Buat Gegirls..Janganlah Hipokrit Sangat.. | fasihah.com


May 11, 2011

Buat Gegirls..Janganlah Hipokrit Sangat..

Assalamualaikum to all my beloved readers! Selamat malam.. :) Ok, macam panas je tajuk kan? Macam marah je tajuk tu kan? Oklah, sebelum kita terlajak lebih jauh lagi, korang tahu apa maksud HIPOKRIT tak? Kalau tak tahu, cuba rujuk kamus dewan. hehe Ala, tak payah, susah-susah ja. Ni, baca ni.

"(orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan dari yang sebenarnya; munafik".

Kita selalu gunakan perkataan ni sebenarnya. Bila nampak orang itu baik sikit, mulalah, "dia tu aku tahu dia macam mana, berlagak sahaja baik".  Itulah macam yang aku katakan, bukan mudah untuk bersangka baik kan? Be positive itu kadang-kadang sukar untuk diimplementasikan. Benar bukan?


Takut pula bila baca ada munafik disebalik perkataan hipokrit itu tadi. Bila kita lihat kamus english ke melayu pun, dia tulis munafik. Korang tahu kan? Munafik tu berdosa besar kan? Jadi, janganlah jadi hipokrit. Be yourself orang jawa kata!hehehe


Kenapa aku tiba-tiba buat entri ini? Ok, sebenarnya, aku sedih bila lihat kawan-kawan aku yang lebih takutkan undang-undang dunia daripada undang-undang Allah. Faham tak agaknya?


Boleh tak agaknya kalau aku nak kata orang yang on off tudung tu hipokrit? Boleh tak macam tu? Dalam kampus kau comel bertudung, tapi hakikatnya? hanya di kampus. Ada tu, pakai tudung bila depan parents sahaja, belakang? Masuk dalam beg. Nak balik nanti pakai semula. Ada kan? Tapi aku tahu, korang yang baca ni baik-baik kan? ;)


Hmm........

Awak dah cukup comel pakai tudung tu. Kenapa awak buka juga?
Awak memang dah cantik pakai tudung tu, nampak ayu. Tapi apa niat awak pakai kalau pakai untuk pergi kelas dan dalam kampus sahaja?
Awak buka tudung terang-terangan kat FB. 
Awak tayang semua gambar awak tak pakai tudung.
Ok, rambut awak cantik kan? 
Cuba awak botakkan kepala awak. Mungkin itu lebih baik untuk awak memakai tudung?


Ok, aku memang pelik lah. Ada tu, aku langsung tak sangka, depa ni tak pakai tudung atau on off pakai tudung. Korang lebih takut undang-undang universiti daripada undang-undang Allah kan? Mengaku sahaja lah.. Kalau bukan, kenapa korang buat macam tu? 


Siapa yang harus dipersalahkan dalam perkara ni? Ibu bapa? Cikgu kat sekolah? Pihak berkuasa Universiti? Perdana Menteri Malaysia? Tepuk dada tanya iman. Bagi aku, korang hipokrit sebenarnya.


Kalau korang baca post kat blog aku ni, korang nak menyampah kat aku, nak kata aku hipokrit. Suka hati korang lah. Korang nak remove aku daripada Friends list kat FB korang? Suka hati korang lah. Aku cuma memperingatkan. Ini memang tanggungjawab aku untuk memberikan peringatan.


Teringat dalam cerita syurga cinta. "Aku, kalau nak kawin esok pun, aku pilih yang bertudung. Daripada awek-awek yang add aku kat FB semua benda nak terkeluar."


Tudung itu bukan hanya simbol untuk Islam. Bukan hanya sebagai alat untuk menutup aurat, tetapi ia adalah simbol maruah seorang perempuan.

Kalau rasa rambut awak cantik. Awak simpanlah untuk future husband awak.
Kalau awak rasa awak memang cantik dan makin cantik bila dah kawin.
Janganlah tayangkan kecantikan itu kepada yang bukan suamimu.
Jangan jadikan suamimu itu suami yang dayus.


Akhirul kalam...


KECANTIKAN YANG ABADI TERLETAK PADA KEELOKN ADAB DAN KETINGGIAN ILMU SESESORANG , BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA.
-(HAMKA)-

Kalau suka, boleh like :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

30 comments:

CikAizA said...

kalau awk jumpa perempuan macam ni.. awk tanya satu jer... masa ALLAH turunkan firman menutup aurat.. Diakata be urself or u have to either u want or not??? perempuan macam ni biasanya konon cakap x nak hipokrit.. xnak jd munafik tapi makin tambah dosa adalah...

jerung said...

Assalam tuan blog.. Orang mcm tu tak masuk ajar dah..lempang laju2 kot bru paham...Dah di ajar,tapi tak masuk ajar.. Tu la,ntah nak kata pe lagi.. Diri sendiri kot nak cm tu..

Fasihah Supian said...

@AizA saya rasa dia tak tahu mana hipokrit tu kot.....

Fasihah Supian said...

@mUm_tAz itulah, memang kena tepuk dada tanya iman....kadang, penat dah nak tegur dan nasihat...

MK yorke said...

sekadar pendapat jela ek . kalau tak berapa nak gemar dgn pendapat aku . sila la dislike macam ket pesbuk . ekekekeke. kalau tak nak pakai tdg sgt dah lah kan. kau campak jela tudung tuh jauh-jauh . eyh . ko tak nampak ker artis pun dah bnyk pakai tudung . meke pun tahu balik ke pangkal jalan . yg ko nie spesis ape aku tak paham . hati berjiwa kental kot. semua tomahan leh galas. itu bodoh namanya . dah terang2 perintah tuhan dah kuar . sejak azali lagi . yg kau nie tak paham-paham ker? oh , lagi satu . paling bejampah tgk org on off on off tdg ! ingt pki tdg tuh mcm tutup buka suis kipas lampu ker? ples lah ea. jgn lah membajet kau howt sgt tayang rambut kau , macam kau je ada rambut . okay , sekian terima kasih .

