Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

June 13, 2012

Kampung!

**lap-lap habuk kat blog. Oh lamanya kita tak bersua. Adapun entri-entri yang muncul selama beberapa minggu ini merupakan entri otopublish. haha Kekangan masa membuatkan blog terpaksa diketepikan buat sementara waktu. Fuhh, cuti dah 5hari kat rumah baru jenguk blog! Apa punya tuan ni, almaklumlah, balik cuti, pulak balik kampung. Mestilah memanfaatkan masa yang ada. 4hari penuh dengan aktiviti yang bermanfaat! Jom layan gambar je lah! Tak tahu nak start dari mana sebabnya. ._____.


1st day home! Best semua kumpul, cucu-cucu semua balik! So, sempena konon-konon menyambut hari bapak-bapak, kita pun putuskan nak buat Family BBQ Night!


Nak dijadikan cerita lepas masak lunch tengahhari tu, kita peraplah segala udang, ayam, sotong, ikan pari dan sewaktu dengannya! Campur semua dalam mesin blender, kasi blend semua! Sementara menunggu malam, waktu petang tu, beriadah dengan anak-anak buah. NAik basikal beramai-ramai pi tengok lembu! hehe

Kakak Long dengan Aisyah mendekati lembu. Si Wafa tak berani turun. hehe

Tunjuk hero lah tu!

So, balik dari bermesra dengan lembu-lembu peliharaan Pak Cik Lehan, kita buat bara api.. Malam yang dinantikan, seusainya solat Maghrib, semua pun menuju ke laman rumah. BBQ Time!!!!!

Yang berbungkus tu Ikan Cencaru. Yang dekat lidi satay tu sotong dan kemudian itu ketulan ayam-ayam.

Walaupun angin sangat kuat malam itu. Dan Along sudah mengeluarkan cerita-cerita khurafat dan karutnya, siap tegakkan pencakar sampah konon ikut petua orang indon, saja dia melawak hilangkan resah angin kuat. hehe So, saat yang dinanti, setelah semua penat berkipas-kipas dan bauuu asap, makan time! Opss dimulakan dengan doa! Ya, di ruang tamu rumah yang tak besar dan tak berapa kecil tapi masih cukup luas buat kami sekeluarga, itu pun sudah memadai.

KErang Bakar dan semua yang sudah siap. Buah-buahan dan juga Jus Tembikai!

Kek Aiskrim sponsored by Angah! Laju je kek ni habis, sebab dalam dia aiskrim!
 Upacara memotong kek pembuka hidangan oleh atok bersama cucu-cucunya. Baru 6 orang! Itu pun dah gamat!!

Aisyah-Atok-Umairah-Wafa-Hariz. Sorang tengah merajuk, sorang lagi masih kecik. Tak dapat nak turut serta.

Haa ni masa dah habis separuh. Dah mula cair! Tapi sedap, bolehlah nak tempah tu kat LADYZA.

Alhamdulillah, walaupun keluarga tak besar sangat, tapi nak kumpul semua pun bukan boleh selalu. Buat event simple macam ni pun kira Ok lah, bukan perlu bajet besar-besar sangat. Ohh yang best bila masih bergelar student, belum kena keluar duit lagi. hehe =D


Hari Ahad dilalui dengan aktiviti ke swimming pool, tapi budak-budak tu je yang terjun sampai ada yang lemas. Tulah nak tunjuk hero sangat. -____-'' Then petang ahad masing-masing dah pulang. Isnin nak sekolah kan? Kita ni je yang cuti salah timing. Bila orang cuti kita tak cuti, bila kita cuti, tak ada kawan yang cuti. Apelah nasib. Moga bertabahlah warga UIA sekalian! hehe =D


Isnin! Pagi-pagi lepas breakfast, start enjin kereta, jom ke kebun!!!! Pergi kebun, sekarang tengah ada pokok timun!

Tu dia timun yang sudah pun saya petik. haha

Timun-timun yang telah dipetik oleh pekerja abang saya. Beberapa bakul sebelum diambil peraih!

Ambir gambar sebelum balik. Panas hey kat ladang ni! Ok tu pokok timun yang berbatas-batas tu! =D


Alhamdulillah, setakat ni cuti penuh dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah! Lagi, jadi domestic engineer kan! So, sibuk lah kononnya! haha Sekian berita daripada saya!


