Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

March 11, 2013

It has been 8 weeks!

So, how was it?

What?

Your internship la sis. Aiyak!

*smiling*  :))

Hey..answer my question! Enough smiling. So.. how was it?


Btw, I don't know how to answer your question.
Happy for the environment. 
Sporting and beautiful big boss. 
Kindhearted supervisor. 
Nice staff and office mates with 1 Malaysia!


Tired for facing traffic congestion everyday even Saturday!  As Saturday will be only half day (half day lah sangat) so, when the time to go home, Bukit Tinggi tu is like, ohh why sooo many people going out! I want to reach home early please. Uhhh. And I am tired with the unethical drivers on the road. No signal. Not even looking at side mirrors. Back mirror. Ahh. PEOPLE. Variety behavior. Some just too ego. Selfish. Don't even think to care for others.


Enjoying audit, tax and account. Audit is fun when we have to audit various types of company. From small trading, developer, construction, manufacturing, palm oil, shipping and many more. With different business prospect, risk and nature. Learn soo much thing that I might not acquire from classroom. Its acquired through experience.


A little bit sad coz I need to work on every Saturday. The only time to rest is on Sunday. (Padahal balik kerja malam tu macam tak rehat je. Padahal kemain awal masuk tido kann).


Memorable. Especially the moment when everybody is rushing to settle all the things before the dateline. The moment when my supervisor said, "Siti, I want it by 2pm today." Well, take it as a challenge rather than complaining.


Missing the IIUM gangs. Really miss the accounting people. I would say.. later, when we all have graduated, this is what we gonna face up. Sorang kat Utara, sorang kat Selatan, Timur, Barat and mostly in the City Center, KL. Tho, mostly in KL, still difficult to meet because we are working.


I would say.... The best thing about work is, we will only think about all the work in the office and not bring it home. So, when we are home. WE ARE FREE. Yeah, FREE. 
Fully meant for the beloved family. 
Lovely nieces and nephews. 
Sweety pillow and bed. 
No group discussion.
No stay up till early in the morning.
No more NESCAFE on the night for quizzes and tests.
Free to have activities with the makciks in the village.
Free to eat coz I am staying with my parents! ^^


Everyday is a brand new day.
It is ours to create the story.
Whether we want the day to be meaningful, joy and fabulous.
Or we want the day to be gloomy, slow and wasteful.

The main thing from the very beginning is our intention. 
Have a big hand. (HELPFUL)
Have a cute lips. (SMILE)
Never forget to read doa every time we look ourselves into the mirror.
OH ALLAH, BEAUTIFY OUR CHARACTER. (AKHLAK).

#Petua murah rezeki oleh Ustaz Abdullah bin Mahmud (slot mitovasi pagi Ikim.fm): Kalau nak murah rezeki, mulakan pagi kita dengan bersedekah. Biar kecil nilainya tapi ikhlas. InshaaAllah, Allah permudahkan rezeki kita.

Soo, this entry full of my feeling only. Ambillah mana baik. Yang buruk tu biarkan jadi debu yang akan hilang bila dilarutkan air laut.

So.. full stop. Its time for sleep. Tomorrow is working! :)




Peace! ^^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 3, 2013

Kenapa Kau Berubah?

Berubah daripada seorang yang jahat menjadi seorang yang baik.

Berubah daripada seorang yang baik menjadi seorang yang lebih baik.

Berubah daripada seorang yang negatif menjadi seorang yang positif.




Dan,

Perubahan yang setiapnya menuju jalan yang diredhaiNya. Perubahan yang memang fokusnya menjadi lebih baik. Tak perlu dikhuatiri apa orang kata. Persoalannya, sampai bila kita mahu ditakuk yang lama tanpa sebarang perubahan? 

Jika kita melihat diri kita di dalam cermin, kita sebenarnya orang yang dilihat atau orang yang melihat? Fizikalnya, kita berubah dari hari ke hari, semakin berusia sudah semestinya. Tapi, hati kita, rohaninya, adakah kita berubah sebenarnya? Jika iya bahawasanya kita berubah. Perubahan itu, perubahan yang bagaimana? Ke arah mana? Fokusnya apa?



Sedarlah wahai diri..
Gunakan peluang yang ada sebelum terlambat.




Pokoknya HATI.
Pokoknya NIAT.

Sudah NIAT, BERUSAHALAH untuk BERUBAH. 


Kerana kita tidak tahu bila DIA akan menjemput kita.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

October 2, 2012

The Love Letters

Menarik nafas sedalam-dalamnya. Jari-jari mula memainkan peranan di laptop. Ah, lamanya tak update blog. Terlampau banyak benda yang datang dan pergi. Terasa waktu makin hari makin singkat. Terlampau sekejap hari-hari yang telah dilalui.


