Apa Kejadahnya Lelaki Nak Tukar Jantina Sekali Dengan Nama Ni? | fasihah.com


May 26, 2011

Apa Kejadahnya Lelaki Nak Tukar Jantina Sekali Dengan Nama Ni?

Asyraf Hafiz yang ke mahkamah dengan berbaju kurung.


Assalamualaikum ladies juga jejaka kacak lagi bergaya. Harap tak ada yang terlintas mahu tukar jantina, hari ini, mahupun esok dan selamanya. Nanti Allah laknat, macam mana? Tak takut ke? So ni kisah abangkak kita seorang ni yang nak bertukar jantina juga nama.



KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.

Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan. -Kosmo

Manusia akhir zaman. Ini petanda orang yang tidak bersyukur barangkali? Bagaimanalah Allah tak turunkan bala. Nama sedap dah Asyraf Hafiz, pergi sibuk-sibuk tukar Aleesya Farhana buat apa.


Astaghfirullahalazim...


p/s: Perempuan dah makin ramai, kenapalah sibuk nak meramaikan lagi, macam manalah Salleh Yaakob tak kahwin 4 kan? hehe Gurau je! Selamat menjamu selera :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

14 comments:

merahitujambu said...

ada gak baca kt metro on9 td..haish..lepas ni maknyah2 bermaharajalela laa..

Fasihah Supian said...

@merahitujambudunia di penghujung..beginilah athirah....

shafiqabdshukor said...

moga2 dijauhkan...
astagfirullah

Tieah Madian said...

Kan.. Pompuan dah ramai,, sebok jugak dia nak jadi pompuan.. Dahla lelaki sikit,, ramai plak lelaki jadi pondan,, jadi gay,, Adoiiii.. Padanlah pompuan terpaksa kawen dengan duda,, atau laki orang.. Yelah,, ade pompuan yang tak nak bermadu kan.. Hehehe..

Entry Menarik 1 : Wanita Melayu Akhir Zaman = Wanita Melayu Seksa
Entry Menarik 2 : Ketagihan Facebook??? Ada Ubatnya..

~eRna daRL!ng~ said...

hilang pegangan agama cm gitu la jd nye...

Amiey White said...

apa nak jadilah . takut betul :(

Nur said...

Nama sebenar dah best kot ashraf hafiz. Nama dia tukar pon best jugak. Kuang3. Apela sanggup buat camtuh sekali. tak malu ke

Lydia Miza said...

macam2 kes kan ?huhu

airaniez wirdani said...

haha...nama dah sedap2 asyraf Hafiz..siap pakai tudung lagi..ppuan sejati pun takmo pakai tudung..ohps..

Esempoi said...

akhir zaman ni..

Miss Sha said...

tak pun dia khunsa kot sebelum surgery?

Anonymous said...

Itu la, masa buat operation dulu tak pikir, nak pikir syok jer nak jadi pompuan. Haa.. sekarang kan dah stress. Kalau dia tak nak stress, operate la balik jadi lelaki.

.ejat. said...

dia ingat senang ke jadi perempuan? haha. jadi laki pon dia tak berjaya,nak jadi perempuan? terbalikla jawabnya.

Solihin Zubir said...

baru berangan nk taruk nama anak nnt, dgn nama aleesha.. trus jd mcm geli.. adeyh... =_="