Oh, mahu tahu 1 fakta? Kenapa kampung menjadi pilihan? Sebab bila nak masak, kalau tiba-tiba serai tak ada nak masak, ambil je tepi rumah. Tak yah nak riau-risau. Awak yang baca ni, suka tak kampung? ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 27, 2012

Diari : Nak Marah Tak Jadi

Yey!! Balik rumah! CUTI!


(tarik nafas dalam-dalam). Segarnya. Nyamannya suasana desa. Indah permai tak macam di kota. Dapat lihat wajah mak ayah. Hoii riang gembiranya saya. Salam mak ayah peluk cium, terus tuju meja makan kat dapur, letak beg, makan. Ops, baca Bismillah~


Ok dah puas hati dapat makan cekodok air tangan mak yang masih hangat baru sahaja masak, baru tuju bilik. 


Krekkk~
(bantal berterabur. Pen marker bertarabur. Barangan kesayangan berjalan sendiri. Hp berlari-lari.)


Ok, ini bukan tumbrio. Bukan cerita thriller mahupun hantu. Itu hiperbola sahaja. Tengok cermin, ada tulisan. cermin cermin cermin. Ya, menggunakan marker yang sepatutnya berada dalam mug di atas meja. -.-''


Tak lain dah. 
Tak lain dah. 
Tak lain dah.


Memang kerja anak-anak buah aku ni. Barang-barang yang comel semua dah jadi comot! Kipas yang sangat ceria dengan warna dah di tambah dengan :) di setiap kelopak. Adehh ni tak lain, ANIS UMAIRAH!!!!


Dalam berura-ura hendak mencari askar-askar di bawah pemerintahan Ahmad Supian's territory, tiba-tiba aku gelak sendirian. Senyum sorang-sorang.


Duduk. Tak jadi marah. Sebab?


conteng dia. conteng dia.

Sebab dulu aku pun macam tu jugak! haha Dulu................................ pintu rumah habis aku conteng huruf alif sampai ya. Tak cukup lagi, a sampai z. Tak puas, 1 sampai 10 tah berapa kali ulang. -.-''


Belum aku tulis ball lah, lukis bintang lah ikan lah. Haha Last-last, mak abah pun tak larat nak marah, marker abang kakak aku jahanam kan, belum yang conteng-conteng kat kaki lagi. hehe Sebagai penyelesaiannya, mak abah kakak abang aku kami sekeluarga ke pasaraya, mencari papan hitam, pemadam dan kapur!


Dulu masa zaman 4 5 tahun tu masih kapur lagi. Sekarang ada lagi ke sekolah yang masih pakai kapur? Ok ok back to the story. Nak dijadikan cerita, dorang suruh aku pilih, ha pilih pilih. Ambik lah pemadam kapur sekotak, papan hitam. 


"cik, pasni tak mau conteng-conteng dinding lagi tau? Nanti abah marah. Tengok pintu rumah dah buruk dah. Macam rumah india."

Haha rumah dah banyak berubah. Tak dapat nak tunjuk kat sini, betapa hodohnya pintu rumah kami dulu, aku lah yang mencontengnya. haha


Haha. So sekarang, lepas aku dah senyum sorang-sorang. Aku tau dah, penyelesaian untuk anak-anak buah aku ni, kena belikan dorang ni whiteboard, marker pen dan juga pemadam. Tak adalah bilik aku jadi mangsa pulak kan?


What you give you get back!


Tulah, dulu pi conteng dinding umah, pintu rumah, sekarang? Cermin, meja aku semua depa pakat lukis-lukis conteng-conteng. Tak apa, dorang tengah merangsang minda tu. Buat apa nak marah. Kena sokong. Dengan belikan alat-alat yang boleh membantu mereka berimaginasi lebih kreatif!


my good nephews and nieces with their beloved atok and nenek.


Tiada dalam gambar si cilik yang sedang bertatih. I see they grow. I pray for their success. I hope, Anis, Amir, Wafa, Hariz, Aisyah and Darwish will be anak soleh wa solehah. Usu luv all of you from the bottom of my heart! ^^


Klik sini. tq~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 11, 2012

Semua Cakap Dia Je Yang Betul =__='

I will start my post with this name, Muhammad Idzni Hariz bin Ismail. This cute naughty talkative fussy boy really made my holidays miserable. hoho But but but, still I can feel that I am pretty much cool this time. No more shouting at him so frequent. What I need is just to be cool. Sometimes, being mad doesn't make any changes. A naughty boy like him should be treated diligently!