Diam tak diam dah masuk minggu ke-4 masuk semester baru. Sibuk dengan urusan internship, kuiz, assignments, program, konvokesyen fiesta dan kelab. Program yang bakal mendatang, program yang sedang dan akan berlangsung. Urusan pelbagai berkaitan internships. Naik turun department. Dan kaki yang tak berapa membantu selepas balik dari camping. Ahh lagi dan lagi masalah. 


Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Bukan sindrom jatuh cinta, tapi sindrom kesibukan. Tapi orang kata, bila masuk alam pekerjaan nanti, kita akan rindukan suasana universiti THE MOST. Kata mereka, tapi aku memang setuju sangatlah. Baru kerja part-timer dulu pun kemain lagi penat tak ada masa, balik kerja semata-mata tidur. 


THE LOVE LETTERS.

Love. Love doesn't mean it must be someone had fallen in love with somebody. Love can be interpreted in many ways. And, THE LOVE LETTERS are especially dedicated to AL-QURAN. One day, after I finished my solah.. 

I thought of something. 
I tried to rewind back, what had I done several days back? 
I was so busy. 
The prayers that I have done, did I made with full concentration towards one direction? 
The prays that I have made, did I really feel it? 
Had I done all the things with sincerity?


This time, actually, I had been thinking while hugging THE LOVE LETTERS. I'd been mad at myself. Why am I so busy until sometimes I couldn't spend just a little time to read it. Did I really busy with things? Or being so focused more on the worldly matters?


Read Al-Quran. 
No need to wait until Thursday night and recite Al-Kahfi.

Read Al-Quran.
No need to wait until we really have the free time.
Because, sometimes, when we are given more opportunities, we tend to overlook at it.

Read Al-Quran.
Read it by our self.
Don't wait others read for us. 
It will be very too late.
At that time, though we regret, we do not have the opportunity to repent.

Whenever we feel that we need something, find our love letters.
Find Him in every verse in the Quran.
Find Him in our prayers and prays.

Allah.. 
I am so blessed because You give me a lots of problems, only because You want me be more closed to You. I know, I am not a good servant and khalifah, but I will try to make it the best. I will be strong face the problems, though the problems are big, but I know You are The Almighty. You have the power to turn out problems into an opportunity. :)



As I have promised with Dr Tariq Al-Suwaidan: for this 7days forward, I will not angry. Lets make the challenge accomplished! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 19, 2012

Jangan Biarkan Hati Ini Mati

Hati sebagai center jasad manusia. Hati tempat jatuh bangunnya kekuatan dan semangat. Hati dan Iman. Hati dan keikhlasan. Hati dan cinta. Hati-hati di jalan raya. Bahayanya hati bila biarkan ianya kosong tanpa makanan rohani. Hati jangan dibiar mati, kerana hati jendela hidayah. Sungguh peranan segumpal daging ini sangat besar kan?


"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati."
(HR. Bukhari-Muslim)




Bila hati itu tiada lagi naik turunnya, maksudnya hati itu mati. Jangan menjadi orang yang cilaka bila mana harinya hari ini lebih buruk daripada semalam. Allah.. Ayuh! jadikan hari ini lebih baik!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 31, 2012

Hati Ini Milik Siapa?

#Tajuk mesti kena menimbulkan tanda tanya. Baru boleh merancakkan jari-jari mengetuk keyboard pada waktu orang sedang lena ataupun pada ketika manusia sedang berjumpa kekasih hati yang sungguh dekat dihati. Ya, sudah semestinya DIA.


Tangan menyentuh skrin di hp. Sentuh sentuh dan sentuh. Haiz. Tak ada channel yang seronok ke sebelum masuk tidur ni. Monolog dalam hati.


"Ramai orang selalu kata, bila dia bermasalah, bila kita cuba nasihat, dia akan kata, kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak berada di tempat aku."


Ok, macam best ni nak dengar.


"Tapi kita lupa, setiap daripada kita ujiannya berbeza-beza. Dan barangkali juga kita lupa akan takdir untuk kita dan tadbir kita yang tidak diurus dengan betul." 


Semasa mendengar ceramah ustaz tersebut, ada seorang wanita menelefon dan menyatakan masalahnya. Poligami. Betapa dia rasa sakit melihat suaminya dengan madunya. Terasa tersisih. Barangkali, ini memang satu topik yang sangat sensitif bagi setiap wanita. Tapi saya seronok dengar ulasan dia.


