Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

March 6, 2012

Blog : Menulis Bukan Kerana Nama

Ada orang fikir, bila kita ada blog ni, kita mesti dapat duit daripada blog kita. Ada orang fikir, bila kita ada blog ni, kita popular. Ada yang fikir, kita berblog untuk duit dan nama semata-mata. Well said.. Tak semua yang kita fikir tu betul, dan tak semua yang betul tu apa yang kita fikir.


"Seha, berapa banyak ko dapat daripada blog?"


"Berapa banyak apanya...."


"Alaaa, tak payahla malu-malu sangat. Kan ko pasang iklan kat blog ko kan. Macam aku tak tahu, ko dapat duit kan.."


"Tak lah, aku tak pernah dapat apa-apa daripada blog aku tu."


"Alaa tak percaya lah dengan ko Seha."



Kalau budak kecik pun boleh berblog, kenapa tak dengan aku?


Well, I dont want to force you to believe in me. It is up to you. Mungkin ya, masa mula-mula macam teruja gila nak tahu Nuffnang tu apa, mungkin pada masa tu rasa hangat-hangat jugalah nak ada banyak income daripada Nuffnang kononnya. Nak ada visitors riban-riban macam blog yang famous amous. Yang pemilik blognya punya banyak likes dan subscribers. Tapi, sirius, itu pada SATU MASA DAHULU.


Dan, memang tak dinafikan masih ada lagi Nuffnang tu ada lagi tiga. Tapi biaq pi lah, jadi perhiasan. Nanti bila betul-betul dah meluat tengok, cheq buang lah. Tapi satu kenapa cheq biaq saja dia kat situ sebab cheq nak tahulah kenapa walaupun cheq tak update, still ada orang datang. Nak tahu, keywords apa yang depa cari.


keywords fasihah.com 29 Feb - 6 Mar 2012


Alhamdulillah, semenjak kemaskini pengisian blog hari tu, tak ada dah keywords yang pelik-pelik. Jadi apa maknanya tu? Maknanya, betapa pentingnya kita berkongsi menyampaikan sesuatu yang baik dan orang nak tahu. Biar menulis dari hati. Bukan komen beribu yang kita cari pun. Dan saya juga tahu, kuasa pembaca senyap itu turut memberikan 1 impak yang besar. Sebab saya boleh lihat, bila saya update tiba-tiba statistik pelawat meningkat double ketika ada update terbaru. Dan saya tahu antara mereka yang membaca adalah kawan-kawan saya sendiri.


Kalau boleh, berblog janganlah sibuk menghina mencaci orang lain. Janganlah menyebar fitnah. Janganlah menyebarkan berita yang tak tahu kesahihannya. Jangan buat pembaca keliru. Jangan buat pencari maklumat keliru. Sungguh, penat nak cari berita yang benar-benar sahih daripada alam maya sekarang ni. =.=''




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 23, 2011

What A Beautiful Friday

Selamat pagi. Selamat bekerja dan semoga semuanya baik belaka hari ini. Insyaallah..


Kekangan sebagai part-time blogger macam aku ini, tidak ain masa. Sungguh. Perlu urus masa sebaiknya.

Oleh itu mungkin blog kadang terabai.

Nak test update guna hp. hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 21, 2011

Follower Beribu-ribu Tak Semestinya Pelawat Pun Beribu-ribu!

Morning ;) Selamat bekerja, belajar, mengemas rumah, ops, ada ke yang tidur lagi? Ok, blogger pasti tahu kepentingan follower bukan? Dan rasanya, setiap blog pasti ada widget follower bukan? Jadi, semua blogger pasti dah faham apa itu follower. Follower bukan flowers ye. Tapi mereka memang flowers di taman kita. Taman itu ialah blog.



Followers by *Kameolynn on DeviantArt

Tapi kalau follower berbelas puluh ribu raban tu dah kompem dah tu, memang femes ames. Jadi, tidak lah aku nak tulis kepentingan followers, ramai dah cakap kan? Dan tak semestinya macam belog cikai ni, followers ade bape tu? 100 je kan~ jadi, pelawat dia pun mesti 100. tak. Bukan semua orang online setiap hari. Bukan semua followers baca entri kita. Kadang ada yang terlepas pandang.


Lagi-lagi yang sibuk mengalahkan PM macam aku ini kan. Ingat senang ke nak belog jogging ni. Tapi, cuba belajar bagaimana nak menarik pembaca dan menjadi seorang blogger yang disenangi ramai dengan berkenalan dengan ostad jiji yu.


Berblog, sama juga macam belajar. Kita perlu rajin. Kalau sibuk nak belog fames ames tapi tak ada usaha, janganlah sibuk nak kutuk-kutuk orang yang dah popular. Mereka memang berusaha ke arah itu kan. Pokok pangkalnya usaha.


