Assalamualaikum to all my beloved readers! Malam ini aku mahu kongsikan mengenai Telur Omega 3 ini. Selepas membuat beberapa bacaan dan juga RnD. Aku juga ingin tahu mengenainya, sama seperti kawan aku. Jadi aku carilah apa-apa yang berkaitan.
Korang tahu tak Telur Omega-3 ni apa? Ok, sebelum itu, perbezaan yang paling ketara antara telur yang beromega atau tidak ialah dari segi tahap warna kuning telurnya. Mari lihat gambar ini.
Jika kita lihat warna kuning di atas. Ia amat berbeza. Kuning yang lebih pekat itulah telur yang mengandungi Omega. Ok, ada ke Omega 1 2 dan 3. Daripada pembacaan aku, ada 1 artikel yang mengatakan, terdapat juga telur Omega 6. Jadi, kenapa dengan nombor tersebut? Ok, itu sebenarnya ukuran dalam miligram berapa banyak kandungan omega. Jika Omega-3 mempunyai 618 mg. 3 tak bermaksud 3 mg. Ada nisbahnya tersendiri.
Jadi, persoalan sudah terungkai kenapa ada telur yang beromega 3, 6 dan 9 dan selanjutnya dan mengapa pula ada telur yang tiada omega? Benarkah ada telur yang tiada omega?
Sebenarnya, semua telur ada Omega. Cuma kuantitinya yang berbeza. telur biasa juga mempunyai Omega. Tidak percaya? Ok, mari lihat jadual oleh MARDI ini.
Maklumat Pemakanan Daripada Sebiji Telur (Gred: kecil; purata berat 54.5 g)
Parameter | Omega-3 | Biasa |
Tenaga(kcal) | 74.2 | 75.0 |
Protein (g) | 6.00 | 6.00 |
Jumlah lemak (g) | 5.10 | 5.20 |
Lemak tepu (g) | 1.25 | 1.35 |
Lemak ”monounsaturated” (g) | 1.60 | 1.73 |
Lemak” polyunsaturated (g) | 1.10 | 0.79 |
Jumlah Omega-6 (mg) | 790 | 725 |
Jumlah Omega-3 (mg) | 320 | 63 |
w-3 a-Linolenic Acid | 236 | 29 |
w-3 PA+DPA+DHA (mg) | 84 | 34 |
Jumlah Vitamin-E (mg) | 2.7 | 0.68 |
Nampak? Perbezaan telur biasa dan telur omega? Disebalik Omega-3 itu. Banyak bezanya bukan? Jadi kenapa mesti Telur Omega-3 menjadi pilihan?
Telur ini mengandungi sehingga 5 kali lebih tinggi kandungan “omega-3 polyunsaturated fatty acids” dan sehingga 4 kali lebih tinggi kandungan vitamin E daripada telur biasa.
Telur ini didapati lebih besar saiznya, bermutu, sedap dan tahan lebih lama. Khasiat tambahan juga dapat membantu dari segi kesihatan.
Omega 3 dapat membantu dalam mengurangkan serangan sakit jantung dan turut meningkatkan perkembangan otak.
Bagaimana telur Omega-3 ini dapat dihasilkan? [kawan kata, ala sekarang ayam semua sama sahaja, semua dah kena inject]. Tapi pastilah ada yang menjaga kualiti produknya, tapi apa yang menyebabkan ayam boleh menghasilkan telur Omega-3 ini? Ini jawapannya kawanku Masita. :)
Telur Omega 3 ini dihasilkan menerusi ayam betina yang mana diet nya kaya dengan asid lemak omega 3. (Bukan diberikan dedak yang biasa dan murah itu)
Telur Omega-3 mengandungi Alpha linolenic acid di mana ia wujud dalam sumber kekacang tertentu, seperti Flax seed. Difahamkan, ayam yang menghasilkan telur yang kaya dengan kandungan omega 3 telah diberikan sumber kekacang seperti ini ke dalam diet mereka.
Flax Seed |
1 fakta tentang telur yang wajib anda ketahui: Kesemua kandungan nutrien dalam telur (telur ayam biasa atau Telur Omega 3) seperti Vitamin E dan omega 3 hanya wujud dalam kuning telurnya sahaja. Sekiranya anda hanya mengambil putih telur sahaja dan membuang kuning telurnya, anda tergolong dalam golongan orang yang rugi. :)
Okey, cukup kot. Informasi ini telah didapati melalui beberapa artikel dan web-web tertentu dan paling utama daripada Laman Web MARDI.
Selamat Menjadi Sihat! Amalkan hidup yang sihat selalu. InsyaAllah.
Terima kasih sudi baca. :)
Okey, cukup kot. Informasi ini telah didapati melalui beberapa artikel dan web-web tertentu dan paling utama daripada Laman Web MARDI.
Selamat Menjadi Sihat! Amalkan hidup yang sihat selalu. InsyaAllah.
Terima kasih sudi baca. :)
16 comments:
owh, cmni ye. he3, selalu makan ja...
Entry terbaru -> Penari Martha Graham Di Google.com... (",)
kat iklan Nuffnang kadang keluar ayat nie "Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (http://www.fasihah.com/)"
Dah tukar URL kat nuffnang tue?
memang bagus makan telur omega ni tapi ada orang cakap tak leh makan banyak telur dalam seminggu ;)
ko suke mkn telur ke?haha
@Budak Botak huhu sekarang sudah tahu..:)
@Budak Botak dah tukar dah semalam budak botak, masih keluar macam tu lagi ke??
@Ardini Humaira haa yang itu pun ada dengar juga..hehehe
@Raby haha suka tapi xselalu makan.hehehe
Kena choosy lah if nak beli telur lepas ni..jangan tahu nak yang murah je kan?
http://noipunyablog.blogspot.com/2011/05/siapa-yang-memulakan-trend-bertunang.html
wslm...
pasni kita kena beli telo omega la ya?? hihi...
boleh buat bisnes ni... nk cari ayam dr baka yg baik utk hasilkan telur omega.. kompem laku dipasaran..hihii
walau mhl sikit..tp berkhasiat.tu yg penting
@norinaomar betul tu norina :)
@Gayahspears haha ley wat bisnes ni cik gayah!
@Lydia Miza(Aidyl Azim) betul tu kak LM :)
mintak share eh? lately nie pun suka makan telur omega n_n
@Asyikinsila2..:)
Post a Comment