"Saya mungkin tak layak untuk beri nasihat kerana saya tidak berada di tempat tersebut. Cuma, cuba semak semula carta hati kita. Sebagai seorang isteri, siapa carta hati pertama dalam hati kita? Mungkin ada silap, bila terlalu sayang pada suami, meletakkan suami tempat pertama dalam hati, bila jadi begini, itu yang mula marah, rasa tak bahagia, sedih, sakit hati. Kalau hati kita, yang paling aula ialah ALLAH, diikuti RASULULLAH dan kemudiannya baru SUAMI, sakit itu tak sepedih meletakkan suami pada yang aula. Puan masih boleh berbahagia bila puan sedar, dalam hati puan yang pertama adalah DIA. Bilamana puan rasa sedih kerana suami bersama madu puan, puan boleh berbahagia kerana puan punya lebih masa bersama dengan DIA."


Carta Hati


Allah...sungguh. Sebenarnya, kita bukan tak boleh mencari bahagia, cuma kita sendiri tak sedar bahagia itu di mana dan bagaimana untuk capai. Kalau kita tak boleh beri bahagia pada diri sendiri, bagaimana kita nak beri bahagia pada orang lain?


Dan bahagia pada diri itu sendiri apabila kita ada rasa syukur dan ikhlas, dan kesemuanya itu sandarkan pada DIA. Tapi, bila tanya diri sendiri, tahap mana syukur dan ikhlas kita berhari-hari?


Sungguh, banyak sungguh kelemahan pada diri kita ni kan?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 23, 2012

Cemburu



Aku cemburu pada dia.
Ya, pada dia yang dapat menggapai impian dengan sokongan ramai. Tika saat aku mendapat khabar yang gembira dahulu, aku terpaksa lupakan kegembiraan aku demi kegembiraan orang lain.
Tapi hari ini, dan telah berkali-kali aku sentiasa diburu rasa cemburu.


Bila orang lain yang melakukannya, kau sangat suka.
Kau sokong. Kau tolong. Kau bagi dorongan.
Kenapa bukan masa ketika aku yang berada ditempat itu?


Aku memang sangat cemburu.
Kau selalu sebutkan kejayaan mereka.
Kau angkat kejayaan mereka kerana mereka sekian sekian.


Tapi kenapa semasa aku baru nak memulakan langkah, langsung tiada kata semangat untuk aku?
Kenapa tiada sokongan buat aku?


Sahabat berkata, mungkin ini jalan yang terbaik.
Berlapangkanlah dadamu.


Ya, aku cuba.
Dan aku tetap sentiasa cemburu dan rasa sedikit hiba bila mana aku ditempat itu tiada yang menyokong.
Tapi pabila orang lain ditempat itu, semua berbangga dengan dia.


Allah, lemah sungguh rasa keimanan ini tatkala mempersoalkan hal-hal remeh seperti ini.
Rendahnya rasa keimanan bila rasa cemburu sebegitu.
Mencuba untuk berlapang dada dan menurunkan rasa cemburu yang sangat menebal.


ya Allah ya Rahman. ya Allah ya Rahim. ya Allah ya Latif.


Terus melangkah.
Memandang kebelakang untuk memastikan kesilapan lalu tidak diulang.
Bukan memandang ke belakang untuk mengenang masa lalu yang membuatkan kita rasa jatuh dan lemah.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 21, 2012

Masih Punya Impian

[tumblr]


Setiap orang punya impian.
Setiap orang punya cita-cita.
Begitu juga aku.


Impian masih kekal impian selagi tidak tercapai.
Dan tak semua impian itu manis.
Maksud aku, impian itu mungkin manis bagi aku.
Tapi tak manis bila tak ramai yang menyokong.


Dan aku punya impian yang masih aku kejarkan.
Tapi aku belum punya cukup sokongan untuk aku teruskan impian itu.


Kadang aku keliru, adakah patut aku ketepikan impian aku yang satu ini?
Demi membahagiakan setengah pihak.
Dan kebahagiaan mereka menjadi pengganti impian itu?


"Manusia merancang. Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang." (Ali Imran:54)


Ya, aku merancang.
Dan bagi aku, aku masih menggenggam impian yang 1 ini.
Cuma Allah pemutusnya. Layakkah aku untuk impian itu.
Dan aku akan terus berusaha untuk mencapai impian itu.


Kalau aku mampu untuk berusaha untuk mencapai, kenapa perlu beralah pada awalnya bukan?
Walaupun selepas aku berusaha, pada suatu titik pengakhirannya nanti memang aku tidak capai impian tersebut.
Sekurang-kurangnya aku sudah berusaha untuk mencapainya.
Kenapa mesti terlalu awal beralah?


Jangan mudah bertawakkal kalau usaha pun malas.
Doa sahaja tidak cukup.


Hidup perlu diteruskan.



