Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

May 8, 2012

FOCUS, TARGET & REWARDS

.Some wants to be a smart student.
.Some wants to be a brilliant student.
.Does it makes any difference?
.Hehe Sometimes I got confused between the SMART and BRILLIANT.


By the way, the intro does show me that I am not in a well-thinking-mind. Not so rational. Such having a chaos life. How bad a Muslim student with such chaos life. -.-'' Arghh. Banyak nya assignment. Tak leh nak pretend cool lagi dah. rasa macam cool je ayat awal tu speaking kan. Dia akan tetiba macam-macam hebat gila speaking bila in the state of a little bit unconscious mind. Selalu macam tu. Speaking without deep thinking. Seha seha..


By the way, saya nak share sesuatu sebenarnya. Sebab saya rasa masa ni, semua kawan-kawan saya dan saya memang tengah berhempas pulas dengan assignments, projects, quizzes, presentations. Yes, our final exam is just around the corner. How I wish to start my revision early. -.-''


FOKUS

Senang ke nak fokus ni? Bila nak buat assignments, pulak kena cari article dekat internet. Ahh kena online. Ingat senang nak Istiqamah cuma cari artikel ke? Saya pun student. Saya tahulah. Ingat saya baik sangat ke? Skema sangat ke? Nak cari article, bukak browser, lepas taip apa yang nak dicari kat Google, paling tak pun, mesti buka lagi 1 tab, Facebook. Tak pun, Blogspot. Tak pun, Twitter and so on. Tapi saya tabik sangat sapa yang dapat Istiqamah dalam menyelesaikan tugas tanpa rasa nak buka itu semua walaupun wireless terlebih excellent status nya. Wahhh. Adore sangat tau!


Weapons of Mass Distraction by Productive Muslim

Bukan setakat buat assignments, apa pun, bila rasa macam betul-betul ada PRESSURE, barulah kita mula FOKUS. kan? Kalau bukan esok pagi kena hantar assignment, tak adalah malam ni kita fokus kat assignment tu kan? Kalau bukan kejap lagi nak kuiz, tak adalah kita study sungguh sekarang. Sebab apa? Sebab ada pressure yang menyebabkan kita fokus.




Jadi, kita perlu melakukan sesuatu! Ya kita mesti bertindak! 

Kalau bukan sekarang nak mula ---> melambat-lambatkan kerja ---> semua beban kerja berkumpul pada satu-satu masa ---> STRESS ---> cepat marah ---> orang yang sedang marah, syaitan senang nak kawal emosinya. (syaitan yang kawal emosi, bahaya tu!)


Haa, bahaya kan? So..

Kalau FB penyebab hilangnya gangguan menyiapkan assignment, pastikan tiada connection internet semasa anda membuat kerja. Kalau ada application PomLife Lite di smartphone boleh turn ON untuk mendisiplinkan diri kita membuat kerja. Application PomLife Lite ni bagus tau, kita rasa macam masa yang ada dah nak tamat, jadi kita ada sedikit PRESSURE yang boleh membantu kita FOKUS. 


So, start now, with Bismillah


Source: lovewithoutlimits

TARGET

Buat TO-DO-LIST harian untuk tahu TARGET apa yang kita nak laksanakan hari ini. Berjaya nya kita mencapai TARGET, mungkin kita boleh set sendiri 80% ke atas. Dan bila kita buat TO-DO-LIST ni kita kena pastikan kita memang nak buat dan nak selesaikan. Jangan cuma list semata-mata tanpa apa-apa tindakan. Kalau buat list sahaja tapi tak tahu nak laksana, tak guna juga. 


Kita setkan cut-off kita, berapa peratus minimum yang perlu kita capai. Sesuai dengan keadaan kita. Kalau hari tersebut memang sibuk, mungkin cukup hanya sekadar 60% tercapai dan sebaliknya. (cut-off tu audit sangat kan)


To-do-list saya untuk hari ini.