Haii! My name is Hariz! Lets have a breakfast with me! My Usu's hot milo is soo cool!

"Ayesh nak air ilo. Nak ilo, nak ilo."


Biasalah, budak kan? Tak payah nak hentam keras-keras sangatlah, cuma kena tahan telinga sikit. Kena sabar tu banyak sikit. hehe Dia bukan tak tahu kita tengah buat milo. Tapi dah memang perangai dia gitu, kita layankan je.


Hariz. Memang macam diktator. Kita memang susah nak perintah dia. Tapi kita yang kena ikut arahan dia. Haizzz fenin jaga dia. Nampak macam super gagah. Super berani. Tapi...


Bila pagi....... Ha, sebelum tu, tu breakfast tu, ingat dia dah mandi? Memang belum!



"Hariz, jom mandi..."


5minit kemudian..


"Dah Hariz, jom mandi, dah mandi baru boleh jalan."


sambil keluar menuju ke pintu lain, dia pun menjawab.. "Jap ar cu, yesh ade keje nak wat jap."


Cool. Usu dia memang cool. Tak tahu semenjak dua menjak ni dah boleh cool je ngan budak-budak ni. Tengok-tengok nenek dorang yang baran sikit. Mungkin sebab nenek sakit kaki, tu yang macam tensyen je nenek tu bila cakap sekali budak-budak ni tak dengar.


Tak apa.. tak apa..


"Hariz, jom mandi. CEPAT!!!!"


Dia tak nak jugak...... Tak yah susah hati, pegang tangan dia bawak masuk bilik air. Bila dia rasa macam terpaksa, dia jalan sendiri pi bilik air. Tapi...tahap kesabaran yang tinggi sangat perlu masa nak mandikan dia ni..


Buka je shower, nantikanlah jeritan dia, sampai ke warung hujung jalan tu boleh dengar. haha gaya macam super duper macho berani gitu. Tapi kalau suruh mandi. Mak aih. Payah! Tu belum suruh gosok gigi. Kang letak sabun belum cakap pedih pedih pedih lagi. hailaa anak buah aku sorang ni...


Makan cekodok sambil main games kat hp nenek! Hp beso ayah takde, hp nenek pun jadilaaa

Gonna miss him A LOT. Tomorrow I have to go back to the place where I belong for my study. Yaa, home is where all the sweetest memory begins and it will be always kept in my heart. Though I might not settle my homework, my assignments at home. But, how I wish my holidays longer. What can I do? I need to fulfill my responsibilities. Maa Abah, I love you! Don't miss me, just call me every time you both do start thinking bout me.. :')

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 21, 2012

Sharing Moment : Petani Itu Ayah Saya



"Abah, tadi cik gi supermarket, sayur mahal nak Chinese New Year ni bah. Manyaaa untungla abah kan bah?! hehehe"


"Untung kenapa pulak?"


"Yela, harga sayur naik mendadak, bekalan tak cukup, dah pulak asalkan ada je kat supermarket tu, fresh tak fresh tolak tepi. Kiranya, asal ada sayur, tolak kat pemborong, lebih sikitlah abah dapatkan nak raya cina ni.."


"Tu orang tahu kira untung orang lain je. Tak tahu yang sebenar. Berapa sen sangatlah harga dia nak naik kat petani yang menanam macam kita ni. Yang banyak dapat pulangan, pemborong dengan penjual lah. Kalau macam abah, kalau kat supermarket tu sekilo terung boleh cecah RM18.00, abah belum tentu lagi sekilo boleh dapat RM5.00."


Terdiam. Haa tulah, cakap tak fikir kan ko seha. Terdiam terus. Tahu sedih. 


