Punca Tanah Runtuh Hulu Langat (Falsafah Orang Kampung) | fasihah.com


May 25, 2011

Punca Tanah Runtuh Hulu Langat (Falsafah Orang Kampung)

Assalamualaikum jejaka kacak dan gadis jelitawans. Haiz, baru ada masa nak ketuk-ketuk keyboard. (cis, gaya macam sibuk mengalahkan PM. Ok, sudah, pertama kalinya, aku ingin memperkenalkan watak dua mak cik glamour kampung yang pandai berfalsafah ni. So, malam ni kita berfalsafah dan mungkin boleh menjadi falsampah? Kita lihat nanti apa falsafah mereka berdua.


 

Jadi dengan ini, aku memperkenalkan, auntie bertudung pink bernama Auntie Jay. Nama kampung Makcik Joyah. Nama glamour Joyah Angelina. Merupakan seorang yang aktif dengan kegiatan masyarakat mengalahkan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat. Nama nak glamour je makcik ni =.=''


Ok, memperkenalkan watak kedua memakai tudung kuning bernama kampung Makcik Senah. Nama panggilan Auntie Sanny. Nama glamour Senah Britney. Merupakan penyokong kuat parti Y dan merupakan wartawan terhebat kampung. Segala gosip, serah pada dia.


Di suatu petang, di satu majlis wanita-wanita kampung Zon Selatan. Semasa meeting  mengenai aktiviti kewanitaan. Terjadilah perbualan ini..


Auntie Jay : Kesian kan anak-anak yatim yang meninggal sebab kejadian tanah runtuh tu.

Auntie Sanny : Aah betul tu Jay! Aku ni menangis tengok berita tu. Tak sampai hati tengok mangsa yang tertimbus dengan tanah tu Jay! Nasib baik kita kat sini tak ada tanah tinggi kan Jay?

Auntie Jay : Itulah Sanny, orang kata, bala tu diturunkan kalau ada orang buat maksiat. Tak kan budak rumah anak yatim buat maksiat kan? Mestilah diaorang tu suci belaka!

Auntie Sanny : La, kau ni Jay. Betullah, bala diturunkan kalau ada maksiat. 

Auntie Jay : Haah kan, yang kes Bukit Antarabangsa tu orang kata sebab maksiat. Ala, tapi ni rumah anak yatim, budak pun baik-baik. Bala apa pula?!

Auntie Sanny : Jay, itulah orang ni kalau berkata main ikut sedap mulut saja. Ni tanah runtuh ni, bukan sebab maksiat sahaja. Ni sebab pemerintahan tak betul.

Auntie Jay : haa, betul lah kau Sanny. Ye lah, negeri kita ni dah bukan Parti Y yang memerintah kan? Parti X dah yang memerintah. Si MB Khalid tu bukan baik sangat pun!

Auntie Sanny : Itulah, dulu kat bukit antarabangsa dok heboh kata orang-orang situ wat maksiat lah apa lah. Itu yang dapat bala. Sekarang ni, rumah anak yatim pun kena tanah runtuh. Ni apa lagi, ni sebab pemerintahan kita lah ni.


Tamat. Cerita adalah benar. Tapi watak dirahsiakan. Parti X dan Y mungkin boleh difikirkan. Ini falsafah atau falsampah? Ikut sedap mulut berbicara. Aduyai.Aku bila dengar makcik-makcik ni cakap begitu, aku yang takut. 'nasib baik kat tempat kita ni tak ada tanah tinggi'. Makcik, Allah kalau nak turunkan bala, tak kira ada tanah tinggi ke tak. Laut yang tenang berombak tu pun boleh buat Tsunami, inikan kampung ni yang dekat dengan Morib tu. Kalau pun tak ada laut, tak ada tanah tinggi sekalipun, Allah tu maha besar, DIA punya kuasa nak buat apa pun. Janganlah bercakap besar.


Lagi 1, kalau tanah runtuh kat Hulu Langat tu sebab kerajaan X yang memerintah, jadi, secara logiknya, masa Bukit Antarabangsa tu, sebab kerajaan Y yang memerintahlah. Tak ke begitu makcik? Adooi, aku kadang-kadang geram juga dengan makcik-makcik ni. Nak aku bidas, nanti dikata kita tak hormat orang tua. Tak pun 'kau apa tahu? Kami lebih makan garam daripada kau'.


Astaghfirullahalazim, bawak beristghfar panjang-panjang. Berjaga-jaga dalam kita bercakap. Takut buruk padahnya. Sebab itu orang kata, diam itu lebih baik.



Sebab kejadian tanah runtuh.

Paling utama kita perlu ingat, ini semua kekuasaan Allah. Bagi aku, kita selalu kaitkan bencana yang berlaku dengan maksiat. Dalam kes ini, mungkin bukan anak yatim itu yang bersalah, tapi, ini sebagai peringatan buat kita. Sebagai satu medium untuk kita bermuhasabah diri kita balik. Cuba renung balik, kita sebagai masyarakat, bagaimana kita melayan anak yatim ini? Sudahkah kita berikan hak mereka? Adakah kita telah menyempurnakan apa yang sepatutnya buat mereka?


Bencana ini sebagai 1 peringatan kepada kita, manakala matinya anak yatim yang ditanam dalam 1 liang lahad itu tanda cinta Allah kepada mereka. Allah lebih sayangkan mereka. Kita janganlah terlampau senang dengan apa yang kita ada hari ini, takut kelak, kita menderita, bersederhanalah.. Bencana ini tidak lain mengingatkan kita tentang 1 ayat Al-Quran yang bermaksud:


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut 29: 2,3)

Ini sebagai 1 ujian kepada kita sebagai hamba. Setiap orang ada ujian mereka sendiri. Cuba kita fikir sejenak, telah banyak bencana yang berlaku, apakah kita mengambil iktibar daripadanya? Adakah cukup seketika kita menangis semasa mendapat khabar dan kemudian tertawa berdekah-dekah lupa dunia berhari-hari. Kita sibuk menuding pihak lain, salah kerajaan lah, salah ketua kampunglah, salah ini lah salah itulah. Tapi kita sendiri kadang-kadang lupa untuk menyalahkan diri sendiri yang melakukan kesalahan.


Mungkin sains ada sebabnya tersendiri mengapa tanah runtuh ini berlaku. Tanah tidak stabil, hujan tidak berhenti atau tanah tinggi berdekatan dikorek dan sebagainya. Tapi, kita lupa, habisnya pokok siapa yang tebang? Panasnya bumi, siapa yang punca sebenar?


Renung-renungkan dan selamat beramal. Buat makcik, saya tahu makcik ada yang ada FB. Tapi rasanya makcik tak adalah baca blog saya ni. Tapi, semoaga makcik lebih bersikap terbuka dalam berfikir. Ok, sekian dahulu. Wassalam. :)

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Ar-Ruum 30:41)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

merahitujambu said...

hiush..makcik2 skang mulut x jaga..hehehe..salahkan makcik pulak.tpi pompuan pantang berbicara.itu yang di pointkan..haish..

tpi aku simpati terhadap adk2 ku itu...=(..ada hikmah di sebaliknya..

Fasihah Supian said...

@merahitujambu itulah athirah, mulut kalau berbiacar laju je kadang2 kan....hurm, betul, semoga mereka tenang di sana..