Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

February 4, 2013

5 Rules To Be Happy :)



Early to bed, Early to rise. Makes people healthy, wealthy and wise.

Rise and Shine!

Live from inside. In order to make others happy, you yourself should be happy first!

Never forget to rise with hamdalah(alhmadulillah), so that, we can get blessing from HIM.

and.....



SMILE :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 5, 2011

Mati Yang Bagaimana Dianggap Mulia?

Assalamualaikum! rupanya bila pulang ke kampung lagi susah mahu menjengah belog ini. Huhu terima kasih kepada yang memberi komen, nanti cheq balas sorang-sorang deh. hehe  

Dalam hidup ni, kita selalu menilai dari apa yang kita nampak, senang cerita, luaran nya lah kan. Kadang dari luarannya kita nampak dah dia alim, baik, berakhlak mulia dan sebagainya.

Ok, nak ambil masa anda sikit. Sekarang, aku ada 2 situasi si mati. Jadi, situasi yang mana 1 merupakan situasi mati yang dianggap baik?

Situasi 1 :-

Si mati meninggal di dalam Masjid jam 4.30 pagi Jumaat.


Situasi 2 :-

 Si mati meninggal dalam tandas.


Ok, sekarang, beritahu aku, situasi yang mana 1 yang lebih baik agaknya?



p/s: entri pendek sahaja, saantai-santai gitu. hehe ;) 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 17, 2011

Kalau Penjenayah, Pistol Yang Salah, Bukan Dia

Salam semua. Macam mana hari ni? Sihat? Ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku? Ada nampak apa-apa perbuatan yang sakit hati je tengok? Biasalah tu kan, dunia ni, nampak macam aman, tapi jenayah berlaku di mana-mana  kan? Jadi, kenalah waspada selalu. :)

Sekarang ni, macam-macam perkara berlaku kan? Jenayah banyak. Walaupunsibuk cakap, jenayah membawa padah, tapi penjenayah tak takut pun. Sebenarnya siapa yang salah agaknya?

Kelas leadership Sabtu lepas, I learned something.

Orang kata, siapa yang salah sebenarnya ..?



"It is not because of the gun, but the person besides the gun."

Tapi ada cerdik pandai sambung lagi sebenarnya ..

"It is not the gun, and it is not the person besides the gun. But, it is the soul inside the person besides the gun."

Pucuk pangkalnya hati. Renung-renungkan dan selamat beramal!! :)

Jangann lupa mulakan hari ini dengan senyuman :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 16, 2011

Pelajar U Suka Buat-Buat Busy Body

Salam semua. Selamat pagi. Bangun dah semua? Kalau dah dok menghadap blog ni, of coz lah korang dah bangun kan? haha apelah FS ni. Fs minta so sorrymorry sebab semalam tak sempat balas jejak. Ada program sampai malam. Balik dah malam, terus pengsan. Kononnya nak tengok Running Man. Aih, tak jadi. Mengantok benar. 

Semalam ada Induction Course Kelab Titian Asli UIAM. Dari petang sampai malam. Ini kali pertama aku jadi committee untuk program. Jadi PC. Tahu PC tu apa? PC tu Program Co-ordinator. Hmm, overall, dari segi pengurusan masa program itu, alhamdulillah, aku dapat buat ikut timing yang seperti dalam plan.

Tapi, aku rasa sebagai PC untuk program pertama ni, aku gagal kot. Haih. Kenapa? Sebab PC sepatutnya yang conduct semua program semasa program berjalan. Tapi semalam, aku banyak dibantu dengan PM (Program Manager). Hamik kau, masa postmortem kena. PM SEPATUTNYA TAK BUAT APA-APA SEMASA PROGRAM BERJALAN. Haha tersedak sekejap. Huhu maka mengaku, saya salah, saya tak patut bagi PM buat kerja.

Tak mengapalah. Itu pengajaran kan. Pertama kali, mesti lah ada yang silap. Masih belajar lah katakan. ;)

Ok, stok BUSY bermula. Bukan Busy Body. tapi memang busy betul hehe Disebabkan nak exam pertengahan semester dah. Jadi terpaksalah meng anak tirikan blog ini. Nanti bila ada masa kejap-kejap aku lawat kau ye blog.

Now I am a busy BEE
Tak boleh nak main-main. Kuiz hari tu pun teruk gila. So, 2 minggu sebelum cuti pada 31 Januari 2011. Aku bakal berdepan dengan ini semua. Jom lihat senarai :-

  • 2ND QUIZ FOR INTERMEDIATE ACCOUNTING - (18/01/2011)

  • 2ND QUIZ FOR COST MANAGEMENT - (18/01/2011)

  • 2ND MIDTERM FOR MARKETING PRINCIPLE - (19/01/2011)

  • MIDTERM FOR DECISION SCIENCE - (23/01/2011)

  • MIDTERM FOR FIQH FOR ECONOMIST 2 - (25/01/2011)

  • GROUP EXERCISE COST MANAGEMENT - (27/01/2011)

  • MIDTERM INTERMEDIATE ACCOUNTING - (28/01/2011)

Say bye bye to playing around.
Say bye-bye to wasting time.
Say bye-bye to surfing too long.

Pray for Me ye korang yang baca ni. Nanti cuti je, FS terus terjah laju-laju blog korang. Buat masa ni, akan tetap membalas jejak. Tapi tak kerap.

Sibuk ni bagus, mengelakkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang membuang masa dan tidak berfaedah. Jadi jangan takut bila anda disibukkan dengan kerja-kerja itu semua. Walaupun sebenarnya aku stress, haha tapi, kena SENYUM. Sebab bila senyum, otot yang digunakan lebih sedikit daripada bila kerutkan muka. Hehe

Kalau stress senyum dengan buku. Hehe Tamau stress-stress ye! ;)
Oklah. Wish me luck! Fasihah boleh! oh My God.. I miss them.. -___- Rasa nak balik umah sekarang gak! 

Rasa macam nak buat contest lah, nak buat contest apa ye? Hmm.. Ok2, nanti FS fikirkan. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 28, 2010

Komitmen Bertambah Setelah Masuk Minggu Ketiga

Salam dari FS kepada semua. Minggu ketiga ni komitmen bertambah, jadi kena arrange masa betul-betul.

  1. Tadi dapat maklumat hari ni dah start kelas UBS. So, petang ni kelas full sampai 6.30.
  2. Malam ni pula? Ada Annual General Meeting untuk kelab pula. Pukul 8.30.
  3. Baru minggu ketiga dah ada midterm! Pergh... So, esok bakal ada TEST 1 MARKETING PRINCIPLE pada jam 11.30 pagi. Semoga FS dan kawan-kawan boleh menjawabnya. Amin
  4. Khamis ada 2 kuiz! Pagi Kuiz Intermediate Accounting, petang Cost Management.
Wah..macam kena menganak tirikan blog sekejap lah macam ni. Haru lah esok test. Marketing ni subjek membaca, kalau buka buku ni, FS rasa nak tidur sahaja. Apa mahu jawab lah esok ni..
Intermediate Accounting ngan Cost Management tuh pun..huhu Belajar rasa macam faham sokmo. tapi bila jawab soalan, haru biru sampai tergaru-garu kepala tu! Mana tidaknya, accounting belajar benda basic tapi soalan dia,huhu memang tip top lah, tambah dengan penggunaan bahasa Inggeris dia yang sangat tinggi. Kadang-kadang baca dua tiga kali tak faham dia nak apa.