Tak apa, saya bangga abah saya petani. Kalau bukan abah saya dan lain-lain petani yang tanam sayur, tak adalah kita dapat makan sayur kan?

sumber

Saya memang sangat mengkagumi ayah saya yang sanggup berpanas terik di kebun. membaja, mencangkul, bercucuk tanam, membuat batas. Tiap hari dia ke kebun. Pagi perginya, balik sebelum tengah hari. Pukul 9.30 pun dah panas. Saya kalau suruh duduk kebun, sibuk cari pokok nak berteduh. Terukkan? -____-''


Tapi itulah, sama macam apa yang mak saya cakap hari tu....


"Kita beli ikan ni, dah tentu kita ada lauk untuk makan, penjual ni dah dapat upah menjual, tapi nelayan tu, belum tentu lagi dapat makan hari ni."


Sama macam abah saya. Orang nampak bila pergi pasaraya, kayalah penanam sayur, asal raya sahaja, harga sayuran naik!


Salah tafsiran tu...sebelum sayur tu sampai kepada pengguna akhir, dia terpaksa jual kepada pemborong dulu, kemudian ke pasaraya, pasar borong dan lain-lain.


Mungkin kaya kalau abah saya yang menanam dan terus menjual. Tapi ayah saya cuma menanam dan membekal kepada orang lain.


Tapi, kita kena selalu ingat dan berdoa pada DIA, yang maha pemberi. Sebab itu alangkah baiknya kalau tiap pagi kita  buat Solat Dhuha untuk dipermudahkan rezeki.^^


Walaupun abah saya petani, kami rasa kami cukup dengan apa yang ada. Tak pula sampai meminta-minta. Yela, kalau tak ada duit, sayuran kan ada, ambil sahajalah, masak, kan? Ulam-ulam tepi rumah pun ada, duduk kampung kan? Itu semua rezeki.^^


Kangkung! Fresh dari ladang!

Abah saya cool je. Walaupun raut wajah tuanya tampak lelah,tapi dia tetap meneruskan tanggungjawabnya menyara kami semua..


Terima kasih abah! Saayang Abah! :')

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 6, 2011

Kata Mereka, Ini Baru Raya

Walaupun raya haji di area Selangor tidak semeriah di Kelantan, bagi anak-anak kecil ini, raya lebih bermakna bila ada bung api.


Layankan sahaja. Bulan selalu pun kan? Hehe


Waktu ini semua anak-anak buah sibuk tengok lembu. Ada 10 ekor tumbang kat masjid kampung ni. Kejap lagi makan sup ler kite.


Salam Eidul Adha! ^^
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 1, 2011

Happy Birthday Sayang..



Didoakan agar menjadi anak yang soleh!
Semoga dipanjangkan umur..
Murah rezeki..
Semakin comel dan sentiasa ceria..


Tak lupa..
Berjaya dunia akhirat..


Moga hubungan yang terbina tidak akan terputus dan berjumpa lagi di syurga...
Saaayang selalu!





My dear mucuk Ecah!!
3 tahun da ye mucuk?
Haha Ucu tader adiah la, sok ucu suh nenek beli ye! ;)




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 22, 2011

Budak-budak Sekarang Terlebih Minum Susu Ke?

Assalamualaikum semua. Selamat hari Jumaat. Penghulu segala hari.. Ok, pelik betul kan? Budak-budak sekarang ni makin pandai ye. Almaklumlah, FS jarang kat rumah kan, dok U, so bila cuti ni kan, macam-macam perangai anak-anak buah FS nie. Baru ni, memang SPEECHLESS dibuatnya..


Ok, cuba ikuti perbualan ini.

Aku: Ecah, ni berapa? (sambil menunjukkan 2 jari)
Ecah: tu PEACE la cu!
Aku: (seriously speechless)

Terdiam kau! Bukan dua ye.. PEACE terus! Advance betul! Haih, apa formula dalam susu budak-budak sekarang ni sampai advance terlebih?? hadess..

Ni lah si Aisyah Qaisara budak bertuah..
Ni baru cerita yang sorang ni, ada lagi 4 orang kena layan. Petah, lincah semua depa.. Ok, nak masak. Bai! ;)



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 27, 2010

Impian untuk ke Indonesia?

[ Ini peta Indonesia. Besar kan? Credit to Inche Google ]
Am I going to Indonesia? 
haha 
Nope la. 
This is their plan. 
Who are them?

.Pak Ngah.
.Acik Su.
.Mak.

