Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

September 2, 2012

Biasalah Budak-Budak Katanya

Kelihatan kelibat kanak-kanak seusia anak buahku yang berumur 8 tahun memasuki kawasan rumah. Kebetulan aku duduk di anjung melayani anak buah si kecil Darwisy. Tak lama selepas itu, sampailah anak-anak ini dihadapan rumah. Kebetulan pintu ruang tamu juga terbuka, maka masuklah anak-anak ini tadi.


Aku ini yang terpinga-pinga. Aku pun, "Ha dik, masuklah, masuk." Dalam hati, (aihhh salam pun tak bagi ni, main terjah masuk ni, macam mana datang rumah orang macam ni?)


Terus aku pergi dapur, ambil gelas dan air bawa ke ruang tamu. Makanlah kuih ni. Dia diam je duduk. Dalam hati, (Ni kes datang nak minta duit raya je ke ape ni? Tak patut betul)


Tapi ada sikap yang patut dipuji, kita tak suruh makan dia pun duduk je diam. Tuang lah air kat depa. Abah pun tanyalah anak siapa semua, suruh makan kuih. Satu demi satu balang kuih dibuka dirasa dan dimakan. Lama juga, kalau datang makan kuih raya, kira ok lah kan. Agak lama dah, abah pun bagi duit raya, depa pun balik.


Tak apalah, budak-budak. Ceh dalam hati kata gitu. Tapi dok bermonolog lagi. Budak-budak pun, kalau ikutkan umur 7tahun, mereka dah patut diajar tentang adab dan akhlak. Bagaimana datang rumah orang. Berapa kali beri salam. Jumpa orang tua macam mana. Semua tu, adab. Adab di mana pentingnya diajar dari kecil, biar kelak dewasa menjadi anak-anak yang berakhlak. 


Meluntur buluh, biarlah daripada rebungnya.


Kadang aku termenung panjang, menjadi ibu bapa pada zaman ini amatlah mencabar. Anak-anak sekarang pun makin cerdik. Jangan terlalu manjakan mereka dengan berkata, "biasalah budak-budak." Ingatlah, itu tanggungjawab kita untuk mendidik mereka untuk jadi orang yang berguna, berakhlak dan soleh solehah. 


Sebelum melepaskan anak-anak beraya, patutnya kita nasihatkan, kat rumah orang nanti bila jumpa orang tua salam. Sebelum nak masuk, beri salam, waktu nak dekat maghrib patut dah balik rumah dan sewaktu dengannya.


Wallahua'lam. 
Teruskan tradisi ziarah menziarahi eratkan sillaturrahim aidilfitri ini.
Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.


[Syawal 2010] Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua. Mohon maaf andai tersilap bicara di alam maya. Syawal ini kita kembali kepada fitrah. Moga Ramadhan yang berlalu bukan sekadar angin yang menyinggah sekejap. Kullu 'am wa antum bi khair. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 8, 2012

Jujur & Ikhlas Yang Tergadai

Sudah sekian lama. Hari ini, aku menitip bait-bait di sini lagi. Rasa terpukul dengan kata-kata pedas yang terhampar di laman-laman sesawang dan juga komen-komen atas talian. Walaupun bukan ditujukan kepada aku, tapi jauh di sudut hati, aku menyesal dengan sikap sebahagian pihak yang tidak bertanggungjawab. Persoalannya, kemanakah kejujuran dan keihklasan yang luhur dalam membuat sesuatu perkara? Mudah sungguh untuk JUJUR dan IKHLAS ini digadaikan.


Hari ini, mundurnya kita, terutama yang beragama Islam kerana lemahnya dalam mempertahankan sifat yang dua ini. JUJUR dan IKHLAS. 


Ahh pagi-pagi kau dah nak bermonolog dalaman. Tapi bagus juga, kalau bukan sebab monolog kau yang membuak-buak dan membara pagi-pagi ini, dah pasti blog ni kau anak tirikan lagi kan Fasihah?


Selepas subuh tadi, buka-buka FB, ada terjumpa 1 post tentang 1 kedai online yang sangat terkemuka dan sedang melonjak naik namanya tidak menunaikan janji dan menyebabkan beberapa pelanggannya rasa marah dan tidak berpuas hati atas khidmatnya. Aku terpempan bila ramai yang memberi komen, "itulah, tak pernah beli online, bukan boleh percaya".


Allah, sungguh. Aku baru menapak ke dunia online shopping ini untuk membantu rakan baikku. Pada aku, kita jangan salahkan teknologi, tapi salahkan siapa yang menggunakan teknologi. Bagaimana, kenapa dan untuk apa digunakan. Kalau baik penggunaanya, baik jugalah hasilnya. InshaAllah


Sungguh, online shopping ini banyak kelebihannya, lagi-lagi untuk mereka yang sibuk dan jauh untuk mendapatkan sesuatu. Cepat dan mudah. Cuma, permasalahannya sekarang ialah..


KEJUJURAN & KEIKHLASAN

HONESTY & SINCERITY


Kenapa dua ni yang aku highlight kan? Sebab dua ni merupakan attitudes yang tak kira agama apapun, bangsa apa pun, kaum apapun, semua orang boleh menanamkan attitudes ini.Tapi yang beragama Islam, sudah tentu, kalau dia beriman dan bertaqwa, perkara penipuan di internet memang sejak daripada awalnya tidak patut berlaku.