Itulah pentingnya english education. -Petikan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Apapun, kawan-kawan FS yang baca ni, semoga dipermudahkan! Moga FS pun boleh jawab. Amin..

FS kata: jalan-jalan sini jangan lupa tinggal jejak. Nanti FS balas jejak. InsyaAllah. Kuiz, kuiz, test.. test test marketing. Apa itu marketing? Jom baca buku. baca jangan tak baca.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 8, 2010

Manusia Tak Berhati Perut

Credit
Apa kena mengena gambar ni dengan perut yang tiada hati? Jom baca kisah selanjutnya.

Hari tu, ada cerita tentang Manusia Yang Kejam kan? Yang ini. Hari ni nak cerita manusia tak berhati perut pula. Haisy, tahu maksud tidak berhati perut tak? Ni simpulan bahasa kalau tak silap. Maksud dia orang tak ada perasaan. Tak tahu belas kasihan. Hati dia keraslah senang cerita.

Tiba-tiba teringat, haa.. TAK BER PERI KEMANUSIAAN! (tak tahulah betul ke tidak ejaan dia)

Mari kita ikuti perbualan antara aku dan my mom pada beberapa hari yang lepas. Waktu itu, kami dalam perjalanan pulang dari rumah kakak kepada my mom.

*****

Mak: Tadi, masa kita datang, dua-dua tengah nangis sebenarnya. 
Aku: Iye ke mak? Tak perasan pun? Tengok biasa ja. (aku wat tak endah je, sampai, yang aku buat, baca kosmo! mana nak sedar,ish)
Mak: Iye. mak yang pergi jumpa kakak mak tadi. Dia tengah nangis sambil pegang penyapu kat belakang rumah.
Aku: Owh.. (tahu aku ikut ke belakang.huhu)
Mak: Kaki anak dia bengkak. Besar. Perasan tak tadi? Kaki Kak Su bengkak besar kan?
Aku: Aah. Kenapa?
Mak: Kesian, dah pergi mana-mana klinik, kerajaan, swasta semua. Doktor kata tak ada apa-apa.
Aku: Hah? Boleh pulak gitu..

 (senyap seketika)

Mak: Dah cuba pergi Darus Syifa'. Katanya ada orang hantar kat dia.
Aku: Pulak. Siapa pulak punya kerja. Dahlah dia ibu tunggal. Siapa lah kejam sangat tu mak? (gaya macam nak pergi cari, nak wat smackdown)
Mak: Itulah, bekas suami dia kan kawin lagi.
Aku: Tahulah tu mak. Apa kena mengena kawin dengan benda-benda macam ni pulak?
Mak: Isteri baru dia jenis orang yang suka jumpa bomoh. Jenis yang guna pakai ilmu hitam. rasanya memang tak ada orang lain yang hantar. Memang dia. Sebab kes mintak nafkah anak-anak dia tak selesai lagi.
Aku: Hmm.. apelah kejam sangat. Dah laki dia kena kebas, sekarang kehidupan dia pulak nak dihuru harakan. Manusia.
Mak: Entahlah cik. Kesian mak tengok. 

*****

Ok, cukup sedikit sahaja. Kisahnya, ibu tunggal ini baru diceraikan oleh suaminya. Laki dia main dengan perempuan lain. Sayang seribu kali sayang, perempuan itu bukanlah dari kalangan yang baik-baik. Aku fikir, dia pun dah kena guna-guna. Itu sebab dia ikut je cakap bini baru dia. Kata kawan kepada bekas laki dia, laki tu sekarang dah macam orang bodoh. Perempuan sihir tadi (sesedap hati aku je) mungkin dah tundukkan laki dia ni. Laki ni ikut ja cakap isteri baru dia. dia beli macam-macam atas nama isteri baru dia.


Haihhhh...Anda rasa tak apa aku rasa? terbakar berasap-rasap. hehe Hiperbola itu. Apapun, aku terasa sangat amat jahat lah manusia macam itu. Dia telah memporak-perandakan rumah tangga orang, lepas itu, memperbodohkan orang. Yang penting, korang sedar tak? dia memang betul-betul jauh dari agama dah. Islam atas IC je. Astaghfirullahalazim..


Cuba tengok 7 Dosa Besar ni, Ilmu hitam antaranya tahu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”  -Riwayat Muslim-

FasiHaH Kata: Mak aku pesan. rajin-rajin baca Al-Ma'thurat. Banyak kelebihannya. Antaranya dapat menghalang anasir jahat seperti sihir ini. Semoga Allah melindungi kita semua.  Aku tahu, korang yang baca ni tak ada macam ni kan. baik-baik semua. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 5, 2010

Hujung Minggu Yang Banyak Majlis Perlu Dihadiri

Assalamualaikum, Morning people! Hari ini, aku memang tak ada mana-mana jemputan, bawah umur. haha Tapi, kena jadi supir. hehe Hantar parents sana sini. Ok, cukup sampai situ.

Hari ni buat apa? Ha, yang pasti aku tahu, yang baca blog ni, confirm tengah blogwalking. Aku sengaja buat 1 post pagi ni, tentang majlis.

Cuti sekolah ni banyak benar majlis. Ada 1 majlis yang akan aku pergi hari ni, majlis sampai 4hari tahu? Kalau korang, korang nak buat berapa hari pula? Jom tengok perjalanan majlis dia,


  • Jumaat - kenduri doa selamat
  • Sabtu - jemputan para tetamu dari selepas asar hingga malam
  • Ahad - jemputan tetamu lagi hingga petang
  • Selasa - jemputan muda mudi rakan sekerja pengantin. Wah! Mungkin ambil berkat Awal Muharram lah tu, cuti kan.

Oh ya, itu adat orang jawa kat Selangor. Kenduri dia 2hari. Sabtu Ahad. Kalau orang melayu kan 1 hari sahaja kan? Nanti bila-bila aku cerita adat jawa kat Selangor ni.

Kalau korang, nak lawan ke yang ni? 4hari tu.. kau orang macam mana? Kot-kot ada yang nak buat 7hari 7malam kan. Hehe

Ok lah, perlu beredar. Dah jenguk-jenguk ke sini, jangan lupa tinggal komen dan jejak tahu? :)

FasiHaH Kata: buat sederhana sudah, 4hari, besar belanja. huhu Apapun, bak kata kawan aku, kalau orang kaya, tak mengapalah. Oh ya, ingat tau! sapa yang ke 3500 tolong print screen dan emel kat aku, kalau nak lah topup tu,kalau tak nak tak pa ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 1, 2010

Fahamilah Perasaan Bloggers!

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua readers!
Tuan punya blog mahu ucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua yang sudi bertandang ke blog -FasiHaH SupiaN- dan menaikkan UV aku. Aku baru dapat online. Sedih sikit. Tak dapat nak jenguk banyak blog. Waa.. sedih la, korang rasa tak apa yang aku rasa nie??

TENSION!!!!!

[ Melampau tak? Bukan tension pasal kerja, tapi tension sebab tak dapat online untuk jenguk blog. huhu Credit ]


Mana tak tension, nak online tak ada laptop!
Laptop rosak!
Nak online kat rumah, kena tunggu abang yang kerja balik rumah,baru boleh online!
Kalau dia nak guna? Sekejap sahaja boleh online!
Tak sempat nak link balik blogwalkers yang datang blog!

