Showing posts with label Diari Bekerja. Show all posts
Showing posts with label Diari Bekerja. Show all posts

August 21, 2011

Antara Yang Menduga Kesabaran Seorang Part-timer




Penat, penat, penat !


Salam Ramadhan ke-21. Ramadhan semakin berada di penghujung. Keje malam dah wajib bila weekend. Malam ni, sebel je. Tahu sebel tak? Bengang. 


Duhai hati, sabarlah, sabar.
Bulan puasa ni kan?


Tapi, kita kalau jadi orang, cuba hormat orang lain.
Tak kira orang tu tua, muda, miskin, kaya, cleaner, manager..


Ape perasaan korang kalau korang dah habis waktu kerja, tapi kerja korang tak siap bukan sebab korang lambat, tapi sebab orang lain buat korang lambat.


Lagi, ape perasaan kirang, kalau korang kena mop lantai pasaraya besar-besar tu kan, orang selamba je pijak tanpa rasa simpati. Sedih kott, rasa terduga benar iman ni. Kena mop banyak-banyak kali. Waktu dah balik pun kena lupakan.


Walaupun saya cleaner, tak bermakna saya ni bodoh. Tak perlu hormat. Tak boleh ke ucap maaf atau tanya boleh lalu ke tidak? Lagipun, pasaraya dah tutup dah masa tu.. Tu memang waktu kami mengemop, pagi tak sempat, buka je orang dah serbu.


Esok last kerja. Majikan minta tolong sangat-sangat masuk esok. Weekend ramai sangat orang, tak cukup kaki tangan. Tak apalah, tolong orang islam kan? Berkorban sikit. 


InsyaAllah esok, malam saya umumkan siapa yang bertuah. Terima kasih. Selamat bersahur. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 19, 2011

Merdeka : Erti Merdeka Bagi Manusia Ini

Salam Ramadhan 19. Lajunya dan pantasnya masa berlalu. Masa yang pantas atau kita yang tak pantas? 


Semua orang tahu, merdeka 31 Ogos 1957 bukan? Tapi, apa erti merdeka buat kita semua? Jadi, ini salah satu pengertian bagi seorang hamba Allah yang mengatakan bahawa, merdeka sebenar bukan pada 31 Ogos 1957.


freedom by ~uzuncakmak


Manusia ini merupakan tuan tanah belog ini. Bagi beliau, erti kemerdekaan sebenar dan tarikh kemerdekaan sebenarnya pada tahun ini ialah pada 20hb Ogos 2011.


Sabtu ni, yaaa MERDEKA!!!


Aku tak sabar nak habiskan semua nie!!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 9, 2011

Personal : Pengalaman Yang Tidak Dapat Dijual Juga Dibeli

Brotherhood Arts


Diam tak diam dah hari ke-9 puasa. Puasa kali ini sangat berbeza kerana bekerja. Betul-betul mencabar. Tiada masa nak melekakan diri di FB, mahupun TV, mahupun shopping mall. Hari-hari kena masuk keje. aduyai... Menghitung hari bila nak berhenti..


Tapi banyak yang dipelajari. Sangaat banyak. Dan itu semua tak boleh dijual beli. Penat, sakit, haus di bulan puasa, itu semua alah bisa tegal biasa. Pepagi nak gi dah kene setting niat betul-betul.


Blog pun terabai. Giveaway tak settle lagi. Notis berhenti dah hantar. Fuhh tak sabar nak berhenti, tapi sedih juga pada masa yang sama. 


Cuma satu, andai suatu hari nanti, awak, kamu anda semua bakal menjadi seorang bos besar, jadilah bos yang pemurah. Fahamilah hati pekerja anda, cuba letakkan tempat anda di kasut mereka.


Selamat berpuasa. Selamat beribadah. Selamat bekerja. Selamat berblogging. Semoga selamat semuanya. Jejak akan dibalas sejurus berhenti kerja, huhu penat. Hari-hari full. Betul2 tercabar. 


Oklah, autopost. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 7, 2011

Tak Apa, Saya Maafkan. Tapi ..

Brotherhood Arts

Nasib baik bulan puasa ni tak rasa nak marah-marah. Tapi kereta dah kemek dah, sila jangan terus lari. Grr, tapi sampai rumah, walaupun bukan kita yang salah, kita yang kena marah. Bila sesuatu yang melibatkan duit, senang orang nak rasa marah. Penat-penat balik, kena marah sebab kereta kemek. Adoii.


