Wordy Wednesday | fasihah.com


November 23, 2011

Wordy Wednesday



Aku merenung jauh ke langit,
Dalam kepekatan malam, masih ada lagi cahaya yang tak terlampau terang,
Tapi cukup membuatkan langit itu terus indah.
Rasa tenang bila merenungnya.
Kerana ia tanda kebesaranNya.


Tika ramai manusia enak dibuai mimpi indah,
Hangat berselimutkan tubuh,
Aku di sini, belum berpeluang menikmati keindahan mimpi,
Tiada kehangatan daripada selimut.


Tapi aku dapat merasakan angin yang dingin tapi mendamaikan.


Walaupun terasa begitu perit mengharungi kehidupan,
Kita selalu lupa, bahawasanya ramai lagi orang yang lebih susah daripada kita.


Dalam kita rasa nak mengalah,
kita selalu lupa bahawa Allah sentiasa bersama kita.


Tapi kita lebih selalu lupa bila kita gembira dan berjaya.


Sebab itu Allah selalu berikan kita ujian, jadi janganlah bersedih.


“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.



Ya Allah, kuatkanlah hati kami dalam melayari bahtera kehidupan ini..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

4 comments:

Ardini Humaira said...

amin..
:')

Anum said...

bila kt dekatkan diri dgn allah
insyaallah allah akan bantu kita

Lea Isnawi said...

erk banyak kata je

hehe

apa2 pun, moga Allah permudahkan urusan mu :)

Unknown said...

terspeechless