Korang faham tak apa aku rasa??
Faham??
Hehehe

Bukan marah wey...
saja..nak tahu, korang macam aku tak kalau dalam situasi macam ni agaknya?

So, terima kasih kepada semua blogwalkers, aku cuba BW ke semua blog yang jengah and tinggal jejak kat shoutmix tue dalam masa yang boleh ni ye. :)

Kamu tahu kan perasaan ini? Eceh.
Nak berkongsi ja. Senyum sambil kenyit mata. ;)

FasiHaH Kata: Itulah, korang jaga laptop korang baik-baik tahu? Aku serik betullah bila laptop rosak sahaja. Itulah, dulu mula-mula beli laptop tak banyak ilmu tentang macam mana beli laptop. Kena terima padahnya. =____='

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 30, 2010

Ada Apa Dengan Kelambu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Pagi ini nak cerita pasal Kelambu. 
Orang selalu kaitkan Kelambu dengan Nyamuk. 
Aku nak kaitkan Kelambu dengan Kampung.
Lepas itu aku nak kaitkan lagi Kampung dengan ketenangan.
Mari geledah, apa sebenarnya Kelambu yang hendak aku ceritakan. 
Senyum sambil kenyit mata sebelah. ;)

[ Credit. Ini yang selalu orang fikir, cakap Kelambu, dibilang banyak Nyamuk. ]
Ok, aku sebenarnya anak kampung. Aku sangat suka duduk di kampung. Kalau ada peluang untuk buat rumah sendiri pun, aku nak pilih kampung juga. Kau orang suka tak dengan Kampung? Kampung tenang saja. Jadi, nak dijadikan cerita, nama kampung aku ialah KAMPUNG SUNGAI KELAMBU. haa.. Jangan gelak pula! Aku dulu selalu kena gelak kalau cakap nama kampung aku ni.

[ Selamat Datang Ke Kampung aku. ]


" Hahaha. Kelambu? Mesti adabanyak nyamuk kan. "

" Ha? Sungai Kelambu? Kat mana tu? Macam terpencil je! "

" Hahaha kau duduk dalam Kelambu saja tahu, Tak pernah nak keluar Kelambu. Macam katak dalam tempurung. "


Ya, itu antara reaksi mereka. Ingin aku beritahu, tak semua lah cakap macam ini. Ada sebahagian yang tak tahu akan pelik dan timbulkan persoalan yang begini. Mungkin dengar macam 1 Kampung yang duduk di pedalaman. Eh, Kampung aku popular juga apa. 
  • Kampung aku ada Elektrik. 
  • Kampung aku ada air.
  • Jalan lengkap.
  • Sistem perparitan ok.
  • Sekolah ada.
  • Padang ada. Dewan ada. Semua ada.
  • Line MAXIS kat sini kuat tau. 
  • Streamyx boleh saja nak pasang.
  • Masjid pun Cantik. Dah dua kali jadi Johan Masjid peringkat Daerah ke Negeri? Eh, lupa abah aku ada cakap. Tapi lupa pula. Apalagi? 
  • Kelengkapan semua cukup. 
  • Ha, lagi 1 ada ramai pengusaha Kerepek dan Usahawan IKS kat sini. 
  • Nak pergi Pekan Banting, sekejap saja, dalam 10minit sudah sampai. 
So, bukanlah kampung yang ketinggalan dek era pemodenan Ok! Aku mula-mula dulu pun pernah malu nak cakap nama kampung kalau orang tanya. Tapi sekarang tak lagi, inikan warisan Nenek Moyang. Kena lah jaga untuk generasi mendatang kan?

Antara yang menjadi tarikan di Kampung aku. Paling utama memang KEREPEK. Sebab ada JAEZ. Jaez pula dekat dengan MASJID. Memang selalu sahaja nampak bas-bas dekat area kilang dan MAsjid.

[ Masjid Ar-Raudah Sungai Kelambu ]

[ Klinik Kesihatan ]

[ Yang ini memang sentiasa menjadi perhatian di kampung aku. JAEZ. ]

Ha, ada kisah. Ini kisah sepupu. Dia dapat belajar kat SBP. Mula-mula daftar, orang tanya, dia selamba saja cakap dari Kampung Sungai Kelambu. Lepas itu kawan-kawan dia gelakkan. Terus, lepas itu, dia perkenalkan diri dia, dia duduk kat Kampung Sungai Lang. Kampung sebelah Sungai Kelambu.

FasiHaH kata: Janganlah gelakkan nama kampung kami. huhu Kami pun manusia apa! Makan pakai semua cukup. Bukan kami tak pakai baju. Bukan kami ternak nyamuk. Tapi nama kampung kami yang sedia ada KAMPUNG SUNGAI KELAMBU. So? Jangan pandang kami sebelah mata tahu? ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 29, 2010

Topik Hangat Bila Umur Sudah 20

Bila cuti kat rumah, aku tengok tak ramai kawan-kawan 1 uni online. Cuti ni pun membuatkan aku makin malas nak buka laman sosial iaitu FB. Aku layan satu itu sahaja. Cuti ini, kalau dapat online, aku pergi baca blog orang. Antara Bloggers yang rajin update yang aku follow. 1. BEN ASHAARI 2. Dunia Sebelah Zara 3. Izamir Ridzwan

Ok, fitrah manusia yang menjadi pelajar seperti aku. Bila musim Kuliyyah, nak balik umah saje tahu. Kalau boleh tak mahu pergi Kuliyyah, nak cuti goyang kaki di rumah.

Tapi, bila cuti macam sekarang ni pula, sibuk nak pergi Kuliyyah. Bosan katanya. Huhu adakah aku seperti itu juga? Tapi, aku memang benar suka cuti. Kalau dapat berjalan-jalan lagi menjanjikan kepuasan. Kat rumah ni lah kalau bagi aku, nak layan novel, layan cerita kat TV, mendownload segala bagai. Masa inilah. Lagi? Masa inilah nak rasa mak masak. Tak perlulah update status boring kat FB. Sepatutnya kenalah cari aktiviti yang boleh mengisi masa cuti ni. Biarkan lebih bermakna.

[ Credit. aku cari gambar kat Google, tiba-tiba ada gambar dia. Pernah tengok Personal Taste? Ini dia Heronya ]
Aku cari gambar yang sesuai untuk "Kerana dirimu begitu berharga" tapi banyak gambar Siti Nurhaliza je, and bila scroll down laju-laju tiba-tiba nampak gambar atas tu. Fall in love terus. Hehe Joking Ok! ;)

Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Bila sudah menginjak dewasa. Eceh. Fasihah, kau dah dewasa sangat ke ha? Semalam ada orang cakap, aku sudah dewasa! Tapi perlu diingat dewasa dan matang macam tak sama sahaja. Ke sama? Ejaan yang lain. Itu aku tahu lah. =__='

So, bila umur dah ada 2 kat depan tu. Topik yang hangat apa? Memang KAHWIN lah. Sokong tak? Aku pulak ada beberapa kawan yang memang nak sangat kahwin tapi belum tercapai disebabkan beberapa masalah. Bila jumpa kawan lama pula, soalan popular, "Bila nak kahwin?" haha tapi Batch aku sekolah menengah tak ada lagi lah yang kahwin. Dekat Uni aku pula, kahwin awal bukanlah sesuatu yang luar biasa. :)

Kedua. Lagi apa yang selalu jadi topik hangat? Ha, ISU SEMASA. Yang ini kalau kawan-kawan aku memang hangat. Isu Semasa ini tak semestinya Malaysia, selalunya yang paling hangat Isu Semasa kat Uni lah. Kalau tiba-tiba ada Spot Check mengejut. Ada Road Block. Haha Biasalah tu kan?

