Ramadhan Fiesta by Brotherhood ARTS |
Buat Sahabat Bloggers
Selamat Berpuasa. Selamat Bertarawikh. Selamat menambahkan pahala. Selamat bertadarus. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik daripada yang lepas. InsyaAllah..
Dalam kalut menunggu atok yang dirindui mengumumkan tarikh bermulanya puasa, aku terima sedikit isi usrah yang ringkas, tapi cukup untuk membuatkan hati ini berfikir tentangnya. Aku sangat berterima kasih kepada ustazah tersebut atas pengisiannya.
Jom, cuba renungkan kata-kata ini.
Bermulanya Ramadhan, syurga pun dihias indah. Tapi kita, bulan puasa baru nak pasang langsir, nak kemas rumah. Sepatutnya, persiapan kita sudah siap, dan bulan puasa ni, masa yang ada, kita gunakan sebaiknya. Sepatutnya rumah kita dah cantik bermulanya puasa, barulah tak terkacau waktu yang sepatutnya kita gunakan sehabis baik.
Aku memang terkedu bila dengar. Mengena betul dengan batang hidung. Nak-nak bila hari-hari terakhir Ramadhan, patutnya sibuk lagi nak cari malam yang ganjil tu kan? Tapi hari-hari akhir ni lah, masa yang ada digunakan untuk membersihkan swang-sawang dan sebagainya kan? Lepas ni kena tukar style lah.
Make it better. Make it the best.
p/s: Orang berbelanja sakan kat pekan esok nak puasa. Fuhh, telur pun berebut, tak bernafas mak kata bila pergi berbelanja tadi. Semoga tarawikh pun sesak juga lah harapnya. ;)
13 comments:
selamat berpuasa seha
nnt jumpa kt bazar k.hehehe
moga kita dapat bertemu dengan malam yg lbih baik drpd seribu bulan,malam lailatul qadar.......!
Betul tu..persiapan raya saya dah buat sebelum ni lagi..semua dah selesai.hehe.tak nak kacau lagi bulan puasa. Selamat Berpuasa =)
betul tu cik fasihah.. kita terbalik.. sepatutnya hujung2 makin kuat beribadat..
selamat berpuasa kak fasihah
waa~
bak kate kak sunah..
selamat2 sumenye ye
huuu~ tazkirah tu betol2 menusuk dikalbu..heee
tanx seha dgn peringatan tu!
=)
selamat berpuasa :)
salam ramadhan beb.. :)
salam Ramadhan dan selamat berpuasa..terpaksa buat persiapan sikit2. duit datang sikit2.. :)
salam ramdhan dear .. tu maknanya dia ghairah nak raya tapi puasa dia tak ghairah
Kan.. Betul jugak tu.. Aku baru nak buat entry menjelang ramadhan.. Mungkin esok kot.. Bz sangat.. Sampaikan malas nak fikir, last2 copy+paste artikel yang rasa2 nya bw banyak trafik.. Serius, sangat takde masa untuk bw.. :(((((((
sebelum puasa bersih..selepas puasa pon bersih..baru la elok..hehe..
Singgah sini
Follow awak juga..
Dan kalau sudi follow la genk ok hehe
Post a Comment