Bila Jawatan Mengatasi Niat [jangan Gila Kuasa] | fasihah.com


May 11, 2011

Bila Jawatan Mengatasi Niat [jangan Gila Kuasa]

Assalamualaikum to all my beloved readers! Selamat malam! Sudah solat? Sebelum berceloteh dengan panjang lebarnya lagi. Cuba baca dulu Meninggal Dalam Tandas Lebih Mulia Daripada Dalam Masjid?


Ok, sudah baca atau sudah pernah baca? hehe Kali ini cerita lagi berkenaan masjid. Ini cerita masyarakat kita. Siapa? Masyarakat Melayu dan beragama Islam. Secara umumnya, semua orang tahu bahawa setiap amalan, dimulakan dengan niat. Kalau niat baik, dapat pahala dah! Walau kebaikan sekecil zarah sekalipun tetap dapat ganjaran kan? Itulah, Allah maha pemurah. Kita sahaja yang kedekut. Nak senyum pun berkira. Tak, tak cakap kat korang yang baca ni. Cakap kat orang lain. :)


Gila kuasa sumber

Ok, Pak Mat seorang bilal. Tapi kini dia sudah meletak jawatan. Oleh itu, masanya kini banyak dihabiskan dengan berkebun. Pada suatu masa dahulu, semasa zaman kegimilangannya sebagai seorang bilal, setiap waktu dia akan berada di masjid. Dialah orang paling awal. Dialah yang membaca sedikit ayat Al-Quran sebelum masuk waktu subuh.


Tapi kini, tiada lagi Pak Mat sebagai bilal. Masjid seperti biasa. Ada bilal yang lain. Tapi ke mana Pak Mat pergi? Kenapa sudah tidak muncul di masjid lagi? Adakah kedatangan ke masjid hanya kerana jawatan yang disandang atau ikhlas sebagai seorang hamba untuk bersujud di rumah Allah?


Aku hanya melihat masyarakat di sekeliling aku dan aku bercanda di sini. Watak tiada kena mengena yang hidup atau mati. Tapi aku hanya ingin kongsikan fenomena ini.


Hari ini, ramai yang rajin bekerja, berdisiplin, hormat bos dan sebagainya. Tapi benarkah kita berdisiplin dalam menunaikan perintahnya? Awal ke lambat kita tunaikan solat?


Pak Mat contoh yang mudah. Dahulu, dia banyak mengejutkan orang sembahyang subuh. Dia yang menyedarkan orang masuknya waktu solat. Tapi kerana apa? Kerana jawatan. Kerna dia bilal, jadi dia perlu laksanakan tugasnya.


Tapi sekarang, dia bukan bilal. Azan berkumandang di masjid, dia di warung kopi Pak Ali. Bagaimana? Ke mana disiplin yang dahulunya sangat bagus?


Itulah. Mungkin boleh dibuat peringatan kot untuk kita semua. Kalau buat sesuatu itu biarlah kerana Allah. Bukan kerana jawatan sahaja. Aku juga mengingatkan diri aku sendiri. Sebab iman manusia itu mudah goyah. Kadang naik kadang turun. Kan? :)


Terima kasih sudi baca. Kalau suka, boleh like. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

4 comments:

Budak Botak said...

dah ok dah kot, semalam tgk x keluar iklan, he3...

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

macam tu lah lumrah manusia... setiap kerja nak kan imbalan... tanpa imbalan, kerja and amalan entah ke mana...

Fasihah Supian said...

@Budak Botak tq budak botak!

Fasihah Supian said...

@::blog anak jawer:: tul tu AJ...