkan perasaan diri tanpa segan silu, ditambah dengan ekspresi dan emoticon, di adun bersama kata-kata berbaur lucah, mencarut dan sebagainya. ini tidak betul! caranya tidak betul. Anda seolah membuka pekung didada dengan mengiklankan keburukkan diri anda kepada semua pembaca status anda! 

            Bijak bestari pernah berpesan, ‘berfikir itu pelita hati.’ Pepatah Melayu pula mengatakan, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’ Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian. 

sumber : flickr

Firman Allah yang bermaksud: 

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik (mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya (menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk (mati) yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.”

(Surah Ibrahim, ayat 24-26) 

            Ayat ini jelas menunjukkan kepentingan untuk memelihara tuturkata. Diajarkan kita tuturkata yang baik dan sopan sejak dari kecil lagi. Mengapa setelah kita mumayyiz, kita berlagak seolah anak kecil yang tidak mengerti untuk membezakan baik dan buruk tuturkata kita?  

Kemungkinan, akan ada sebahagian yang membaca tulisan ini bakal berkata:-

"salahkah aku untuk berkongsi dan meluah rasa supaya mendapat motivasi dari rakan-rakan untuk bangkit semula?"  

Jawapannya:-

"tidak salah untuk mengadu tapi gunalah saluran yang betul. Luah dekat facebook ni tidak akan membawa apa-apa kebaikkan. konsep mengadu ini kenalah faham. sebelum hendak mengadu dengan manusia kena mengadu pada ALLAH terlebih dahulu. tulis di facebook ini, target audiens kita siapa? adakah semua di facebook ni kawan kita? Janganlah kita berkongsi hanya yang buruk sahaja. Dalam islam kita disuruh kongsi kebaikkan”


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al Baqarah: 186)

              Mengadulah kepada yang berhak. Mengadulah dengan menggunakan saluran yang tepat. Jangan jadikan Facebook tempat untuk kita meluah rasa dan berkata yang tidak elok. Jadikanlah Facebook tempat untuk menyemai benih-benih kebaikkan. Sesungguhnya datangnya islam itu tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai rahmat, usahlah kita berkongsi keburukkan dan marilah kita menyebar kebaikkan. Insyallah jika diberi kesempatan kelak, akan diterangkan pula tentang masalah kerisauan gadis semasa yang dahagakan pujian atas kecantikkan yang dimiliki. InsyaALLAH.


-------
Penulis : Ahmad Saiful Anwar Arrifin

Bicara saya: Apa komen anda dengan penulisan ini? Tahukah kalian? Menulis itu bukan suatu yang mudah. Setuju?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 17, 2011

FB : Add As Friend?


Happy evening! Evening ke? Malam ni malam nisfu syaaban kan? Hurm, bukan nak cakap sal nisfu syaaban, tapi agak-agak, buku amalan kita baik ke tak ye? Dahlah selalu buat dosa, astaghfirullahalazim...


-------------------------

Hari ni mengantoklah. Siang tadi pun tak online, sebab kena pi rumah mak cik, ada kenduri. Masyarakat kat sini, ada 1 tradisi, bila nak puasa, ramai yang buat kenduri. Ramai yang pergi ziarah kubur, bersihkan kubur, puasa..


Tapi kalau 1 malam sampai 3 rumah kenduri, mak aih... camna tu?


--------------


Selingan je tu. Bila mengantok kan susah nak fokus, tersasar je, ubatnya tidur. Sat lagi nak tidur. Eh esok ada orang ajak gi Darul Quran. Pulak? Lagi..lari tajuk..


Friends will be Friends by Mindstep

Facebook.

Ada orang suka bila ramai kawan di Fb. Seronok juga kan? Boleh tukar-tukar pendapat. Tambah kenalan pena, dari New Zealand, Kanada, Cairo, Korea ..

Tapi..

Ada banyak Friends Request yang saya tak approve lagi. Jahat ke? =.=''

Kalau ikutkan, bila approve, sekurang-kurangnya, boleh melebarkan empayar dan sayap serta tahap pengetahuan kawan terhadap kewujudan belog ini. [rasa macam ayat tak berapa betul,abaikan.]

Tapi..

Saya setujulah dengan dia ni tentang kalau blogger add as friend di Fb. Yang ini memang selalunya saya approve sebab boleh tengok mutual friend, ramai blogger, approve. Nampak group blogger yang dia join ke, tahu lah blogger. Jadi approve!

Tapi..

Jap, bukan nak perasan ye. Cuma, ramai yang add tanpa ada mutual friend, atau setakat 1 2 orang yang tak berapa mutual. Maksudnya, kalau ada 4 mutual friend, tiada unity di situ. Kalau 4 mutual friends, empat-empat bloggers, no doubt, approve. Tapi kalau sorang budak kenal kat program, sorang junior, sorang lagi kilang kerepek, haiz...

Lagi parah bila mutual nya seorang je, pulak yang tu kita pun tak berapa kenal, kadang junior ke, kawan baru ke, dan akhirnya tak berusik. Terbiar sahaja notification tu.

Kadang, tak nak approve, bila tengok wall, mak aih, banyak dia like dari belog aku. Baru faham, silent reader, jadi dia nak kenal, dia add. Barulah apprrove, walaupun 1 mutual friend pun tak ada.

Kita bukan sombong, tapi kita pun tak nak lah add sekadar add semata-mata nak peramai kawan tapi hakikatnya siapa dia pun kita tak tahu kan?