Lagi, bila masa belajar ni, topik yang paling hangat bila jumpa, ASSIGNMENTS yang banyak tak sudah-sudah. Lagi  PRESENTATION. KUIZ dan macam-macam jenis TEST. Yang ni setuju tak?

Bila umur dah dua digit. Pulak tu dimulakan dengan 2. Apa lagi yang selalu jadi topik hangat? Aku dengan kawan-kawan kat Uni, rasanya pusing-pusing yang kat atas ni lah yang hangat. Oh, tak lupa. Lagi 1 yang hangat, bila kawan sudah ada buah hati. Hangat ke topik ni? Mana tak hangat, bila mana kawan-kawan tukar status, lepas tu kita next to bilik dia pun tak tahu. Kalau jumpa kawan-kawan lain, semua nak tanya. Aiyoo, kalau aku tak tahu, nak jawab apa? Peka benar kalau isu yang ini! Haha XD

Apa lagi yang hangat? entah, pusing-pusing pun itu. Oh ya, kat Uni, kalau pergi Cafe, masing-masing suka tengok TV. Mungkin juga cerita-cerita Sinetron di TV juga topik hangat. Mungkin lah. Sebab aku tak tergolong kat situ. ;)

Ha, yang ini. Aku terlibat. MOVIE. Lagi-lagi KOREAN. Senior sebilik ada External, penuh dengan Cerita Korea. Dialog ini memang selalu. "Eh, kau ada cerita ni tak?" "Eh, kau dah tengok cerita tu?" Haha itu dah biasa. Tapi ada 1 cerita yang bukan KOREAN yang aku sangat suka.

[ Credit. 3 IDIOTS. Aku memang suka tengok. ALL IZ WELL. ;) ]

Tapi, ini dari kaca mata aku. Apa yang aku lihat dan aku rasa. Orang lain aku tak tahu. Ini pendapat sahaja dan sekadar suka-suka. Bolehlah kalau mahu bertukar-tukar pendapat. Apa yang hangat dibincangkan bila bertemu. Senyum sambil kenyit mata. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Bengang Dengan Manusia Yang Kejam

[ Credit: Jangan fikir diri itu sudah cukup bagus. Nanti kena bakar baru tahu. Neraka tu panas tahu. ]
Salam Isnin semua. Senyum dalam kegeraman. Kenapa bunyi entri kali ini macam marah sangat? Bukan marah sangat tapi geram. Geram dengan sikap segelintir manusia yang suka tunjuk dan cakap diri bagus sangat. Aku duduk rumah cuti ni, banyak melihat dan mendengar cerita masyarakat serta saudara-mara. Aku geram dengan sapa? Sapa yang tunjuk bagus sangat itu? Itu tak perlu diberitahu di sini. Itu urusan dia dengan Tuhan. Aku cuma nak kongsikan rasa yang membuak-buak di hati ini. Muka merah padam tapi belum berasap lagi. :D

Cuba lihat antara bait-baik pertuturan yang boleh membuatkan aku jelik. 

Ada seorang hamba Allah, pergi menjemput saudaranya untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Boleh dia kata macam ni?

"Alah, aku ni tak sihat. Badan sakit-sakit. Masa rumah kau buat majlis entah ada lagi entah tidak."

Kalau betul tak ada baru tahu! Aih, geram betul. Banyak dengar cerita dia yang suka macam ini. Sudah jelik dengar nama dia. Rasa nak terkeluar semua isi perut bila dengar nama dia. Ok, tipu. Cuba tengok pertuturan yang ini pula bila dijemput.


"Kau doakan lah aku sihat, panjang umur ye. InsyaAllah aku datang nanti."

Kan sedap didengar itu? Lagi 1, tahu tak kisah Nabi Muhammad s.a.w semasa nak jawab pertanyaan orang kafir. Bila Nabi s.a.w berkata dia akan beritahu jawapannya. Dia lupa nak ucap InsyaAllah. Akibatnya, dia tidak dapat menjawab soalan kafir pada waktu yang diberikan. Selepas itu baru Nabi s.a.w sedar dia lupa nak cakap InsyaAllah diakhir pengucapan.



Ok, mari lihat lagi. Antara pertuturan yang memang buat aku dah tak tahan nak dengar nama dia lagi.

"Alah, anak dia guru sangkut. Guru bawah JAIS bukan Kementerian."

Makcik, andai bagus kalau makcik baca entri saya ini. Hampa. Yang penting rezeki yang dicari HALAL. Rezeki tu daripada ALlah. Saya tahulah anak mak cik guru bawah Kementerian. Mak cik, tapi Makcik perlu ingat, kita nie walau lain pangkat, kita semua sama. Manusia, yang entah bila akan dijemput Allah semula. Pangkat dan darjat tak boleh bawa masuk kubur mak cik. Amal jariah dan Ilmu yang bermanfaat tu bolehlah kalau makcik nak tahu. Tapi mak cik mesti sudah tahu. Mak cik kan BAGUS.

Sekejap,sekejap, perasan tak tu? Guru Sangkut, sesuka hati dia sahaja! aih. Geram.


"Alah, buat kenduri ni semua anak-anak yang belanja. Aku tak keluar walau sesen pun"

Ialah mak cik.. Anak-anak makcik memang bagus. =___='
';.,mm,m  

"Aku baru lepas baca-baca sikit tadi. Alah, nak buat apalagi. Ngaji-ngaji lah sikit."

Kena ingat kawan. Amalan tu kalau baik macammana pun,kalau Riya'. Membunuh! Amalan dan Ibadat kita entah sempurna entahkan tidak. Tiba-tiba kita nak sebar-sebar pula kat orang. Sayangnya! Tiada rasa sekelumit rendah diri kah? Adakah kau tidak mengetahui orang yang mendengar kata-katamu itu terasa? Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya. Semoga kita semua terjaga dari perbuatan menunjuk-nunjuk tersebut. Don't show off! kata orang Jawa. Senyum.

FasiHaH kata: Mungkin sebab itu orang kata, Think before speak. Ini peringatan buat aku dan rakan-rakan. Sebab itu juga IKHLAS itu suatu yang sangat tinggi nilainya dalam kehidupan seharian. Sama-sam aberingat dan beramal.

Buat Pembaca: Ok, aku tahu,korang semua yang membaca ni tak seperti dalam cerita kan. Korang baik semuanya. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 25, 2010

Gadis Itu Menjerit

[ aaaAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (lepas geram) ]
Terima kasih Encik Google untuk gambar tersebut. :)

Kehadapan pembaca yang disayangi. eceh. Aku kembali dengan cerita GADIS lagi. Mahu berkongsi banyak cerita, tapi tiba-tiba siang tadi dapat info mengenai GADIS ini lagi. Membawa aku ke laman sesawang ini untuk bercerita lagi mengenai dia. 

Mana yang baik itu, kita jadikanlah sebagai peringatan buat diri. Yang buruk pula, kita jadikan sempadan agar kita terlindung daripada yang buruk itu. Sudah baca entri pertama mengenai GADIS ini? Kalau belum, Klik sini. 