Moga Allah permudahkan urusan saya dan semua kawan-kawan esok hari. Jangan mengeluh atas kerja-kerja yang ada ok kawan-kawan. Cuba selak sikit Al-Quran, baca terjemahan ayat 286 Surah Al-Baqarah tu. :)


REWARDS

Orang yang bagus, dia tak payah susah-susah nak puaskan hati dia dengan pergi cinema, makan besar lepas siap buat assignment. Sometimes, just short break is enough. Chit chatting with your bestfriends also an awesome way. Those good people knows, the best rewards will be in the here after if our intention is correct. Isn't? ;)


So, what are you waiting for? Start our work now! Let us make our day productive!!




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 31, 2012

Rasa Lebih Tenang #Result Oh Result

Rasanya hari tu masa final dah rasa DOWN sangat-sangat.
Dengan masa yang tak cukup.
Dengan soalan yang susah.
Dengan carry mark yang tak tinggi.


Tapi atas kepercayaan bahawa DIA lebih berkuasa ala kulli hal.
Walaupun hati sangat berdebar-debar.
Rasa tak kuat nak tengok result.
Tapi bila kawan bagi semangat kata, insyaAllah OK.
Barulah buka.


Bila buka, benda pertama yang saya cari ialah : PASS.
Alhamdulillah.......!




Alhamdulillah. Itulah, berkat kuasa doa dan kuasa kepercayaan yang kuat dan berserah kepada DIA.
Rasa macam dah tak ada harapan.
Rasa macam, boleh ke nak lepas?


After all, there is a relief.
Selepas berusaha, berserah pada DIA.
Kan dah sedia maklum, DIA MAHA PEMURAH kan?
Subhanallah,
Thank You Allah...


Banyaknya Allah beri kita.
Banyaknya Allah tolong.
Tapi kita punya kasih kepada dia bagaimana?
Allah..
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

October 18, 2011

Hebatnya Dia!!

Cuba bayangkan. Hari ni ada kuiz. Hari ni nak submit report. Hari ni ada presentation. Semuanya dalam 1 hari. Kelas lagi. Hari ni juga kena hantar assignment. Rasa nak gila. Tapi bila fikir balik.. Ada orang yang lebih sibuk. Tapi dia tenang je kan?


Aku nak jadi macam tu. Tapi perlukan motivasi yang sangat tinggi.


Semester ni aku mulakan dengan beberapa kegagalan. Aku sendiri rasanya belum mampu memotivasikan diri dengan seoptimum yang mungkin.


After all.. Bendanya mudah.


Walau jatuh menyembah bumi sekalipun. Masuk bawah tanah sekalipun. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan kita patutnya tidak mudah berputus asa. Kan? Itu ujian.


Dont be sad seha. Dont be sad my dear friends. Move forward.


Work harder!


P/s: jelesnya bila ada orang dapat score. Hebatnya dia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

No Words Can Describe How Much I Love You ..



I love exams.
I love study.
I love busy.

I am not being hypocrite. But somehow maybe yes maybe no.

How much busy you are. How much stress you are. How much tension you are. Don't worry, Allah always with you. Correct our niyyah (niat) in order to make sure you are doing all these sort of things with no regret.


p/s : no words can describe how much I busy actually.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

October 13, 2011

Examss = Stress



Walaupun saya tengah stress. Saya tetap comel kan? kata budak kecik kat atas ni.


Aku? Stress? Menipula tak stress kalau kerja belambak, tests berderet!!!!! Esok pagi kul 10 aku ada test. haha


Ketawa mungkin boleh mengurangkan rasa stress??

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

October 4, 2011

Biar Gambar Berbicara Tika Mana Jari Jemari Membisu Seribu Bahasa

Semoga Allah merestui segala perbuatan kamu hari ini! Semoga kamu diredhai oleh DIA. Banyak nak kongsi! Tapi, mungkin 2 gambar ini boleh tolong menunjukkan apa perasaan dan keadaan tuan tanah sekarang.


Minggu ni je ada 2 kuiz ..


Hari ni, 4 Oktober 2011, 2 pm kuiz business finance.
Semalam presentation, kena soal kaw-kaw ngan lecturer!
Apapun, hidup perlu diteruskan..


mode : BZ


Kenapa mesti bagi workloads banyak2??? =___=''


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 11, 2011

Heartless Sunday | Siapa Boleh Baca?


