Pernah Tak Jumpa Orang Yang Tak Marah Dengan Pencuri? | fasihah.com
May 6, 2011
Pernah Tak Jumpa Orang Yang Tak Marah Dengan Pencuri?
Assalamualaikum to all my beloved readers! Hiyaaa...haiz, blog blog. Meh aku nak kabor cerita pencuri malam ini. Haa, ada ke orang yang tak marah dengan pencuri? Ada? Pernah jumpa? Ada ke orang yang tak marah kalau barangnya kena curi? Ada rupanya.. Ini dia..
Pada suatu hari, Imam Hassan al-Basri pulang dari tempat Imam mengajar menuju ke rumahnya. Tanpa mnyedari bahawa rumah Imam telah dimasuki pencuri. Imam Hassan al-Basri kemudiannya telah naik ke tingkat kedua rumahnya.
Rumahnya mempunyai dua tingkat bukan bermakna Imam seorang yang kaya tetapi rumah Imam telah dibina oleh anak-anak muridnya hasil dari kutipan derma orang ramai dan dijadikan sebagai tempat pengajian. Apabila sampai di tingkat atas dengan berbekalkan cahaya dari lilin, Imam mendapati seseorang sedang mngeledah almari-almari Imam. Tetapi pencuri itu merasa sangat hairan kerana tiada barang mewah yang di temui melainkan hanya pekaian-pakaian.
Imam Hassan al-Basri yang sedari tadi memerhati perilaku pencuri tadi menghampiri pencuri dan menanyakan, “Apa yang kamu buat wahai pemuda?”.
Pencuri yang terkejut lantas bertanya, “ Siapakah kamu?”.
Imam menjawab, “Aku juga seperti kamu”.
Pencuri bertanya kembali, “Jadi kamu juga pencuri seperti aku?”.
“Ya mungkin”, jawab Imam.
Imam berkata kembali kepada pencuri tersebut, “Biar aku tolong kamu bungkus baju-baju ini. Aku tahu dibilik sebelah ini juga ada banyak baju.”
Pencuri itu bertambah hairan. Setelah baju-baju itu dibungkus dan ada dua bungkusan, Imam mengatakan kepada pencuri tersebut, “Kemanakah mahu kamu bawa bungkusan-bungkusan ini? Biar aku tolong bawakan .”
Pencuri pun berkata, “Ikut aku”.
Mereka pun pergi ke tempat pencuri itu. Pencuri berharap ingin menjual pakaian-pakaian itu pada ke esokkan harinya. Kerana kebaikan Imam, pencuri menawarkan satu bungkusan untuknya tetapi di tolak oleh Imam. Pencuri itu sangat hairan adakah benar itu adalah pencuri seperti aku. Fikirnya.
Imam kemudiannya telah kembali ke rumahnya semula.
Keesokkan harinya, riuhlah Kota Basra (Iraq) akan berita rumah Imam Hassan al-Basri telah dimasuki pencuri dan baju-baju Imam telah di curi.
Murid-murid Imam yang telah mendengar berita itu terus membelikan semua baju-baju baru di Kota Basra untuk dihadiahkan kepada Imam Hassan al-Basri.
Manakala, pencuri yang tidak puas hati atas kebaikan orang yang telah menolongnya telah pergi semula kerumah yang telah dirompaknya dan terkejut dengan kehadiran ramai orang dihadapan rumah itu.
Pencuri bertanya kepada orang kampung yang hadir di situ, “Rumah siapakah ini?”
Orang kampung menjawab, “Ini adalah rumah Imam Hassan al-Basri. Ulama’ yang terkenal di daerah kita ini.”
Terkejut dengan jawapan itu, pencuri merasa menyesal dengan perbuatannya. Pencuri tersebut berjumpa dengan Imam dan meminta maaf. Terkejut pencuri itu apabila melihat Imam Hassan al-Basri adalah pencuri tua semalam..
Lantas Imam Hassan al-Basri menjawab, “Aku memaafkan kamu kerana aku tahu kamu melakukannya kerana terdesak.”
Imam menjawab, “Kerana aku bersangka baik dengan Allah. Aku yakin rezeki ku tidak akan dimakan oleh orang lain. Jika benar itu rezeki ku, jika hilang sekalipun, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.”
Kesimpulannya di sini, lihatlah dengan bersangka baik dengan Allah, Imam Hassan al-Basri telah digantikan kehilangan bajunya dengan baju yang lebih baik dan cantik.
P/S: ceramah di IKIM pagi tadi. Penulis: Hamidi Zamri.
Note: Subhanallah. Itulah perbezaan orang yang berilmu dan beriman. Kita bagaimana? Tepuk dada, tanya iman. :)
subhanallah..begitu dalam pemahaman beliau dalam konteks rezeki..kami baru baru ni pulak bru jer kena curi basikal..sabar jer la..tapi nasib baik jumpa semula pengcuri dan basikal..hehe
4 comments:
subhanallah..begitu dalam pemahaman beliau dalam konteks rezeki..kami baru baru ni pulak bru jer kena curi basikal..sabar jer la..tapi nasib baik jumpa semula pengcuri dan basikal..hehe
along hanya mampu tersenyum mebacanya.
thanx Alang sbb kongsikan :)
@gaungAllah lebih mengetahui kan :)
@Mutiara Bernilai sama-sama along :)
Post a Comment