Sekali lagi peringatan, segala nama watak dalam cerita ini adalah bukan nama sebenar. Siapa antara mereka, biarlah aku dan mereka yang tahu sahaja tahu.

*****

Pagi itu.. masing-masing ada dunia mereka sendiri. Termasuk aku yang berada di awangan lagi. Tiba-tiba terdengar suara Mak memanggilku.

Mak: Cik, cik.. ooo cik!
Aku: ha..haa.. ada apa mak?? Kenapa? kenapa?
Mak: Dengar tak tu bising-bising?
Aku: (masih blur baru sedar dalam nyata) Dengar apa mak?
Mak: Tak dengar ke suara orang perempuan jerit-jerit marah-marah tu?
Aku: (sambil tercari-cari aku berjalan mendekati mak)
Mak: Dengar tak? Itulah Aliah.
Aku: Ha'ah lah, ada dengar, kuat juga. (tiba-tiba bulu roma tegak)
Mak: A'ah, dialah tu, tak tahulah kenapa pula hari ni. Dah datang lagi kot sakitnya.
Aku: Alamak, takut pula dengar. Tak ada orang tolong dia ke mak? 
(haha gaya macam nak pergi cari dia dan tolong saja. Padahal sendiri pun takut)
Mak: Kadang-kadang tak ada orang kat rumah. Tapi Wak Zarah sebelah umah dia tu ada. Kalau mak abah dia tak ada. Abang-abang dia tak ada, Wak Zarah lah tolong tenangkan dia.
Aku: Kenapa sampai macam tu sekali.
Mak: Dengar tak? Dia macam mencarut kan?
Aku: aahlah. Macam-marah-marah. Jerit kuat. Takutlah.
Mak: Kadang-kadang macam tu lah kalau tiba-tiba datang sakitnya.

Jantung dup dap dup dap sambil meluru masuk ke rumah. Menerjah angah di dapur.

*****

Aku: Angah, Angah, dengar tak? Dengar tak?
Angah: Kenapa cik?
Aku: Alaa,dengar tak orang jerit-jerit tu?
Angah: Mana?
Aku: Pergi depan pintu, nanti jelas sikit.
Angah: Ha'ahlah. Itu ke yang mak cerita tu? Aliah?
Aku: Aahlah. Takutkan. Kesian kat dia.
Angah: Tak ada sapa tolong ke?
Aku: (kebetulan setelah 15minit begitu, Aliah pun berhenti menjerit-jerit) Entah la Angah, mak kata kalau tak ada orang kat rumah dia, Wak Zarah yang tolong tenangkan dia.

Aku dan Angah senyap. Masing-masing hilang dalam pemikiran tersendiri.

*****

Angah: Angah taklah terkejut sangat. Dah pernah alami dah.
Aku: Hah? Masa bila pula?
Angah: Kat sana ada juga macam ni. Adik Abang Ngah kan ada masalah juga yang Angah cerita dulu. Yang masa dia balik dari PLKN kat Sabah tu. Macam tu lah dia kalau dia sakit. Ingat tak yang Angah tengah pregnant, Angah cerita, dia kejar Angah tu? Macam itulah sakitnya.
Aku: Kasihannya mereka. Sakit yang sama. Mungkin tekanan. Tapi mungkin punca sahaja yang berbeza. 
Angah: Kenapa Aliah jadi macam tu?
Aku: Sebab lelaki.
Angah: Sekurang-kurangnya, tahu juga sebab apa. Kalau adik Abang Ngah tu, tak tahu sebab sebenar pun. Tahu-tahu balik PLKN jadi macam tu. Tak ke pening dibuat mak ayahnya.
Aku: Habis tu Angah, apa dia buat sekarang?
Angah: Macam tu lah. Ada kat umah. Tak buat apa-apa.
Aku: Habis, dah tak jerit-jerit macam dulu?
Angah: Sekarang dah tak macam tu, sekarang dia dah pandai makan ubat.
Aku: habis tu? Dulu tak pandai makan Ubat?  
(gaya budak kecik banyak tanya, kalau sekarang dah pandai, dulu tak pandailah seha oi. aduhai )
Angah: Dulu kena paksa dia makan ubat. Susah. Sekarang tak perlu paksa dah. Dia tahu makan sendiri.
Aku: Ngah, ngah, eh, peliklah, orang-orang macam ni, dahlah tekanan. Dok umah terperap je, tak boring ke? Bukan makin tekanan ke Ngah?
Angah: Hmm.. Kalau semulajadinya budak tu memang jenis yang suka duduk umah terperap. Kalau jadi macam ni, itulah yang terbaik buat dia. Kalau macam kita ni, duduk umah saja, mau kita yang jadi tekanan. Keluar tidak, jumpa sedara tidak, kalau kita mungkinlah tekanan. Mereka mungkin tidak.
Aku: Oh..
Angah: Cubalah bawa dia pergi Hospital kat Klang tu. Dia tak pergi berubat mana-mana ke?
Aku: entahlah. Tak tahu pula.

[ Credit to Pak Cik Google lagi untu Danbo ini. Gelapnya, terperap di rumah sahaja tanpa melihat dunia luar ]
*****

Ya mungkin penyelesaiannya antaranya pergi ke Hospital Sakit seperti itu. Nak buat bagaimana, kalau kewarasan sudah hilang. Ibubapa memang perlu ikhtiar melalui pengorbanan yang sangat besar. Bukan berdoa sahaja. 

Perasan tak? dah jadi 2 GADIS sekarang. Tak mengapa, cerita mereka hampir sama. Tapi puncanya yang berbeza. Munngkin.

Bagi aku, alangkah baiknya jika setiap masalah itu ditangani dengan kembali semuala kepada Syariah. Al-Quran dan As-Sunnah. Janganlah hilangkan kewarasan berfikir dan kewarasan agama hanya kerana masalah. Mungkin itu antara sebab mengapa terus dibelenggu tekanan.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram."

( AR-Ra'd : A : 28 S : 13 J : 13 M/S : 252 )

 *****

Pagi tadi Wak Zarah datang ke rumah. Tak lama selepas itu Wak Min pula. Tujuan mereka berbeza. Tapi tiba-tiba terbuka topik Aliah. Itulah topik yang paling hangat kalau ada mereke berdua. Kerana mereka yang lebih tahu keadaan Aliah. Mereka yang tolong dan selalu lihat Aliah.

Aku tidak bersama mereka. Sibuk mengemas. 
(Kononnya, sampai gelas pun pecah kat dapur. apa entah dibuatnya, gelas pun boleh tercampak.)

Cerita sebenar, Sebenarnya Aliah memang sejak dari lepas keputusan SPM keluar, dia sedikit murung. Pernah kami dengar dia berjalan ke Sekolah Rendah malam-malam memakai telekung dan duduk di depan sekolah. Mungkin dia berasa gagal kerana tidak mencapai apa yang dia target. Tapi, dia tak ada menjerit-jerit macam sekarang ni menurut Wak Zarah.

Cerita Wak Zarah lagi, dia memang tak mesra dengan keluarganya. Dia tak berkongsi cerita dengan keluarganya. Semuanya dia simpan sendiri-sendiri. Bila abangnya mengusik, dia akan melenting. Tapi sekarang memang lain, kalau tiba-tiba dia teringat ke apa tak tahulah. Memang parah jugalah. Antaranya,

"Apa kau ingat kau baik sangat ke?"

