Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

July 28, 2011

Pasti Ramai Yang Sedang Kecewa ..


Status awal bila Malaysia gol :-


Rumah bergegar bila sahutan bersatu,
Semangat membara demi sesuatu,

Andai benar ngauman itu berbisa,
Ayuh Harimau Malaya, 
Jadikan malam ini kita atasi Singa itu!


Haha

Mood, bola bersama MO. hehe 


[Updated]

Sad Panda Chibi on DeviantArt

Sampai hati harimau buat panda sedih.
Panda setia tengok harimau main tadi.
Mula-mula harimau macam dah bagi harapan pada panda.
Panda suka sangat tau........!!


Tapi tiba-tiba.........
Nampak Harimau macam tak berapa ada arah..
Dahlah singa tak best..
Panda dah rasa benci dah nak tengok..


Kesian Panda tau..


~ Apapun, cuba lagi, kalau bukan kemenangan yang terbaik untuk Malaysia mara ke peringkat seterusnya, pasti ada mana-mana silap yang perlu diperbetulkan lagi. Apapun, go Malaysia! go!! ~


p/s: panda itu kite(pemilik fasihah.com) lah. hehehehe Ok, nak tido, sok pepagi nak keje. Babai. Sweet dream!!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 10, 2011

Keputusan Malaysia vs Pakistan (9 Mac 2011)

Terima Kasih kepada saudara Izamir Ridzwan yang tolong beritahu keputusannya. Nak tengok dengan keadaan internet yang 'laju' ni memang tak lah kan.

Malaysia 0 : Pakistan 0
Aggregate: Malaysia 2 : Pakistan 0


Malas nak cerita banyak-banyak, boleh tengok sini kalau nak tahu cerita lanjut.

P/s: Tahniah Malaysia! 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 29, 2010

Siapa Kata Perempuan Tak Minat Bola? Demi Malaysia, Mereka Sanggup Turun Padang!

Assalamualaikum semua. Aku baru balik dari UBS Class. Esok ada 2 kuiz. Pergh..... Badan ni dah terpanggil-panggil nak pi tengok bola. Tapi memandangkan esok ada 2 kuiz yang mana dua-dua nya TOUGH QUESTION, aku macam, fikir sembilan sepuluh kali nak turun bawah tengok bola. Takpa, aku doakan Malaysia berjaya! MALAYSIA BOLEH!

Credit

Siapa kata perempuan tak minat bola? Kalau selalu tengok lelaki tengok bola, pergh semangat! Kalau tak masuk gol, siap ketuk-ketuk meja. Kalau gol pula, wah, melompat-lompat sampai ke atap rumah. Huhu Tak adalah sampai macam tu kan. Takut silap haribulan, atap pun tercabut.

Ok, sekarang ni sedang berlangsungnya bola sepak piala AFF LIVE di TV1! Aku tak dapat tengok, tapi, wa cakap lu, aku yang kat tingkat 4 yang kononnya nak *study* ni pun dah goyah bila dengar sorakan penghuni kediaman kat mahallah (asrama) perempuan aku ni ha. Memang bersemangat waja lah mereka semua yang menonton!

Yang tak pernah minat pun jadi minat bila tengok semangat mereka ni! So, siapa kata perempuan tak minat bola? haa.. tak semua, tapi kalau dah Malaysia yang berlawan, haih.. takkan tak minat juga? Itukan antara sokongan terhadap negara sendiri. Eceh..hehe

Tapi, memang tak dinafikan, ada yang memang tak minat bola. Tapi lelaki majoriti yang minat bola pun, dalam 1000 mesti ada 1 orang yang tak minat punya. Pandangan orang kan berbeza-beza.

Bagi orang yang suka bola, bila bola masuk gol sahaja, MACAM MENANG LOTERI punya gembira.

Tapi kalau kalah, haih, marah-marah. Cakap pemain main-main lah apa lah. Tak cukup staminalah. Haha Macam-macam. Apapun, tunggulah keputusannya nanti.

Kawan FS ada yang tak pergi Majlis Makan Malam kat CAC semata-mata nak tengok bola. Dia kata, "bola lebih utama" haha Malaysia punya pasal kan? So, korang bagaimana pula? Suka bola? Yang perempuan, tengok tak Malaysia lawan ni? ;)

Kalau like, boleh klik ni

TERIMA KASIH SUDI BACA^^