Patut Ke Emak Bakal Pengantin Perempuan Letak Syarat Macam Ni? | fasihah.com


May 23, 2011

Patut Ke Emak Bakal Pengantin Perempuan Letak Syarat Macam Ni?

Assalamualaikum semua! Menarik! Nak kahwin kena buat perjanjian dulu. Huhu Ada ke orang buat macam tu? Dah macam kahwin kontrak je aku tengok. Aku hidup bermasyarakat. Macam-macam perkara aku nampak, aku dengar, aku alami. Yang terbaru ni, Mak perempuan letak syarat nak menikah? Wow, kalau wang hantaran tu perkara biasalah. Ini bukan masalah wang hantaran yang kita dok kecoh-kecoh hari tu.


Entahlah. Masyarakat. Dalam 1 masyarakat, ada macam-macam perangai. Ada macam-macam ragam. Yang ni buat aku terkedu kejap. Boleh ke letak syarat macam ni?

Kalau betul kau nak menikah dengan anak aku, kau tak boleh bawak anak aku keluar dari rumah ni. kalau kau nak bawa dia keluar juga, tak payah menikah. Ada orang lain yang nak kan anak aku. Duda.

Pergh.. Gila makcik, berani makcik cerita depan saya benda ni makcik? Nasib baik saya terkedu masa tu. Kalau tak, lama dah saya bagi tazkirah kat makcik. hehehe Eh, boleh ke buat perjanjian macam tu? Pelik betul lah. Bukan ke dalam Islam, isteri tu kena ikut suami?


Sesungguhnya tugas seorang  isteri terhadap suaminya adalah sangat penting dan mesti dipatuhi sehingga pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.” -Riwayat At-Tarmizi


So, kalau ikutkan, mak perempuan tu kira tak ada hak lah nak tentukan hidup anak dan bakal menantu dia. Tak macam tu ke? Sepatutnya, anak dia yang perempuan tu kena ikut kat mana suami dia pergi. Kat mana suami dia nak tinggal. Rumah pun dah ada, ada pulak suruh duduk kat rumah perempuan. Suami kerja jauh, tak kan nak pisahkan talian kot?


Makcik, kalau lah makcik baca blog saya. huhu Makcik, sayang anak sekalipun, dia ada hak untuk hidup berdikari. Sampai bila makcik nak kongkong dia macam ni? aduyaii, aku kesian betullah kat bakal menantu dia ni.


Terima juga syarat perjanjian tu pulak tu. Bila dah cinta dan bila cinta itu dah buta. Lautan dalam sanggup ku renangi lah kan selalunya? 


Bukan masalah cantik, tapi aku suka coklat. Sumber

Aku bukan apa, orang kata apa? Kapal mana yang tak dilanda ombak ye? Pada pendapat aku lah, kalau betullah tak tahu tentang agama sekalipun, tak tahu Islam kata isteri tu kena ikut suami, aku rasa mereka patut diberi peluang untuk hidup berdikari sebagai suami isteri. Andai ada masalah sekalipun, biarlah mereka cuba selesaikan. Sebagai orang tua mungkin boleh menasihati.


Walaupun nak yang terbaik buat anak, jangan sampai kita buat mereka jadi tak bahagia di kemudian hari. Entah, aku kurang setuju lah cara makcik ni sorang. Kalau korang macam mana? Kalau aku jadi laki tu, ego tinggi suda. Boleh je aku cakap, tak apalah makcik, makcik kawinkan lah anak makcik dengan duda tu. Saya pun bujang. Boleh cari yang bujang bukan janda. hehe *gelak jahat*

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

28 comments:

Salim Harmanain said...

mana boleh letak syarat gitu..isteri mesti ikut suami...x independent klu camtu.. macam tu anak mak cik jadi andartu..huhu ^^

Fasihah Supian said...

@Salim Harmanain alaaa, makcik tak kisah, nanti makcik vcari yg lain lah kalau kamu tak nak. kata makcik tadi menjawab komen salim.hahaha

jerung said...

Emm,tak boleh kot... Anak dia dah ada tanggungjawab lain... Sayang pun sayang la jugak...

Fasihah Supian said...

@mUm_tAz memang tak boleh rasanya......

Lydia Miza said...

pd akak..jd anak kena tau tanggungjawab sbgi isteri...jd mak kena tau hukum.anak pompuan bkn hak mak lagi ye makcik!

diana said...

memang,tap ade plak rasenye...ekot2 mmg x bole wat perjanjian camtu...tp kalo laki tu da setuju,nk kate pe kan??hmm...tapi, if 1 hari nty, anak die nk kua ekot suami dia, ape jd plak ae???

penulis.tidak.bernama said...

itu perjanjian di atas dunia. bukan perjanjian yang ada dalam islam macam takliq, nazar dan sebagainya. namun begitu, atas kesedaran insaniah, si anak gadis sepatutnya berbicara dengan maknya tentang situasi tersebut. atau mungkin, itu idea si anak gadis? hmm.. banyak kemungkinan tu.

walaubagaimanapun, sekiranya janji di antara bakal menantu dengan anak gadis termeterai, maka jika disanggah akan tergolonglah di dalam golongan munafiqun.

secara umum, si ibu TIDAK PATUT meletakkan syarat sedemikian. wallahualam.