Fasihah Supian
19 May 2012
8:04pm

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 20, 2012

Kehidupan Bermula Pada Umur 40?

Selalu dengar tentang Life Begins at 40. Dan hari ini saya seperti faham kenapa. Bila membaca perbincangan di status Ustaz Hasrizal tentang penubuhan institusi kekeluargaan pada usia muda, saya juga berfikir. Kalau ianya menjadi 1 trend, bila kita lihat secara makro, adakah ini suatu yang baik? Kerana saya masih pada pendirian untuk tidak menikah muda. Bukan saya tak suka, tapi saya ada sebab.


Umur Yang Muda Pasti Sentiasa Rasa FRESH

Life Begins at 40.
and
Life's damaged at 22.

Enough said. Cukuplah nak buat saya berfikir bila nampak 22 tu. Apa simbolik dia eh? Bila buka Surah Al-Ahqaaf ayat 15 kan, saya terfikir..

Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Masa mengandung sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila anak itu telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa, "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. sungguh aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim."

Kita tak tahu selagi kita tak alami waktu itu. Mak pun selalu cakap, kita tak akan hargai sesuatu selagi kita tak alaminya. Hmm, kena fikir balik ni, apalah dalam minda kita yang muda-mudi ni kan? Semangat tu berkobar-kobar untuk apa agaknya ya? Sibuk berfikir untuk membina rumah tangga? Atau semangat untuk berjuang? atau... atau?


Pemuda hari ini adalah pemimpin masa hadapan.
Reset target. Reset niat. Reset mind.
Muhasabah balik.
Muhasabah balik.
Kehidupan muda aku hari ini, ke mana kita nanti?
Untuk siapa kita buat dalam kehidupan ini?
Dan untuk apa kita buat dalam kehidupan ini?


Berjalan, melihat dan mentafsir. Gunakan usia muda sebaiknya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Muda tak jamin kita hidup lama.


Dan aku, aku masih memilih jalan ini.
Jalan untuk berbakti pada kedua orang tuaku dahulu.
Bahagiakan mereka selagi mereka masih ada.
Kerana aku tahu, terlampau banyak dosaku terhadap mereka.
Berbakti.
Berbakti selagi mampu.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 21, 2012

Sharing Moment : Petani Itu Ayah Saya



"Abah, tadi cik gi supermarket, sayur mahal nak Chinese New Year ni bah. Manyaaa untungla abah kan bah?! hehehe"


"Untung kenapa pulak?"


"Yela, harga sayur naik mendadak, bekalan tak cukup, dah pulak asalkan ada je kat supermarket tu, fresh tak fresh tolak tepi. Kiranya, asal ada sayur, tolak kat pemborong, lebih sikitlah abah dapatkan nak raya cina ni.."


"Tu orang tahu kira untung orang lain je. Tak tahu yang sebenar. Berapa sen sangatlah harga dia nak naik kat petani yang menanam macam kita ni. Yang banyak dapat pulangan, pemborong dengan penjual lah. Kalau macam abah, kalau kat supermarket tu sekilo terung boleh cecah RM18.00, abah belum tentu lagi sekilo boleh dapat RM5.00."


Terdiam. Haa tulah, cakap tak fikir kan ko seha. Terdiam terus. Tahu sedih. 


Tak apa, saya bangga abah saya petani. Kalau bukan abah saya dan lain-lain petani yang tanam sayur, tak adalah kita dapat makan sayur kan?

sumber

Saya memang sangat mengkagumi ayah saya yang sanggup berpanas terik di kebun. membaja, mencangkul, bercucuk tanam, membuat batas. Tiap hari dia ke kebun. Pagi perginya, balik sebelum tengah hari. Pukul 9.30 pun dah panas. Saya kalau suruh duduk kebun, sibuk cari pokok nak berteduh. Terukkan? -____-''


Tapi itulah, sama macam apa yang mak saya cakap hari tu....


"Kita beli ikan ni, dah tentu kita ada lauk untuk makan, penjual ni dah dapat upah menjual, tapi nelayan tu, belum tentu lagi dapat makan hari ni."


Sama macam abah saya. Orang nampak bila pergi pasaraya, kayalah penanam sayur, asal raya sahaja, harga sayuran naik!


Salah tafsiran tu...sebelum sayur tu sampai kepada pengguna akhir, dia terpaksa jual kepada pemborong dulu, kemudian ke pasaraya, pasar borong dan lain-lain.


Mungkin kaya kalau abah saya yang menanam dan terus menjual. Tapi ayah saya cuma menanam dan membekal kepada orang lain.


