Kerana Hantu Kak Limah, Kami Terpisah . . | fasihah.com


December 25, 2010

Kerana Hantu Kak Limah, Kami Terpisah . .


Tempat: TGV KLCC
Masa: 7.30 pm Rabu ( Ladies Night)
Tiket: RM 8.00
Seat: C5 (ada sapa-sapa pergi tengok masa ni?)

First time buat review filem. FS tak pernah masuk cinema, selalu tengok cerita daripada kawan-kawan FS yang ada download sahaja. Ini kali kedua pergi dengan roomates. Kali pertama pergi dengan mak kawan rapat. Mak dia bawa.

Sebelum nak mulakan review, walaupun cerita Hantu Kak Limah nii lawak, FS rasa cerita kami yang pergi ni rasa macam kurang lebih lawak juga. Kerana apa? Ini alkisah nya.

Kami berempat. Cik Jee, Cik Fas, Cik Fiq dan Cik Sya. 



Pergi after solat asar. Dalam pukul 5 lebih. Nak pergi tengok Kak Limah punya pasal, sebelum pergi tu, FS dan Cik Fiq berhempas pulas menyiapkan segala kerja. Intermediate Accounting (IA) dan Cost Management (CM). Fuh, selalu buat akaun, lambat benar nak siap, petang tu, 3 soalan IA dan 4 soalan CM boleh siap dalam masa 2jam. Bila ingat balik, teruja sikit. Hehe

Maka, hendak dijadikan cerita, FS dan Cik Fiq agak ragu-ragu nak terus pergi sahaja tanpa membuat reservation tiket, tapi bila Cik Jee habis kelas, dia kata tak perlu. Dia kata sempat. And dia kata lagi, cerita ni dah lama kat pawagam, nak habis tayangan dah pun, mesti ada banyak tempat kosong. Ok, FS dan lain-lain pun ikut sahajalah..

Ok, sampai KLCC lebih kurang pukul 6 lebih. Kami terpaksa meredah manusia yang berpusu-pusu pulang dari tempat kerja masing-masing. Meredah arus itu namanya! Arus manusia yang masing-masing hendak cepat.

Setibanya di KLCC, laju-laju naik atas, pi TGV. Sampai kat TGV . . . . .

RAMAINYA ORANG!!! Tengok skrin, 

Hantu Kak Limah Balik Rumah (U) 07:30pm "FEW"

Kami dah macam hampir putus asa. Kami berharap sungguh dapat tengok. Kami menanti, mata tak lepas pandang skrin, taku-takut dah tukar ke "FULL"

Ya! Kami sempat! Tapi . . . .

Penjaga Kaunter: ya, nak beli tiket apa?
Cik Jee: Hantu Kak Limah Balik Rumah
Penjaga Kaunter: Ok, nak berapa?
Cik Jee: ada tempat lagi tak untuk empat orang.
Penjaga Kaunter: Ada 6 lagi kosong, tapi ini sahaja tempat yang tinggal.

  • Satu kat belakang sekali, tengah-tengah.
  • Satu kat tengah-tengah belah kiri menghadap skrin, sebelah laluan.
  • Satu tengah-tengah hampir depan sebelah laluan.
  • Satu tiga dari depan tengah-tengah.
  • Lagi dua tempat tak ingat.

Nak dijadikan cerita. Kerana kami dah sampai, takkan nak end up going back without watching any movie kan? And the only movie yang nak tengok is Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Haih..tak dapat nak bayanglah. Sedih ada, lawak pun ada sebab kami terpaksa berpisah!!!! Masing-masing duduk dengan orang asing kat sebelah. Tak dikenali. Walaupun cerita dia memang lawak, tapi tak berapa nak sungguh2 ketawa. Nanti apa pulak kata orang sebelah kan?

Mesti orang sebelah kitorang tu fikir macam ni "kesian benar lah dia ni, tengok wayang sorang-sorang" Huhu padahal...woo,kami bawak geng tau!! hehe

So, REVIEW Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Lawak memang lawak la. Memang bila ketawa boleh pecah panggung! [Tapi kami cover sikit lah nak gelak. Haih sakit perut gelak!]
  • Penonton yang ramai membuatkan FS membuat kesimpulan cerita ni memang happening humor gila-gila. Kalau rasa nak lapang-lapangkan minda tengok cerita lawak-lawak. No worries lah, cerita Kak Limah ni memang bukan pilihan yang salah.
  • Dari beginning tu pun ok je. Dia cerita lawak seram. Tapi tak seram sangatlah pun bagi FS. Lebih banyak lawak dari seram. 
  • Cuma, FS tak suka ending dia, macam tergantung. Mungkin akan ada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang kedua kot. Sebab itu dia buat macam tu.
  • Overall, citer ni kelakar lah juga. Boleh la nak bagi 4 per 5 bintang kot.
"Bukan supervisa le Husin, supervisor.. Itulah pentingnya English Education" hik hik hik. Antara dialog yang memang tak boleh lupa.;)

So, mungkin ada yang kata. Alahai, orang dah tengok dah lama. Baru nak cerita. Tak kisahlah. FS nak cerita juga! Tapi ada sedikit benda FS tak suka bila masuk panggung ni. Yang ini memang sangat-sangat tak suka lah.

Apa?

Bila ada orang yang dah tengok cerita ni ntah buat kali ke berapa, tapi cerita kat orang sebelah bagi 1 panggung kasi dengar. Haiyaaa, orang suspen pun dah tak suspen dengar citer lu laa. Kacau orang nak feeling meeling betul. Rasa nak plaster je mulut dia!!

FS kata: So, sesiapa dah tengok Kak Limah, apa komen korang? Korang dah tengok berapa kali?


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

11 comments:

KakD said...

waaa tak sabarnye nak tengok movie nih hihihi

YUL said...

yul pon belum tengok lagi sampai sekarang nie, huhu, owg kata cite nie paling best tahun nie, ruginya tak tgok lg, hehe. peh, dok tgok wayang asing2kan. siannye die, ehehe

GR said...

hah, yang cerita kat orang lain tu memang tak berkenan. buat sakit hati je. kalau nak bercerita, jangan tengok wayang kan!!
hee tiba tiba emosi :P

Fasihah Supian said...

@MAPPIAU
cepat2, sebelum wayang dah tak tayang. Pastu kena beli CD dia lah :)

@YUL
Haih..memang lah,kelakar tu pasti...menjanjikan keceriaan!hehe tu la pasal, asing2, sedih2.hehe

Fasihah Supian said...

@Mohd Fitri
Faham takpa...........tahu pun, emosi kan?saya pun.hehe ;)

YUL said...

hahaha, cite mmg meletop mmg kerusi penuh je la, tuari yul nk tgok penuh plak -.-

Fasihah Supian said...

@YUL
tapi tak sangka lah pulak sampai hampir-hampir tak dapat tengok kan..huhu so, bila nak pi tengok lagi YUL? Dah tengok ni pun rasa nak tengok lagi.hehe

izyan said...

nt tgk sgt..tp bz lah.sedih...hehe.. :)

Fasihah Supian said...

@nuR Izyan
bila free nanti tgk la. tak pun tggu cd dia kuar :)

Unknown said...

nak kena p nih..
Kuman "Tornado Tengah Decal..!!" Entry

Fasihah Supian said...

@Kuman Chaos
pi jangan tak pi ;)