Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

July 21, 2012

Akhirnya, Kita Bertemu

Bismillah..


Allah, kekok benar rasa nak memulakan bicara setelah lama diam membisu seribu bicara. Tiada apa-apa update, walaupun serasa hati membuak-buak untuk menitipkan sesuatu di blog. Ah, tapi alasan lebih banyak. Ada member kata, 'nampak sangat tak bersungguh-sungguh nak menulis. Kalau betul-betul nak, ko akan buat juga walau apapun datang'.

Writing, Blogging, Vlogging or what so ever..
Dont make it as a medium to be famous.
Maintain the value.
The soul in writing.
The heart of saying from the bottom of sincerity.
Trust me, it is much worthy than a popularity. ♥

 Susah juga bila dah lama tak menulis ni, tak tahu nak mula daripada mana. Apapun..

Akhirnya..kita bertemu juga....


Cuma persoalannya, sempatkah kita untuk memaksimumkan hari-hari di bulan Ramadhan, dan sempatkah kita untuk sampai ke akhirnya?


Jangan terlalu gembira menanti aidilfitri tika ramadhan masih belum tentu kita miliki. Aidilfitri adalah kemenangan bagi mereka yang berpuasa; bukan sekadar menahan lapar & dahaga tetapi berpuasa nafsu & memperbanyakkan amalan di bulan mulia ini. Andai hanya mulut & perut yang menahan, adakah kita layak menerima anugerah kemenangan?

Ramadhan Kareem :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 17, 2011

Nuzul Quran




“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al Qadr, 97:1-5)

Selamat menunaikan ibadah puasa dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu ada untuk kita. Ramadhan hampir masuk ke fasa yang terakhir, malam ganjil itu mampukah kita temui? Selamat bercuti bagi yang bercuti.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 9, 2011

Personal : Pengalaman Yang Tidak Dapat Dijual Juga Dibeli

Brotherhood Arts


Diam tak diam dah hari ke-9 puasa. Puasa kali ini sangat berbeza kerana bekerja. Betul-betul mencabar. Tiada masa nak melekakan diri di FB, mahupun TV, mahupun shopping mall. Hari-hari kena masuk keje. aduyai... Menghitung hari bila nak berhenti..


Tapi banyak yang dipelajari. Sangaat banyak. Dan itu semua tak boleh dijual beli. Penat, sakit, haus di bulan puasa, itu semua alah bisa tegal biasa. Pepagi nak gi dah kene setting niat betul-betul.


Blog pun terabai. Giveaway tak settle lagi. Notis berhenti dah hantar. Fuhh tak sabar nak berhenti, tapi sedih juga pada masa yang sama. 


Cuma satu, andai suatu hari nanti, awak, kamu anda semua bakal menjadi seorang bos besar, jadilah bos yang pemurah. Fahamilah hati pekerja anda, cuba letakkan tempat anda di kasut mereka.


Selamat berpuasa. Selamat beribadah. Selamat bekerja. Selamat berblogging. Semoga selamat semuanya. Jejak akan dibalas sejurus berhenti kerja, huhu penat. Hari-hari full. Betul2 tercabar. 


Oklah, autopost. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 7, 2011

Tak Apa, Saya Maafkan. Tapi ..

Brotherhood Arts

Nasib baik bulan puasa ni tak rasa nak marah-marah. Tapi kereta dah kemek dah, sila jangan terus lari. Grr, tapi sampai rumah, walaupun bukan kita yang salah, kita yang kena marah. Bila sesuatu yang melibatkan duit, senang orang nak rasa marah. Penat-penat balik, kena marah sebab kereta kemek. Adoii.