Tapi, kita kena selalu ingat dan berdoa pada DIA, yang maha pemberi. Sebab itu alangkah baiknya kalau tiap pagi kita  buat Solat Dhuha untuk dipermudahkan rezeki.^^


Walaupun abah saya petani, kami rasa kami cukup dengan apa yang ada. Tak pula sampai meminta-minta. Yela, kalau tak ada duit, sayuran kan ada, ambil sahajalah, masak, kan? Ulam-ulam tepi rumah pun ada, duduk kampung kan? Itu semua rezeki.^^


Kangkung! Fresh dari ladang!

Abah saya cool je. Walaupun raut wajah tuanya tampak lelah,tapi dia tetap meneruskan tanggungjawabnya menyara kami semua..


Terima kasih abah! Saayang Abah! :')

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 28, 2011

Bila Dah Biasa..

out of blur by strange on DeviantArt

Bila cuti weekend dari 2 hari menjadi 3 hari agak pelik lah. Pulak tu, balik rumah. Selalu waktu macam ni memang tengah berhempas pulas nak pergi kelasnya lah nak hantar assignment lah itu ini dan sebagainya. Tapi bila kat rumah ni, kerja banyak tak siap, assignments berlambak nak hantar dan memang banyak perkara nak selesaikan. Yang pelik, boleh je rasa relax kat rumah ni.


Tapi, jejak je ke kampus nanti, terus, tak menang tangan dibuatnya. Gaya masa yang ada tak cukup langsung. Padahal.. kat rumah boleh je nak relax buat kerja sambil tengok tv. Mungkin persekitaran juga mempengaruhi kita kot.


Bila balik kampus, kita nampak orang lain sibuk, kita pun sibuk terikut sama. Tak cukup dengan masa  yang ada, masa tidur pun berjaga. Tak cukup dah mengantuk, Nescafe dijadikan peneman. Nak buat macam mana, itulah realiti kehidupan.


Sebenarnya hidup kita ni takkan makin relax. Semakin tua semaakin banyak dugaan dan cabaran. Semakin sibuk. Jangan sibukkan dunia sahaja sebab dunia ini hanya seperti sebentuk cincin yang terjatuh di lautan. Cincin itu ibarat dunia dan lautan itu ibarat akhirat. Apa yang perlu kita redah di dunia ini sebenarnya untuk akhirat nanti. **kata-kata dipetik daripada Fedtri Yahya di Fb beliau.


Dan kita perlu ingat, jangan mudah terpedaya. Jadilah seperti ikan di lautan. Walaupun airnya masin, ikan tersebut tidak masin.


p/s: Selamat bercuti buat yang bercuti.Manfaatkan cuti anda :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

October 24, 2011

Mula Dulu

Kadang-kadang hidup terlampau banyak benda yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang sampai tak tahu dari mana nak mulakan.


Tak kiralah, siapa pun kita, pasti kita akan merasa bebanan kerja yang kadang-kadang macam tak mampu nak selesaikan.


Follow the flow.


Itu yang aku praktikkan sekarang. Sungguh. Banyak dan terlampau banyak perkara yang harus diselesaikan. Tak menang tangan rasanya. 


Procrastination will make you worst.




Bila kita rasa macam bingung. Mana satu nak mula ni. Tengok dulu, mana 1 dateline yang paling hampir. Itu yang kita utamakan dahulu. Dan, pastikan kita mula buat pada waktu itu juga. Jika tidak, kita mungkin akan melengah-lengahkannya.


Belajar untuk menghargai masa. Nanti akan ada 1 hari kita rasa seperti kita sangat terkejar-kejar. Waktu ini mungkin kita akan menyesal mengapa tidak menggunakan masa sebaiknya. TApi sesal kemudian tiada guna.


"Demi masa, sesungguhnya manusia  dalam kerugian kecuali yang beriman jua mereka yang beramal soleh. Yang berpesan pada kebenaran, jua berpesan pada kesabaran'' Surah Al-'asr 1-3


Sungguh pada waktu ini tika ini, sangat banyak benda yang perlu diselesaikan pada satu-satu masa. Don't lose hope and never give up. Allah is always with you!


Sungguh, blog ini aku jenguk tika mana aku ingin berkongsikan sesuatu sahaja. Maaf kepada semua yang meninggalakn jejak. Yang memberi komen dan tak terbalas jejak. Yang menjadi silent reader, aku tak jamukan dengan entri-entri yang korang ingin untuk baca. Sungguh, masa sangat mencemburui aku waktu ini. Maaf..


p/s: terima kasih yang sentiasa memberikan semangat. Yang sentiasa ke sini. Sungguh, semester kali ini tak seperti yang lepas-lepas. Kalau dahulu, nak periksa, seminggu lebih awal mungkin dah mula pre-reading. Tapi semester ini, esok nak periksa, hari ini baru sempat buka buku. Apapun, semua.. live your life happily. Jangan pernah rasa putus asa, DIA ada dengan kita. Wallahua'lam

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 9, 2011

Buka Mata, Apa Isunya Kali Ini? Konsert depan Masjid, soo What?