Anonymous said...

mak dia maksudkn sebelum nikah tu jgn bwk anak dia kua g mne2 kot..bkn lpeas nikah..hehe..pndpt je..

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

syarat itu di bolehkan kalau isteri yang buat syarat tu...dalam cerita ketika cinta bertasbih ade pengantin perempuan kenekan syarat macam tu kat pihak lelaki....waktu furqan datang melamar anna...siap anna bagi dalil lagi...

agaknye mak cik tu pun tengok cerita kcb dulu sebelum pihak lelaki datang kot...hehe

Fasihah Supian said...

@::blog anak jawer:: yeke isteri boleh wat syarat xnak duduk dgn suami AJ? hmm, ni nak pempuan yg letak syarat nie...

Fasihah Supian said...

@Faiz x, x, mak dia memang nak anak dy duduk dgn mak dia...

Fasihah Supian said...

@pakngah.misteri satu penjelasan yg panjang oleh pakngah.....kiranya tak boleh la ye...

Fasihah Supian said...

@diana itulah, wat keputusan kenela fikir masa depan...

Fasihah Supian said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) nak pinjam ayat kak LM lah, nak ckp kat makcik tu.huhu

Ardini Humaira said...

makcik ooo makcik. otak makcik letak kat mana eyy.. masa makcik kawen dulu makcik ikut laki ke makcik ikut mak makcik.. makcik dah ada laki. makcik duk je la ngan laki makcik. biau anak makcik duk ngan laki dia. hahahah jahat tak ayat akak. ;p

Fasihah Supian said...

@Ardini Humaira hahaha kak dini...terbaik lahhh!!

norinaomar said...

bau ketiak makcik wangi sangat kot sebab tu takmo anak lepas kat laki..isyk,tak patut

Mutiara Bernilai said...

erk..itu mcm pun ade?

penin 21 saat..

Qaseh Dalia said...

mana boleh letak syarat cenggituw..bila dah berkahwin isteri hanya tempat disisi suami .. kalau mak ayah mati sekalipun ..kalau suami tak izinkan isteri melawat mmg xboleh ! besarnya berkat suami .. hihi

Aziela said...

Mungkin lelaki tu ada rasa ego, tapi dipujuk oleh perempuan. Dan mungkin juga lelaki tu pun selesa begitu. Tak perlu bayar sewa rumah, dekat pergi kerja, makan pakai terurus..dan mungkin telah dijanjikan, rumah tu akan diberikan kepada mereka...maka kenalah duduk situ jaga rumah kan...
Atauuuu...lelaki itu memang sangat baik dan berniat utk menjaga ibu mertuanya seperti emaknya sendiri.
(Kalau duda, lagiiilaaaa kena angkut kuar rumah..)

Unknown said...

ada lagi ke org macam tu kt zaman moden ni??haish.minta di jauhkan

Fasihah Supian said...

@norinaomar haha boleh plak norina....ade ke org mcm tu??

Fasihah Supian said...

@Mutiara Bernilai nasib baik 21 saat je along.hahaha

Fasihah Supian said...

@Qaseh dalia adelia ye...Qaseh..penah dengar kisah tu..itulah, kurang pengetahuan agama kot....

Fasihah Supian said...

@Aziela hahaha kak, jauh la tempat kejenye dgn umah mak mertua.....dah beli rumah sendiri dah tu...tp tu la mak pempuannye tak bagi anak dia dok tmpat lain...

Fasihah Supian said...

@baby_vochelle ni ada nie...hehehe

Tieah Madian said...

No komenlah.. Sebab tak kawen lagi.. Tapi kalau fikir logik,, tak elok lah kan.. Anak pompuan yg dah kawen kena dahulukan suami.. Huhuhu..

Entry Terbaru : Ketagihan Facebook??? Ada Ubatnya..

Anonymous said...

err..sori lmbat.. bkn ke wanita boleh letak syarat sebelum kawin?

"Keseluruhan diri saya akan menjadi halal kalau dipenuhi oleh org yg mahu bernikah dgn saya, Saya harus tetap tinggal disini."(tempat tinggal orang tuanya)

"Saya mahu dinikahi.Tapi dgn syarat..selama saya masih hidup dan masih bisa menunaikan kewajipan saya sebagai seorang isteri maka suami yg mahu menikahi saya tidak boleh bernikah dengan wanita lain."