Tunaikanlah apa yang sudah keluar daripada bibir. Kalau semua jujur & ikhlas, tak kira agama bangsa dan kaum apa sekalipun, tiadalah yang teraniaya. Tiadalah yang sibuk nak menjadi pengkhianat. 


Sungguh, dunia ini memang ramai yang tidak jujur dan ikhlas. Tapi kenapa masih ramai yang ingin menambahkan lagi kuantiti orang yang tidak jujur dan ikhlas?


Just my 2cents, be honest and sicere in what you are doing. You will see, sooner or later, there are many people will be honest and sincere towards you. It is just, what you give, you get back. :)




This is Ramadhan people, why don't we start practicing honesty and sincerity? :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 30, 2012

Perempuan Tapi Menipu, Hipokrit!

Kami percaya bahawa perempuan tak comel dan tak cantik langsung bila mencuri menipu santau pukau lagi-lagi dia menipu dekat golongan perempuan juga tapi yang lebih tua. Mentang-mentang dia muda, dia cakap lemah lembut dalam nada memaksa itu ada makna!!


Pendahuluan yang agak macam geram. Saya geram sangat-sangat. Bila balik kampung sibuk orang sana sini bercerita. Ada 2 orang budak perempuan datang rumah, dia sibuk kata dia agen Techno Water lah, agen BANCI lah. Dan macam-macam. Yang tak puas hati, perkara utama bila dia dah sampai depan rumah, dia mesti nak minta tuan rumah bagi dia masuk dalam.


Beberapa hari lepas, ada seorang nenek, habis barang kemas dicuri, duit dalam peti habis kena ambil. Gara-gara perempuan dua orang ni. Aku dah kata kat depa ni, buatlah laporan. Ni kalau biar, makin berani lah dia buat kerja terkutuk ni.


Cara depa dua orang ni. Memula cakap lembut. Pandailah depa berlakon kata nak banci lah apa lah, tapi dia mesti tanya satu benda ni, Makcik kat rumah seorang ke? Once jawab seorang je, memang mangsa yang dinanti-nanti! Perempuan ni berdua, datang dengan kereta dan yang bawak kereta tu lelaki. Kira bertiga.


Hari tu, dia datang rumah. Abah sibuk kat belakang. Mak kat depan. Dorang sibuk kata dari Techno Water. Suka-suka cakap air bertapis tak elok untuk kesihatan lah, kena tukar tiap 6 bulan sekali. Nampak macam aku emo kan? Sirius aku geram. Kalau aku ada masa ni aku memang nak sangat ambil gambar dorang ni. Tunjuk polis terus. Mengambil kesempatan!


Klik sini jap! TQ^^


Ok, citer lagi. Lepas dia dah berlakon konon agen Techno Water tu, dia tukar pulak kata datang nak membanci. Mak aih, bahasa baik sangat lah kan. Konon, tak apalah makcik, kita masuk dalam, makcik masak nanti sambil borak-boraklah. Dalam hati ada misi tu!! Tapi nasib baik mak aku bijak. Mak aku garang cam aku gak. Rasa tak sedap hati, memang tak ada kompromi! Yelah, kita dah cakap kita tak nak, kenapa nak paksa? Nampak sangat macam ada yang tak kena kat situ kan? Faham-fahamlah sekarang ni tak boleh nak percaya sangat orang-orang yang belum dikenali ni. 


Tak puas hati. Dia nak jugak ajak mak aku masuk dalam. Siap bila dia suruh ganti mesin penapis air tu, dia kata camni, makcik, saya ni lulusan kolej universiti blablabla. Saya tahulah. 


Mak aku lagi hangin.hahaha


Mak aku pun balas. Dah tak payah susah-susah. Makcik tahu. Bukan makcik tak tahu, makcik memang ada orang datang servis tiap kali dah cukup tempoh. Kalau betul 6bulan kena tukar. Nanti makcik call syarikat tu sendiri tanya. Anak makcik belajar kat U jugak, tak ada pula paksa-paksa datang rumah orang tak tahu adab macam ni. Hambik ko!


Panas kot bila dengar cerita. -.-''


Perempuan tu akhirnya menyerah bila mak aku cakap. Dah-dah pegi balik. Makcik nak masak. Pakcik kat belakang tu kejap lagi nak makan.


Pempuan tu pun macam terkejut, dia cakap macam ni, Oh ada pakcik ke? Tak apalah, jom kita balik.


Nampak sangat. Kalau mak aku sorang masa tu. Terpedaya, tah jadi apa kat mak aku masa tu. Kejam lah dorang ni!!!!


Ok, nenek tu kan. Habis rantai emas duit semua. Masa tu nenek tu cakap dia sorang. Anak dia yang rumah depan tak ada gi kerja. Budak tu usap belakang nenek tu. Habis lah semua. Ni apa ek? pukau ke? Bila tengah hari tu mungkin dia sedar. Nenek tu nangis lah, dia baru sedar barang kemas dia tak ada, duit habis.