Ladies and gentleman.

Memetik kenyataan CEO Suratan Kebetolan.

Bloggers,mase gambit fuck kan kite,sume.kecoh nak buat entry,ni AF final nak buat depan ngn masjid kite tak amek port pon.ape kes?isu cmni la pttnye kte bersatu
Kita laju kalau bergossip! Kalau retis, laju semua nak buat entri. Kalau agama, nak jenguk, tengok tajuk, nak klik pun susah kan? Apatah lagi nak bersatu menegakkan agama. Terasa? Tepuk dada tanya Iman. Dah bersedia kalau esok hari terakhir kita? Banyak dah amalan tu?


Baca lanjut di Sunah Suka Sakura

Mungkin ada yang kata, ala benda kecik pun nak kecoh.


Isu konsert final AF yang diadakan di Dataran Putrajaya, berhampiran dengan Palace of Justice, tidak jauh daripada Masjid Besi, Putrajaya. Jiran blog, ade buat entri ni dan entri ni beberapa hari lepas, dengan gambar sekali. Ramai yang turut membantah konsert diadakan di situ, tak kurang yang meminta agar entri berkenaan diremove. Malah, ada juga yang kurang mengambil tahu tentang ni.


Gambar Google Maps

Kalau dilihat pada gambar Google Maps kat atas ni, boleh lah kamu-kamu nilai sendiri, jarak antara Dataran Putrajaya dengan Masjid Besi. Dan bayangkan juga rehearsal konsert final AF bakal diadakan sejak tengahari lagi. Fikirkan juga, speaker yang digunakan bukanlah macam speaker laptop kamu tu... more >>>

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Patut ke tak patut?
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 3, 2011

Kawan Kata 'Kau Sibuk Apehal, Kubur Masing-Masing'

Assalamualaikum ladies manis dan jejaka handsome macho! Selalu dengar orang cakap macam itu? Tertarik dengan jawapan seorang brother ni.

sebab kubur lain2 la aku tegur.kalau kubur same senang, kalau malaikat tanye guwa boleh tolong jawabkan untuk ko,"sorry bang, die tak ready lagi nak jawab soalan2 tu, mintak tangguh boleh bang??" .tak sanggup guwa nak tengok member guwa kene sebat.bebal! -Nazirul Hazwan

Tambahan..

Kau jangan lupa, nanti kau mandi, kitorang jugak yang mandikan kau. -aiez


Kadang kita kalau dapat orang yang cakap macam ni. Kita pun cakap cam ni kan?


Lantak kau lah, aku dah  tegur, kau tak nak dengar.


So lepas ni, bolehla tukar. Bukan apa, ramai orang yang suka cakap macam ni. Lagi 1, kalau orang tegur, ayat tipikal yang selalu aku kena, yang ni.

Sibuklah kau! Mak aku pun tak kisah, mak aku pun tak marah, yang ko sibuk-sibuk nak tegur aku buat apa?

Haa, selalu kena tak yang ni? Aku selalu ni. Yang selalu bila tegur sal pakaian iaitu aurat dan juga solat. Manusia ni macam-macam kan. Jadi kalau untuk yang kedua ni, apa agaknya yang patut kita jawab ye? Mungkin boleh jawab macam ini kot.

Sebab mak kau tak kisah la aku kisah. Aku kisah kalau aku kena masuk neraka sama dengan kau sebab tak nasihat dan tegur kau.

Haha, boleh pulak? Sebab kadang-kadang ada jenis orang ni, bila kita tegur cara baik, tak berkesan. Tegur macam ni baru dia rasa macam...'erkkk!' (terkedu). Kita manusia sering melakukan kesilapan, sama ada yang kita ulangi lagi mahupun kesilapan baru.


People do make mistakes everyday. So, why not kita sama-sama ingat mengingati antara 1 sama lain. Kan? ;)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 24, 2011

PROJECTION vs PERCEPTION

Assalamualaikum my beloved readers! Oh My God! I am sorry! Very Sorry! Today, it is the most tired day for this week. Being a babysitter for 5 child. Really, it makes me become gumiho. hahaha by the way, korang selalu sangka baik ke sangka buruk?? ha, meh sini meh, cheq nak kongsi info sikit meh. ;)

Alhamdulillah kita masih di bawah lembayung Kasih Sayang Allah. Semoga IMAN kita terus bertambah walaupun hakikatnya KONDISI IMAN INSAN ber+ dan berkurang.

