Aku cemburu pada dia.
Ya, pada dia yang dapat menggapai impian dengan sokongan ramai. Tika saat aku mendapat khabar yang gembira dahulu, aku terpaksa lupakan kegembiraan aku demi kegembiraan orang lain.
Tapi hari ini, dan telah berkali-kali aku sentiasa diburu rasa cemburu.
Bila orang lain yang melakukannya, kau sangat suka.
Kau sokong. Kau tolong. Kau bagi dorongan.
Kenapa bukan masa ketika aku yang berada ditempat itu?
Aku memang sangat cemburu.
Kau selalu sebutkan kejayaan mereka.
Kau angkat kejayaan mereka kerana mereka sekian sekian.
Tapi kenapa semasa aku baru nak memulakan langkah, langsung tiada kata semangat untuk aku?
Kenapa tiada sokongan buat aku?
Sahabat berkata, mungkin ini jalan yang terbaik.
Berlapangkanlah dadamu.
Ya, aku cuba.
Dan aku tetap sentiasa cemburu dan rasa sedikit hiba bila mana aku ditempat itu tiada yang menyokong.
Tapi pabila orang lain ditempat itu, semua berbangga dengan dia.
Allah, lemah sungguh rasa keimanan ini tatkala mempersoalkan hal-hal remeh seperti ini.
Rendahnya rasa keimanan bila rasa cemburu sebegitu.
Mencuba untuk berlapang dada dan menurunkan rasa cemburu yang sangat menebal.
ya Allah ya Rahman. ya Allah ya Rahim. ya Allah ya Latif.
Terus melangkah.
Memandang kebelakang untuk memastikan kesilapan lalu tidak diulang.
Bukan memandang ke belakang untuk mengenang masa lalu yang membuatkan kita rasa jatuh dan lemah.
1 comment:
alang...kuatlah...
Post a Comment