Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts
Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts

September 15, 2011

Tak Boleh Tidur Kerana Blog Itu!!!

** Macam entri sengaja tumpang populariti je? Sukati korang lah nak cakap apa pun. 


Cuma, hari ni baru kesempatan nak baca Cerpen dia. Balik dari segala, meeting segala bagai dah tengah malam. Tetiba minat pulak nak baca cerpen dia. Sekali dah baca, asyik nak baca next next next episod.


Sempoi je penulisan dia. Nak baca pun tak sempat nak tarik nafas panjang-panjang. Aku dulu memang kaki novel, jadi bila dah termula baca ni memang akan terfollow gak lah nampaknya. Sib baik kak sunah ada letak link kat blog dia. And nasib baik gak Uncle tuh letak kat atas sekali link ke cerpen dia. Senang  nak terjah.


Novelog Ben Ashaari by Sunah




haisyy..addicted sudaaa. Sok pagi ade kelas seha oitt!
Blog cam best >>> Lia Lomi

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 27, 2010

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN


 Soalan 1

Daripada senarai 500 BLOG yang dikeluarkan tadi ...  Sila beri nama blog yang mendapat no 10 , 100 , 200 , 300 dan 500 .. Dan jangan lupa , nak juga entri terkininya dan linkkan ...

10 - http://jantankeparat.blogspot.com/ (Mari Kenal Blogger Baru)

100 - http://aainaa4a.blogspot.com (saya blogger penang)

200 - http://safiyahezora.blogspot.com (:: chantekknye jadual class aku ::)

300 - http://sweetdyba.blogspot.com (500 BLOG)

500 - http://symuzzamir.blogspot.com (500 BLOG !)



Soalan 2

Apakah pendapat anda mengenai blog saudara Roy ( http://www.sisiberbeza.com/ )

Pendapat FS tentang blogger Roy ialah, dia sangat bijak bijak dalam mempromosikan sitenya. Walaupun dia baru sahaja bertapak dalam alam maya ni, follower yang dah mencecah 130 itu suatu yang membanggakan. Bukan mudah nak cari follower seramai itu.

Lagi satu,entri dia pendek-pendek tapi mesra pembaca. Itu antara tarikan dia.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

500 Blog !


Pencarian 500 blog telah bermula tepat jam 2 petang pada 26/12/2010 sehingga 2 petang 27/12/2010 ...

Tujuan pengumpulan blog ini adalah untuk membuat satu pertandingan ringkas mencari harta karun di dalam blog blog yang berminat ..

Siapa saja boleh menyertai.. Samada nak disenaraikan di dalam 500 tersebut atau nak menyertai pencarian tersebut ... 

Serba sedikit mengenai diri pemilik blog ini dan tujuan berblogger
  • Nama Fasihah Supian, 2nd year Accounting IIUM Student. Mula bergiat aktif dengan blog November 2010. Suka hijau. 
  • Tujuan berblog tak lain berkongsi segala macam benda  yang boleh nak dikongsikan. Segala benda yang perlu ditukarkan pendapat, memperbesarkan rangkaian kenalan dan juga tak lain tak bukan menjadi blogger pencinta alam semulajadi!

Ok,sesiapa nak join, boleh klik sini.

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 11, 2010

    PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ?

    Sila klik gambar untuk terus ke segmen BA ye.

    Ok, nak join segmen BEN ASHAARI. Agak menarik! Nak join? Boleh klik sini.

    1. Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu ..

      Ok, dapat dari nama sendiri. Tiada lain, Fasihah Supian. 

    2. Apakah maksud disebalik nama blog korang ..

      FasiHaH maksud dia yang fasih bercakap. Jadi makna sebalik blog ini, adakah benar aku ini fasih? Supian nama abah aku. Jadi ini anak Supian yang fasih berkata-kata. tapi bila berblogging, tukar jadi fasih menaip-naip kot?

    3. Siapa orang kuat blog korang tu ..

      Orang kuat tiada lain. Cik FS. Siapa FS? Fasihah Supian lah. Tapi ramai kutipan semangat dan sokongan padu daripada bloggers dan kawan-kawan sendiri untuk menjadi kuat.