" Blah la kau "

" Aku benci dengan kau "

Itu antaranya. Yang mencarut tu, memang selalu keluar kalau dia jerit-jerit dan marah-marah. Tak perlu aku sertakan apa yang dia mencarut.

Menurut Wak Zarah, mungkin memang benar peristiwa malam itu menyebabkan tekanan dia makin tinggi.


Mari kita lihat kronologi dia:-
  1. Tak mesra dengan ahli keluarga dan suka menyendiri.
  2. Hilang pertimbangan sejurus selepas menerima keputusan SPM.
  3. Tak pernah keluar rumah, hanya bersendiri dengan dunia sendiri. Bukan tak pernah keluar langsung, pernah. Tapi tak selalu dan tak rapat dengan masyarakat. Kalau dengan keluarga pun tak mesra, apatah lagi dengan masyarakat.
  4. Mengenali cinta manusia yang bernama lelaki dan penipu. lelaki yang menghabiskan aset dia. Laptop pun kena kebas.
  5. Ditinggalkan lelaki. terus menjadi bertambah teruk tekanan dia.

Kasihan kan? aku teringat salah satu status kawan aku " Tarbiah bermula dari rumah ". Benar, aku rasa tarbiah ini sangat penting dalam mendirikan sesebuah institusi apatah lagi institusi kekeluargaan. (haha gaya macam motivator lagi, tapi kurang tauliah lah pun ). Senyum sambil geleng-geleng kepala.

Itu kisahnya setakat ini. Kita doakan Aliah (bukan nama sebenar) agar memperoleh Hidayah daripada Allah s.w.t.

*** Pesan aku. Kalau gagal, tak bermakna gagal selamanya. Kalau kalah tak bererti gagal. Itu semua ujian. kata Bujang Lapuk "COBAANNN". hehe Dalam erti kata lain, jangan mudah putus asa. Dan sekali lagi, it is easier said than done. Ini memerlukan 1 motivasi yang tinggi untuk mengamalkannya. :)

Aku hanya berkongsi cerita. Anda yang menilai. Mana buruk, jadikan sempadan ok! Terima kasih kepada yang membaca. :)



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 23, 2010

Cerpen Kehidupan Si Gadis

Alhamdulillah, bercuti di rumah, walaupun tidak pergi ke mana-mana tempat percutian, tapi ada banyak perkara yang berlaku di sekeliling aku. Bagi aku segalanya memberikan pengajaran. Kisah orang kampung, kisah saudara, kisah jiran tetangga. 

Ada yang bahagia. 
Ada yang suka. 
Ada yang sedap didengar. 
Ada yang sedih didengar. 
Ragam kehidupan memang banyak dalam melalui seharian.

Kali ini, aku kembali membawa cerita. Berfikir sejenak. Mana yang perlu aku ceritakan dulu ya? 
Derita Si Gadis? 
Pengalaman Si Sepupu ke Kelantan? 
Derita si ibu tunggal? 
Lelah seorang nenek?
Haha boleh buat buku ceritalah. ;)

Maka, aku rasa untuk yang pertama ini, aku nak berceritakan tentang GADIS. Siapakah gadis misteri tersebut? Biarlah aku dan mereka yang tahu sahaja tahu. Apapun, nama yang akan aku gunakan bukanlah nama sebenar si GADIS. Aku bercerita kerana aku rasa aku perlu menulis di blog ini kisah dia yang sedang merana kerana CINTA. 

Ada orang kata cinta itu BUTA. haha itu kata orang. Apapun, kenal CINTA SANG PENCIPTA DAHULU baru tahu apa itu CINTA sebenar. 
Gaya penulisan macam motivator. Tapi.. tak bertauliah! aku lah tu, penjenayah library, penjenayah kuliyyah, penjenayah mahallah juga. Bila mahu jadi orang baik? Aku yang nakal mengatakan tentang CINTA. Layakkah? Itu pandangan bagi setiap orang. Lain orang, lain perspektif dia. Sebab tu ada macam-macam teori yang tercipta. Tapi, kalau asas nya sama Syariah, pendapat tak lari ke mana. Pasti kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah juga. Betul kan. Senyum teringat cerita Keabadian Cinta. Cerita cinta si buta dan si pekak.


Ok, aku mahu mulakan cerita. Ini kisah yang aku tahu sejurus selepas pulang ke rumah. Hari pertama cuti, dah dapat macam-macam info berkenaan orang kampung dan saudara-mara. Semasa memandu kereta pulang dari pasar pagi itu..

*****

Mak: kesian mak tengok Aliah tu. 
Aku: kenapa dengan Aliah mak?
Mak: dia macam tak berapa betul dah sekarang. Kadang-kadang cakap sorang-sorang kat depan umah tu. Termenung. Kadang-kadang dia petik bunga depan rumah, dia letak kat telinga. Kain dia sinsing. Tangan sebelah bawa selipar. Dia jalan kat tepi jalan tu.
Aku: kenapa macam tu? dia dah tak belajar ke?
Mak: itulah, tak tahulah kenapa sebabnya sebenarnya. Dia memang dah tak belajar dah. Duduk rumah je.
Aku: hmm...tekanan perasaan agaknya mak.
Mak: entahlah. tapi kesian mak tengok. Kadang-kadang dia jerit-jerit, marah-marah. Bila jerit-jerit, mak pun takut kalau terdengar.
Aku: sampai macam tu sekali ke mak? Kalau dia jadi macam tu, tak ada orang ke kat rumah?
Mak: mak dia kan dah berhenti. Dah pencen. Tapi sekarang kerja jadi cleaner kat sekolah kebangsaan. Kadang-kadang memang tak ada siapa kat umah. Nanti Wak Zarah lah tolong tengokkan dia. Kadang Wak Zarah yang tolong tenangkan dia kalau dia jadi macam tu.

Aku senyap seketika. Memandu sambil berfikir. Kasihannya dia.


*****

Sewaktu itu ada iklan di radio. Era.fm tak silap. Iklan yang anna rafali ke Diana daniel aku tak pasti. Iklan dia kata, perempuan, jangan mudah terima hadiah atau ajakan orang yang tidak dikenali lagi-lagi lelaki.

