Sharing Moment : Petani Itu Ayah Saya | fasihah.com


January 21, 2012

Sharing Moment : Petani Itu Ayah Saya



"Abah, tadi cik gi supermarket, sayur mahal nak Chinese New Year ni bah. Manyaaa untungla abah kan bah?! hehehe"


"Untung kenapa pulak?"


"Yela, harga sayur naik mendadak, bekalan tak cukup, dah pulak asalkan ada je kat supermarket tu, fresh tak fresh tolak tepi. Kiranya, asal ada sayur, tolak kat pemborong, lebih sikitlah abah dapatkan nak raya cina ni.."


"Tu orang tahu kira untung orang lain je. Tak tahu yang sebenar. Berapa sen sangatlah harga dia nak naik kat petani yang menanam macam kita ni. Yang banyak dapat pulangan, pemborong dengan penjual lah. Kalau macam abah, kalau kat supermarket tu sekilo terung boleh cecah RM18.00, abah belum tentu lagi sekilo boleh dapat RM5.00."


Terdiam. Haa tulah, cakap tak fikir kan ko seha. Terdiam terus. Tahu sedih. 


Tak apa, saya bangga abah saya petani. Kalau bukan abah saya dan lain-lain petani yang tanam sayur, tak adalah kita dapat makan sayur kan?

sumber

Saya memang sangat mengkagumi ayah saya yang sanggup berpanas terik di kebun. membaja, mencangkul, bercucuk tanam, membuat batas. Tiap hari dia ke kebun. Pagi perginya, balik sebelum tengah hari. Pukul 9.30 pun dah panas. Saya kalau suruh duduk kebun, sibuk cari pokok nak berteduh. Terukkan? -____-''


Tapi itulah, sama macam apa yang mak saya cakap hari tu....


"Kita beli ikan ni, dah tentu kita ada lauk untuk makan, penjual ni dah dapat upah menjual, tapi nelayan tu, belum tentu lagi dapat makan hari ni."


Sama macam abah saya. Orang nampak bila pergi pasaraya, kayalah penanam sayur, asal raya sahaja, harga sayuran naik!


Salah tafsiran tu...sebelum sayur tu sampai kepada pengguna akhir, dia terpaksa jual kepada pemborong dulu, kemudian ke pasaraya, pasar borong dan lain-lain.


Mungkin kaya kalau abah saya yang menanam dan terus menjual. Tapi ayah saya cuma menanam dan membekal kepada orang lain.


Tapi, kita kena selalu ingat dan berdoa pada DIA, yang maha pemberi. Sebab itu alangkah baiknya kalau tiap pagi kita  buat Solat Dhuha untuk dipermudahkan rezeki.^^


Walaupun abah saya petani, kami rasa kami cukup dengan apa yang ada. Tak pula sampai meminta-minta. Yela, kalau tak ada duit, sayuran kan ada, ambil sahajalah, masak, kan? Ulam-ulam tepi rumah pun ada, duduk kampung kan? Itu semua rezeki.^^


Kangkung! Fresh dari ladang!

Abah saya cool je. Walaupun raut wajah tuanya tampak lelah,tapi dia tetap meneruskan tanggungjawabnya menyara kami semua..


Terima kasih abah! Saayang Abah! :')

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

5 comments:

SITI SORFIENA SYASHA said...

baca sini :)

/tak tahu nak comment pe , story ni menyentuh hati kite -- sedih pon ada .

.........cP~ said...

Memang pun. Orang fikir kalau jual sayur segala mahal kot. Tak tau entah berapa proses lalu baru sampai harga tu kat pasar. Orang ambik kat kita berapa sen je. Dia jual kat pemborong pulak dah untung 30sen. kadang marah sebab mak jual jugak kat orang tengah. Tapi, mak kata, tak baik sekat rezeki orang. Alhamdulillah cukup la makan pakai.

Tea said...

Rasanya ramai yg tahu untung pd pemborong ni.... Namapun kerja yg dilakukan dari kecik.. Kita lihat susah payah.. Namun itulah kehidupan keluarga kita... Andai berjaya nanti balaslah jasa mereka agar boleh berehat...

Anonymous said...

asal rezeki halal itu lebih memadai, setitik peluh petani seribu rahmat buat semua..kerana tiada petani takan nak makan sayur plastik, ye dak??..

tahniah buat ayah fasihah kerana menjadi petani. :D

Salim Harmanain said...

besar pahala jadi petani ni...dapat bagi orang makan...takkan nak bagi orang makan daging je? gemuk kot nanti.. :P