Semalam dia pergi rumah makcik-makcik aku pulak. Tapi sebab dah hebah satu kampung. Jadi suami masing-masing dah beritahu isteri masing-masing bila ada orang datang jangan bagi masuk. 


Tapi sirius, aku rasa nak bagi penumbuk je kat perempuan dua ni. Perangai tak macam perempuan. Rasa nak bagi penampar. Ni ke mak ayah ajar? Cari duit cara halal lah. Bukan menipu pukau orang-orang yang dah tak berapa berdaya. Sengaja masuk kampung cari nenek-nenek makcik-makcik yang dah tua. Langsung tak comel. Malulah.



Perempuan tak lawa tak apa, tapi baik hati budi bicara akhlak memang 1 aset kecantikan sepanjang zaman. Mencuri, menipu, memukau tu langsung tak comel ok! -.-''

psst: maaf jika terasa macam kasau benar bunyi entri kali ni. Gerammmmm! Rasa nak lepas tembak sedass kat dorang ni. Kesian nenek tu!!!!! Ok, doakan mereka diberikan hidayah untuk berubah dan pulang ke pangkal jalan.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 16, 2012

3.7 juta lagi ..



Petikan akhbar Utusan Malaysia, Rabu 15 mac 2012. Ramai lagi rupanya yang tak daftar mengundi.. awak awak awak dan awak yang saya kenal, dah daftar ke belum mengundi? Pensyarah saya cakap kan wak kan....

Dalam situasi negara Malaysia sekarang, betapa pentingnya dan berharganya undi seseorang itu. Lagi-lagi bagi seorang insan yang bergelar muslim. Tegakah kita untuk  membiarkan orang bukan Islam yang memerintah negara kita?

Itu kata lecturer saya lah. Kata dia.. tapi saya pun setuju. Kita yang memilih siapa pemimpin kita kan? Fikir-fikirkanlah.... kamu-kamu nak ke Malaysia ni nanti diperintah orang yang bukan beragama Islam? 


Tak tak saya bukan racist saya cuma rasa, sebagai seorang Islam, rasa macam wajib je pilih pemimpin yang beragama Islam. Sebab dia perlu memimpin. Sebab saya Islam, jadi, mestilah saya nak orang yang pimpin saya pun Islam juga. Tak ke?


Dah dah, sapa tak daftar lagi tu? Pegi daftar undi esok ok? Oh esok cuti, Hari Isnin maksud saya. =D


May Allah bless us :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Hormat. Respect.

1 perkataan yang mudah disebut, tapi tak mudah dilakukan. Bila kita bercakap, seboleh-bolehnya kita nak orang lain dengar. Bila orang lain bercakap, kita hormat dengan apa yang hendak dia sampaikan. Menjadi pendengar merupakan satu respect. Menghormati orang yang lebih tua. Menghormati ketua. Menghormati pemimpin. Nampak mudah. 


Dalam satu-satu perjumpaan, mesyuarat, perbincangan, betapa pentingnya budaya hormat ini. Betapa pentingnya untuk memberikan 1 keselesaan kepada yang sedang bercakap untuk menyampaikan. Cuma mungkin kita selalu tak sedar yang kita rupanya sedang tidak menghormati orang yang sedang bercakap dengan melakukan kerja lain.


Contoh mudah, kawan sedang bercakap di hadapan tentang perkara berbangkit, yang di belakang ada cerita lain yang lebih seronok untuk dikongsi. 


Tapi, bila rifleksi semula. Kenapa bila kita bercakap, ada yang tak nak hormat dengan memberikan peluang kita bercakap dalam keadaan yang tenang dan semua orang boleh dengar? Hukum pantulan. Jawapan yang sangat tepat.




Kalau kita sendiri tak nak hormat orang, ada orang nak hormat kita? Kalau kita pakai baju warna biru, tengok cermin, ada ke baju tu bertukar jadi coklat? Simple. What you give, you get back.

Selalu selalulah kita pantulkan diri kita sendiri di hadapan cermin. Pantulan yang bagaimana agaknya kita?

Kita mungkin marah bila orang tak mahu menjadi pendengar setia, tapi pernahkah kita jadi pendengar yang setia?


Kita mungkin sedih bila tiada orang peduli kita bercakap, tapi pernahkah kita peduli bila kita bercakap tatkala orang lain sedang berbicara?


Ada pula, orang persoalkan, dunia ini tidak adil. Tapi pernahkah dia persoalkan pada diri kita sendiri, adilkah kita? Pada Allah, pada diri kita sendiri, pada masyarakat sekeliling?


Insan. Pelupa? Saya pun, tergolong juga. Tapi, kalau bukan kita yang buat, kenapa perlu mengharap orang lain buat untuk kita? Kita mahu orang menjadi pendengar yang baik, tak lain, kita sendiri seharusnya yang lebih utama untuk jadi pendengar yang baik!


Nah! Itu, law of reflection. Belajar sains bukan untuk dapat A sahaja. Tak macho lah kalau belajar straight A's semedang, tapi tak tahu nak aplikasi dalam kehidupan kan? :)


Apa tunggu lagi? Jom, mula daripada hari ini. Treat others as how you wish to be treated! May Allah bless us :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 4, 2012

Khabar Angin Akan Berkahwin

Penat layan orang yang suka sebarkan 'dengar-dengar'. Tak payah cerita panjang sangat, saya kira status saya yang 1 malam ini cukup untuk menjelaskan segalanya.