*****

Mak: Ingat tak? Yang mak kata dia ada belajar kat Kolej. Tapi dah tak belajar lagi dah. Berhenti. Berhenti pun laptop semua tak bawa balik.
Aku: ha, ada.
Mak: Wak Min kata, sebenarnya sejak dari berhenti tulah jadi macam tu.
Aku: tekanan lah tu mak.
Mak: Wak Min kata, Aliah ada kawan lelaki kat KL tu.
Aku: hmm..
Mak: Ada 1 malam tu, dia keluar dengan lelaki tu, dia bawa pergi mana entah. Tapi bila sampai kat situ, tiba-tiba lelaki tu pergi tinggalkan dia. Lelaki tu bawa perempuan lain. Dia tinggalkan si Aliah ni sorang-sorang kat tengah bandar KL tu. Masa tu, lelaki tu dah ambik Laptop si Aliah, kira barang berharga dah selamat kat budak lelaki tu. Sebab tu dia balik pun laptop tak bawa. Sebab budak lelaki tu dah ambil.
Aku: Lepas tu? Macam mana?
Mak: Malam tu, si Aliah ni telefon ayah dia. Dia cakap kat bapak dia yang dia tinggal sorang kat tempat sekian-sekian tak tahu jalan balik. Ayah dia tak tahu nak buat apa. Nasib baik, ayah dia ada kawan kat KL tu..pembawa teksi. Ayah dia pun beritahu kat kawan dia minta tolong suruh ambil si Aliah tu kat sekian-sekian. Tak kiralah berapa pun bayarannya. Tapi tolong hantarkan ke rumah.
Aku: hmm..
Mak: malam tu, katanya sampai kat rumah pukul 3 pagi. Kawan ayah dia bawak dan hantar sampai rumah. Bayaran teksi tu sahaja RM 300. 
Aku: ya Allah..kat manalah dia ditinggal tu.
Mak: sejak kejadian ni lah dia jadi macam tu. Kalau marah tu, terjerit-jerit kadang keluar perkataan yang tak sedap didengar.
Aku: betul ke cerita mak ni? Entah tak betul tak..
Mak: ni mak cik si Aliah tu yang cerita. Tak tahulah kebenaranyya tu betul ke tak. Tapi kalau si Aliah ni jerit-jerit memang dia macam marah dan geram sangat dengan lelaki tu. Tak apalah, cerita ni benar atau tidak, ambil lah yang mana perlu sebagai pedoman.


*****

Pesan Mak

" Tu cik, buat pedoman. Jangan mudah sangat percaya kat orang. Lagi-lagi lelaki. Tak perlulah keluar malam-malam. Kadang-kadang dengan perempuan pun tak boleh percaya sangat. Malam-malam keluar buat apa. Tak perlu keluar dengan lelaki dengan perempuan pun jangan cuma keluar berdua. Belajar betul-betul. "

*****

Itu kisahnya. Kasihan. 

Kerana CINTA sudah hilang pedoman. 
Kerana CINTA buat pemikiran tak karuan.. 
Kerana CINTA hilang kewarasan. 

Minta kita semua yang membaca kisah ini, kita doakan agar si Aliah temui jalan yang lurus. Semoga kita semua terhindar dari kejadian seperti ini. Seperti nasihat mak aku, jangan mudah percayakan orang. Lagi-lagi kita perempuan, jangan mudah percaya dengan lelaki. Lagi satu, jangan selalu keluar malam. Lagi-lagi kalau dua orang yang bukan mahram. Kan yang ketiga syaitan. (",)

^___^
 Tiba-tiba teringat.
Kawallah rasa marah dengan cermat.
Kawallah dengan rasional bukan emosional.
Marah kawan syaitan.
Ini memang cerita tentang mereka.
Tapi sebagai teladan kepada aku.
Aku berkongsi dengan kamu.
Agar semua ambil pedoman.
Aku juga insan biasa yang selalu melakukan khilaf.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 17, 2010

Selepas Sebelum Semasa 1

Salam Aidiladha buat semua penduduk maya.

Dikesempatan ini, ingin aku mohon maaf atas semua salah silap.
Terkasar bahasa.
Terlepas berkata-kata.
Termarah tak sengaja.
Tersombong tak sengaja.
dan semua yang ter sama ada sedar atau tidak sedar.

Selama di bumi. 20 tahun hidup.
Ke mana agaknya kita dah gunakan masa kita?
Telah digunakan sebaiknya kah?

atau...

sebaliknya?

Aku hanya sempat untuk menulis entri yang ringkas ini. Aku tiada laptop untuk online selalu. Hanya meminjam laptop abangku untuk online. Maka bila ada kesempatan, aku cuba menulis sebentar. Tak dapat banyak yang dapat dikongsikan dengan hanya 1 entri ini. Oleh kerana itu, ada 1 di tajuk tersebut. Bakal ada 2, 3, 4 dan seterusnya MUNGKIN.

SELEPAS merujuk kepada SELEPAS FINAL EXAM.

SEBELUM merujuk kepada SEBELUM HARI RAYA QURBAN.

SEMASA merujuk kepada SEMASA HARI RAYA QURBAN.

Banyak yang aku nak kongsikan.
Banyak yang mengajar aku erti kehidupan.
Banyak yang membawa aku untuk berfikir jauh lebih ke hadapan.
Banyak yang menyeronokkan.
Banyak juga yang memenatkan.

Yang menyedihkan? Tak ada ke?

itu...RAHSIA. haha

"Biarkanlah rahsia, andai awak tak beritahu, saya juga tak tahu" **wink wink


SESUDAH SELESAINYA FINAL EXAM....

Petang itu...aku berjalan pulang menuju ke mahallah. Bersaksikan langit yang agak gelap menandakan hari nak hujan. Gembira? Sudah pasti. UNTUK SEKETIKA. Tapi kena ingat, EXAM itu TEST. TEST itu UJIAN. Dalam hidup ini, kita takkan lepas daripada UJIAN. Maka cuti sebentar dari segala sesak nafas EXAM di kampus bukan bermakna tiada lagi UJIAN yang bakal menimpa bukan?

Aku teringat status salah seorang rakanku.


Sakit? Ujian..
Sihat? Ujian..
Gembira? Ujian..
Sedih? Ujian..
Kaya? Ujian..
Miskin? Ujian..

Senang cerita, banyak saja ujian yang kena hadapi. bukan FINAL EXAM SAHAJA.

Ok, berbalik kepada cerita habis exam. Petang itu, aku sudah mula rasa keboringan. Ha..kalau ada laptop, lama dah aku taipkan status HOORAY kat FB. Nasib baik takda laptop. Maka..terus lah aku bersolat. Nampak tak? Bagusnya tiada laptop, takda nak tangguh-tangguh kerja. Kalau ada laptop, nak makan pun boleh bertangguh. haha **itu aku lah tu. Tapi Alhamdulillah. cuba jauhkan sikit-sikit. Sudah mula berasa boring dengan FB. haha macam tak percaya.


Maka..
Nak dijadikan cerita, bila dah nak cuti. Poket masing-masing pun dah kering, aku tak berfikir untuk makan petang tersebut. Aku terus membuka handphone, dan bermain Quadrapop. Suatu ketika dahulu, aku hantu main game nie. Sekarang tak lagi. Aku pun main dan malas nak fikir pasal makan. Tengah khusyuk bermain...


Tiba-tiba..............

[ sila nantikan entri seterusnya, abang tersayang sudah pulang, nanti aku sambung ya. ]

p/s: Intipati khutbah pagi tadi. 
"Tuan-tuan puan-puan, muslimin muslimat, janganlah diabaikan solat hanya kerana tuntutan dunia. Kalau kau tidak bersolat kerana hendak mencari rezeki, sedarlah, solat dan mencari rezeki itu keduanya wajib. Maka, jangan lah kau gadaikan solat untuk mencari rezeki. Kalau kau tidak bersolat kerana mencari rezeki, rezeki itu nanti HARAM jadinya. Kasihankan anak isterimu menunggu di rumah. Sanggupkah kamu memberikan mereka rezeki yang HARAM?" renung-renungkan dan selamat beramal...


If God brings you to it, He will bring you through it. In Happy moments, praise God. In Difficult moments, seek God. In Quiet moments, worship God. In Painful moments, trust God. In Every moment, thanks God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 12, 2010

The Most Wanted Students

[ sepatutnya anda kena penjara tau! hahaha ]

The most wanted students!