Sebenarnya, main point dia kat sini, BUAT FOLLOWERS BLOG INI, SIAPA DAH FOLLOW SAYA, TAPI SAYA TAK FOLLOW DIA BALIK, HARAP DAPAT TINGGALKAN LINK DI KOTAK KOMEN. SAYA TAHU, BANYAK JEJAK YANG TAK BERBALAS. saya memang bukan contoh terbaik okeh. hoho takpe, asalkan hati happy bro! belajar lagi penting.huhu


Cer terjah blog comel ni >> SweetTedy


Oh lagi 1.


okbai, nak gi kelas!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 13, 2011

Bloggers : Jangan Tinggalkan Link Di Ruangan Komen


Penat yaw kemas umah. Sat lagi nak masak. Duduk depan PC kejap, terus jenguk latest update daripada Hans. Jadi terus jenguk sumber terulung pula Entri Cikgu Dahlia. Jadi dapat disimpulkan bahawa..

Korang janganlah letak link korang kat ruangan komen lagi dah ye. Setakat komen je, tak perlu letak latest update.

Sebabnya.. lah kan dah baca kat blog Hans dengan Cikgu Dahlia, patut dah tahu sebab! hehehe Oklah, kenapa jangan letak komen yang tuan blog boleh access terus ke entri anda kerana Google akan kategorikan blog anda sebagai blog spam. Huii, aku tak maulah blog aku bayaq domain ni hilang suatu hari nanti..


Jadinya, aku pun tak nak letak link, jadi korang pun, jangan letak link ye. Klik je lah nama tu, nanti keluarlah link belognye kan? Taknaklah blog kena delete sebab ada link tu..


Jadi selepas ini, sesiapa yang tinggalkan link beserta komen, tak akan di approve. Bukan sombong, tapi saya sayang belog saya ok. =.=''


p/s:kalau pakai intensedebate ke lain citer lah..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 3, 2011

Meminta Jasa Blogger Yang Dikasihi Sekalian.. Boleh kan..?

Assalamulaikum blogger yang cumel cun dan handome macho sekalian! Ya Salam 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia! Dengar-dengar tak boleh pakai baju kuning? haha Macam-macam.. Kuning itu cantik apa..Dapat tdoq 2jam jah. Dok rumah gaya dah macam kat asrama stay up.


Ni semua gara-gara kakak saya yang meminta tolong mendesign blog beliau. haaa semput. hehe Jadi, kakak saya ni ada 2 orang anak, ingat tak lawak budak kecik versi Matematik? Ha, dak 2 orang tu anak dia lah tu.


Jadi, nak minta tolong awak, awak awak dan awak juga awak...Minta tolong sangat-sangat.. Tolong pi blog kakak saya ni..

http://tintailmu11.blogspot.com

Tapi-tapi, awak awak awak janganlah harapkan dia follow awak balik. Dia buta tuli sikit bab-bab blog ni. Ponin den settingkan blog dia. Jadi, apa yang saya mahu awak awak sekalian buat ialah...




Tolong follow blog dia please.....Pensyarah dia ni tak tahulah blogger tegar ke apa, dia kena buat blog, dah lah dia tak berapa tahu. Pulak tu, dia akan dikira berdasarkan jumlah follower dan pageviews. Makanya, siapa yang banyak, banyaklah markahnya. Jadi boleh follow dia kat SINI.


Kalau blog tu tak cantik, tak yah lah kecoh-kecoh sebab saya memang tak tahu design blog. T____T


Ok, menolong sesama manusia. Allah tidak menurunkan ujian melainkan hambaNya boleh menghadapi ujian tersebut.


Saudari Norma, seorang penghidap kanser, perlukan bantuan kamu...

Ikuti kisah benar Norma, suami dan anaknya di SINI.

Sumbangan ikhlas daripada kamu boleh dihulurkan ke akaun:

CIMB


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif

Moga Allah memberi kebaikan kepada hamba-hambaNya yang berbuat kebaikan. Ameen...

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 1, 2011

5 Sahabat Blogger Terhebat Abad Ini, Fuhh

Salam pagi jumaat! yaw.. huhu kekaguman terserlah bila mana mereka merupakan sahabat alam maya yang sporting belaka! Sebagai blogger, anda wajib mengenali mereka! Serius, tak tipu! No regret! ;) They are all good bloggers.



Wajib singgah dan follow. Oh dia sangat pandai bercakap Jawa. Tak rugi kenal dia. Blog dia comel, warna coklat kekuningan. Ha, jangan fikir lain bila kuning tu, Kang kena tangkap. hehe Dia obses dengan kotak. Nama kotak tu danbo. Dah, pi jenguk. hehe [sorry anak jawa, tak rajin nak cari coding letak flash,huhu]

entri yang harus di baca : Bacteria pandai komen blog!



