Bila Dah Biasa.. | fasihah.com


November 28, 2011

Bila Dah Biasa..

out of blur by strange on DeviantArt

Bila cuti weekend dari 2 hari menjadi 3 hari agak pelik lah. Pulak tu, balik rumah. Selalu waktu macam ni memang tengah berhempas pulas nak pergi kelasnya lah nak hantar assignment lah itu ini dan sebagainya. Tapi bila kat rumah ni, kerja banyak tak siap, assignments berlambak nak hantar dan memang banyak perkara nak selesaikan. Yang pelik, boleh je rasa relax kat rumah ni.


Tapi, jejak je ke kampus nanti, terus, tak menang tangan dibuatnya. Gaya masa yang ada tak cukup langsung. Padahal.. kat rumah boleh je nak relax buat kerja sambil tengok tv. Mungkin persekitaran juga mempengaruhi kita kot.


Bila balik kampus, kita nampak orang lain sibuk, kita pun sibuk terikut sama. Tak cukup dengan masa  yang ada, masa tidur pun berjaga. Tak cukup dah mengantuk, Nescafe dijadikan peneman. Nak buat macam mana, itulah realiti kehidupan.


Sebenarnya hidup kita ni takkan makin relax. Semakin tua semaakin banyak dugaan dan cabaran. Semakin sibuk. Jangan sibukkan dunia sahaja sebab dunia ini hanya seperti sebentuk cincin yang terjatuh di lautan. Cincin itu ibarat dunia dan lautan itu ibarat akhirat. Apa yang perlu kita redah di dunia ini sebenarnya untuk akhirat nanti. **kata-kata dipetik daripada Fedtri Yahya di Fb beliau.


Dan kita perlu ingat, jangan mudah terpedaya. Jadilah seperti ikan di lautan. Walaupun airnya masin, ikan tersebut tidak masin.


p/s: Selamat bercuti buat yang bercuti.Manfaatkan cuti anda :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

6 comments:

Unknown said...

terbaik kata2 tu

suke

SoLy SoLicious said...

hari ni cuti yeah!! tp xkuar pun..hoho

eiela said...

selamat bercuti & slmt thn baru

Sunah Sakura said...

angah pun sama..tak buat keje ape pun cuti ni! ggrrr

Ummi Aqilah said...

siapkan kerja dik..

Solihin Zubir said...

kata2 yg indah drp fedtri yahya..

hidup mmg takkan prnah rileks.. dlm kubur pun kita takkan rileks.. kt syurga je bleh rileks..