-------------


Kalau boleh, bagilah PM sikit nak add, kenal daripada mana ke kan, nak berkenalan ke.. Taklah macam termangu-mangu nak approve ke tak..


Maaflah sesiapa yang add tak berapprove lagi, was-was. Sebab sekarang ni, orang ramai suka jadi stalker. Jadi, kalau add nak tahu latest update entri, boleh like je.. [bajet ramai yang baca belog je,padahal, ape pun tak boleh.haha]






Terima kasih, kalau betul-betul nak kenal, masa add tu, bagilah pesanan sikit ye. Terima kasih. :)

p/s: nak tdo. selamat malam~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 19, 2011

Pemilik Blog Suratan Kebetolan Handsome Sangat Ke??

Assalamualaikum! Oh hoo dah tengok NKTM? Ada search kat google petang tadi. Tengok review, tetiba macam dot dot dot.. haha Nantilah, tengok sendiri pastu review sendiri. huhu Ni entri ringan-ringan bagi kaki LIKE.  


Naz ni asal datang sini mesti guna nama Naz Emsem, tak caya pi cek kat shoutbox tepi tu. haha Handsome sungguh lah tu Naz? Nia tu nasib baik comel. huhu Tapi Naz dengan blogger yang Sini mana lagi handsome? haha Sesaja lah. Korang berdua tak ada kena mengena dengan entri ni.


Kesian tengok Naz ni merayu-rayu. Jadi sebagai kawan blogger yang comel aku tolonglah dia kan.. Korang tolonglah aku sekali untuk tolong Naz ni. Kesian Nia minta tolong Naz tu..


p mane?kali ni bukan p mane2, kali ni melalui panggilan video 3g iphone 4gs kami. check it out



****************************


nia : accalamekom uncle emcem!!
guwa : walekomcalam nia yang tak chumel. ade ape kol2 uncle ni?



nia : hihi, nia taco uncle yer?uncle tengah uwat pe tew?
guwa : uncle tengah men game ni nia, kemon2, straight tu the point please



nia : uncle2, uncle kan baik, nia nak intak tolong uncle cikit jew, tak banyak pon, uleh tak uncle? (dengan nada suara paling chumel)
guwa : yela2, naseb baik uncle emsem, nak mintak tolong ape shayam?



nia : hihi, cayang uncle, adik nia, tica, macuk kontes uncle, nak mintak uncle tolong undi tica!!uleh tak uncle? leh kan? leh kan?
guwa : iyer, buleh nia, camner uncle nak undi??



nia : jap2, nanti nia "escemes" uncle, uncle tunggu tau (lantas terus meletakkan phone beliau)
guwa : dem, tak menyempat



**********************


sms dari nia


uncle, like tau uncle

1.mula2 :
LIKE MyLittleMomo Fanpage kat SINI --> MY LITTLE MOMO

2.pastu :
lika gambar batrisya kat sini --> GAMBAR TICA!!




tengkiu uncle!caaaayang uncle!:)


*******************************


p/s : Naz mewakili seluruh warga keluarga memohon jasa baik anda untuk turut sama men"vote" gambar tica atau nama betol beliau nur aina batrisya. sekian:)


kepada yang sudah mengundi, jutaan terima kasih:) korang mmg best! anda di alu-alukan untuk meng"copy" entry ini dan mempromot di blog anda:) sekian~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 9, 2010

Pengasas Facebook Warga Amerika ke-35 Terkaya!

 GAMBAR fail pasangan kembar Cameron (kiri) dan Tyler Winklevoss keluar dari sebuah mahkamah di California pada 2007.
LOS ANGELES – Sepasang kembar, Tyler Winklevoss dan Cameron Winklevoss yang sebelum ini pernah menyaman pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, pada 2007 sekali lagi memfailkan saman terhadapnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada 2007, Tyler dan Cameron yang berusia 29 tahun menyaman Zuckerberg kerana dia didakwa mencuri idea untuk menghasilkan Facebook daripada mereka.
Dawaan mencuri idea itu dibuat selepas pasangan kembar itu meminta Zuckerberg menghasilkan kod untuk satu rangkaian sosial mereka, Harvard Connection.
Pasangan kembar itu dan Zuckerberg merupakan rakan semasa mereka belajar di Universiti Harvard.
Zuckerberg berusia 26 tahun telah membayar kembar itu sebanyak AS$65 juta (RM204.5 juta) bagi menyelesaikan kes saman yang pertama.
Namun, kini, pasangan kembar itu menuntut ganti rugi yang lebih banyak selepas mereka mendakwa ditipu oleh Zuckerberg mengenai nilai sebenar syarikat Facebook.
Terdapat dakwaan bahawa nilai syarikat tersebut ialah AS$11.5 billion (RM36.2 billion)
Menurut majalah Forbes, Zuckerberg kini menjadi warga Amerika yang ke-35 terkaya dengan anggaran kekayaan AS$6.9 billion (RM21.7 billion).
Saman kedua itu difailkan di sebuah mahkamah di California. – Agensi
FasiHaH Kata: kaya pengasas FB tu, kita pengguna dia macam mana? Tak kaya-kaya kan? hehe apapun, nasib baik FB tu free, so, guna dengan jalan yang betul ok? ;)

Credit to: Cikdeana

TERIMA KASIH SUDI BACA^^