Perkongsian [Kfiqh Wanita & Islam] -Part I | fasihah.com


February 12, 2013

Perkongsian [Kfiqh Wanita & Islam] -Part I

Genap 22hari selepas Konvensyen Kfiqh Wanita & Islam di MAEPS Serdang yang telah berlangsung pada 19&20hb Januari 2013. Alhamdulillah, dapat menjadi salah seorang peserta konvensyen tersebut. Banyak lagi konvensyen yang mendatang, paling sangat teringin mahu pergi ialah Kfiqh Politik Islam Semasa pada 3 Mac 2013 nanti. Tapi wallahua'lam. Kalau ada rezeki ke sanalah nanti. :)

Dan seperti yang telah direncanakan, yang telah dijanjikan buat teman-teman dan rakan jauh dan dekat yang tidak berkesempatan ke konvensyen tersebut, tampil lah diri ini berkongsi sedikit sebanyak input yang memotivasikan semua yang hadir.

Dan bermulalah sayembara pengembaraan si manis yang kurangnya ilmu pengetahuan di dada menuju ke konvensyen seperti ini dengan satu matlamat. Bukan mencari jodoh yang pasti. Yang nice nya. Siapa kata konvensyen ini untuk perempuan, wanita dan gadis sahaja? Siapa kata? Ok, tak ada orang kata. Tapi ada orang ingat... "laaa ingatkan untuk perempuan jeee...!". Ahh, dari mana harus ku mulakan? Penat aku melihat nota kecil aku sepanjang program. Silih berganti dengan laptop. Ahh, macam mana nak menyampaikan?


Akhirnya aku nekad. Nah! aku bawakan sedikit perkongsian. Dari satu slot ke satu slot. Walau tak semua, tapi aku harap, biar yang sedikit ini boleh dipraktikkan dan disampaikan. Sekurang-kurangnya bila kita berkongsi, kita sedikit sebanyak dapat memberi kepada yang lain bukan? Awas ya! Bonggol dihadapan. Ohh tidak, maksud aku, mungkin entri ini sedikit panjang. Kerana aku cuba untuk memuatkan semuanya di dalam satu post sahaja. Kita pergi satu slot ke satu slot yang lain ya!


Fiqh Wanita: Wanita Solehah Pendamai Dunia
Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Dalam slot ini, Ustaz Zaharuddin mengupas isu wanita sebelum dan selepas kedatangan Islam. Bagaimana dahulunya sebelum kedatangan Islam, kejahilan menyebabkan wanita itu dipandang tiada apa-apa nilai. Bila haid, dihalau keluar rumah, bila melahirkan anak perempuan di tanam hidup-hidup dan sebagainya. Datangnya Islam; Islam mengangkat wanita dan memuliakan wanita serta memperlakukannya secara adil. Dengan Islam, wanita dilindungi.


tetapi, dengan adanya Jahiliyyah Modenisasi hari ini...
  • Wanita diperkuda tanpa akad yang sah.
  • Diperalat untuk memperlaris barang dagangan. (macam dalam iklan tv)
  • Terperangkap mengejar kejayaan ikut standard lelaki.
  • Feminist tidak bertempat
  • Hamba Fesyen.
  • Keluarga bukan lagi priority(keutamaan).
  • etc.

Ramainya lelaki yang mengidamkan wanita solehah. Ramainya perempuan bercita-cita menjadi wanita solehah. Cuma terkadang tersilap langkah, terperosok ke arah jahiliyyah moden. Sedangkan semua kita tahu, sebaik-baik kecantikan di dunia adalah wanita solehah.

Kami bersama Rasulullah dalam sebahagian perjalanannya, maka berkatalah sebahagian sahabatnya: Diturunkan padamu emas dan perak, bolehkah diajarkan kami manakah harta yang lebih baik untuk diambil? Baginda menjawab: Lisan yang berzikir, hati yang bersyukur dan isteri yang mukminah yang membantu keimanan. (Riwayat Tarmizi)

Sayembara diteruskan. Ustaz Zaharuddin sudah memanaskan gelojak-gelojak semangat dalam hati semua muslimat yang hadir. Disuntik dengan api keazaman membakar, semua teringin mahu jadi yang solehah dan mukminah! Wohaa. Sambung!

Ustaz pergi level by level. Wanitanya, jika sebagai seorang ibu bagaimana? Tertarik dengan satu kenyataan ustaz. 

HATI IBU: KASIH TANPA BERSYARAT.


Ibu sepatutnya yang paling dimuliakan oleh anak-anaknya. Keutamaan ibu waktu hayat lebih daripada jihad. Permasaalahan kita hari ini: ibu-ibu yang mengabaikan anak-anak gadisnya; ibu ini dipagar antara syurga dan neraka. Kenyataan yang menunjukkan pentingnya peranan ibu dalam mendidik, membentuk anak-anaknya, terutamanya anak-anak gadisnya. Kemudian Ustaz mengupas bagaimana wanitanya sebagai seorang isteri pula dan ke bagaimana pula wanitanya sebagai seorang anak.