Aku? Hanya mendengar, dalam hati berkata-kata tahu!
Siapa yang tak mahu pergi kalau diberi peluang?
Sudah tentulah mahu pergi! 
(Agak-agak ada tak mana-mana manusia yang nak sponsor aku ke sana? BERANGAN lagi )

Okey, nak cerita SEJARAH sikit. Asal usul nenek moyang.
Cuba lihat nama mak aku. 

Sariffah binti Sukor.
Sukor bin Jayanom.
Jayanom bin ... (sudah lupa! aiyoo, mak pernah bagitahu,tapi lupa)

Untuk pengetahuan semua pembaca, asal keturunan aku JAWA memang dari Indonesia. Aku sahaja yang tak duduk di Indonesia. Arwah atok aku, Hj Sukor, memang truly Indonesian kata orang Jawa. :D

Tapi kan, tapi kan, aku sudah lupa juga Indonesia bahagian mana. Kalau ikutkan, saudara mak memang ramai kat sana. Ada sorang yang duduk di Johor. Aku pun tak berapa tahulah salah silah nya. Yang aku tahu, atok sebelah mak memang dari Indonesia. Mahu test speaking jawa sama aku? haha Test la! (gaya macam pro, padahal......)

Maka, nak dijadikan cerita, semalam, mereka merancang untuk melawat saudara di sana. Mana lagi kalau bukan Indonesia. Tapi yang pasti tinggal generasi-generasi barulah. Tapi belum terputus saudara lagi. Tapi lagi, rasa makin jauhlah sebab Indonesia bukan sebelah Selangor sik. Mahu ke sana saja ongkosnya mana cukup RM 500 barangkali. (eceh, cakap Indon pula. Kalau cakap jawa, aku tak cakap macam ini lah, ini Tak tahu Indonesia sebelah mana. Ialah, Indonesia itu besar dong.)

Hendak dijadikan cerita. Cik Siti yang duduk di Johor itu menelefon Pak Ngah. Dia jemput pergi sana. Adik Bongsu dia nak kahwin Mei nanti. (dalam berkira-kira kalau Mei aku boleh ikut ke?macam tak je. adeh =__=' )

[ Gambar pengantin di Indonesia ]
Menurut mereka. Kalau pergi, boleh ketemu saudara-saudara datuk di sana. Merapatkan ukhuwwah yang makin jauh barangkali. Kalau dahulu, ketika atok masih hidup, selalunya dia saja yang pergi ke sana. Pulang berjumpa keluarganya. Tapi anak-anak dan isterinya tidak dibawa. Mana mampu membawa anak-anak yang seramai 14 orang itu. Termasuk isteri sudah 15 jadinya.

Lagi. Katanya mahu makan angin. Ini yang ini kiranya apa ya?
Apa lagi kalau bukan menyelam sambil minum air.
Cik Siti bilang, jangan dirisaukan pasal makanan. Di sana nanti, majlis pun tidak susah. Mahu lembu, penternak lembu ada. Mahu belanja, kami ada mini-market. Jangan risau katanya.

( Dalam kepala aku ligat berfikir, pasti mereka ini antara orang yang agak mewah. Ada mini-market, ada bela lembu sendiri. )

Lagi satu, aku pernah dengar, kat Indonesia ni, orang jarang beli beras. Kalau beli tu maksud dia memang kaya. Selalunya mereka akan menanam padi sendiri untuk makanan mereka. Itu cerita mereka. 
Lagi, menurut mereka, tanah kat sana, jaranglah jadi semak samun. Pasti dikerjakan mereka. Aku rasa, mereka memang darah petani. Apapun, aku tak tahu kesahihan sebenar. Sebab itulah orang kata berjalan, melihat sambil mentafsir. Kenali budaya masyarakat lain.

Oklah. itu anganan aku. Entah bila akan jadi kenyataan. Kalau benar mereka jadi pergi. Adakah aku bercuti masa itu? Rasanya tidak. Ah, tidak. Hampa lagi.