Siapa boleh baca nie?



huduh betoi tulisan!
almaklumlah 4bulan cuti...haha

Selamat memulakan kelas esok! yoo~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 10, 2011

Pagi Yang Tidak Dapat Diungkap Perasaannya

Hurm by ninjaink
Selamat Pagi Sabtu. Ada yang menghabiskan puasa 6 hari ini. Ada yang sedang bersiap untuk ke rumah-rumah yang membuat rumah terbuka sempena raya kejap lagi. Ada yang tidur lagi. Ada yang tengah online, ada yang tengah study? ada yang tengah membasuh, cuci pakaian dan macam-macam lagi. Apapun yang kita tengah buat ni, anggaplah sebagai ibadah untuk meneruskan perjuangan di muka bumi.


Mood : ngaaa aku pun tak tahu. =,=''


Esok pepagi dah kena balik ke kampus semula. Cuti yang berbulan-bulan habis dah. Isnin mula kuliyyah. Ape pun aku tak wat lagi. Berat sungguh nak balik ni. Aduyai. Kalau lah kampus tu sebelah rumah, tak yah sesusah nak kemas-kemas. Tak suka packing barang. =,=''


Sedih ke nak tinggalkan rumah? haha Well, buat anak manje macam aku ni, of coz lah sure do jawapannye. Mak ai nanti tak de kawan u! Tak apalah, belajar... oh semangat, semangat!!


Jom terjah dia nie! Dia baru dapat topup free ko....! Kelas~



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 25, 2011

Alasan Pelajar Gagal Peperiksaan [U]

Assalamualaikum semua. hehe Sekarang ni kat U musim pepriksaan kan? Tak dilupakan juga owner of this blog. Bz nak exam. Tadi ada orang share 1 note kat FB, Kenapa Pelajar U Gagal dalam Peperiksaan. memang menarik. Haha Pandai betul dia buat analisis. Jom baca nie!


Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,

Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.


Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun. **especially bloggers, berapa jam menghadap blog sehari???

Jadi baki tinggal 1 hari.

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!


Hehe ini sekadar selingan bagi mereka yang sedang belajar. Perlu diingat, nak berjaya perlukan usaha, orang berjaya akan mencari jalan, orang malas akan mencari? alasan....



Renung-renungkan dan selamat beramal! ;)

Notes:
1. Baru jenguk blog, masa on, ada 755 followers, tetiba jadi 754, huhu macam-macam. Owner sibuk nak exam, belum sempat balas jejak. Haih, tak kisahlah, korang dah besar boleh fikir sendiri.
2. Waktu yang diperlukan untuk study lebih diberikan priority buat masa ini. Segala jejak, komen belum dapat dibalas. harap maklum. Ini bukan soal sombong tapi soal mana yang lebih penting.
3. Buat kawan-kawan, selamat berstudy, kuliah pun dah habis. Mari gunakan waktu yang ada sebaiknya.
4. GOOD LUCK to all yang akan menduduki peperiksaan. ;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 27, 2011

Student & Blog. Susah Ke Nak Beri Komitmen?

Salam Semua! Pagi ini dah berapa banyak blog korang jejak baca entri? Jejak dan baca entri ye, bukan jejak setakat tinggal jejak kat shoutbox tu. Kasihan orang yang dah penat cari idea update entri, tapi korang datang bukan baca, tapi cuma cari shoutbox. Kot ya pun, bacalah. Hehe

Bukan nak membebel lah. Nak suruh korang baca entri ni. Hehe

Sebagai seorang yang masih belajar, mudah ke nak bahagikan masa untuk semua benda yang perlu dilakukan dalam seharian? Kuliyyah, assignment, tutorial, belum kelab dan persatuan, kuliyyah lain dan usrah. Ha, banyak kan? Waktu nak buat homework lagi, assignment lagi. Exam dan sebagainya.

Jadi, apetah lagi nak berblog ni pulak kan?

Ok, jawapan dia? Tak susah pun nak beri komitmen, tapi, kena pandailah bahagi masa. Mungkin, untuk memastikan blog tidak berswang, kita boleh buat autopost. Bila malam, banyak sangat homework, just post entri, dan biar kan. Sambung buat kerja yang bertimbun tu.