Klik gambar untuk membaca dengan lebih jelas, atau direct terus ke Facebook saya

Juga, jika saya ada selitkan hadith, saya sertakan riwayat siapa, mungkin ada yang terlepas pandang. Tapi jika tiada, sila beritahu. Sebab saya percaya, memang segelintir manusia, memang nak sesuatu perkara itu benar-benar sahih baru hendak percaya.


Jadi, sama seperti khabar angin ini, masyarakat kampung terutamanya, memang cepat menyebarkan perkara 'dengar-dengar' ini. Harapnya, jika hendak beribadah dan beramal dengan sesuatu, anda tekun mencari riwayat siapa, hadith sahihnya bagi memantapkan kepercayaan. Begitu juga dengan perkara lain. Kalau setakat khabar angin, janganlah mudah disebarkan tanpa tahu kebenarannya.


Rasa kesal bila ada yang menyebarkan ura-ura dibelakang tanpa tuan badan sendiri tak pernah planning perkara tersebut. 


Ya, kalau kata tak ready, semua orang tak ready. Ok, bagi saya, setiap orang tu lain prinsipnya. Dan sungguh, prinsip saya bukan untuk kahwin masa terdekat. Wallahua'lam.


Hentikan sebaran 'dengar-dengar'. Banyakkan selawat bukankah lagi bagus?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 3, 2012

Kau Bila Pulak?

Saya kira ini merupakan antara soalan yang sangat popular di kala usia menginjak ke angka 2 di hadapan. Sirius popular. Antara cadangan jawapan mudah bagi soalan ini ialah :

     # lepas raya 
     # esok
     # hujung minggu nanti


Dan jawapan-jawapan tadi seperti satu infinity, di mana tidak diketahui sebenarnya bila. Sebab, kalau jawab, belum ada calon sibuk kata kita tipu, tak percayalah tak ada calon, muka cun, muka handsome tak ada orang suka. grr. Kalau memang fakta tetap ada yang pertikaikan. Masalah problem betul. Kalau jawab, belum cukup duit lain pula kisahnya. Sibuk kata, hai gaji beso takkan tak ada duit nak kawin. Ni pun masalah problem jugak.


Jadi, saya selalu jawab dengan lepas raya. Tahun bila tu toksah la ko tanye. Dah ambe pun tak tahu tahun bila langsungnya. Kadang-kadang jawab camni, tolong carikan calon! haa, tapi lepas tu cover balik lah. Kang dia ingat betul suh carikan calon. Padahal belum terbuka pintu hati pun.huhu


Tapi, saya tengok, ramai juga junior saya yang dah menuju ke arah pembinaan masjid. Tahniah. Mabruk alaik! Salute kat korang sebab berani menempuh alam perkahwinan pada usia muda. Oh, ada sorang tu, dia betul-betul nak kahwin dah, junior, tapi dia cakap kat saya, belum ada calon. And, she really means it, she said : I am finding a husband not a boyfriend. Huhu 


Sirius rasa macam, fuh, dia lebih muda daripada aku, tapi dia hebat. Dah bersedia nak membina masjid, tanpa tahu siapa yang akan jadi suaminya kelak. huhu Mungkin ramai juga yang dah inspired by Farah Lee, yang berkahwin dengan Ally Iskandar? Di mana, saya mencari isteri, dan dia sedang mencari suami? huhu Tapi baguslah, banyak kelebihan membina masjid ni......


Gambar ambil di FB, syahirul.com

Tahniah buat yang dah bersedia. Kalau tanya saya, kenapa saya belum bersedia, boleh tak kalau saya nak cakap yang saya rasa, macam baru semalam saya main-main dengan teddy bear, tidur dengan mak abah, baru semalam main kawin-kawin. hehe

sumber

Bagi saya, kahwin ni bukan sesuatu yang mudah kalau tak bersedia, lagi-lagi dari segi ilmu agama. Kahwin ni bukan macam nak membuka sebuah syarikat, tapi dia macam konsep partnership. Perkongsian. Di mana, di sinilah pentingnya erti memberi dan menerima, berkongsi apa yang ada, lengkap melengkapi antara satu sama lain. 


Kalau saya nak jaga diri sendiri pun tak lepas. Bangun subuh pun selalu sangat mak ayah kejut, tak payahlah ada hati nak kahwin saangat kan? Sebab saya sedar saya belum layak. Sebulat suara, seiya sekata. lalala


Tap kan, ada 1 soalan lagi yang tersangat popular buat saya dan kawan-kawan yang sekepala dan setempat belajar dengan saya..


Bila engkau nak habis belajar?


Yang satu ni memang dah tersangat penat nak jawab. (-______-'')

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 11, 2011

Bercerai Dah Dia?

I Love You ~ Google
Dulu, masa belum nak kahwin, heboh sekampung. Bakal suami dia jurutera. Bakal suami dia anak dato. Esok dah kahwin senang. Dapat anak kaya. Dan macam-macam lagi. Dah macam jadi norma masyarakat, bila ada majlis perkahwinan, dah biasa kan? Mesti nak tahu, dapat orang mana? Anak siapa? Kerja apa? Itu memang standard questions.


