Masih Punya Impian | fasihah.com


May 21, 2012

Masih Punya Impian

[tumblr]


Setiap orang punya impian.
Setiap orang punya cita-cita.
Begitu juga aku.


Impian masih kekal impian selagi tidak tercapai.
Dan tak semua impian itu manis.
Maksud aku, impian itu mungkin manis bagi aku.
Tapi tak manis bila tak ramai yang menyokong.


Dan aku punya impian yang masih aku kejarkan.
Tapi aku belum punya cukup sokongan untuk aku teruskan impian itu.


Kadang aku keliru, adakah patut aku ketepikan impian aku yang satu ini?
Demi membahagiakan setengah pihak.
Dan kebahagiaan mereka menjadi pengganti impian itu?


"Manusia merancang. Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang." (Ali Imran:54)


Ya, aku merancang.
Dan bagi aku, aku masih menggenggam impian yang 1 ini.
Cuma Allah pemutusnya. Layakkah aku untuk impian itu.
Dan aku akan terus berusaha untuk mencapai impian itu.


Kalau aku mampu untuk berusaha untuk mencapai, kenapa perlu beralah pada awalnya bukan?
Walaupun selepas aku berusaha, pada suatu titik pengakhirannya nanti memang aku tidak capai impian tersebut.
Sekurang-kurangnya aku sudah berusaha untuk mencapainya.
Kenapa mesti terlalu awal beralah?


Jangan mudah bertawakkal kalau usaha pun malas.
Doa sahaja tidak cukup.


Hidup perlu diteruskan.



Fasihah Supian
19 May 2012
8:04pm

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Anum said...

rajin berusaha ok

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

impianku dalam mimpiku... hehe.. hope tercapai :)