Berjumpa kita lagi dalam perkongsian sesi ilmu. Pepatah arab ada mengatakan,
“Orang bijak berbicara tentang Ilmu;Orang biasa berbicara tentang alam sekikeliling;Orang bodoh berbicara tentang orang lain”.

Tujuan saya bukanlah untuk mengupas pepatah di atas tetapi untuk mengupas sedikit tentang PERCEPTION dan PROJECTION.

Apa yang terlintas di fikiran anda apabila anda lihat seseorang sedang duduk tanpa berbuat apa2 ditepi tasik tempat anda berjoging?

Setiap orang akan memberikan jawapan berbeza mengikut pemikiran masing2 disebabkan otak kita lain2. Kalau jawapan yang sama pula, adakah mereka berkongsi otak?

Tidak! Mereka tidak berkongsi otak tetapi mempunyai pandangan yang serupa. Nah! Di sini kita sudah dapat merungkai apa itu PERSEPSI. Ia merupakan pandangan peribadi mengikut mata kasar dalam bahasa lain WORLDVIEW, yang dipengaruhi oleh agama, adat dan lain2.

Baiklah, sekarang apa itu projection? Adakah ia anak kepada perception?

Mari kita lihat kepada 1 situasi yang kebanyakan di alami oleh pekerja makan gaji.

Sang bos selalu tidak berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan oleh sang pekerja. Sang bos menjangkakan sang pekerja boleh buat lebih baik mengikut standard yang diset di mindanya.

STANDARD YANG DISET DI MINDA merupakan kata kunci PROJECTION. Setiap orang mempunyai kebolehan dan kelebihan masing2. Sang bos mempunyai cita rasa yang tinggi mengikut tahap pemikirannya dan pembelajarannya sebab itu dia boleh menjadi bos. Tetapi, sang pekerja mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sebab itu manusia diciptakan berbeza-beza untuk saling mengenali (li taárafu).


Jika sang bos mahu hasil yang perfect, lebih baik dia buat dengan tangan sendiri. Ini tidak akan menyakitkan hati mana2 pihak. Ini bukan untuk menyebelahi sang pekerja, tetapi untuk mengajak Sang bos berfikir bahawa orang lain juga mempunyai perasaan dan kebolehan tersendiri. Sang pekerja bukan robot Sang bos yang mempunyai pola pemikiran, kebolehan ,citarasa yang sama dengannya. Bagi Sang pekerja, jika teguran itu untuk kebaikan diri dan syarikat, apa salahnya ikut. Ia tidak akan membawa kerugian bahkan keuntungan.



Penulis: SidiDann

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 22, 2011

Budak-budak Sekarang Terlebih Minum Susu Ke?

Assalamualaikum semua. Selamat hari Jumaat. Penghulu segala hari.. Ok, pelik betul kan? Budak-budak sekarang ni makin pandai ye. Almaklumlah, FS jarang kat rumah kan, dok U, so bila cuti ni kan, macam-macam perangai anak-anak buah FS nie. Baru ni, memang SPEECHLESS dibuatnya..


Ok, cuba ikuti perbualan ini.

Aku: Ecah, ni berapa? (sambil menunjukkan 2 jari)
Ecah: tu PEACE la cu!
Aku: (seriously speechless)

Terdiam kau! Bukan dua ye.. PEACE terus! Advance betul! Haih, apa formula dalam susu budak-budak sekarang ni sampai advance terlebih?? hadess..

Ni lah si Aisyah Qaisara budak bertuah..
Ni baru cerita yang sorang ni, ada lagi 4 orang kena layan. Petah, lincah semua depa.. Ok, nak masak. Bai! ;)



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 20, 2011

Aku Dilamar.. Tapi Masih Belum Membuat Keputusan Antara Dua.

Assalamualaikum to all my beloved readers! I am back! How's your day? Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga I tengok belog I ni. Oklah. Aku nak berkongsi sedikit kekeliruan dengan pembaca semua. Harap-harap anda dapat membantu saya ye. hehehe


Ok, buat anda yang masih belajar, umur semakin bertambah, sudah pasti, ingin membina sebuah rumah tangga bukan? Dan, rumah tangga yang aman dan bahagia serta dirahmati Allah s.w.t adalah impian setiap insan bukan? Jadi, ini semua adalah hasil daripada satu pemilihan keputusan yang betul.



Ok, aku memang dilamar. Ha, tak percaya? Betul, aku pun tak percaya, tak sangka aku yang tak matured ni, tak tinggi dan kanak-kanak rebina ni ada orang nak! Pulak tu, kena pilih antara 2! Rambang mata aku dibuatnya! Jadi, aku tak lain tak bukan, nak kan pendapat korang semua, mana 1 yang patut aku pilih agaknya?