Tapi lagi kepoh kalau macam tu lah, anak dia dapat anak datok. Bakal suami dia jurutera. Budak tu dah ada PhD dan macam-macam lagi pangkat dan darjat yang sibuk diceritakan. Itu yang kita suka banggakan kan? Kalau dapat ustaz sahaja, rasa macam apelah sangat kan? Tapi itu memang norma masyarakat. Tak payah nak tepis. Saya balik kampung ni, pergi mana-mana wedding invitation memang macam itulah.


Telur pun sehati sejiwa wak.

Masa bercinta memang indah. Semuanya wangi semuanya baik. Lagi hebat bila bakal suami ada sedikit pangkat. Heboh satu kampung. Bangga nak dapat menantu anak raja kan?


Yang tak seronoknya, bila balik, dapat tahu orang yang dikenali, umur atas saya je. Umur baru 22. Dah jadi janda muda. Kasihan kan? Mungkin belum bersedia sebenarnya nak mendirikan rumah tangga tapi dah berkahwin. =___='' Atau pun, dah memang tak ada jodoh, nak buat macam mana kan?


Aku ceraikan kau talak satu.

Tapi lagi tak seronok bila mana dulu masa nak kahwin ke main lagi kan? Grand. Sibuk canang anak dia dapat pegawai lah apalah.


Tak berapa seronoklah norma yang macam ini. 


Kalau benar seseorang itu baik, kita tak perlu nak bangga dengan apa yang dia ada, tapi biarlah kebaikannya terlihat dengan kelakuannya.


Selamat pengantin baru yang baru berkahwin dan akan berkahwin hari ini. Sebenarnya gerbang perkahwinan adalah permulaan seorang perempuan atau lelaki untuk mengenali hati budi dan perangai sebenar pasangannya.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 17, 2011

Spontaneous Thursday #11 | Keputusan UPSR




Hari ini keputusan UPSR akan diumumkan. Tahniah pada yang cemerlang. Yang kurang cemerlang jangan bersedih.



Buang tabiat membanding berapa A anak kita dapat dan jangan jadikan A suatu KPI tetapi jadikan solat, akhlak dan menutup aurat KPI penting. Lihat bagaimana kabahagiaan kita sekeluarga akan meningkat dan ketenangan meningkat apabila Allah tujuan kita redhaNya yang dicari, kasih sayang dan mengenal Allah menjadi usaha kita setiap hari. Ajarkan ini pada anak anak setiap hari. Ibu bapa kalau anak anak kurang baik salahkan diri dan minta maaf pada anak dan mula buat perubahan, InsyaAllah anak akan berubah.-Prof Dr. Muhaya
 
 
p/s: KPI : Key Performance Index atau bahasa melayunya, kayu ukur.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 16, 2011

Penting Ke Pertikai Belajar Di mana?

Sesetengah orang sibuk mempertikaikan orang tu belajar kat sini kurang bagus. Belajar kat sana bagus.


Kadang-kadang rasa macam.. Tak baiklah..


Jangan pertikai orang tu belajar kat mana..


Tapi kita patut lihat keluarnya seseorang tu dari mana-mana pusat pengajian, bagaimana perlakuannya bila keluar dari pusat pengajian tersebut.


Makin baik atau sebaliknya.
Makin berilmu atau sebaliknya.
Makin berakhlak atau sebaliknya.


Janganlah diskriminasi sangat.


Yang membezakan kita ialah iman dan amal di akhirat nanti..


Wallahua'lam
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 8, 2011

Kedekut! Haji Bakhil

Sepanjang cuti raya ni dah berapa kali tengok cerita kat tv yang berkisarkan tentang kedekut.


Petang ni kat tv2 tajuk dia seringgit. Cerita ulangan ni. Tapi banyak pengajaran yang boleh kita ambil.


Berkira sangat pun susah. Dah la kedekut. Duit banyak pun pakai basikal je.


Kalau betul nak berjimat biar kena pada tempatnya. Ni bela kambing pun tak nak belikan makanan, lepas je. Bini nak gi haji pun bini kena keluar duit sendiri padahal bini tak kerja.


Payah ni kalau dapat laki gini. Semua berkira.


Yang pelik kan kan.. Dah berapa kali tengok cerita kedekut kan yang kedekut tu mesti lelaki. Adakah lelaki sinonim dengan kedekut? Hehe


Apa kata anda?
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 4, 2011

Personal : Apa Yang Patut Saya Bicarakan?

Kita bukan maksum yang tak lepas daripada membuat kesalahan. Tapi kita juga tidak mahu masuk neraka. Tapi kita selalu tak melakukan perkara yang sepatutnya untuk masuk syurga. Awak awak awak, setuju tak dengan saya?


Situasi

Azan berkumandang di masjid, tanda masuknya waktu maghrib bagi wilayah persekutuan Gombak dan sewaktu dengannya. Kelihatan nun di sana, seorang demi seorang menuju ke bilik air untuk menyuikan diri masing-masing sebelum menunaikan solat.