Yang ni, wajib kenal. Terkenal dengan geli-geli. No regret kalau baca entri-entri dia. Sempoi sahaja. Dan anda akan mengenalinya seperti dah lama kenal walaupun baru masuk blog dia. Merupakan seorang yang obses dengan neslo tetapi tak tahu membuat neslo. haha [sorry gak, tak leh nak amik header tu ostad jiji]

entri yang harus dibaca : ingin melajukan broadband



Merupakan seorang blogger yang pandai membuat Felt Craft dan Tiny Pillow yang comel-comel! Ramai tu orang yang tempah kat dia. Ada tiny pillow untuk hadiah perkahwinan, untuk hiasan kereta, untuk apa-apa gift pun sesuai.

Jadi boleh jenguk Tiny Pillow.



Ini angah saya. Saya ada tiga adik-beradik. Saya yang bongsu,haha Jadi yang suka sakura ni angah nya. Nanti saya tunjuk alongnya suka apa. hehe Jadi, dia sangat pemurah. Blog dia best, sebab dia suka letak gambar cantik-cantik. Lagi-lagi kalau dia letak cici. hehe

Entri menunjukkan di seorang yang pemurah : 31-7 Birthday Giveaway!




last but not least

Mutiara Bernilai
 
Kalau tadi angah, inilah alongnya. Kalau tadi suka sakura, yang ini suka dengan mutiara. hehe Dia suka robot. hehe Taklah, dia terrer bab-bab robotik ni. Tak caya tanya dia. hehe Dia suka membebel! Haa tapi bila dia membebel semua best-best! Tak caya?


Jenguk sini : Silver Lining



Apa lagi? Pi terjah semua!!
Hehe terima kasih semua kerana menjadi komentar tegar blog ini bulan Jun! :)


Thank you by 'ArhcamtIlnaad on DeviantArt


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 30, 2011

Blogger : Adab, Budi Bahasa, Fitnah, Juga Aib Sesama Manusia

Assalamualaikum, selamat pagi menginjak ke tengah hari. Hari ni nampak ramai yang ping cerita Wardina vs politik. Ada yang cerita pasal saman yang hendak dikeluarkan. Ada yang cerita mengutuk. Siap panggil dia betina lagi. Berblog kerana traffik semata kot? Laju je orang masuk baca post dia. Kalau post yang macam INI tak apalah.


Hati-hati dalam menaip entri. Jaga perasaan sesama manusia. Jika kita ditempatnya, kita dah bertudung, suka kahkita melihat orang menyebarkan gambar semasa kita tidak bertudung? Tak perlulah kutuk orang lain macam diri kita ni baik sangat. maksum tiada dosa. 


What you give, you get back. 
Kalau hari ini, kita mengutuk orang, tak mustahil suatu hari yang lain orang akan mengutuk kita.
Kalau hari ini, kita membuka aib orang lain, tak mustahil, pada suatu masa yang lain orang lain akan buka aib kita pula.



Gunakan medium yang ada sebaiknya.

Al-Baqoroh 191

"Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). "   
(Hadith riwayat Abu Daud)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 19, 2011

Pemilik Blog Suratan Kebetolan Handsome Sangat Ke??

Assalamualaikum! Oh hoo dah tengok NKTM? Ada search kat google petang tadi. Tengok review, tetiba macam dot dot dot.. haha Nantilah, tengok sendiri pastu review sendiri. huhu Ni entri ringan-ringan bagi kaki LIKE.  


Naz ni asal datang sini mesti guna nama Naz Emsem, tak caya pi cek kat shoutbox tepi tu. haha Handsome sungguh lah tu Naz? Nia tu nasib baik comel. huhu Tapi Naz dengan blogger yang Sini mana lagi handsome? haha Sesaja lah. Korang berdua tak ada kena mengena dengan entri ni.


Kesian tengok Naz ni merayu-rayu. Jadi sebagai kawan blogger yang comel aku tolonglah dia kan.. Korang tolonglah aku sekali untuk tolong Naz ni. Kesian Nia minta tolong Naz tu..


p mane?kali ni bukan p mane2, kali ni melalui panggilan video 3g iphone 4gs kami. check it out



****************************


nia : accalamekom uncle emcem!!
guwa : walekomcalam nia yang tak chumel. ade ape kol2 uncle ni?



nia : hihi, nia taco uncle yer?uncle tengah uwat pe tew?
guwa : uncle tengah men game ni nia, kemon2, straight tu the point please



nia : uncle2, uncle kan baik, nia nak intak tolong uncle cikit jew, tak banyak pon, uleh tak uncle? (dengan nada suara paling chumel)
guwa : yela2, naseb baik uncle emsem, nak mintak tolong ape shayam?



nia : hihi, cayang uncle, adik nia, tica, macuk kontes uncle, nak mintak uncle tolong undi tica!!uleh tak uncle? leh kan? leh kan?
guwa : iyer, buleh nia, camner uncle nak undi??



