Ini segmen oleh Bro BEN ASHAARI. Aku join lagi. Tarikh tutup 5 dis 2010.
Usia anda berblog?
Masuk hari ini, lebih kurang 695 hari iaitu hampir 2 tahun. Baru mula bergiat aktif semenjak November 2010 dan baru mendaftar dengan Encik Nuffnang 7hari yang lepas. :)
Siapa mempengaruhi anda untuk membuat blog?
Tiada siapa yang mempengaruhi aku untuk berblog. Atas dorongan diri sendiri yang teringin mencuba menulis blog. Atas rasa hati yang terkadang ingin berkongsi cerita di alam maya walaupun tak tahulah ada orang baca atau tidak. Dan penulisan awal lebih banyak yang bersifat personal.
Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog?
Bila dengar mendengar perkataan blog, terus ingat Blogspot. Itu masa mula-mula kenal dunia blog. Tapi sekarang bila dengar perkataan blog, terus teringat blogwalking.
Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog?
Ok, secara jujur, pada mulanya, tiada siapa yang dijadikan sumber inspirasi. Mungkin juga kerana itu, aku tidak berapa tahu selok belok dunia blog. Tapi, semenjak November 2010, Dunia Sebelah Zara dan DKDM adalah sumber inspirasi aku. Selepas itu baru aku kenal blog BEN ASHAARI melalui Izamir Ridhwan punya blog. Semua yang disebutkan adalah sumber inspirasi. MAsing-masing ada kehebatan yang aku belum boleh capai. Ops, Abg BEN, macam membodek pula. huhu Betullah, Abg Ben boleh buat banyak entri baru dalam masa 1 hari. Kak Zara boleh tulis 1 tajuk yang panjang sebagai keistimewaan dia sendiri. DKDM pula adalah senior aku di Ausie. Izamir Ridhwan pula, aku suka baca penulisan dia. OK, cukup.
Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT?
Ok, ini memang susah sikit.
Kawan, blog tu, macam tempat bercerita. Kau tulis apa yang kau nak kongsikan pada dunia. Nanti, cerita kau orang boleh baca melalui Internet. Macam-macam boleh kongsi kat sini. Kawan pun ramai.
Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda?
Blog memang boleh mempengaruhi kehidupan seharian. Itu memang aku akui. Bila berblog, aku cuba mencari masa, barang 15 minit ke setengah jam untuk menjenguk blog. Paling tidak. Tapi ini sukar dilakukan bila ketiadaan laptop di rumah. Dalam satu hari, pasti akan kerah idea nak tulis entri baru tajuk apa. Ada bagusnya kalau blog ini boleh buat seseorang itu berdisiplin. Kadang-kadang, bila terlampau banyak kerja, aku dapat bahagikan masa supaya semua boleh dibuat termasuk blogging. Maka, ia mampu mengisi masa terluang dan juga, mengelakkan aku terbabas dengan aktiviti lain yang tidak sihat. Tanpa internet dan laptop, pasti rindu dengan bloggers lain!
(cukup 100 words. hehe)
OK, sekian.
7 comments:
Hahahah..bagus sekali..
berblogging ni buat kite berdisiplin..
hehehehe
berdisiplin kah anda??hehehehe
keep blogging..
Latest Entri :
Senyum Itu Sedekah
Bila Si Dia Bertanya
tertarik untuk melwat fasihah sebab saya ada kawan yang nama ayahnya supian tinggal di sungai buluh..adakah kamu adik kawan saya.
@eiela
terima kasih :)
@gaung
hehehe saya bukan orang sungai buluh tapinya:)
berblog memang best ;)
ADA AWARD NTOK AWAK
"1.Coolest Blogger Award??"
@KimiCnoL
terima kasih ye :)
Post a Comment