Showing posts with label Melayu Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Melayu Masyarakat. Show all posts

October 6, 2011

Saya Pun Setuju Dengan Kenyataan Wardina ..

Selamat pagi Khamis. Semoga Allah merahmati kita semua. Walaupun semalam mungkin kenangan yang tak dapat kita lupakan, kerana terciptanya kesedihan atau stress yang melampau, kekecewaan dan sebagainya itu semua dugaan. Kerana yang semalam dah lepas, dan hari ini kehidupan perlu diteruskan.


Wardina  Safiyyah


Merujuk entri >>AdyBudika





dan ini pula merujuk kepada pandanganbeberapa artis yang sedang hangat diperbualkan.


Ini pula pandangan SIS

by milosuam


Dan apa kata Ustaz Azhar Idrus?




Bukankah kalau tidak tahu lebih jujur dengan jawapan tak tahu?
Bukankah diam itu lebih baik daripada menyoalkan benda yang kita kurang arif?
Biarkan yang lebih arif berbicara..
dan jangan main-main dengan agama...


Bukankah juga tanda-tanda hampir kiamat adalah apabila hal-hal agama diputuskan oleh orang yang kurang arif tentangnya..?


p/s: bukan berbaur politik, cuma, saya tak rasa kita layak untuk mengkritik hukum Allah..Siapa kita? wallahua'lam

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 23, 2011

Patut Ke Emak Bakal Pengantin Perempuan Letak Syarat Macam Ni?

Assalamualaikum semua! Menarik! Nak kahwin kena buat perjanjian dulu. Huhu Ada ke orang buat macam tu? Dah macam kahwin kontrak je aku tengok. Aku hidup bermasyarakat. Macam-macam perkara aku nampak, aku dengar, aku alami. Yang terbaru ni, Mak perempuan letak syarat nak menikah? Wow, kalau wang hantaran tu perkara biasalah. Ini bukan masalah wang hantaran yang kita dok kecoh-kecoh hari tu.


Entahlah. Masyarakat. Dalam 1 masyarakat, ada macam-macam perangai. Ada macam-macam ragam. Yang ni buat aku terkedu kejap. Boleh ke letak syarat macam ni?

Kalau betul kau nak menikah dengan anak aku, kau tak boleh bawak anak aku keluar dari rumah ni. kalau kau nak bawa dia keluar juga, tak payah menikah. Ada orang lain yang nak kan anak aku. Duda.

Pergh.. Gila makcik, berani makcik cerita depan saya benda ni makcik? Nasib baik saya terkedu masa tu. Kalau tak, lama dah saya bagi tazkirah kat makcik. hehehe Eh, boleh ke buat perjanjian macam tu? Pelik betul lah. Bukan ke dalam Islam, isteri tu kena ikut suami?


Sesungguhnya tugas seorang  isteri terhadap suaminya adalah sangat penting dan mesti dipatuhi sehingga pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.” -Riwayat At-Tarmizi


So, kalau ikutkan, mak perempuan tu kira tak ada hak lah nak tentukan hidup anak dan bakal menantu dia. Tak macam tu ke? Sepatutnya, anak dia yang perempuan tu kena ikut kat mana suami dia pergi. Kat mana suami dia nak tinggal. Rumah pun dah ada, ada pulak suruh duduk kat rumah perempuan. Suami kerja jauh, tak kan nak pisahkan talian kot?


Makcik, kalau lah makcik baca blog saya. huhu Makcik, sayang anak sekalipun, dia ada hak untuk hidup berdikari. Sampai bila makcik nak kongkong dia macam ni? aduyaii, aku kesian betullah kat bakal menantu dia ni.


Terima juga syarat perjanjian tu pulak tu. Bila dah cinta dan bila cinta itu dah buta. Lautan dalam sanggup ku renangi lah kan selalunya? 


Bukan masalah cantik, tapi aku suka coklat. Sumber

Aku bukan apa, orang kata apa? Kapal mana yang tak dilanda ombak ye? Pada pendapat aku lah, kalau betullah tak tahu tentang agama sekalipun, tak tahu Islam kata isteri tu kena ikut suami, aku rasa mereka patut diberi peluang untuk hidup berdikari sebagai suami isteri. Andai ada masalah sekalipun, biarlah mereka cuba selesaikan. Sebagai orang tua mungkin boleh menasihati.


Walaupun nak yang terbaik buat anak, jangan sampai kita buat mereka jadi tak bahagia di kemudian hari. Entah, aku kurang setuju lah cara makcik ni sorang. Kalau korang macam mana? Kalau aku jadi laki tu, ego tinggi suda. Boleh je aku cakap, tak apalah makcik, makcik kawinkan lah anak makcik dengan duda tu. Saya pun bujang. Boleh cari yang bujang bukan janda. hehe *gelak jahat*

TERIMA KASIH SUDI BACA^^