KAn best kalau ada poket doraemon, boleh bagi kereta tu ok seperti sediakala. Ok, I'm Sorry kepada yang telah melanggar BFX +/@!, kerana menyusahkan anda untuk membayar segala kos pembaik pulih. AND I forgive atas apa yang ada buat. TAk apa, asal elok seperti sediakala, maaf diterima. Haha


PERINGATAN BUAT SEMUA PEMANDU TAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN :

BUKAN MELINTAS SAHAJA KENA TENGOK KIRI KANAN, NAK MENGUNDUR TU, TENGOKLAH CERMIN SISI BELAKANG. APA GUNA CERMIN TU KALAU NAK UNDUR TAK NAK TENGOK?


kete akugak yang jadi mangsa. adoi. eh bukan, kete bapak saye.huhuhu


p/s: selamat hari ahad. Selamat bekerja buat aku. adeh =.='' Oh, semalam dah amik dah barang2 Korea. hehe Bila ek nak bagi? =D

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 6, 2011

Quotes Menarik Bulan Puasa !



This Ramadan, Facebook will trade for Faithbook (Quran), where we CONNECT to Allah, TAG our hearts, LIKE doing good deeds, ADD doa and prayers, SHARE wealth through charity, POKE conscience, UNTAG sins and CONFIRM our love to Allah and His Prophet SAW.


Brotherhood Arts
 
Allah doesn't have a Blackberry or an iPhone , but He's my favourite contact. He doesn't have Facebook , but He's my best friend. He doesn't have Twitter , but I follow Him and He doesn't have internet , but I'm connected to Him.

p/s: very nice kan? ada beberapa orang post kat Fb, jadi, sesiapa lum baca boleh lah share kan. :)
Klik  like kalau suka :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 1, 2011

Puasa, Tapi Dalam Banyak-banyak, Ini Yang Membuatkan Hati Rasa Terkedu

Ramadhan Fiesta by Brotherhood ARTS

Buat Sahabat Bloggers

Selamat Berpuasa. Selamat Bertarawikh. Selamat menambahkan pahala. Selamat bertadarus. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik daripada yang lepas. InsyaAllah..


Dalam kalut menunggu atok yang dirindui mengumumkan tarikh bermulanya puasa, aku terima sedikit isi usrah yang ringkas, tapi cukup untuk membuatkan hati ini berfikir tentangnya. Aku sangat berterima kasih kepada ustazah tersebut atas pengisiannya.


Jom, cuba renungkan kata-kata ini.

Bermulanya Ramadhan, syurga pun dihias indah. Tapi kita, bulan puasa baru nak pasang langsir, nak kemas rumah. Sepatutnya, persiapan kita sudah siap, dan bulan puasa ni, masa yang ada, kita gunakan sebaiknya. Sepatutnya rumah kita dah cantik bermulanya puasa, barulah tak terkacau waktu yang sepatutnya kita gunakan sehabis baik.

Aku memang terkedu bila dengar. Mengena betul dengan batang hidung. Nak-nak bila hari-hari terakhir Ramadhan, patutnya sibuk lagi nak cari malam yang ganjil tu kan? Tapi hari-hari akhir ni lah, masa yang ada digunakan untuk membersihkan swang-sawang dan sebagainya kan? Lepas ni kena tukar style lah. 


Make it better. Make it the best.


p/s: Orang berbelanja sakan kat pekan esok nak puasa. Fuhh, telur pun berebut, tak bernafas mak kata bila pergi berbelanja tadi. Semoga tarawikh pun sesak juga lah harapnya. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 26, 2011

Peluang Keemasan! Jom Ramai-ramai Serbu!




Orang selalu susah nak baca buku agama, artikel agama.
Tapi kan, yang pelik, bila kita nasihat, dia boleh pulak keluarkan dalil, la ikraha fiddin..
Tiada paksaan dalam agama.

Tapi, dia tak ambil habis tu, tak mengaji habis..
Hurmm, jadi, kalau malas nak baca kelebihan Ramadhan kan..

Kat atas ni memang video terbaik untuk ditonton.

Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi..

IniAnwarHadi and AimanAzlan, both of them, born in 1990. hehe
Just same with me. Ok, abaikan.
Enjoy the video! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^