KAn best kalau ada poket doraemon, boleh bagi kereta tu ok seperti sediakala. Ok, I'm Sorry kepada yang telah melanggar BFX +/@!, kerana menyusahkan anda untuk membayar segala kos pembaik pulih. AND I forgive atas apa yang ada buat. TAk apa, asal elok seperti sediakala, maaf diterima. Haha


PERINGATAN BUAT SEMUA PEMANDU TAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN :

BUKAN MELINTAS SAHAJA KENA TENGOK KIRI KANAN, NAK MENGUNDUR TU, TENGOKLAH CERMIN SISI BELAKANG. APA GUNA CERMIN TU KALAU NAK UNDUR TAK NAK TENGOK?


kete akugak yang jadi mangsa. adoi. eh bukan, kete bapak saye.huhuhu


p/s: selamat hari ahad. Selamat bekerja buat aku. adeh =.='' Oh, semalam dah amik dah barang2 Korea. hehe Bila ek nak bagi? =D

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 2, 2011

Personal : Bekerja Menjadikan Diri Ini Agak Ketinggalan Zaman


Dah lama kan? Kita tak tegur-tegur sapa. Tak cuit-cuit kat komen. Rindulah semua pengomen tegar kat sini. Rindulah nak jenguk semua blog-blog kat bloglist tu. Tapi mesti takde sape rindu kite an? Euww sapalah  nak rindu. Apapun, awal-awal dah mention, personal, tak suka, boleh klik button X. Tq :)


Bila menjelang puasa, paling saya nanti, bila atuk tu nak umum bila puasa. Yelah, semangat berkobar-kobar nak pi tawarih bak kata upin ipin tu kan? Tapi tahun ni, pengalaman paling berharga sungguh-sungguh bila bulan puasa ni bekerja. Fuhh, barulah faham, sebenarnya bila kita sibuk, kita lebih menghargai masa yang ada. 


Macam bulan puasa ni, nak bangun awal pagi, nak solat lagi, nak kena pergi kerja, nanti balik tak sempat lelap, kena masak buka pulak, lagi best bila dapat arahan kena kerja malam. Menyirap je rasa you, I nak pi terawih LOL. Serius abah ai kata apa tahu? 'Ni sibuk nak kerja, nak kejar duit masa bulan puasa ke nak kejar gandaan pahala bulan puasa.' Haa kau tersentap habis. Lepas ni, nampak agayanya, ai kompem tak mau keje malam dah, keje boleh tahan, fuhhhh tapi pengalaman semua tu. Chill je. =D


Ramadhan Mubarak by Famz

Antara pengajaran sebelum puasa untuk puasa yang memang mengena kat batang hidung sendiri, yang INI. Ok, back to the topic, jadi, malam pengumuman puasa tu, tak sempat nak tengok, jadi tetiba teringin nak kenal atok baru. Memanglah rindu atok lama, tapi nak kenal gak atok baru. Pastu jumpa video atok baru kat blog dia.


Oklah, tak kisah yang penting tahu bila puasa.


Mungkin mereka tidak tahu aku seorang yang suka memerhati keadaan sekeliling, mereka mungkin tidak tahu kewujudan belog picisan ini, tapi, aku sangat teringin menyampaikan kepada mereka, Islam kita bukan hanya pada nama dan kad  pengenalan, tapi pada isi seluruhnya. Aku bekerja demi pengalaman semata, ya, nanti aku akan cerita bagaiman 'seronoknya' tempat aku bekerja, dengan sistem payroll yang macam .. Dengan pekerja yang .. ah, itu semua kemdian, cerita lain.


Kita operator pengeluaran, kita cleaner, kita sales assistant, senang cerita aku rasa, selayaknya aku memang seorang kuli yang tiada apa-apa kedudukan di mata pengurus, big boss mahupun big mama. Cuma aku rasa tak seronok bila ..


"Ko keje tak malam ni?"

"Tengoklah nanti, tak tahu lagi ."

"Rugi tak kerja, 3  jam RM13 OT."

"Itu korang, aku ni part-timer je."

"Eh, ko boleh dapat RM10 tau."


Rasa tak selesa. Kata-kata mak abah sering terngiang-ngiang di kepala. Bulan puasa ni nak kejar duit ke nak kejar gandaan pahala? Duit, betul, duit tu memang penting, tapi, aku berfikir di sebalik, harian dah penuh dengan kerja, balik dah penat, bila nak pergi masjid bertadarus? Bila nak pergi masjid berterawikh dan amalan-amalan sampingan lain? Dhuha memang dah terlepas..


Bila dijawab..'Perempuan lebih elok sembahyang di rumah. Ala, terawikh kan boleh buat balik kerja." Persoalannya, bila balik dah penat, terbuat ke terawikh tu? Aku sendiri, aku akui, aku rasa tak rela bekerja. Teruk bukan? Aku tak rela nak kerja malam bulan-bulan puasa ni.Tapi dah kuli. Tapi aku memang nekad dah, tak mau pi, kalau dia nak berhentikan pun berhentikan lah.. Sebab sebagai pekerja, aku rasa aku ada hak sama ada nak OT atau tidak. OT ke tak, kita punya sukalah, mana boleh paksa. =.=''


Betul, sebenarnya, bila kita sibuk, kita lebih menghargai masa,  kita lebih merancang apa kita nak buat. Apapun, semua tu, niat kena betul. Serius, aku kerja agak teruk, tapi itu semua atas niat belajar dan mencari pengalaman. Tak dapat dibeli pengalaman itu. Mungkin kerana itu, pengalaman itu mengajar. Kan?


Waa, dah ngantok, selamat bersahur. Pastikan puasa kita yang terbaik :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^