Tidak lama selepas azan berhenti, Sufi juga melakukan perkara yang sama. Tapi antara sedar dan tidak, bukan semua yang wajib menunaikan solat mereka menunaikan solat. Itu faktanya hari ini, walaupun mereka Islam.


Situasi dalam situasi

Pergerakan Sufi untuk mendirikan solat lambat-lambat. Dia terasa sangat annoying dengan suara-suara yang kedengaran berdekatan dengannya. Suara tersebut sangat jelas dan kuat seperti individu tersebut sedang bercakap dengannya.


Di masjid, Imam sudah memulakan solat. Yang di bilik, masih belum mula lagi. Terkebil-kebil Sufi memakai telekung. Dalam hati, 'bila pula dorang ni nak stop bercakap kat telefon'.


Hey, you didn't find me a song. I have find you one romantic song u know?

You know? I have watched this movie more than 20 times.

and bla bla


Sufi mendengar Imam di masjid sudah masuk rakaat kedua. 'tak boleh jadi ni, kena cuba buat-buat tak dengar ni. Khusyuk-khusyuk. Pandang sejadah.'

Maka Sufi pun solat. Semoga solat Sufi tu tadi diterima Allah. Dugaan ketika Sufi bersolat, suara-suara tadi tidak juga makin rendah, tapi Sufi cuba tidak mengendahkan perbualan mereka. 

Selesai salam. Belum sempat pun berdoa, suara yang kedengaran tadi, tiba-tiba menjadi lebih kuat dengan gelak tawa yang begitu galak sekali. (erm betul ke bahasa melayu aku tu?abaikan)

Dalam hati Sufi. 'Tak nak solat maghrib ke dia ni? Bila nak mula solat dia ni. Kata Islam. Soalt bila masa kesusahan je ke?'. Sufi tiba-tiba Istighfar, eh, be positive, dia uzur lah tu. Walaupun dalam hati, 'masakan uzur sampai berbulan-bulan?'

Sufi tidak mengendahkan mereka walaupun dalam hati ada rasa nak ambil hp tu campak dari level paling atas asrama Sufi. Tapi Sufi teruskan wirid dan Doa. Sufi hendak membaca Al-Quran pula.

"Allah mak ai, makin galak depa bersembang"

Sufi selamba sahaja teruskan membaca Al-Quran. Selesai sahaja mebaca.

Ok, we stop here. Go eat. We will continue later. I love you. Muah Muahh


end



# Bersabar itu sangat penting dalam menjaga keharmonian dan hubungan sejagat. Tapi tak bermakna kita perlu berdiam atas perbuatan yang tidak baik.

# Kalaupun dah tak tahan nak bergayut sekalipun. Cuba hormat orang yang berada di sekeliling kita.

# Kalaupun tak nak sembahyang sekalipun, tolonglah hormat orang lain yang sembahyang. Ini sangat penting.


Sekian buat kali ini. 

p/s: sentences english yang Italic tu adalah perbualan mereka yang sedang bergayut.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

October 22, 2011

CopyCat : Kisah Anak Dan Ayah Yang Sangat...

Tak tahu nak kata apa, speechless bila baca.


anak dan ayah


Seorang bapa pulang ke... rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....
 
"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit...
 
"Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. 
 
"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
 
 
p/s:  Sibuk mana sekalipun, jangan lupakan keluarga kita. Buat ibu dan ayah, jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak. Jangan abaikan mereka. Mereka sangat memerlukan anda untuk membentuk mereka. Lagi penting, sesibuk manapun kita, di mana pun kita, jangan lupa laksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 17, 2011

Fuhh Jimat Duit Lah Hari Ni!!

Selamat Sabtu semua! Selamat hari raya! Mood masih raya kan? Aku balik umah ni, ramai je datang umah lagi. Kat kampus langsung tak rasa raya. Balik rumah, Ohhsemm budak-budak ramai lagi beraya. Tuan rumah tinggal stand by kuih raya, air dengan duit raya je. Ok, duit raya tu penting! hehe


Hari ni, pepagi ni, aku tau ramai yang dah merancang perjalanan nak ke mana dituju dulu kan? Banyak sungguh invitation open house. Tinggal stand by duit minyak untuk gi ker rumah-rumah tersebut. 


Source : Open House

Sungguh, pada masa yang sama juga, banyak jemputan kenduri kahwin. Aku rasa dia ambil bulan Syawal ni. Macam 2 in 1 lah kan? Yang perlu, stand by perut je, nak makan macam-macam. Apapun, kesannya, bila makan pelbagai? Sama ada perut tahan dengan tak je kan? Jangan memudaratkan dah la kan?


Food by ~moatazbadawi

Bila nampak hidangan macam tu, lagi semangat nak makan kan? Terlebih excited~


Tapi bagi yang menjayakan Open House ni, patutnya big applause to them~ Penat tau? Nak pengsan dibuatnya. >.< Paling penant nak mengemas. Sekarang ni, rumah aku dah setel. Nak pi rumah orang lain dan 2 rumah orang kahwin. Auwww kena ready perut~ hehe


Korang tak banyak open house ke hari ni?  Apapun beringatlah masa makan tu ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 16, 2011

Kita Bukan Siapa-siapa, Mengapa Perlu Sombong ?

Sebelum tu, cuba baca sambil layan lagu nie..