    4. Angan angan terhadap blog tu ..

      Angan-angan terhadap blog ini adalah untuk menjumpai identiti tersendiri milik blog ini. Masih terkapai-kapai lagi rasanya. Ingin mempunyai 1 template hijau yang betul-betul puas bila diri sendiri tengok. Juga, ingin melebarkan lagi jaringan kawan-kawan bloggers.

    5. Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa ..

      Kalau nak tukar, nak tukar sama dengan URL blog ni, PSYCHO-MATE. Ada cerita disebalik nama yang sukar ditafsirkan. Ecehhh

    6. Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana ?

      Tak pernah terfikir sampai sini pula. Ok, kalau ada banyak duit, nak iklankan kat....Nuffnang? atau mungkin kat blog yang ramai pengikut setia. Sure do, aku tak tahu. Helpless

    7. Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer ..

      Mintak 1. ni susah ni.Huhu Ok, blog yang paling sempoi ni la. BA.

    8. Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... tidak lebih 20 patah perkataan ..

      It reflects my life. Di sini aku bercerita, belajar, berkawan dan mengenali kehidupan manusia sekeliling.

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 3, 2010

    Blog Oh Blog!

    Ini segmen oleh Bro BEN ASHAARI. Aku join lagi. Tarikh tutup 5 dis 2010.




    Usia anda berblog?


    Masuk hari ini, lebih kurang 695 hari iaitu hampir 2 tahun. Baru mula bergiat aktif semenjak November 2010 dan baru mendaftar dengan Encik Nuffnang 7hari yang lepas. :)


    Siapa mempengaruhi anda untuk membuat blog?

    Tiada siapa yang mempengaruhi aku untuk berblog. Atas dorongan diri sendiri yang teringin mencuba menulis blog. Atas rasa hati yang terkadang ingin berkongsi cerita di alam maya walaupun tak tahulah ada orang baca atau tidak. Dan penulisan awal lebih banyak yang bersifat personal.


    Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog?

    Bila dengar mendengar perkataan blog, terus ingat Blogspot. Itu masa mula-mula kenal dunia blog. Tapi sekarang bila dengar perkataan blog, terus teringat blogwalking.


    Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog?

    Ok, secara jujur, pada mulanya, tiada siapa yang dijadikan sumber inspirasi. Mungkin juga kerana itu, aku tidak berapa tahu selok belok dunia blog. Tapi, semenjak November 2010,  Dunia Sebelah Zara dan DKDM adalah sumber inspirasi aku. Selepas itu baru aku kenal blog BEN ASHAARI melalui Izamir Ridhwan punya blog. Semua yang disebutkan adalah sumber inspirasi. MAsing-masing ada kehebatan yang aku belum boleh capai. Ops, Abg BEN, macam membodek pula. huhu Betullah, Abg Ben boleh buat banyak entri baru dalam masa 1 hari. Kak Zara boleh tulis 1 tajuk yang panjang sebagai keistimewaan dia sendiri. DKDM pula adalah senior aku di Ausie. Izamir Ridhwan pula, aku suka baca penulisan dia. OK, cukup.


    Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT?

    Ok, ini memang susah sikit. 
    Kawan, blog tu, macam tempat bercerita. Kau tulis apa yang kau nak kongsikan pada dunia. Nanti, cerita kau orang boleh baca melalui Internet. Macam-macam boleh kongsi kat sini. Kawan pun ramai.


    Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda?

    Blog memang boleh mempengaruhi kehidupan seharian. Itu memang aku akui. Bila berblog, aku cuba mencari masa, barang 15 minit ke setengah jam untuk menjenguk blog. Paling tidak. Tapi ini sukar dilakukan bila ketiadaan laptop di rumah. Dalam satu hari, pasti akan kerah idea nak tulis entri baru tajuk apa. Ada bagusnya kalau blog ini boleh buat seseorang itu berdisiplin. Kadang-kadang, bila terlampau banyak kerja, aku dapat bahagikan masa supaya semua boleh dibuat termasuk blogging. Maka, ia mampu mengisi masa terluang dan juga, mengelakkan aku terbabas dengan aktiviti lain yang tidak sihat. Tanpa internet dan laptop, pasti rindu dengan bloggers lain!

    (cukup 100 words. hehe)

    OK, sekian.

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 1, 2010

    Aku Bloggers! So What?

