Showing posts with label Masa. Show all posts
Showing posts with label Masa. Show all posts

February 28, 2011

Entri Akhir Sebelum Bersara Daripada Dunia Blog

Assalamualaikum readers! Oh my beloved readers, followers, kalau aku bersara boleh tak? huhu Semalam aku langsung tak sempat nak online, dan hari ni baru dapat online. Seriously, jadi hamba + student + anak soleh + ahli jawatankuasa kelab + blogger + kawan, segalanya dalam 1 masa bukan suata perkara yang mudah. Ditambah dengan waktu yang sangat "limited" dan tiada siapa yang boleh mengubahnya.

dulu mase saye start berblog, dunia blog aman je.tp tu 4 taun lepas la.haih -kata CEO Suratan kebetolan
Aku bukanlah nak bersara sebab hiruk pikuk huru hara dunia blogger. Aku pun dah penat nak tengok, dengar dan baca isu-isu blogger yang tak habis-habis hari ke hari. Semua nak terkenal. Tak apa, biar aku mengundur diri. Bagi ruang pada yang lain yang lebih layak mungkin? Ecehhh.

Tidaklah. Aku tak kisah dunia blogger ni bagaiman dan macam mana. BAgi aku, selagi aku tak kacau dan burukkan orang lain, tak aibkan orang, dan still menjadi identiti tersendiri. Aku tetap terus berdiri di medan ini. 

Cuma, masalah aku, sebagai seorang pelajar, hamba, kawan, AJK kelab dan pasti seorang anak, sangat banyak benda perlu diselesaikan dalam sesuatu masa. Aku tak tahulah, memang U aku ni menuntut semua pelajarnya jadi sesibuk ini dengan course work yang banyak dan tak henti-henti. Ditambah dengan program kemasyarakatan, memang tak menang tangan.

Ya, susah nak online. Susah nak membalas jejak yang ditinggalkan hari demi hari. Aku rasa bersalah bila tak update entri. Tak balas jejak. Aku minta maaf sangat-sangat, masa aku sangat limited untuk membuat semua itu.

Adakah bersara pilihan yang lebih baik?


Haih -_____-''


"Sesungguhnya aku mengidamkan yang terbaik dalam semua bidang"


Sibuk itu bagus.
Sibuk itu menghalang daripada perbuatan yang sia-sia.
Sibuk itu menjadikan kita lebih sihat dan cergas.
Sibuk  itu membuatkan kita lebih menghargai masa.

Tapi, pada masa yang sama.
Untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita perlu berkorban.

Sesungguhnya sibuk itu membuatkan aku terus-terusan diburui rasa rindu kampung halaman.
Rindu pada tenang dan damainya kampung yang nuin jauh dari pandangan.
Rindukan suara keriangan anak-anak kecil bermain berjeritan.
Rindu masakan emak yang pasti tiada bandingan.


Hargailah masa kita. Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. 
Muda sebelum tua.
Kaya sebelum miskin.
Sihat sebelum sakit.
Lapang sebelum sempit.
HIDUP SEBELUM MATI.

Nota pesanan:
1) Tuan tanah kedaung baru balik dari berprogram. Terkejut followers naik, agak ramai. Mungkin disebabkan entri sebelum ini. FS akan cuba jengok anda. Tapi, mengambil masa.
2) Assignments berlambak kena siapkan. Ada yang nak tolong? huhu
3) Masih mempertimbangkan untuk menarik diri daripada dunia blogger atau tidak. Sayang sebenarnya nak tinggalkan... T____T

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 28, 2010

Komitmen Bertambah Setelah Masuk Minggu Ketiga

Salam dari FS kepada semua. Minggu ketiga ni komitmen bertambah, jadi kena arrange masa betul-betul.

  1. Tadi dapat maklumat hari ni dah start kelas UBS. So, petang ni kelas full sampai 6.30.
  2. Malam ni pula? Ada Annual General Meeting untuk kelab pula. Pukul 8.30.
  3. Baru minggu ketiga dah ada midterm! Pergh... So, esok bakal ada TEST 1 MARKETING PRINCIPLE pada jam 11.30 pagi. Semoga FS dan kawan-kawan boleh menjawabnya. Amin
  4. Khamis ada 2 kuiz! Pagi Kuiz Intermediate Accounting, petang Cost Management.
Wah..macam kena menganak tirikan blog sekejap lah macam ni. Haru lah esok test. Marketing ni subjek membaca, kalau buka buku ni, FS rasa nak tidur sahaja. Apa mahu jawab lah esok ni..
Intermediate Accounting ngan Cost Management tuh pun..huhu Belajar rasa macam faham sokmo. tapi bila jawab soalan, haru biru sampai tergaru-garu kepala tu! Mana tidaknya, accounting belajar benda basic tapi soalan dia,huhu memang tip top lah, tambah dengan penggunaan bahasa Inggeris dia yang sangat tinggi. Kadang-kadang baca dua tiga kali tak faham dia nak apa.

Itulah pentingnya english education. -Petikan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Apapun, kawan-kawan FS yang baca ni, semoga dipermudahkan! Moga FS pun boleh jawab. Amin..

FS kata: jalan-jalan sini jangan lupa tinggal jejak. Nanti FS balas jejak. InsyaAllah. Kuiz, kuiz, test.. test test marketing. Apa itu marketing? Jom baca buku. baca jangan tak baca.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 24, 2010

B U S Y versi iLuvislam

Sibuknya Kamu
www.iluvislam.com
Abang Imam
Editor: Afdhal87

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w. Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri. Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung. Dunia sudah terlalu tua. Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara. Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya. Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah. Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah. Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?
Kerana pada akhir zaman maksudnya orang semakin lupa untuk beribadah. Ketika orang ramai sibuk beribadah seperti mana zaman Nabi s.a.w.,zaman para sahabat, zaman tabi'in dan zaman solafus soleh. Pada masa ini pahala yang didapati tidak sebanyak pada zaman kita. Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya sedikit sahaja. Tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak.

Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat tapi bila kita masih lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya. Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya. Terbuktinya sekarang ini masing-masing sibuk. Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid. Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada hari Jumaat. Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja. Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab. Orang mengajar hadis, tidak boleh hadir, orang mengajar tafsir, tidak boleh mari, orang mengajar feqah, tidak ada masa, orang mengajar akidah , ada mesyuarat, Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah, biar jadi sah sembahyang, ada hal kat pejabat, orang nak beritahu bab taharah, haid, nifas, tayamum, wudhu. Tidak diperbolehkan juga. Kenapa? nak sambut menantu dan menimang cucu.

Maknanya kita sangat sibuk. Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang terpilih. Manusia hamba Tuhan yan berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah. Dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.
Dalam surah Al-Ara'f , Allah berfirman ,
"Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai".

Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah. Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan menjadi satu ibadah. Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik itu berada dalam niat ibadah. Hati elemen yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda,
"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Beruntung kita yang membersihkan hati !

Ya Allah, janganlah kesibukan itu membuatkan kami ALPA untuk menunaikan tanggungjawab kami..

Marilah sama-sama beringat!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^