Fasihah Supian

Nurhafizah Shafri

Najiha Che Azmi

Afiqah Amin



hahahaha
Aku lah paling most wanted. Penjenayah berkaliber. Jenayah Library dan Jenayah mahallah. hahaha
Teruk gila. Jenayah kuliyyah pun aku gak. Sebab kalau kelas kul 8.30 kul 8.20 baru nak gerak dari bilik.
Teruk, teruk. [geleng kepala laju-laju]

Kalau post sebelum ni berkenaan NIPS dan Library. Nak baca, boleh klik sini

Hari ni aku buat apa pulak? Haha 
Kami berempat masak hari ni. shhhuttt!!jangan report kat mahallah office ye!! hehe
Aku tau, ramai je yang seangkatan dengan aku yang masak kat bilik kan. heehe

Petang ni, disebabkan poket masing2 dah kering sebab dah nak balik. Tengok stok, ok,ada sardin 1 tin. Ha, cukup nie. Maka, nak dijadikan cerita,bermulalah aktiviti kami petang tadi. MEMASAK SARDIN. SARDIN makan dengan NASI. ok, cukuplah tu, orang bujang lah katekan. hahaha

Ok..jawatan2 yang ada.

PENASIHAT a.k.a MEM BESAR: Kak Paan

TUKANG MASAK NASI: Cik Fiqah

TUKANG SEDIA BARANG MASAK : Cik Jieha

TUKANG BUAT AIR: Cik Fizah

dan lastly....

TUKANG MASAK TAK BERKALIBER: Aku!!!haha

[ umapama nya Cik Jiha lah tu dok potong cili, kupas kulit bawang kan. haha ]

[ Masing-masing dah lapar, nasib baik ada sardin tahu! ]

Terima kasih kepada tuan punya aset-aset berharga. Kak Mey and Cik Fiqa.
Kami pun dah KENYANG. 
ALHAMDULILLAH!!!!

[ Ni lah sardinnya tuh yang aku amik dari Google gambar ni. bukan yang aku masak. Sori. tak sempat pulak nak amik gambar tadi sebab masing2 dah lapar. hehe ]
 Benda paling senang nak masak. Benda yang dah cukup lah nak bagi kitorang semua kenyang.
Thanks to Allah yang memberi kami peluang untuk makan dan terus hidup di muka bumi ini...

Amin.....

Penjenayah-penjenayah sekalian, thanks kerana kalian memang BEST!!
^^,

****sayangilah ukhuwwah yang dibina =)


If God brings you to it, He will bring you through it. In Happy moments, praise God. In Difficult moments, seek God. In Quiet moments, worship God. In Painful moments, trust God. In Every moment, thanks God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kucing & Ikan Duduk Dalam 1 tudung saji, MUSTAHIL Kucing Tak Sentuh Ikan Tersebut.

"Tuan Hakim!! saya tak buat pun perkara2 yg tak senonoh!!.. kami hanya berborak sambil makan malam sama2 dalam rumah saya.. kenapa saya dituduh berKHALWAT??????" Hakim: "jam berapa kamu ditahan?" jwb: "lebih kurang 1.30 pg....."

[ Jangan menyorok!]

Realiti hidup remaja masa kini. 
Persoalannya: adakah semudah itu membenarkn teman lelaki masuk ke dalam rumah pada waktu yang tak munasabah? kalaupun waktu itu boleh diterima akal, boleh ke lelaki yang bukan muhrim masuk ke rumah teman wanita & hanya mereka berdua sahaja dalam rumah tersebut??? 
Teringat 1 ungkpan: 'kucing & ikan duduk dalam 1 tudung saji, MUSTAHIL kucing tidak sentuh langsung ikan tersebut..' - bukan mengajar, hanya berkongsi..

Ok, Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Perkongsian bersama penghuni Maya. 

Apa khabar hari ini?


Apa khabar Hati?


Apa khabar Iman?


Hanya sedikit perkongsian. Aku rasa menarik. Luahan seorang pendakwa melalui status FB nya. Aku tahu, dia pasti sudah jelik dan muak mendakwa mereka yang melakukan kesalahan sebegitu. Tapi apakan daya, itu tanggungjawab dia. Bukan senang-senang nak dakwa orang, kena ada BUKTI tau.


Perumpamaan ini sangat sesuai untuk diteladani.

"Kucing & Ikan Duduk Dalam 1 tudung saji, MUSTAHIL Kucing Tak Sentuh Ikan Tersebut"

Melihat komen-komen di status ini. Ramai yang melampiaskan rasa tak puas hati. Ada yang positive thinking dengan mengatakan dia tak tahu dan sebagainya.

Aku teringat satu adage nie, "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"

Kadang-kadang masyarakat hari ini, lebih memandang kepada CUSTOM. NORMS. Mereka melihat keadaan itu biasa. Bagi aku, itu lah penyebab benda yang tak betul pun jadi biasa. Bila dah biasa, orang buat, jawapannya.. "Biasalah tu, sekarang memang macam tu." Kalau kita lihat benda ni dari sudut Islam dia tak betul, tetap tak betul.

Ok, bukan apa. Aku pun bukan lah baik sangat. Kita sama-sama untuk berubah kepada kebaikan.

"Setiap orang pasti berubah kepada yang lebih baik" -kata seorang daripada sahabatku.
[ Dalam meniti hari-hari yang penuh liku. Bersabarlah. ]
Merujuk semula kepada artikel yang aku tulis ini , ya, turning point orang lain-lain. Apapun, kena berusaha.

Ok, kembali kepada tajuk semula. Kesedaran itu penting. Sebab itu mungkin, kita manusia nie kena selalu saling ingat mengingati. Kalau tidak makin terjerumus kepada yang lebih tak baik. Aku pun manusia. Aku pun yang sering alpa. Maka, aku bukan nak makan sorang-sorang. Aku hanya berkongsi. Bila kita terima sesuatu nasihat, terpulang kepada kita sebenarnya nak terima atau tidak.

Kadang-kadang hati kita ada EGO. EGO ni yang menyebabkan nasihat tu tak sampai. Sebab kita tak nak terima. Kalau kita tengok kes seperti di atas yang sebenarnya sangat-sangat selalu berlaku, mereka bukan tak tahu. Tapi mereka tak biasakan apa yang mereka tahu. Mereka ketepikan apa yang mereka tahu. Betul bukan?

Cuba lihat dialog tersebut, "kami tak lakukan apa-apa,hanya berborak".
Kalau benar tak lakukan apa-apa kenapa jawapan tu macam takut sahaja. Tu tanda dia tahu sebenarnya dia salah. Tapi tak nak mengaku bersalah. Tak gunalah kalau Hendak Menegakkan Benang yang Basah.

 Maka, dalam kehidupan seharian kita. Ikutlah apa yang betul demi menjaga kemaslahatan sejagat.

****nampak macam serius artikel hari ini kan? haha mood exam, tiba-tiba rasa tak nak main-main. (hahaha..fiza,fiza, nanti kau baca mesti nak cakap, rasa macam kita dah matang sikit kan. hehe)

Oklah. Doakan aku boleh jawab exam MACRO. Good Luck kawan-kawan....


If God brings you to it, He will bring you through it. In Happy moments, praise God. In Difficult moments, seek God. In Quiet moments, worship God. In Painful moments, trust God. In Every moment, thanks God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^