Risau pasal blogwalking?
Tak mengapalah, bila cuti,  pergilah balas jejak mereka kan? Bukan sendiri sombong tak balas jejak.

So, kalau blogwalking, jangan tinggal jejak je, bacalah entri tu sekali kan. hehe

Oklah, khidmat pesanan komuniti blogger oleh Ben Ashaari. Hehe

Tapi apapun, aku nak ingatkan diri aku sendiri dan anda semua. Berblog ni, niat bagi betul naa. jangan lah nak main tipu.

Kan ke "Innamal a'malu binniat" - setiap amalan bermula dengan niat. Janganlah niat berblog sebab duit je kan. Kena ingat, setiap perbuatan kita dihitung, nak tak nak, berfikir sebelum bertindak. Ok ? :)
Selamat memulakan hari dengan senyuman seceria matahri yang bersinar! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 16, 2011

Pelajar U Suka Buat-Buat Busy Body

Salam semua. Selamat pagi. Bangun dah semua? Kalau dah dok menghadap blog ni, of coz lah korang dah bangun kan? haha apelah FS ni. Fs minta so sorrymorry sebab semalam tak sempat balas jejak. Ada program sampai malam. Balik dah malam, terus pengsan. Kononnya nak tengok Running Man. Aih, tak jadi. Mengantok benar. 

Semalam ada Induction Course Kelab Titian Asli UIAM. Dari petang sampai malam. Ini kali pertama aku jadi committee untuk program. Jadi PC. Tahu PC tu apa? PC tu Program Co-ordinator. Hmm, overall, dari segi pengurusan masa program itu, alhamdulillah, aku dapat buat ikut timing yang seperti dalam plan.

Tapi, aku rasa sebagai PC untuk program pertama ni, aku gagal kot. Haih. Kenapa? Sebab PC sepatutnya yang conduct semua program semasa program berjalan. Tapi semalam, aku banyak dibantu dengan PM (Program Manager). Hamik kau, masa postmortem kena. PM SEPATUTNYA TAK BUAT APA-APA SEMASA PROGRAM BERJALAN. Haha tersedak sekejap. Huhu maka mengaku, saya salah, saya tak patut bagi PM buat kerja.

Tak mengapalah. Itu pengajaran kan. Pertama kali, mesti lah ada yang silap. Masih belajar lah katakan. ;)

Ok, stok BUSY bermula. Bukan Busy Body. tapi memang busy betul hehe Disebabkan nak exam pertengahan semester dah. Jadi terpaksalah meng anak tirikan blog ini. Nanti bila ada masa kejap-kejap aku lawat kau ye blog.

Now I am a busy BEE
Tak boleh nak main-main. Kuiz hari tu pun teruk gila. So, 2 minggu sebelum cuti pada 31 Januari 2011. Aku bakal berdepan dengan ini semua. Jom lihat senarai :-

  • 2ND QUIZ FOR INTERMEDIATE ACCOUNTING - (18/01/2011)

  • 2ND QUIZ FOR COST MANAGEMENT - (18/01/2011)

  • 2ND MIDTERM FOR MARKETING PRINCIPLE - (19/01/2011)

  • MIDTERM FOR DECISION SCIENCE - (23/01/2011)

  • MIDTERM FOR FIQH FOR ECONOMIST 2 - (25/01/2011)

  • GROUP EXERCISE COST MANAGEMENT - (27/01/2011)

  • MIDTERM INTERMEDIATE ACCOUNTING - (28/01/2011)

Say bye bye to playing around.
Say bye-bye to wasting time.
Say bye-bye to surfing too long.

Pray for Me ye korang yang baca ni. Nanti cuti je, FS terus terjah laju-laju blog korang. Buat masa ni, akan tetap membalas jejak. Tapi tak kerap.

Sibuk ni bagus, mengelakkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang membuang masa dan tidak berfaedah. Jadi jangan takut bila anda disibukkan dengan kerja-kerja itu semua. Walaupun sebenarnya aku stress, haha tapi, kena SENYUM. Sebab bila senyum, otot yang digunakan lebih sedikit daripada bila kerutkan muka. Hehe

Kalau stress senyum dengan buku. Hehe Tamau stress-stress ye! ;)
Oklah. Wish me luck! Fasihah boleh! oh My God.. I miss them.. -___- Rasa nak balik umah sekarang gak! 

