Showing posts with label realiti kehidupan. Show all posts
Showing posts with label realiti kehidupan. Show all posts

March 11, 2013

It has been 8 weeks!

So, how was it?

What?

Your internship la sis. Aiyak!

*smiling*  :))

Hey..answer my question! Enough smiling. So.. how was it?


Btw, I don't know how to answer your question.
Happy for the environment. 
Sporting and beautiful big boss. 
Kindhearted supervisor. 
Nice staff and office mates with 1 Malaysia!


Tired for facing traffic congestion everyday even Saturday!  As Saturday will be only half day (half day lah sangat) so, when the time to go home, Bukit Tinggi tu is like, ohh why sooo many people going out! I want to reach home early please. Uhhh. And I am tired with the unethical drivers on the road. No signal. Not even looking at side mirrors. Back mirror. Ahh. PEOPLE. Variety behavior. Some just too ego. Selfish. Don't even think to care for others.


Enjoying audit, tax and account. Audit is fun when we have to audit various types of company. From small trading, developer, construction, manufacturing, palm oil, shipping and many more. With different business prospect, risk and nature. Learn soo much thing that I might not acquire from classroom. Its acquired through experience.


A little bit sad coz I need to work on every Saturday. The only time to rest is on Sunday. (Padahal balik kerja malam tu macam tak rehat je. Padahal kemain awal masuk tido kann).


Memorable. Especially the moment when everybody is rushing to settle all the things before the dateline. The moment when my supervisor said, "Siti, I want it by 2pm today." Well, take it as a challenge rather than complaining.


Missing the IIUM gangs. Really miss the accounting people. I would say.. later, when we all have graduated, this is what we gonna face up. Sorang kat Utara, sorang kat Selatan, Timur, Barat and mostly in the City Center, KL. Tho, mostly in KL, still difficult to meet because we are working.


I would say.... The best thing about work is, we will only think about all the work in the office and not bring it home. So, when we are home. WE ARE FREE. Yeah, FREE. 
Fully meant for the beloved family. 
Lovely nieces and nephews. 
Sweety pillow and bed. 
No group discussion.
No stay up till early in the morning.
No more NESCAFE on the night for quizzes and tests.
Free to have activities with the makciks in the village.
Free to eat coz I am staying with my parents! ^^


Everyday is a brand new day.
It is ours to create the story.
Whether we want the day to be meaningful, joy and fabulous.
Or we want the day to be gloomy, slow and wasteful.

The main thing from the very beginning is our intention. 
Have a big hand. (HELPFUL)
Have a cute lips. (SMILE)
Never forget to read doa every time we look ourselves into the mirror.
OH ALLAH, BEAUTIFY OUR CHARACTER. (AKHLAK).

#Petua murah rezeki oleh Ustaz Abdullah bin Mahmud (slot mitovasi pagi Ikim.fm): Kalau nak murah rezeki, mulakan pagi kita dengan bersedekah. Biar kecil nilainya tapi ikhlas. InshaaAllah, Allah permudahkan rezeki kita.

Soo, this entry full of my feeling only. Ambillah mana baik. Yang buruk tu biarkan jadi debu yang akan hilang bila dilarutkan air laut.

So.. full stop. Its time for sleep. Tomorrow is working! :)




Peace! ^^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 4, 2012

Dulu vs Sekarang

Petikan akhbar yang saya ambil daripada FB Ustaz Zaharuddin.



Nombor-nombor penting khususnya di sekitar Lembah Klang dan bandar-bandar besar di Malaysia. Spekulasi oleh orang berduit tidak dapat dinafikan merupakan salah satu punca. Fikirkan perancangan awal bagi semua mereka yang berkenaan. Moga pendapatan kita diberkati dan tetap istiqamah atas pencarian pendapatan halal. -Ustaz  Zaharuddin


Kalau belajar Finance, benda mula-mula yang dia akan ajar ialah, masa ada nilai. Sebab itu nilai duit dulu dengan nilai duit sekarang tak sama. Tapi kadang-kadang terfikir juga. Gaji yang diperolehi sama, tapi kos sara hidup makin tinggi. Bila fikir-fikir balik, sebab itulah ramai yang tak berhutang zaman sekarang?