nia : jap2, nanti nia "escemes" uncle, uncle tunggu tau (lantas terus meletakkan phone beliau)
guwa : dem, tak menyempat



**********************


sms dari nia


uncle, like tau uncle

1.mula2 :
LIKE MyLittleMomo Fanpage kat SINI --> MY LITTLE MOMO

2.pastu :
lika gambar batrisya kat sini --> GAMBAR TICA!!




tengkiu uncle!caaaayang uncle!:)


*******************************


p/s : Naz mewakili seluruh warga keluarga memohon jasa baik anda untuk turut sama men"vote" gambar tica atau nama betol beliau nur aina batrisya. sekian:)


kepada yang sudah mengundi, jutaan terima kasih:) korang mmg best! anda di alu-alukan untuk meng"copy" entry ini dan mempromot di blog anda:) sekian~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 7, 2011

Komentor Terbaik Blog Kumbang Bulan April

Assalamualaikum to all my beloved readers! hiyaa. Ini entri pendek-pendek sahaja. Hehe By the way, ini sudah lewat 5 hari untuk mengumumkannya. Seperti yang telah tuan tanah kedaung janjikan semasa tuan tanah kedaung sibuk ber final exam; tuan tanah kedaung ada berjanji untuk memberikan Giveaway kepada komentor terbanyak pada masa tersebut. Kemudia tuan tanah kedaung extand sehingga akhir bulan April.


Dengan itu, Blog Kumbang menabalkan blogger ini merupakan komentor TERBAEK punya. Siapa?  




Dengan itu, AJ, silalah balas di entri ini kalau mahukan Giveaway tersebut. Ala, tak ada menda pun, aku bagi kau topup okeyh? hehe Itu sahajalah yang aku mampu. lol







Pada pendapat readers sekalian, adakah anda mahu saya teruskan untuk memberikan komentor terbanyak setiap bulan Giveaway? Korang nak ke? kalau nak jadi komentor terbaik tiap bulan, nanti aku fikirkan, aku tengok dulu, ada yang interested ke tak jadi komentor tegar.hehe


Well, happy weekend. Pagi ni nak kena pergi pasar, beli ayam, udang, sotong. nak buat BBQ. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 4, 2011

Kelajuan Internet Tanpa Had Dengan Maxis Broadband

Assalamualaikum to all my beloved readers! OMG! I am sorry, I am sorry! (baca macam Amir Raja Lawak punya trademark). Cis, aku tak suka dia. full stop. By the way. Akhirnya dapat juga aku menaip 1 entri di pagi hari ini. Dah berzaman aku tak update. Bengang wey, bengang. Adess


Untuk pengetahuan semua. Sebagai seorang BLOGGER, kita memerlukan Internet yang tiada had batasan. Betul? Kita juga memerlukan Internet yang boleh digunakan bila-bila masa dan di mana jua. Betul? Oleh itu, ramai yang memilih untuk mempunyai broadband sendiri. Betul?


Jadi, sebagai seorang BLOGGER. Aku memilih untuk menggunakan MAXIS Broadband atau kata mesranya berukband. Haha MAXIS memberikan kelajuan yang paling maksima dan memberikan kepuasan untuk melayari Internet. Adakaha anda pengguna MAXIS Broadband juga?


TETAPI sangat malang kerana aku hanya berdaftar dengan pakej RM 48 sebulan dan quota sebanyak 1.5 GB sebulan. Adooiii ingat quota ni cukup sebagai seorang BLOGGER? Korang cukup ke? Tak sampai setengah bulan boleh habis dah. Nak-nak kalau buka blog yang berat. Dermmm!


MAXIS memang laju kat tempat aku even kat kampus aku pun laju. TAPI itulah masalah problemnya. QUOTA. Tak ada ke Internet jalur lebar yang murah dan unlimited??? Hiyaaa, aku tak update blog pun, tak ada sebab lain, sebab berukband broadband habis quota! Dermmm


Ce suggest apa aku kena buat? Aku rasa nak upgrade lah broadband aku ni. Ke RM 68 sebulan. Mak aih, sapa nak bayar.... adoii =____=''




Nota kaki:
1. Tuan Tanah Kedaung minta maaf sangat-sangat sebab buat blog berhabuk.
2. Terima Kasih kepada jiran tuan tanah yang tertanya-tanya mana tuan tanah pergi.
3. Blog akan bertukar kepada fasihah.com insyaAllah..dalam minggu ini atau minggu depan.
4. Hari ini Tuan Tanah akan umumkan siapa penerima GIveaway pengomen terbanyak bulan April.
5. Juga, hari ini jam 5 petang result exam Tuan Tanah keluar. Huwaaa, nak menangis, takmau tengok. T____T

TERIMA KASIH SUDI BACA^^