Rasa macam nak buat contest lah, nak buat contest apa ye? Hmm.. Ok2, nanti FS fikirkan. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 15, 2011

Pelajar U versi "You Are Educated BUT Not Civilized"

Salam semua. Maaf sangat-sangat baru sempat nak membalas jejak pada mereka yang meninggalkan jejak. FS baru dapat online ni. Tadi seharian full dengan kelas replacement, tutorial dan discussion. 

Hmm, penat kan jadi pelajar ni? Tapi, pesan akak-akak yang dah kerja, depa kata apa? Sebenarnya, waktu belajar inilah yang paling seronok. Nanti dah kerja, tiada life! Oh My.. Tiada life akak tu kata? Sebab kerja kerja kerja. Hmm, ok, ok, mari gunakan masa belajar sebaiknya.

Nak cerita ni, perasaan tiba-tiba rasa membuak-buak untuk balik, takut, semua ada. Tiba-tiba rasa macam. Argh kenapa "SENANG" sangat belajar ni. Itulah, malas belajar. Kan dah rasa terlampau "SENANG" kan? padan muka. Anda perlu faham "SENANG" yang FS maksudkan tu sebenarnya lawan kepada dot dot dot . .

Apapun, itulah, atas dasar ilmu yang wajib perlu dicari. Kita terus gagahkan diri di institusi masing-masing dengan semangat yang perlu utuh. Tabah dengan segala yang rintangan. Menjadikan kita manusia lebih matang gitu. hehe

Status FB Fasihah Supian pagi tadi sebelum memulakan hari yang sibuk :-

Walaupun dalam jadual,hari jumaat itu tiada kelas. Tapi itu semua dusta semata. Jumaat pun ada kelas full!
Siapa kata sabtu cuti? Tipu, ada je kelas. Haha
Moral of the story: Aku nak balik umah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! =___='

Haha kesiannya. Serius nak balik. Rasa tak nak tengok buku. Ya Allah kalah dah dengan syaitan durjana! Arghh, tak pa tak pa, lagi berapa hari sahaja ye FS nak cuti mid-break.

"You are Educated but not civilized"

Huh, siapa cakap pelajar U macam itu hah? Ha, jangan tuduh aku pula. Ini lecturer FS tau yang cakap. Jangan main-main. 

Haih, sedap hati sahaja cakap kami tak bertamadun. Upss, kalau lecturer baca blog I mampus lah I nanti you!

Nak tahu kenapa dia cakap pelajar U tak civilized?

Sebab, kami gunakan lift dan tak menggunakan tangga. Aiyooo. Kat U korang, ada tak signboard depan lift mengatakan students are not allowed to use this elevator? kitorang tak boleh. Sedih kan sedih kan. Kalau kelas tingkat 4, haha panjat jangan tak panjat tangga. Huhu

Tak apalah, kena terima. Kata pelajar U educated. Nak jadi civilized, kena naik tangga, buang lemak. Dia suruh kita exercised lah tu kan. Hehe Terima sahajalah kan..

Ok, tamat cerita hari ini. Esok kul 8 pagi ada kelas. Haih, siapa kata hari Sabtu cuti? =___='

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 12, 2011

Pelajar U, Tapi Macam Budak Sekolah Rendah

Salam semua. Selamat Malam. Tidur sudah ke? Hehe Dah siap homework? Assignment? dan lain-lain yang berkaitan? Sebelum tidur, jom tengok 1 lakaran yang nampak macam lakaran budak sekolah rendah. Tapi yang peliknya, ini berlaku di kelas di U. Ada budak sekolah rendah kot yang kat U ni? Ke macam ne sebenarnya ya?

Ha, cuba tengok gambar di bawah. Ini bukan Graffiti ye. Ini lukisan di atas meja. Siapa punya angkara? Cepat mengaku! Siapa pernah buat meja macam ni?

Tak ada yang nak mengaku ke? Ok ok, FS mengaku. FS masa kecik-kecik sekolah rendah dulu memang selalu buat Vandalisme ni. Sekarang dah baik tahu?