Maka, Ustaz Zaharuddin menggariskan Bagaimana Si Solehah Mendamai Dunia. (Solehah di sini bermaksud wanita solehah, bukan khusus untuk mereka yang bernama solehah sahaja ya!)

Diri Sendiri

1. Mendahulukan pandangan berasaskan nas dan aqal bukan emosi semata-mata.
    [Emosi antara penyebab perceraian].
2. Mementingkan kualiti iman dan aurat.
    [Cara menutup aurat lebih penting daripada gaya menutup aurat].
3. Menyedari target bahagia bukan semata pada kebendaan.
    [Kata Ustaz, bahagia wanita ialah pada hatinya]
4. Sentiasa mencari jalan untuk melakukan kebaikan.
    [amar makruf nahi mungkar].
5. Redha & sabar dengan cabaran hidup.
    [Cabaran hidup dalam bersuami, mendidik anak, dalam bekerjaya dan sbg].
6. Selalu bermuhasabah dan bertaubat.

Nah. Baru diri sendiri. Bila buat audit, belum sampai statutory audit lagi, baru nak test for existence, rasa macam banyak juga kelompangan-kelompangan dalam diri. Eh, itu saya lah. Awak-awak semua ni, ramai wanita yang berjaya anggun menepati citarasa syariat. InshaaAllah! Wihuu ;) 

*kalau ada yang tak faham bahasa budak akaunting hingusan macam saya tu, saya merujuk kepada istilah-istilah audit. Secara mata kasarnya, urmm macam cek balik diri sendiri ni lah senang cerita.hihi

So, next!


Kenalah perkenalkan ustaz ni ha yang menyampaikan. So...

Seterusnya ialah Solehah kepada Suami:

(nasib baik ai belum bersuami u) Kalau nak ikutkan, kalau boleh nak cerita semua. Nak share audio dia, ada record pun, tak berapa nak sesuai nak share. Ada suara batuk2 dan macam2 lagi. Jadi, saya share mana yang sempat saya highlight lah ya! Part kedua ni, Solehah pada Suami. Part ni, memberikan satu suntikan ala-ala suntikan insulin yang memberikan impak kepada ramai wanita yang sudah berkahwin semakin teruja nak menjadi wanita solehah. Manakala, yang ala-ala gadis macam saya ni pula, ramai yang sudah tak sabar nak bernikah! Aaahhaa! Tapi saya terkecuali! *angkat kening double jerk dan kenyit mata*

Sabda Nabi s.a.w: Sekiranya aku boleh mengarahkan seseorang sujud kepada selain Allah, nescaya pasti telah aku arahkan wanita untuk sujud pada suaminya.

Konklusi daripada petikan nas tersebut ialah yang selalu disebut-sebut: Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Dalam hadis tu tak adalah straight forward dia cakap syurga isteri bawah tapak kaki isteri. Tapi indirectly begitulah. So, jangan pulak cakap ada hadis yang kata syurga isteri bawah tapak kaki suami pulak. :)

  • Isteri perlulah menjadi penasihat kanan suami. (Jangan asyik cari silap suami) 
  • Isteri sebagai seorang yang memahami. (Bukan asyik nak suami paham isteri, tapi isteri buat-buat tak faham) 
  • Menutup Aib suami. (Jangan habis semua kau canang 1 kampung keburukan suami kau pulak)


Next! Solehah pada Anak-Anak.

Orang kata, anak-anak ni penyeri. Saya pulak nak kata: anak-anak buah tu penyeri. Tak ada anak-anak buah ni, haii sunyi rumah! Ahhaa boleh jugak kan? Ada juga orang kata, anak itu permata ayah bonda. Macam lagu nasyid tu! Weehu. Yang ni part yang memang nak awak-awak yang membaca ni TAKE NOTE. Sebabnya, zaman era modenisasi ini, sungguh, cabaran mendidik anak itu, hanya ibu-ibu bapak-bapak yang kental sabar dan bersyariat sahaja yang mempu menangkas anasir-anasir metal black, PSY dll terhadap anak-anak hari ini.

  • Anak sepatutnya lebih diutamakan daripada kerjaya, pangkat dan harta.
  • Anak sepatutnya dididik dengan perancangan dan plan bukan spontan.
  • Anak perlukan kasih sayang dan akhlak terpuji sebagai role model.
  • Anak memerlukan pendidikan ilmu agama lebih utama daripada yang lain.

