Berubah daripada seorang yang baik menjadi seorang yang lebih baik.
Berubah daripada seorang yang negatif menjadi seorang yang positif.
Dan,
Perubahan yang setiapnya menuju jalan yang diredhaiNya. Perubahan yang memang fokusnya menjadi lebih baik. Tak perlu dikhuatiri apa orang kata. Persoalannya, sampai bila kita mahu ditakuk yang lama tanpa sebarang perubahan?
Jika kita melihat diri kita di dalam cermin, kita sebenarnya orang yang dilihat atau orang yang melihat? Fizikalnya, kita berubah dari hari ke hari, semakin berusia sudah semestinya. Tapi, hati kita, rohaninya, adakah kita berubah sebenarnya? Jika iya bahawasanya kita berubah. Perubahan itu, perubahan yang bagaimana? Ke arah mana? Fokusnya apa?
Sedarlah wahai diri..
Gunakan peluang yang ada sebelum terlambat.
Pokoknya HATI.
Pokoknya NIAT.
Sudah NIAT, BERUSAHALAH untuk BERUBAH.
Kerana kita tidak tahu bila DIA akan menjemput kita.
1 comment:
bertaubat sebelum pintu itu ditutup...
Post a Comment