Assalamualaikum to all my beloved readers! Selamat malam.. :) Ok, macam panas je tajuk kan? Macam marah je tajuk tu kan? Oklah, sebelum kita terlajak lebih jauh lagi, korang tahu apa maksud HIPOKRIT tak? Kalau tak tahu, cuba rujuk kamus dewan. hehe Ala, tak payah, susah-susah ja. Ni, baca ni.
"(orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan dari yang sebenarnya; munafik".
Kita selalu gunakan perkataan ni sebenarnya. Bila nampak orang itu baik sikit, mulalah, "
dia tu aku tahu dia macam mana, berlagak sahaja baik". Itulah macam yang aku katakan,
bukan mudah untuk bersangka baik kan? Be positive itu kadang-kadang sukar untuk diimplementasikan. Benar bukan?
Takut pula bila baca ada munafik disebalik perkataan hipokrit itu tadi. Bila kita lihat kamus english ke melayu pun, dia tulis munafik. Korang tahu kan? Munafik tu berdosa besar kan? Jadi, janganlah jadi hipokrit. Be yourself orang jawa kata!hehehe
Kenapa aku tiba-tiba buat entri ini? Ok, sebenarnya, aku sedih bila lihat kawan-kawan aku yang lebih takutkan undang-undang dunia daripada undang-undang Allah. Faham tak agaknya?
Boleh tak agaknya kalau aku nak kata orang yang on off tudung tu hipokrit? Boleh tak macam tu? Dalam kampus kau comel bertudung, tapi hakikatnya? hanya di kampus. Ada tu, pakai tudung bila depan parents sahaja, belakang? Masuk dalam beg. Nak balik nanti pakai semula. Ada kan? Tapi aku tahu, korang yang baca ni baik-baik kan? ;)
Hmm........
Awak dah cukup comel pakai tudung tu. Kenapa awak buka juga?
Awak memang dah cantik pakai tudung tu, nampak ayu. Tapi apa niat awak pakai kalau pakai untuk pergi kelas dan dalam kampus sahaja?
Awak buka tudung terang-terangan kat FB.
Awak tayang semua gambar awak tak pakai tudung.
Ok, rambut awak cantik kan?
Cuba awak botakkan kepala awak. Mungkin itu lebih baik untuk awak memakai tudung?
Ok, aku memang pelik lah. Ada tu, aku langsung tak sangka, depa ni tak pakai tudung atau on off pakai tudung. Korang lebih takut undang-undang universiti daripada undang-undang Allah kan? Mengaku sahaja lah.. Kalau bukan, kenapa korang buat macam tu?
Siapa yang harus dipersalahkan dalam perkara ni? Ibu bapa? Cikgu kat sekolah? Pihak berkuasa Universiti? Perdana Menteri Malaysia? Tepuk dada tanya iman. Bagi aku, korang hipokrit sebenarnya.
Kalau korang baca post kat blog aku ni, korang nak menyampah kat aku, nak kata aku hipokrit. Suka hati korang lah. Korang nak remove aku daripada Friends list kat FB korang? Suka hati korang lah. Aku cuma memperingatkan. Ini memang tanggungjawab aku untuk memberikan peringatan.
Teringat dalam cerita syurga cinta. "Aku, kalau nak kawin esok pun, aku pilih yang bertudung. Daripada awek-awek yang add aku kat FB semua benda nak terkeluar."
Tudung itu bukan hanya simbol untuk Islam. Bukan hanya sebagai alat untuk menutup aurat, tetapi ia adalah simbol maruah seorang perempuan.
Kalau rasa rambut awak cantik. Awak simpanlah untuk future husband awak.
Kalau awak rasa awak memang cantik dan makin cantik bila dah kawin.
Janganlah tayangkan kecantikan itu kepada yang bukan suamimu.
Jangan jadikan suamimu itu suami yang dayus.
Akhirul kalam...
KECANTIKAN YANG ABADI TERLETAK PADA KEELOKN ADAB DAN KETINGGIAN ILMU SESESORANG , BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA.
-(HAMKA)-
Kalau suka, boleh like :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^