[ Jangan tinggalkan aku. Credit to Google. Gambar-gambar di blog ini boleh lah klik pada gambar untuk mendapatkan link gambar tersebut ]
Ok. Berhenti perlu berhenti mengharap. Kena kumpul duit sendiri kalau mahu pergi. Aku bukan siapa-siapa yang ada orang mahu sponsor. huhu Tapi lagi baik, kalau pergi Mekah dulu. Tak gitu? ^__^

** Maaf ya. Ada tersasul cara percakapan Indonesia pula. Ini pengaruh sinetron Indonesia lah. haha Kalau anda diberi peluang, selain Mekah, ke mana destinasi yang anda mahu pergi? Aku tahu, semua orang mestilah mahu ke Mekah kan. Aku bukan mahu pergi Indonesia sahaja. Banyak tempat lagi mahu pergi. MAlaysia pun tak habis lagi. Anda bagaiman? ;) **


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 17, 2010

Selepas Sebelum Semasa 1

Salam Aidiladha buat semua penduduk maya.

Dikesempatan ini, ingin aku mohon maaf atas semua salah silap.
Terkasar bahasa.
Terlepas berkata-kata.
Termarah tak sengaja.
Tersombong tak sengaja.
dan semua yang ter sama ada sedar atau tidak sedar.

Selama di bumi. 20 tahun hidup.
Ke mana agaknya kita dah gunakan masa kita?
Telah digunakan sebaiknya kah?

atau...

sebaliknya?

Aku hanya sempat untuk menulis entri yang ringkas ini. Aku tiada laptop untuk online selalu. Hanya meminjam laptop abangku untuk online. Maka bila ada kesempatan, aku cuba menulis sebentar. Tak dapat banyak yang dapat dikongsikan dengan hanya 1 entri ini. Oleh kerana itu, ada 1 di tajuk tersebut. Bakal ada 2, 3, 4 dan seterusnya MUNGKIN.

SELEPAS merujuk kepada SELEPAS FINAL EXAM.

SEBELUM merujuk kepada SEBELUM HARI RAYA QURBAN.

SEMASA merujuk kepada SEMASA HARI RAYA QURBAN.

Banyak yang aku nak kongsikan.
Banyak yang mengajar aku erti kehidupan.
Banyak yang membawa aku untuk berfikir jauh lebih ke hadapan.
Banyak yang menyeronokkan.
Banyak juga yang memenatkan.

Yang menyedihkan? Tak ada ke?

itu...RAHSIA. haha

"Biarkanlah rahsia, andai awak tak beritahu, saya juga tak tahu" **wink wink


SESUDAH SELESAINYA FINAL EXAM....

Petang itu...aku berjalan pulang menuju ke mahallah. Bersaksikan langit yang agak gelap menandakan hari nak hujan. Gembira? Sudah pasti. UNTUK SEKETIKA. Tapi kena ingat, EXAM itu TEST. TEST itu UJIAN. Dalam hidup ini, kita takkan lepas daripada UJIAN. Maka cuti sebentar dari segala sesak nafas EXAM di kampus bukan bermakna tiada lagi UJIAN yang bakal menimpa bukan?

Aku teringat status salah seorang rakanku.


Sakit? Ujian..
Sihat? Ujian..
Gembira? Ujian..
Sedih? Ujian..
Kaya? Ujian..
Miskin? Ujian..

Senang cerita, banyak saja ujian yang kena hadapi. bukan FINAL EXAM SAHAJA.

Ok, berbalik kepada cerita habis exam. Petang itu, aku sudah mula rasa keboringan. Ha..kalau ada laptop, lama dah aku taipkan status HOORAY kat FB. Nasib baik takda laptop. Maka..terus lah aku bersolat. Nampak tak? Bagusnya tiada laptop, takda nak tangguh-tangguh kerja. Kalau ada laptop, nak makan pun boleh bertangguh. haha **itu aku lah tu. Tapi Alhamdulillah. cuba jauhkan sikit-sikit. Sudah mula berasa boring dengan FB. haha macam tak percaya.


Maka..
Nak dijadikan cerita, bila dah nak cuti. Poket masing-masing pun dah kering, aku tak berfikir untuk makan petang tersebut. Aku terus membuka handphone, dan bermain Quadrapop. Suatu ketika dahulu, aku hantu main game nie. Sekarang tak lagi. Aku pun main dan malas nak fikir pasal makan. Tengah khusyuk bermain...


Tiba-tiba..............