*emosi kan? sbb bengang !

sekapur said...

macam2 manusia ni..gtu lah..bak kate org jawa..hair same black, heart different2..:)

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

stuju dgn dialog syurga cinta tu.. Walau bnyk mane kwn pompuan yg kite ad.. Kalau nk buat bini biarlah yg pakai tudung..lagi labuh lg bgus.. Tak salah kita memilih bakal ibu kpd anak2 kita..

Fasihah Supian said...

@yok yok! kalau kau cakap depan depa macam ni, confirm depa hangin..hehehehe tp seriuslah, betul ja kata kau tu, xde maknanya aku nak unfriend kau kan kat FB tu, bukan aku yg buat salah pun.haha

Fasihah Supian said...

@sekapur hahaha yela amer, hair same black, heart different2 bahasa jawa ye...baru tau.ahaksz!

Fasihah Supian said...

@::blog anak jawer:: yess...FS tahu la citarasa AJ tue..........hehe

Mutiara Bernilai said...

huhu..

ummat makin parah alang.
gimana lg mahu menghulur tgn membantu?

*menangis*

Fasihah Supian said...

@Mutiara Bernilai along, hmm, betul tu....satu tangan tak dapat mengubah apa2, kalau diri sendiri dan semua tangan tak bergabung untuk mengubahnya....

Rosmarieza said...

rumate akk pown camtu jugak sebenarnyer~ on off hijab~ tapi cume mampu mendoakan~ kadang3 tu tegur jugak~ mungkin ade hidayah dariNYA~ cume taufiq dariNYA yang masih kiter nantikan~ doakan mereka~:)

shaiefa said...

salam my dear cik seha..nice one..yup2,kt kena sentiasa ingatkan antara satu sama lain..bukan sekali,tapi banyak kali.Mereka xmau berubah xpe,insyaAllah,one day they will [moga2]..jangan lupa sentiasa setakan doa buat mereka..kita,xmampu nak ubah sesiapa,tapi DIA mampu :) apepun..untuk semua..

'I dress to please my CREATOR,and you can choose to please HIS Creation'

*luvmisscare*

Anonymous said...

salam.hebat n berani entri ni.mcm ni la mudamudi kite nak skang.
bukan kawan yg biar je kwn die terus hanyut ngn dunia.yg takut nk tegur, takut kwn tu benci die.
takut hilang kwn tapi tak takut dosa n azab tuhan..
bagus2.erm kalo nak kate budak UIA tu akak pun kadang2 tak paham.dah blaja ungs sampai 3 level, study circle lagi, kalo econs fiqh lagi..xtau la..sian diorang tu sian !

Tok Esah said...

hurm, unat akhir zaman ni macam ni lah!! ramai yg hipokrit,

kdg tuh, pakai tudung, lengan pendek!! ingat pakai tudung tu dah tutup aurat ke... huhu

sokong entry akak ni!!

ILA HonEyBuNNy said...

ila suka entry neh...

setuju 200%....

semoga diri ini menjadi wanita yg solehah....walaupn dri ini banyak lagi kekurangannya...

Lydia Miza said...

tak tau dan tak fhm hukum..sbb tu lah

nana riduwan said...

lawa macam mana pown,,bertudung lebih manis kn??

GaDhiS TuLiP said...

pergh..pergh...mmg best r post nih...kdg2 mnymph tgk org pura2 baik...bla ada rule dittpkn dikolej..bru nk pki tudg...bla nk kne msk msjd..bru glabh cr tudg nk pki..aper kes....

Fasihah Supian said...

@dark r0se YUP KAK ROSE, KITA DOAKAN MEREKA....agar terbuka hati mereka...

Fasihah Supian said...

@shaiefa yes shafa.....u r rite. luvmisscare u too dear!

Fasihah Supian said...

@~dianakhairi~ kak diana...betul tue..kesian dorg nie......tp dorg xkesian kat diri sendiri..camne...hmmm

Fasihah Supian said...

@Tok Esah betul tokesah, kadang dah molek bertudung, baju plak masalah....

Fasihah Supian said...

@HonEyBuNNy sama juga dgn saya ila!:)

Fasihah Supian said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) hmm, kalau yg tau dan buat2 tak faham cam ner lak kak LM? sebab kadang2 mereka bukan nye tak tahu, tp sambil lewa...

Fasihah Supian said...

@nana riduwan betul tue nana....bertudung lah paling manis....:)

Fasihah Supian said...

@GaDhiS TuLiP itulah tulip...kat kampus comey lotey bertudung, bila kuar, transform terus!

herumi said...

Salam. Entri yang menarik. Sekarang dah masuk zaman yang ditangisi Baginda Nabi Muhammad S.A.W. sebelum kewafatan Baginda dahulu. Sebelum nyawanya dicabut, meraung nabi S.A.W memimirkan umat manusia yang akan ditinggalkan. Tapi apa yang kita semua buat? Acuh tak acuh je pasal agama Islam. -sebut kita, termasuklah herumi.

Richard Burnish : Jesus is Not a God but He is a God
Secawan Kopi Sepotong Kuih (SelangorFM) : Alam Barzakh

Fasihah Supian said...

@herumi ya, sebab itulah kita perlu sentiasa saling ingat mengingati antara satu sama lain, kerana insan itu lupa dan manusia itu memang pelupa...