Tambahan pula, taraf hidup di Malaysia yang kaya makin kaya raya, yang miskin terus miskin pun agak tak berapa setaraf kan? Mungkin cara agihan sumber terhadap penduduk kurang cekap dan berkesan? Atau kita yang tak pandai urus? Atau kita yang malas berusaha? 


Kadang kita jangan terlalu konservatif dan asyik menuding salah satu pihak sahaja tanpa menilik salah diri kita sendiri.


Apapun, carilah rezeki yang halal. Bak kata Hilal Asyraf.. Moga Allah redha. Lagipun kan Dia yang memberiakn rezeki kepada setiap hambaNya. Tak gitu? :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 8, 2012

Jujur & Ikhlas Yang Tergadai

Sudah sekian lama. Hari ini, aku menitip bait-bait di sini lagi. Rasa terpukul dengan kata-kata pedas yang terhampar di laman-laman sesawang dan juga komen-komen atas talian. Walaupun bukan ditujukan kepada aku, tapi jauh di sudut hati, aku menyesal dengan sikap sebahagian pihak yang tidak bertanggungjawab. Persoalannya, kemanakah kejujuran dan keihklasan yang luhur dalam membuat sesuatu perkara? Mudah sungguh untuk JUJUR dan IKHLAS ini digadaikan.


Hari ini, mundurnya kita, terutama yang beragama Islam kerana lemahnya dalam mempertahankan sifat yang dua ini. JUJUR dan IKHLAS. 


Ahh pagi-pagi kau dah nak bermonolog dalaman. Tapi bagus juga, kalau bukan sebab monolog kau yang membuak-buak dan membara pagi-pagi ini, dah pasti blog ni kau anak tirikan lagi kan Fasihah?


Selepas subuh tadi, buka-buka FB, ada terjumpa 1 post tentang 1 kedai online yang sangat terkemuka dan sedang melonjak naik namanya tidak menunaikan janji dan menyebabkan beberapa pelanggannya rasa marah dan tidak berpuas hati atas khidmatnya. Aku terpempan bila ramai yang memberi komen, "itulah, tak pernah beli online, bukan boleh percaya".


Allah, sungguh. Aku baru menapak ke dunia online shopping ini untuk membantu rakan baikku. Pada aku, kita jangan salahkan teknologi, tapi salahkan siapa yang menggunakan teknologi. Bagaimana, kenapa dan untuk apa digunakan. Kalau baik penggunaanya, baik jugalah hasilnya. InshaAllah


Sungguh, online shopping ini banyak kelebihannya, lagi-lagi untuk mereka yang sibuk dan jauh untuk mendapatkan sesuatu. Cepat dan mudah. Cuma, permasalahannya sekarang ialah..


KEJUJURAN & KEIKHLASAN

HONESTY & SINCERITY


Kenapa dua ni yang aku highlight kan? Sebab dua ni merupakan attitudes yang tak kira agama apapun, bangsa apa pun, kaum apapun, semua orang boleh menanamkan attitudes ini.Tapi yang beragama Islam, sudah tentu, kalau dia beriman dan bertaqwa, perkara penipuan di internet memang sejak daripada awalnya tidak patut berlaku.


Tunaikanlah apa yang sudah keluar daripada bibir. Kalau semua jujur & ikhlas, tak kira agama bangsa dan kaum apa sekalipun, tiadalah yang teraniaya. Tiadalah yang sibuk nak menjadi pengkhianat. 


Sungguh, dunia ini memang ramai yang tidak jujur dan ikhlas. Tapi kenapa masih ramai yang ingin menambahkan lagi kuantiti orang yang tidak jujur dan ikhlas?


Just my 2cents, be honest and sicere in what you are doing. You will see, sooner or later, there are many people will be honest and sincere towards you. It is just, what you give, you get back. :)




This is Ramadhan people, why don't we start practicing honesty and sincerity? :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 21, 2012

Sharing Moment : Petani Itu Ayah Saya



"Abah, tadi cik gi supermarket, sayur mahal nak Chinese New Year ni bah. Manyaaa untungla abah kan bah?! hehehe"


"Untung kenapa pulak?"


