Salam dari FS. Wah, trafik merudum! Apa khabar orang kampung? Apa khabar orang bandar? Apa khabar penduduk maya? Sihat semua? Alhamdulillah FS sihat.
Ok, FS nak kongsikan sedikit ilmu yang FS dapat dalam kelas Fiqh For Economist 2 tadi. Pensyarah FS kata, judi itu adalah perlawanan yang melibatkan nasib. So, by chance boleh bawa kepada gambling (judi) dan seterusnya haram.
Pensyarah FS pesan lagi, sesuatu perlawanan yang melibatkan DICE (DADU) juga tidak boleh. Judi tu bukan setakat yang guna dadu saja, pertaruhan yang melibatkan duit yang mana bergantung pada nasib itu haram. Haih.. Macam terbelit-belit pula.
So..apa cerita mesej berantai nie?
Ok, ini kisah salah seorang kawan dalam kelas tadi menimbulkan satu isu. Isunya ialah mesej berantai. Contoh dia yang begini;
017 1234567 : Sila hantarkan mesej ini kepada 10 orang rakan anda dalam masa 24jam. Anda akan menerima topup sebanyak RM30 dari Hotlink.
Ok, mesej di atas, kalau kita dapat dan kita forward kan, ini juga judi. Walaupun jumlahnya sangat kecil tetapi tetap melibatkan wang. Di mana sebenarnya, kita akan end up dengan tak dapat pun topup RM30 tersebut. Walaupun anda pengguna U.O.X atau Youthclub. 10 mesej hanya 10 sen, ia tetap dianggap haram.
Kerana apa? Sebab ia melibatkan nasib dan wang ringgit, Walaupun sedikit, menurut lecturer FS duit tersebut tak halal untuk diterima oleh pihak-pihak yang terlibat..
Itulah kisah mesej berantai tu. Janganlah mudah percaya dengan mesej berantai, kalau ada mesej "sila baca 3 permulaan ayat Yaasin, kemudian dalam masa 48jam, akan ada perkara baik akan berlaku kepada anda". Tak perlulah nak forward, kita macam bergantung kepada benda yang sia-sia sahaja.
FS kata: Sayangilah kredit anda. hehe
6 comments:
banyak kali dh dpt msj camni..
tp wat tataw je..
lpas bace truz delete..
haha..:D
Salam
Ya, segala mesej berantai adalah haram. Misalnya, kalau anda foward ayat Quran ini kepada 10 orang, kamu akan mendapat ganjaran dalam masa 24 jam. Kalau sampaikan, kira kufur.
Berhati-hatilah.
betul... kalau ikut juga, macam lah orang tu boleh mendahului takdir kan, percayalah dengan Qadha dan qadar....
hehe..nak tunggu topup free dari FS lah ye..kompem2 halal..
hoho.suke entri ni.
akak,ade tag.
http://farahuhibbuislam.blogspot.com/2010/12/demi-shawl-d.html
@GenGkey
haha baguslah macam tu :)
@Sephi Sephia
Salam
Setuju dengan Sephi..
@ayushida
yup,betul tu sis...
@oda
haha sila2, yang ke 10101 ye ;)
@Farah Hanim
dah tengok tag tu, kalau sempat kang Kak fas buat ea :)
Post a Comment