    Huru Hara ABG BEN lah ini. For the first time join macam ni. Aku bloggers! So What?? Jom terjah contest dia kat sini


    Ganas ! Tajuk dah cukup berapi ... Segmen ni untuk semua blogger tak kira baru atau lama ... Nak join , silakan ..
    Segmen ni mudah jer ... Ramai tak tau blogger tu apa ? Apa itu blog ? Apa yang best sangat blog ni ? Dan banyak lagi .. Maka segmen ni adalah segmen soal jawab berdasarkan pendapat blogger itu sendiri .. hehehe.. di samping mempromosikan blog masing masing ..
    image
    Caranya.. seperti biasa , buat satu entri yang kena ada header. Ok, ini Header BEN ASHAARI. 

    Latar belakang blogger ( korang sendiri ler ) termasuk pendidikan dan juga pekerjaan .. termasuk lokasi.. negeri atau negara jer .

    Ok, nama full : Siti Fasihah Ahmad Supian. 
    Masih belajar di Universiti di pinggir kota. 
    Ambil Ekonomi dan Sains Pengurusan. Major Accounting InsyaAllah. 
    Menetap di Banting, Selangor. 
    Umur? Baru masuk 20. Bajet macam muda sangat. 
    Apalagi mahu tahu? 
    Baru bergiat aktif dengan Blogging bila daftar dengan Nuffnang. Kira baru nak mula kenal Blogging yang sebenar. Ok, cukup rasanya.


    Apa pendapat anda mengenai dunia blog ?

    Blogging ni macam realiti dunia juga. Colourful.
    Ada ramai Bloggers. Ada banyak background.
    Ada banyak maklumat yang boleh didapati. 
    Blog sebagai medan meluahkan rasa.
    Berkongsi cerita suka duka.
    Berkongsi tips dan sua rasa. 
    Tak lupa untuk bersama-sama naik kan traffik antara lain dan yang memang tujuan utama.
    Blog ini FUN sebab ia dunia maya.
    Kalau guna dengan baik, baik jadinya.
    Kalau guna dengan kurang baik, kurang baik jadinya. :)


    Sepanjang anda menjadi blogger , apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami ?

    -Perkara Positif-
    Yang positif?
    Banyak! Dapat kenal ramai kawan alam siber.
    Itu satu.
    Dapat tahu macam-macam maklumat,lagi0lagi nak up traffic tu kan.
    huhu
    Dapat tahu banyak tutorial
    Tak lupa juga, dapat tahu hal ehwal semasa.
    Juga paling penting, dapat muhasabah diri bila membaca entri yang memuhasabahkan diri. 
    Dapat belajar resipi baru! Penting tu!
    Dapat tahu petua! haha yang ini ramai suka,lagi-lagi nak awet muda!
    Dapat tahu pasal Teknologi, ini penting sekali, lagi-lagi macam aku yang buta IT ni.

    -Perkara Negatif-
    Ini? setakat ini..
    Hmm, yang negatif, tang kutuk mengutuk tu lah, kadang-kadang membina, kadang-kadang panas. Kalau tak bagi nama lagi panas.huhu
    Yang negatif lagi, bila tinggal jejak kat shoutbox, cakap dah follow, tapi tak follow pun.
    Tak baik tahu. Menipu. Sedih la macam tu, Kalau nak naik sekalipun janganlah menipu macam itu. Lagi? Apa yang negatif? Ha, yang negatif bila blogging sampai lewat solat. Haih, parah tu.

    Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?

    Popular? Huhu tidaklah, ini suka-suka, lagi suka sebab dengan blog boleh earning money. Walaupun sebenarnya tak merasa lagi sebab baru daftar 3hari lepas.huhuhu Blog picisan yang tak ada apa-apa ni, kalau nak popular, banyak ke manfaat nya pun? Huhu Paling penting, kat sini lah nak luahkan perasaan kan.

    Banggakah anda menjadi seorang blogger ?

    Bangga? Haha macam bongkak saja. Bangga itu tak tahu lah pula. Yang tahu seronok kalau dapat banyak "comments to be moderated" hehehe Bangga lah tu kan kalau ada banyak Komen. Tak gitu? Haha taklah, suka je. :)

    Ok, Abg Ben. Settel. :)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^