**lap-lap habuk kat blog. Oh lamanya kita tak bersua. Adapun entri-entri yang muncul selama beberapa minggu ini merupakan entri
otopublish. haha Kekangan masa membuatkan blog terpaksa diketepikan buat sementara waktu. Fuhh, cuti dah 5hari kat rumah baru jenguk blog! Apa punya tuan ni, almaklumlah, balik cuti, pulak balik kampung. Mestilah memanfaatkan masa yang ada. 4hari penuh dengan aktiviti yang bermanfaat! Jom layan gambar je lah! Tak tahu nak start dari mana sebabnya. ._____.
1st day home! Best semua kumpul, cucu-cucu semua balik! So, sempena konon-konon menyambut hari bapak-bapak, kita pun putuskan nak buat
Family BBQ Night!
Nak dijadikan cerita lepas masak lunch tengahhari tu, kita peraplah segala udang, ayam, sotong, ikan pari dan sewaktu dengannya! Campur semua dalam mesin blender, kasi blend semua! Sementara menunggu malam, waktu petang tu, beriadah dengan anak-anak buah. NAik basikal beramai-ramai pi tengok lembu! hehe
|
Kakak Long dengan Aisyah mendekati lembu. Si Wafa tak berani turun. hehe |
|
Tunjuk hero lah tu! |
So, balik dari bermesra dengan lembu-lembu peliharaan Pak Cik Lehan, kita buat bara api.. Malam yang dinantikan, seusainya solat Maghrib, semua pun menuju ke laman rumah. BBQ Time!!!!!
|
Yang berbungkus tu Ikan Cencaru. Yang dekat lidi satay tu sotong dan kemudian itu ketulan ayam-ayam. |
Walaupun angin sangat kuat malam itu. Dan Along sudah mengeluarkan cerita-cerita khurafat dan karutnya, siap tegakkan pencakar sampah konon ikut petua orang indon, saja dia melawak hilangkan resah angin kuat. hehe So, saat yang dinanti, setelah semua penat berkipas-kipas dan bauuu asap, makan time! Opss dimulakan dengan doa! Ya, di ruang tamu rumah yang tak besar dan tak berapa kecil tapi masih cukup luas buat kami sekeluarga, itu pun sudah memadai.
|
KErang Bakar dan semua yang sudah siap. Buah-buahan dan juga Jus Tembikai! |
|
Kek Aiskrim sponsored by Angah! Laju je kek ni habis, sebab dalam dia aiskrim! |
Upacara memotong kek pembuka hidangan oleh atok bersama cucu-cucunya. Baru 6 orang! Itu pun dah gamat!!
|
Aisyah-Atok-Umairah-Wafa-Hariz. Sorang tengah merajuk, sorang lagi masih kecik. Tak dapat nak turut serta. |
|
Haa ni masa dah habis separuh. Dah mula cair! Tapi sedap, bolehlah nak tempah tu kat LADYZA. |
Alhamdulillah, walaupun keluarga tak besar sangat, tapi nak kumpul semua pun bukan boleh selalu. Buat event simple macam ni pun kira Ok lah, bukan perlu bajet besar-besar sangat. Ohh yang best bila masih bergelar student, belum kena keluar duit lagi. hehe =D
Hari Ahad dilalui dengan aktiviti ke swimming pool, tapi budak-budak tu je yang terjun sampai ada yang lemas. Tulah nak tunjuk hero sangat. -____-'' Then petang ahad masing-masing dah pulang. Isnin nak sekolah kan? Kita ni je yang cuti salah timing. Bila orang cuti kita tak cuti, bila kita cuti, tak ada kawan yang cuti. Apelah nasib. Moga bertabahlah warga UIA sekalian! hehe =D
Isnin! Pagi-pagi lepas breakfast, start enjin kereta, jom ke kebun!!!! Pergi kebun, sekarang tengah ada pokok timun!
|
Tu dia timun yang sudah pun saya petik. haha |
|
Timun-timun yang telah dipetik oleh pekerja abang saya. Beberapa bakul sebelum diambil peraih! |
|
Ambir gambar sebelum balik. Panas hey kat ladang ni! Ok tu pokok timun yang berbatas-batas tu! =D |
Alhamdulillah, setakat ni cuti penuh dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah! Lagi, jadi
domestic engineer kan! So, sibuk lah kononnya! haha Sekian berita daripada saya!
Oh, mahu tahu 1 fakta? Kenapa kampung menjadi pilihan? Sebab bila nak masak, kalau tiba-tiba serai tak ada nak masak, ambil je tepi rumah. Tak yah nak riau-risau. Awak yang baca ni, suka tak kampung? ;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^
4 comments:
udang itu best
lame x mkan uarghhh
Betul! Kat kampung semua ada.. Tinggal nak gi petik jer, takyah kuar duit.. Kalau kat bandar, semua nak mengharap beli kat kedai.. =)
huwaaaa
lame x mai lawat seha
sehat kan?
heeee
rindu2
kek tu menggoda nyeeeeee
cili api, pandan, halia, kunyit, limau ksturi, daun pisang, kencur.. kalau rajin bercucuk tanam, ade laaa.... :-)
Post a Comment