Credit. Kubur memanggil kita setiap hari. Bersediakah kita untuk menyeru panggilannya? |
*****
Uda: Abah, Paman Sahri call tadi, dia kata isteri atok yang kat Meru meninggal.
Abah: Innalillahiwainna ilaihi rojiun. Bila?
Uda: Baru tadi. Dia suh bagitahu yang lain.
*****
Ok, isteri atok. Aku dah lupa nama atok sapa. Sebab atok abah, kitorang pun tak kenal sangat. Abah yang kenal. Ramai sangat saudara. Al-fatihah buat nenenda, semoga pemergianmu dicucuri rahmat. Amin.
Tak kira, bila, di mana, siapa kita, berapa umur kita. Mati itu satu yang pasti. Tiada siapa mengetahui bila kita mati. Adakah kita sudah bersedia? Berapa banyak dah amalan kita? Sudah tertunaikah tanggungjawab kita? Sungguh, aku sendiri pun banyak melakukan dosa, sama ada sedar ataupun tidak.
1 perkara yang pasti kita sebagai seorang yang beragama Islam inginkan ialah meninggal pada malam Jumaat atau hari Jumaat seperti nenenda ini.
Apa kelebihan meninggal pada malam Jumaat @ hari Jumaat?
Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).
Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah). Mudahan-mudahan kita juga terpilih untuk mengakhiri nafas ini dengan pengakhiran yang terbaik. Amin Ya Robb.
FasiHaH Kata: Jom sama-sama ciptakan azam dan berdoa untuk memperolehi Husnul Khotimah. Mulakanlah hari dengan senyuman! ;)
6 comments:
yups
betul lah juga
sebab selama nih yang aku kenal orang yang meninggal hari Jumaat boleh kata baik2 belaka orangnya
P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger! Gua Cuak!
nice..insaf..
takut pon ada..:D
salam~nak gak husnul khotimah :D
yeah..mulakan hari dgn senyuman!huhu
betul tue..mati tue pasti..mengenai soalan fasihah [macam na cik tom tahu ada backlink?]
cik tom tau bila klik kat DASHBOARD>STATS>TRAFFIC SOURCES(dari sini kita boleh tgk refferal url/backlink dr blog atau pe saje)
1lagi cara melalui website nuffnang boleh jugak tgk iaitu klik ANALYTICS>REFFERAL
cuba la ye ;)
@Hans
ada benarnya :)
@Nur
hehe sama :)
@nasique
mari cari sama-sama :)
@yellow
ye,mari senyum walau da petang ;)
@cik tom
dah faham,terima kasih cik tom! :)
Post a Comment