Kalau rasa diri tu baik, rasanya, bayi yang baru lahir itu lebih baik kerana tiada lagi dosa.
kita ni yang dah lama hidup, setiap hari berapa banyak dah dosa kita buat.
Tapi kita masih susah juga nak meminta ampun padaNya.




Nak duduk sebentar lepas solat pun kadang-kadang macam payah benar kan?
Nak solat pun kadang-kadang, kita dengar bunyi-bunyi hp yang berdering sana sini.
Padahal, waktu solat tu, kita menghadap Allah dan meninggalkan dunia di belakang.


Itulah, manusia macam kita ni yang sangat lemah, yang sangat mudah terpedaya dengan dunia.
Jadi sama-sama kita ingat mengingati.
Kalau kita sendiri tak berapa nak OK macam mana generasi yang mendatang nanti?


Berpesan-pesan pada kebaikan.
Berpesan-pesan meninggalkan kejahatan.
Berpesan-pesan kepada jalan yang diredhai Tuhan.
Berpesan-pesan dunia ini hanya pinjaman.
Dan nanti kita akan pulang pada hari yang telah ditetapkan..



Ampunilah dosa dosa kami yang banyak Ya Rabb. Siapakah lagi yang dapat mengampuni kami selain dari-Mu Ya Allah,Tuhan Sekelian Alam.
p/s: pesanan buat diri juga. selamat malam. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 13, 2011

Bukan Susah Pun Kan?

Do I Smell Something by =popoks


Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. (HR Bukhari) 
 
 

Jadi, gunakan masa yang ada sebaiknya, gembirakan ibu bapa kita. 
 
 
Buat yang masih muda, berbaktilah kepada ibu bapa bukan pada kekasih yang belum sah.
 
 
Buat yang sudah bekerja, jangan sampai tiada masa untuk menjenguk ibu bapa. Banyak mana pun duit yang anda beri pada mereka, kebahagiaan itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit bukan ?
 
 
Buat yang sudah berkahwin, bagi lelaki, ibu didahulukan, perempuan perlu mendahulukan suami. Tapi saya rasa itu bukan bermakna Ibu bapa harus dilupakan. Kerana suami tak boleh memutuskan perhubungan anak dan ibubapanya kan? :)
 
 
Biarkan mereka menangis kerana kejayaan kita bukan kegagalan kita. kan? :) 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 1, 2011

Puasa, Tapi Dalam Banyak-banyak, Ini Yang Membuatkan Hati Rasa Terkedu

Ramadhan Fiesta by Brotherhood ARTS

Buat Sahabat Bloggers

Selamat Berpuasa. Selamat Bertarawikh. Selamat menambahkan pahala. Selamat bertadarus. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik daripada yang lepas. InsyaAllah..


Dalam kalut menunggu atok yang dirindui mengumumkan tarikh bermulanya puasa, aku terima sedikit isi usrah yang ringkas, tapi cukup untuk membuatkan hati ini berfikir tentangnya. Aku sangat berterima kasih kepada ustazah tersebut atas pengisiannya.


Jom, cuba renungkan kata-kata ini.

Bermulanya Ramadhan, syurga pun dihias indah. Tapi kita, bulan puasa baru nak pasang langsir, nak kemas rumah. Sepatutnya, persiapan kita sudah siap, dan bulan puasa ni, masa yang ada, kita gunakan sebaiknya. Sepatutnya rumah kita dah cantik bermulanya puasa, barulah tak terkacau waktu yang sepatutnya kita gunakan sehabis baik.

Aku memang terkedu bila dengar. Mengena betul dengan batang hidung. Nak-nak bila hari-hari terakhir Ramadhan, patutnya sibuk lagi nak cari malam yang ganjil tu kan? Tapi hari-hari akhir ni lah, masa yang ada digunakan untuk membersihkan swang-sawang dan sebagainya kan? Lepas ni kena tukar style lah. 


Make it better. Make it the best.


p/s: Orang berbelanja sakan kat pekan esok nak puasa. Fuhh, telur pun berebut, tak bernafas mak kata bila pergi berbelanja tadi. Semoga tarawikh pun sesak juga lah harapnya. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 28, 2011

Pelik Tapi Benar : Kisah Kanak-kanak Dan Orang Dewasa



Kalau diberi peluang, semua orang nak jadi bayi semula kan?
Waktu kecik-kecik, semuanya indah.


Tapi itu semua memang tak akan terjadi laa...




Haa itu kartun kegemaran, powerpuffgirls~


Dalam melihat anak-anak kecil melayari kehidupan kanak-kanak,
kita selalu  terhibur dengan gelagat mereka..

Tapi, cuma 1..


Kenapa kan..

Masa kecik, kanak-kanak suka cuba memakai barang-barang orang besar, kasut besar, beg tangan, baju orang besar, dan macam-macam lagi lah..


Tapi, bila dah besar..

Kenapa yang kecil pula jadi pilihan?
Yang bukan saiz tu juga yang nak dipilih..
Yang tak berapa nak muat tu juga yang dipilih..


Macam tak betul ke?
Macam terbalik ke?
Tapi realiti hari ini kan?