"Yela, harga sayur naik mendadak, bekalan tak cukup, dah pulak asalkan ada je kat supermarket tu, fresh tak fresh tolak tepi. Kiranya, asal ada sayur, tolak kat pemborong, lebih sikitlah abah dapatkan nak raya cina ni.."


"Tu orang tahu kira untung orang lain je. Tak tahu yang sebenar. Berapa sen sangatlah harga dia nak naik kat petani yang menanam macam kita ni. Yang banyak dapat pulangan, pemborong dengan penjual lah. Kalau macam abah, kalau kat supermarket tu sekilo terung boleh cecah RM18.00, abah belum tentu lagi sekilo boleh dapat RM5.00."


Terdiam. Haa tulah, cakap tak fikir kan ko seha. Terdiam terus. Tahu sedih. 


Tak apa, saya bangga abah saya petani. Kalau bukan abah saya dan lain-lain petani yang tanam sayur, tak adalah kita dapat makan sayur kan?

sumber

Saya memang sangat mengkagumi ayah saya yang sanggup berpanas terik di kebun. membaja, mencangkul, bercucuk tanam, membuat batas. Tiap hari dia ke kebun. Pagi perginya, balik sebelum tengah hari. Pukul 9.30 pun dah panas. Saya kalau suruh duduk kebun, sibuk cari pokok nak berteduh. Terukkan? -____-''


Tapi itulah, sama macam apa yang mak saya cakap hari tu....


"Kita beli ikan ni, dah tentu kita ada lauk untuk makan, penjual ni dah dapat upah menjual, tapi nelayan tu, belum tentu lagi dapat makan hari ni."


Sama macam abah saya. Orang nampak bila pergi pasaraya, kayalah penanam sayur, asal raya sahaja, harga sayuran naik!


Salah tafsiran tu...sebelum sayur tu sampai kepada pengguna akhir, dia terpaksa jual kepada pemborong dulu, kemudian ke pasaraya, pasar borong dan lain-lain.


Mungkin kaya kalau abah saya yang menanam dan terus menjual. Tapi ayah saya cuma menanam dan membekal kepada orang lain.


Tapi, kita kena selalu ingat dan berdoa pada DIA, yang maha pemberi. Sebab itu alangkah baiknya kalau tiap pagi kita  buat Solat Dhuha untuk dipermudahkan rezeki.^^


Walaupun abah saya petani, kami rasa kami cukup dengan apa yang ada. Tak pula sampai meminta-minta. Yela, kalau tak ada duit, sayuran kan ada, ambil sahajalah, masak, kan? Ulam-ulam tepi rumah pun ada, duduk kampung kan? Itu semua rezeki.^^


Kangkung! Fresh dari ladang!

Abah saya cool je. Walaupun raut wajah tuanya tampak lelah,tapi dia tetap meneruskan tanggungjawabnya menyara kami semua..


Terima kasih abah! Saayang Abah! :')

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 26, 2011

Selalu Tak Sedar Diri

Bukan selalu dapat pergi pasar. Bila mak suruh hantar pi pasar on je. I like driving. Dreaming to have my own car as soon as possible. Kalau la ada orang bagi birthday present kereta kan best.. Berangan je keje kau kan fasihah!


Ok. Bagus sebenarnya sesekali keluar pergi pasar malam ke pasar minggu ke pasar basah ke. Asyik masuk JJ, Alamanda, Pavilion tu perabih duit je.


Kalau pi pasar ni. Boleh mendatangkan kesedaran. Bukan setakat berbakti kepada ibu ye. Ok. Apa yang boleh buat kita sedar?


Sebab kena ceramah dengan mak. -_____-"


Mak kata.. Kita ni dah senang. Kita beli ikan. Kita dah tentu ada lauk untuk makan. Yang jual tu dah dapat duit untuk beli makanan.


Cuba fikir orang yang tangkap ikan ni. Dah makan ke dia? Berapa sangat duit kita bayar ni sampai ke nelayan tadi?


Insaf insaf. Ok bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Ramai lagi orang yang lebih susah kat luar sana.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^