[ sila nantikan entri seterusnya, abang tersayang sudah pulang, nanti aku sambung ya. ]

p/s: Intipati khutbah pagi tadi. 
"Tuan-tuan puan-puan, muslimin muslimat, janganlah diabaikan solat hanya kerana tuntutan dunia. Kalau kau tidak bersolat kerana hendak mencari rezeki, sedarlah, solat dan mencari rezeki itu keduanya wajib. Maka, jangan lah kau gadaikan solat untuk mencari rezeki. Kalau kau tidak bersolat kerana mencari rezeki, rezeki itu nanti HARAM jadinya. Kasihankan anak isterimu menunggu di rumah. Sanggupkah kamu memberikan mereka rezeki yang HARAM?" renung-renungkan dan selamat beramal...


If God brings you to it, He will bring you through it. In Happy moments, praise God. In Difficult moments, seek God. In Quiet moments, worship God. In Painful moments, trust God. In Every moment, thanks God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 6, 2010

Rindu semahunya

Next entry untuk hari ini. rajin nampaknya seha? Ye, aku tengah rajin SIKIT. Rajin ber BLOGGING. bukan nya STUDYING. (Gila pemalas budak nie, aduhai, anak sapa lah nie, ni kalau mak tau, mak rotan tau! hehehe gaya macam budak2 kecik je nak rotan kan?? hehe takpa, mak tak rotan, mak nasihat dan confirm kena baik punya pedas. mak anta belajar suruh buat apa?? kau main2 ye seha. ish3...)

***Entri sebelum ni pasal SEMALAM YANG BERLALU kan?

So, entri yang nie memang ada berkaitan dengan SEMALAM tu.

SEMALAM adalah CUTI UMUM.

SEMALAM pasti ANGAH pulang ke KAMPUNG. bersama anak-anak nya yg dua orang itu yang comel.

SEMALAM mesti semua ada kat rumah kecuali AKU.

SEMALAM aku memang tersangat rindukan MEREKA.

SEMALAM juga pasti UDA baru sahaja tiba dari SABAH.

Wah!!!meriahnya kalau SEMALAM aku ada di rumah.
TAPI, aku di sini semalam. di UIA, di GOMBAK.

SEDIH.

Kenapa? Sebab semalam tiada menerima mesej ataupun call daripada MEREKA.

Tiada mesej daripada MEREKA yang aku KASIHI.

Teringat semasa chatting dengan ANGAH hari tue,

Angah: Balik tak minggu nie? Jom balik umah.
Aku: haha kenapa?

Angah: lah, balik kampung lah. Kan seronok. kenapa pulak...

Aku: haha best gila kalau dapat balik.

Angah: mestilah. kan Jumaat cuti. Mail (suami angah) dah mula cuti dah. Sebab sekolah dia kan ada india.

Aku: bestnya kalau dapat balik.

Angah: Jomlah, hari Jumaat nie. Budak2 ni sibuk nak balik kampung. si Wafa sibuk nak balik. nak sayang usu katanya. (tengok2, usu yg baik memang sentiasa dirindui anak2 buahnya!hahahaha)

Aku: cehh..wafa! ye kan je lah. Tak balik kot, exam lah. nanti balik study. (padahal dalam hati tu, berdoa juga, kalau ada orang nak ambik, siapa yang tak mahu balik!)

Angah: kan public Holiday. Baliklah.

Aku: (memang lah nak balik,kata-kata dalam hati)

Angah: eh, ok2, angah adu kelas nie. nak pi masuk kelas ngajar.


Ok, conversation end there.
Sedih yang masih berbaki sampai hari ini. Kenapa rasa sedih??

MEREKA memang tau... Lupe ke kat usu kat sini.....waaaa,nak MERAJUK lah macam nie. Wafa pun lupe dah ea nak kol usu. Selalu tu rajin je nak kacau usu study kan... tak pe.. Takpe..

Biarlah usu kat sini belajar.

Takpe..Takpe..

Nanti jumpe raye haji tau!

I MISS THEM VERY MUCH!

ok, masa untuk ke library.

**berterima kasih kepada cik Afiqah Nashir kerana membawakan bekal breakfast dari rumah. Agar-agar yang sedap semanis orang yang memberi dan memakannya juga. hehehe

.FULL STOP.

If God brings you to it,He will bring you through it.In Happy moments, praise God.In Difficult moments, seek God.In Quiet moments, worship God.In Painful moments, trust God.In Every moment, thank God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^