Assalamualaikum semua. Aku baru balik dari UBS Class. Esok ada 2 kuiz. Pergh..... Badan ni dah terpanggil-panggil nak pi tengok bola. Tapi memandangkan esok ada 2 kuiz yang mana dua-dua nya TOUGH QUESTION, aku macam, fikir sembilan sepuluh kali nak turun bawah tengok bola. Takpa, aku doakan Malaysia berjaya! MALAYSIA BOLEH!
Credit |
Siapa kata perempuan tak minat bola? Kalau selalu tengok lelaki tengok bola, pergh semangat! Kalau tak masuk gol, siap ketuk-ketuk meja. Kalau gol pula, wah, melompat-lompat sampai ke atap rumah. Huhu Tak adalah sampai macam tu kan. Takut silap haribulan, atap pun tercabut.
Ok, sekarang ni sedang berlangsungnya bola sepak piala AFF LIVE di TV1! Aku tak dapat tengok, tapi, wa cakap lu, aku yang kat tingkat 4 yang kononnya nak *study* ni pun dah goyah bila dengar sorakan penghuni kediaman kat mahallah (asrama) perempuan aku ni ha. Memang bersemangat waja lah mereka semua yang menonton!
Yang tak pernah minat pun jadi minat bila tengok semangat mereka ni! So, siapa kata perempuan tak minat bola? haa.. tak semua, tapi kalau dah Malaysia yang berlawan, haih.. takkan tak minat juga? Itukan antara sokongan terhadap negara sendiri. Eceh..hehe
Tapi, memang tak dinafikan, ada yang memang tak minat bola. Tapi lelaki majoriti yang minat bola pun, dalam 1000 mesti ada 1 orang yang tak minat punya. Pandangan orang kan berbeza-beza.
Bagi orang yang suka bola, bila bola masuk gol sahaja, MACAM MENANG LOTERI punya gembira.
Tapi kalau kalah, haih, marah-marah. Cakap pemain main-main lah apa lah. Tak cukup staminalah. Haha Macam-macam. Apapun, tunggulah keputusannya nanti.
Kawan FS ada yang tak pergi Majlis Makan Malam kat CAC semata-mata nak tengok bola. Dia kata, "bola lebih utama" haha Malaysia punya pasal kan? So, korang bagaimana pula? Suka bola? Yang perempuan, tengok tak Malaysia lawan ni? ;)
Kalau like, boleh klik ni
12 comments:
muehehe. farah pun tibetibe jadi eksaited tgk final. hmm, masih tercaricari kelibat julia perez xP
@Farah Hanim
Aah, mana julia perez??hehe
GOOLLLL....heheheh..malaysia dah satu..weeehuuuuu....saper kater pempuan tak minat bola..saya minat r..huhuhu..go..malaysia go..
@suka cartoon
haha tahu takpa..masing2 pakat turun padang sokong malaysia sekarang! ;)
insyaallah malaysia menang mlm ni dgn agregat 4-1 :)
@Rafini Mimi Zairul Murni
aggregat 4-2 kot...:)
FAsihah...Kalau kena gaya, perempuan ni pun leh sama naik gak bila tgk bola...hehehe
malaysia da mnang!..
syg ko ketat2 fahmi!safee!ashaari!
mcm kenal je watak tambahan.. hehe
@AdiaLuze
ha..betul juga tu . hehe
@tulips etu chinta
haha sayang terus ea chinta! :)
@Muhammad Hamidi Zamri
siapa makn cili dia lah yang rasa pedasnya :)
Post a Comment