Assalamualaikum saudari kasih dan saudara sayang. (huhu teringat program KBM hari tu plak). Ok by the way, malam ni, fikir punya fikir, rasanya, patut share video adik Tae Ho yang comel ni lah. Untuk pengetahuan semua, adik Tae Ho ni tak ada tangan. Kita patut bersyukur sebab ada tangan, kaki, mata, tapi itu pun masih ada yang tak bersyukur sampai nak tukar jantina. Astaghfirullahalazim..
Sedih melihat adik Tae Ho ni, tapi, kita pun boleh termotivasi bersama. Dia yang kecik pun kalau boleh nak berdikari, kita yang dah tua bangka ni? Kadang-kadang aku tengok, kudrat ada lagi, sifat cukup, pi dok kat pasar minta sedekah. Bukan apa, aku rasa dia boleh berusaha dengan cara yang lebih baik. Ohh sebelum bahtera berlayar lebih jauh, izinkan saya mempersembahkan video adit Tae Ho ini.
Aku kagum dengan semangat dia. Sungguh, aku sendiri malu, sebab aku pernah merasa tak boleh jalan. Dan semangat aku tak sekental dia. Subhanallah.. Aku malu sebab tak sekuat dia. Walaupun dia tak upaya, lihatlah, dia cuba membuatkan dirinya ceria dan bahagia. Dia tak mahu menyusahkan orang lain.
Walaupun dia kecil lagi, bagi aku, cantik kalau kita ambil semangat dia untuk teruskan hidup. Kita jangan mudah mengeluh. Masalah sikit, kita sudah mengeluh. Tengok adik ni, tak ada tangan pun, dia sungguh-sungguh nak makan sendiri, gosok gigi sendiri.
Apapun, Tae Ho comel! ;)
No comments:
Post a Comment