Kehidupan Bermula Pada Umur 40? | fasihah.com


May 20, 2012

Kehidupan Bermula Pada Umur 40?

Selalu dengar tentang Life Begins at 40. Dan hari ini saya seperti faham kenapa. Bila membaca perbincangan di status Ustaz Hasrizal tentang penubuhan institusi kekeluargaan pada usia muda, saya juga berfikir. Kalau ianya menjadi 1 trend, bila kita lihat secara makro, adakah ini suatu yang baik? Kerana saya masih pada pendirian untuk tidak menikah muda. Bukan saya tak suka, tapi saya ada sebab.


Umur Yang Muda Pasti Sentiasa Rasa FRESH

Life Begins at 40.
and
Life's damaged at 22.

Enough said. Cukuplah nak buat saya berfikir bila nampak 22 tu. Apa simbolik dia eh? Bila buka Surah Al-Ahqaaf ayat 15 kan, saya terfikir..

Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Masa mengandung sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila anak itu telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa, "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. sungguh aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim."

Kita tak tahu selagi kita tak alami waktu itu. Mak pun selalu cakap, kita tak akan hargai sesuatu selagi kita tak alaminya. Hmm, kena fikir balik ni, apalah dalam minda kita yang muda-mudi ni kan? Semangat tu berkobar-kobar untuk apa agaknya ya? Sibuk berfikir untuk membina rumah tangga? Atau semangat untuk berjuang? atau... atau?


Pemuda hari ini adalah pemimpin masa hadapan.
Reset target. Reset niat. Reset mind.
Muhasabah balik.
Muhasabah balik.
Kehidupan muda aku hari ini, ke mana kita nanti?
Untuk siapa kita buat dalam kehidupan ini?
Dan untuk apa kita buat dalam kehidupan ini?


Berjalan, melihat dan mentafsir. Gunakan usia muda sebaiknya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Muda tak jamin kita hidup lama.


Dan aku, aku masih memilih jalan ini.
Jalan untuk berbakti pada kedua orang tuaku dahulu.
Bahagiakan mereka selagi mereka masih ada.
Kerana aku tahu, terlampau banyak dosaku terhadap mereka.
Berbakti.
Berbakti selagi mampu.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Gigi Besi said...

Semoga masa muda ini memberi kebaikan dan mendapat redha Allah SWT.

Unknown said...

Jgn tggu esok ksimpulqnnye