Pilihan Pertama: Cuti 5 bulan


Pilihan Kedua : Ambil Semester Pendek


hehehe Jangan marah, nanti cepat tua. Itulah mereka yang masuk meminangnye! Tak ada nya orang nak masuk minang aku ni. Tahap ketinggian pun paras dak darjah 3. hihi

So, aku nak korang brainstorm sikit.Agak-agak, kalau korang diberikan pilihan, pilihan yang mana korang akan pilih? Kalau cuti 5 bulan tu, seronok kalau dapat kerja kan? Dapat juga pengalaman bekerja bagaimana. Sekurang-kurangnya tak lah kekok sangat bila nak praktikal dan bila masuk alam pekerjaan yang sebenar. 

Tapi, bagi seorang pelajar U yang terkenal dengan tempoh pengajian yang agak lama macam aku ni. Aku terfikir buat kali kedua untuk pilihan ini. Kalau aku tak buat semester pendek, maka aku terpaksa drag subjek dan extend. Bertambah lagi lah semester pengajian kat U. Dah tu bila nak habis? Tua kat U sahaja jawabnya! Haih, tak ada orang nak kawin ngan aku. hehe

Ok, antara aspek yang perlu difikirkan sama. Kos untuk mengambil semester pendek. Asrama dalam RM 300. Ok, ni belum makan lagi, belum outing lagi. Ok, kalau tolak outing, kena fikir tambang balik rumah pula. Sebab, dalam 1 minggu, ada berapa sahaja kelas kalau semester pendek ni. Yang lain tu, boleh lah balik rumah.

Tapi.. ok, ada tapi lagi. Untuk pengetahuan semua, FS ni belum dapat lagi subjek untuk semester pendek tu, sebab kuota dia sangat sedikit. Kesian budak BACC, tempoh pengajian lama, tapi subjek tak ada. Kasihan kami kan? U ni tak patut lah buat kami macam ni..

Andai kata, FS dapat add 1 subjek sahaja, patut atau tidak untuk teruskan semester pendek ni? Atau.. patut cuti 5 bulan sahaja, cari kerja. Kalau korang bagaimana?

Before I end this entry, I hope I am not that very late to wish Happy Holiday to all my universities' mates! enjoy your holidays!;)


Terime kasih sudi baca ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 10, 2010

Kematian Itu Suatu Yang Pasti

Credit. Kubur memanggil kita setiap hari. Bersediakah kita untuk menyeru panggilannya?
Assalamualaikum Salam pagi Jumaat.Penghulu segala hari.

*****

Uda: Abah, Paman Sahri call tadi, dia kata isteri atok yang kat Meru meninggal.
Abah: Innalillahiwainna ilaihi rojiun. Bila?
Uda: Baru tadi. Dia suh bagitahu yang lain.

*****

Ok, isteri atok. Aku dah lupa nama atok sapa. Sebab atok abah, kitorang pun tak kenal sangat. Abah yang kenal. Ramai sangat saudara. Al-fatihah buat nenenda, semoga pemergianmu dicucuri rahmat. Amin.

Tak kira, bila, di mana, siapa kita, berapa umur kita. Mati itu satu yang pasti. Tiada siapa mengetahui bila kita mati. Adakah kita sudah bersedia? Berapa banyak dah amalan kita? Sudah tertunaikah tanggungjawab kita? Sungguh, aku sendiri pun banyak melakukan dosa, sama ada sedar ataupun tidak.

1 perkara yang pasti kita sebagai seorang yang beragama Islam inginkan ialah meninggal pada malam Jumaat atau hari Jumaat seperti nenenda ini.

Apa kelebihan meninggal pada malam Jumaat @ hari Jumaat?

Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).

Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah). Mudahan-mudahan kita juga terpilih untuk mengakhiri nafas ini dengan pengakhiran yang terbaik. Amin Ya Robb.

FasiHaH Kata: Jom sama-sama ciptakan azam dan berdoa untuk memperolehi Husnul Khotimah. Mulakanlah hari dengan senyuman! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 11, 2009

Adik Nur Fazrina

Aku baru dapat call tadi...

Adik Nur Fazrina baru sahaja meninggal dunia..

Aku memang tak sangka,pagi tadi aku mendapat tahu yang tekanan gula dalam darahnya dah rendah and dia dah boleh buang air..walaupun dengan bantuan mesin,tapi bagi aku,ia suatu peningkatan..

apepun...cikgu hafizy cukup tabah...

Semoga rOh adik fazrina dicucuri rahmat..

Al-Fatihah...
TERIMA KASIH SUDI BACA^^