Pada tika waktu ini, hati kecil yang banyak titik-titik hitam dosa tertanya-tanya pada diri sendiri. Aku ini, layakkah untuk menjadi contoh kepada generasi yang mendatang nanti. Layakkah sudah untuk menjadi seorang ibu pastinya. Wohaa akhirnya terkeluar juga. Tapi, benar, itu hakikatnya, kerana perkahwinan itu satu tanggungjawab demi mencapai satu matlamat. (Yang ini boleh link kepada topik Ustaz Pahrol dan Prof Muhaya kemudian) Ayat dah macam berpidato. Aiyak! Sesungguhnya terasa diri ini sebenarnya masih ketidakmatangan untuk menuju ke alam perkahwinan. Binggo!


Next! Solehah pada Kejiranan.

 Wanita yang solehah menjadi pembuka kepada kebaikan  
& penutup kepada kejahatan.

Antara contoh nak bagi mudah faham, Ustaz beri contoh. Bila seorang wanita itu menyertai aktiviti kemasyarakatan dalam hidup berjiran. Solehahnya dia bilamana dengan kehadiran dia sahaja, automatik, yang tadinya tengah mengumpat jiran hujung kampung terus stop buka cerita pasal kuliyah di surau dan perkara baik-baik. Haa macam itulah. Bukan dengan kehadiran seorang wanita tersebut, makin hot gossip panas mengalahkan melodi terjah tu!


Kita teruskan pula dengan Solehah Pada Kerjaya & Tempat Kerja.
(antara input yang sangat diambil perhatian buat wanita bekerjaya macam saya! cehh)

  • Aurat & pergaulan terjaga.
  • Mendapat izin suami sudah semestinya!
  • Bekerja bukan untk menayang kehebatan dan bersaing mencari wang tambahan.
  • Wang tambahan jangan diniatkan sebagai 'protection' jika diceraikan. (nanti akan dihuraikan)
  • Tidak mengabaikan keperluan pendidikan anak-anak dan suami.
  • Kemuliaan wanita bukan pada kerjaya.

Aaaha! Sampai part ni, banyak kena ketuk mind set. Sayalah. Anda-anda mind set dah betul. Saya ni banyak lagi tak betulnya. Ok, merujuk kepada protection kalau diceraikan. (Haih, ni kalau Prof Muhaya terus dapat title manusia keladak ni sebut kalau-kalau)

Ustaz pun cakap gini: Sepatutnya, tak perlu ada any contingency plan for divorce! Saya rasa kita ni yang perempuan kena take note! Sebab saya jumpa ramai kawan-kawan saya yang bila ditanya tentang masa hadapan dan sebagainya, sebahagian suka cakap, "kita ni, baik kerja dulu, sekurang-kurangnya kita ada duit simpan. Nanti, bila dah kahwin, jadi apa-apa, tak adalah kita susah bila ada duit sendiri." Boleh katakan, ramai dan ramai wanita yang ada mind set seperti ini. Tak kurang juga saya. Allah jahilnya rasa sebelum ni. Sebab itu... pentingnya untuk mencari THE BEST PERSON untuk dijadikan pasangan. Kahwin ni bukan 1 eksperimen. Bila tak serasi, ceraikan. No no no. and..in order to find THE BEST PERSON, we ourselves should be the best individual first!


Finally, Solehah Kepada Masyarakat.

  • Menyumbang kepada kebaikan.
  • Menulis, bersyarah dan menyebarkan cas-cas positif.
  • Terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, menuntut ilmu dan juga menganjurkan program.

Yeah..menulis. macam yang saya buat ni. Bila kita tahu sesuatu, antara cara nak bagi kita ingat ialah dengan berkongsi dengan orang lain. Because.... Sharing is caring! :)

Untuk penutup slot ini, Ustaz Zaharuddin ada menunjukkan, bagaimana wanita solehah ini boleh mendamaikan dunia.

Ia bermula dengan..

Wanita Yang Faham Objektif hidup >> Rumahtangga yang harmoni >> Asbab ketenangan suami&anak >> Asbab Kejiranan yang Damai >> Memulihkan Masyarakat >> Kerjaya tidak merosakkan >> Jenayah Berkurangan >> Perceraian Berkurangan >> Pergaduhan keluarga yang melahirkan penjenayah menurun >> Nasihatnya tidak memecah bagi menyatukan >> Menyebar Aura Positif >> Kemuliaan Kaum Wanita Terpelihara.

Besar impak wanita solehah ini sebenarnya. Kalau tidak, manakan wujud quote seperti, Behind every great man, there is a great women. Allah, rasanya akan jadi part part juga ni. Satu slot mengambil masa yang agak lama untuk menaip. Bukan sedikit. Agak celaru dalam memilih point yang harus dikongsikan sebenarnya. Rasa macam semuaaaaa pun penting. :)


Kongsikanlah dan sebarkanlah walaupun hanya satu ayat. Moga bermanfaat buat yang tidak dapat bersama dalam konvensyen ini. Nantikan sambungan Part II nanti. InshaaAllah.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

No comments: