Salam Hujung Minggu. Semoga semua pembaca sihat hendaknya. Hari ni FS nak kongsi sedikit apa yang FS dapat semasa briefing Jumaat lepas.
Bagaimana nak mengoptimumkan kaedah pembelajaran dengan berkesan. Ini FS bukan nak promote jual ubat pandai ke, beli buku ini ke, beli kamus itu ke. Tak ada Ok. Ini lebih kepada kaedah pembelajaran itu sendiri yang mana melibatkan penggunaan otak kanan dan otak kiri.
Credit. |
Ok, apa yang FS dapat daripada taklimat tersebut ialah, kebanyakan perbuatan kita, ilmu kita semua ada dalam otak kiri. Otak kanan pula lebih kepada daya kreativiti seseorang itu. Otak kita boleh disimpulkan begini lah mudahnya.
Otak sebelah kiri adalah HARD DISK; manakala otak sebelah kanan adalah PROCESSOR.
Kadang-kadang kita terfikir, kenapa aku dah penat baca, berpuluh kali khatam buku tu, masuk dewan periksa, BLANK! Frust tak? Frust kan? Ok, apa punca masalah ini sebenarnya?
Ok, sebenarnya, apa yang kita baca itu ada dalam otak kiri. Tapi kenapa bila masuk dewan peperiksaan ke kuiz ke test ke, kita boleh BLUR, BLANK tak dapat jawab soalan?
Ok, menurut Encik Helmi, Ini kerana, kita kurang menggunakan otak kanan.
Jadi, bagaimana hendak mengoptimumkan penggunaan otak kanan pula? Yang ini perlu banyakkan aktiviti luar. Bukan menghafal formula, tapi lebih kepada beriadah, bersenam, berjogging dan sebagainya. Kalau selalu pakai jam kat tangan sebelah kanan tu, tukar lah pakai sebelah kiri pula.
Ok, kenapa macam itu? Sebab, otak ni diimbangi dengan perbuatan kita. Anggota kanan untuk otak kiri, anggota kiri untuk otak kanan. Maka, kalau selalu toleh kanan je dalam kelas tu, tukar posisi pula lah. Duduk sebelah kanan dan toleh sebelah kiri. itu antara cara mudah boleh mengaktifkan sel otak sebelah kanan.
Fasihah Kata: Ok, cukup setakat ini dahulu. Mari optimumkan penggunaan otak kiri dan kanan! Apapun, selebihnya usaha dan ikhtiar kita. Nak belajar jangan lupa baca doa, dah belajar pun begitu. Nak berjaya jangan selalu jauh-jauh dengan Allah. Ok? Selamat berhujung minggu. :)
12 comments:
btul, otak kiri utk bahasa, so klau sesaper nk mahir bnyk bahasa, kne gne bnyk otk kiri....
sesuai untuk budak sekolah nie, eheehe, yul dah tak bljr lg dah
owh seriously???
nice one la...
@ayuni
yup,macam ayuni yang hebat berbahasa inggeris :)
@YUL
haha kena praktikkan gak patutnya, manatahu tetiba jadi terlebih genius kat tempat kerja.hehe
@nur
ya, that's what I got from my briefing yesterday :)
input yg baik...
thanks atas input ni ye....
wah tips yg bagus...
owh ptt la lama menyepi...rupanya busy :)
chef Ad: Ko Kanan Ka Kiri?
F: Kanan Chef,
Chef Ad: Abis Yang Ko Tebar Roti Songsang Tu Awat? Macam Orang Kidal Ja.
F:saya Pun Tak Tahu Chef.
Kalau Kes Aku Ni Macam Mana Pulak?
wow! rahsia cik seha dah terbongkar. nice info! :)
tips yang bagus :)
nice info
thanx ;>
@mel
sama-sama, FS pun belajar,cuma berkongsi :)
@cik tom
kita budak belajar, busy sikit lah, tapi sebab menyepi sebab tak ada laptop lah cik tom..:(
@Faisal
entahla, belum kaji kes macam ni lagi.huhu
@zahra pazim
owh no la cik timmy..mana ada rahsia kite, nie baru tahu lah =___=''
@sepi tanpa mimpi
haha insyaAllah bagus kalau selalu diamalkan ;)
@sylver-shooter
yup, most welcomed ;)
Post a Comment