~ Aurat tu bukan sekadar membaluti tubuh, aurat itu juga bukan sekadar tudung. Jangan suka  pertikaikan orang bertudung, berserban pun bukan baik, tapi yang wajib tetap perlu dibuat. Aurat itu kan wajib? ~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 20, 2011

Pertukaran Jantina : Aleesha Farhana, Dia Ayu Kan?

Patutlah entri yang ni laku je hari ni. Baca paper metro tadi pagi pun lupa nak update. Hurm, tapi bila baca citer dia ni kan, rasa kesian pula. Kesian kat keluarga dia, lagi-lagi mak ayah dia, mak ayah dia tak nak dia jadi macam tu, tapi lagi kesian bila ada mulut-mulut yang cakap macam ni, 'orang macam ni,mati lebih baik' ngee ce kita jadi mak ayah dia, ape perasaan??


Serius, memang tak nampak kelelakian dia. Ayu..






Masa baca paper tadi, mak den pun tak sangka dia lelaki u! Keputusan mahkamah yang menolak permohonan Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, untuk menukar nama dan juga jantinanya di kad pengenalan menjadikan kesnya agak panas diperkatakan di warung-warung kampung, forum-forum, makcik tepi jalan, jiran sebelah menyebelah, bloggers, lagi hot agaknya kelab-kelab lelaki yang menyerupai perempuan agaknya?


Hurm, korang dah baca berita dia belum ni? Jangan terus membuta tuli mengutuk. Ngee, kesian kat mak ayah dia, sampai mak ayah dia kata apa? "Ambil nyawa kami dahulu". Kita ni suka nau menghukum orang, kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita pun tak faham hukum. Tapi main sebut ja orang tu salah, patut kena pancung, bla bla blaa..


Sebelum tu, nah baca ‘Ambil nyawa kami dulu’.


Aku tak layak nak ulas benda ni. Pi tanya ustaz, ulama', jabatan agama. Serius kesian. Kesian kat mak ayah dia, lagi kesian kat Asyraf tu. Masyarakat menyisihkan dia. Korang dah baca? Mak ayah dia bukan nak dia jadi macam tu pun. Lagi kesian bila rekod kesihatan dia menyatakan hormon perempuan lebih banyak dalam badan dia. Dari bayi lagi kot..


Cer kite letak diri kita kat tempat dia, tak ada kawan, tempat berlindung, mak ayah pun buang dia. Cer kita amik contoh senang.


Adik kita seorang yang suka berjudi. Sebagai abang, sanggup ke kita nak biarkan dia terus bergelumang dengan dosa? Sanggup ke kita tengok dia mati tanpa bertaubat?

Itu sebagai abang. Cuba sebagai mak ayah, kita mestilah nak anak kita soleh, doakan kita bila mati kan? Ce fikir, ce fikir..

Think twice by *davespertine

Dah habis pikir dah? hehe Kita doakan dia jelah, semoga Allah berikan jalan terbaik untuk dia. Semoga Allah kuatkan hati mak ayah dia. Tak kesian ke kat dia? Kesian tau sebenarnya bila nampak lelaki2 dah tak serupa lelaki, kan bakal-bakal imam tu?




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Nasihat : Bukan Bermakna Diri Sudah Sempurna


Para Bloggers, tegar, tak tegar, suka-suka, suka hati, ikut suka dan sebagai hobi. Lagi nak tambah apa? Bloggers, comel, cantik, sopan, kacak, macho, tegap, ketul-ketul, tinggi rendah, erk, terasa. =.=''


Kita selalu dengar macam ni kan?

Eleh, sibuk nak nasihat orang, diri sendiri pun tak betul. Sibuk. Jaga tepi kain sendiri dah laa

Ngee.. pernah jumpa tak? pernah tak? Tak pernah? bagus......... Itu maksudnya kita di kelilingi oleh orang-orang yang suka menegur, memberi nasihat dan juga menerima nasihat. Kan?

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-

Dengan 1 gambar ni, mungkin boleh kita bongkarkan apa yang terzahir mahupun batin daripada gambar ini.

Sila klik untuk tumbesaran dan zoom kan untuk penglihatan lebih jelas! Mutiara Bernilai

Dah tengok gambar? Bila dinasihatkan, dia kata apa? kau bukan ustaz nak sound2 aku nie. Lagi bila kawan dah jadi ustaz, dia kata? kau bukan tok guru pulak. Bila kawan dah jadi tok guru, dia kata apa pulak? Kau bukan ulama' nak tegur2 aku. Dan kemudiannya bila mati mati......?


Kita tak perlu mencari orang yang sempurna untuk menegur kita.. dan kita tak perlu menjadi orang yang sempurna untuk menegur orang lain.. kerana orang arab selalu kata, nobody is perfect! :)


Jadi tegurlah saya kalau saya salah, dan saya juga menegur bukan kerana saya betul dan awak salah, tapi kita setiap hari belajar untuk memperbaiki diri bukan? Dan pembaikan itu lebih baik apabila kita saling nasihat-menasihati... Peace! [tetiba rasa macam....genetik ustazah mane lak nie...huhu]

p/s: Dah tahu sos yang tak halal tu? Selalu ada kat premis2 makanan, hotel-hotel. Sos tak halal.




TERIMA KASIH SUDI BACA^^