Contengan Di Meja Belajar
Pagi-pagi masuk kelas, perkara pertama yang aku nampak dalam kelas. Lukisan di atas itulah. Haih. Angkara siapa ni? Tangan siapa yang gatal sangat conteng meja tak padam? Aku gak yang kena padam.

[ eceh tunjuk baik pulak FS nie. Ok, bukan masalah tunjuk baik. Ini masalahnya aku rimas tengok meja macam itu rupa. Tak seronoklah nak belajar cam tu ]

Meja tu sedih je bila ada orang conteng-conteng muka dia. Masa orang conteng tu dia dah jerit-jerit dah.

" Jangan! Jangan! Nanti muka aku tak cantik! "

" Jangan lah.. Tolonglah jangan buat kat aku macam ni. Hodohlah aku nanti. "

" Janganlah buat Vandalisme terhadap aku. "

Ha. kawan-kawan sume baik-baik kan. FS je yang memang nakal kecik-kecik dulu. Gatal tangan suka conteng-conteng. Korang semua baik-baik kan. Tak ada buat macam ni kan..

Tak elok tau buat Vandalisme terhadap benda yang tak hidup ni. Memang lah dia tak bernafas. Tapi kita sendiri kena tahu, sebagai manusia apa yang patut dan tak patut kita buat.

meja tu dah memang asal dia macam itu, kalau betul nak cantikkan dia, hias bagi betul cantik. jangan wat lukisan sememeh macam itu.

Ingat! Vandalisme adalah satu jenayah! Jenayah membawa padah! Sayangilah harta benda tak kira milik sendiri atau milik awam.

ok? ;)

Kalau suka, boleh like sini. Dan tekan sini. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 28, 2010

Komitmen Bertambah Setelah Masuk Minggu Ketiga

Salam dari FS kepada semua. Minggu ketiga ni komitmen bertambah, jadi kena arrange masa betul-betul.

  1. Tadi dapat maklumat hari ni dah start kelas UBS. So, petang ni kelas full sampai 6.30.
  2. Malam ni pula? Ada Annual General Meeting untuk kelab pula. Pukul 8.30.
  3. Baru minggu ketiga dah ada midterm! Pergh... So, esok bakal ada TEST 1 MARKETING PRINCIPLE pada jam 11.30 pagi. Semoga FS dan kawan-kawan boleh menjawabnya. Amin
  4. Khamis ada 2 kuiz! Pagi Kuiz Intermediate Accounting, petang Cost Management.
Wah..macam kena menganak tirikan blog sekejap lah macam ni. Haru lah esok test. Marketing ni subjek membaca, kalau buka buku ni, FS rasa nak tidur sahaja. Apa mahu jawab lah esok ni..
Intermediate Accounting ngan Cost Management tuh pun..huhu Belajar rasa macam faham sokmo. tapi bila jawab soalan, haru biru sampai tergaru-garu kepala tu! Mana tidaknya, accounting belajar benda basic tapi soalan dia,huhu memang tip top lah, tambah dengan penggunaan bahasa Inggeris dia yang sangat tinggi. Kadang-kadang baca dua tiga kali tak faham dia nak apa.

Itulah pentingnya english education. -Petikan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Apapun, kawan-kawan FS yang baca ni, semoga dipermudahkan! Moga FS pun boleh jawab. Amin..

FS kata: jalan-jalan sini jangan lupa tinggal jejak. Nanti FS balas jejak. InsyaAllah. Kuiz, kuiz, test.. test test marketing. Apa itu marketing? Jom baca buku. baca jangan tak baca.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 17, 2010

Salahkah Mempunyai Impian Yang Tinggi? Ini Angan-angan Minah Jenin.

Assalamualaikum. Dapat melapangkan masa sebentar bersama tajaan laptop My senior. Terima Kasih Kak Paan! No words can describe how much I Love you. Haha

Entri Ringkas. Pengalaman pertama selepas mendengar taklimat oleh Encik Hilmi. Tiba-tiba terus pasang satu impian yang sangat tinggi. Antaranya?
  1. Ingin mempunyai dan membeli kereta dan membawa kereta ke kampus sendiri. [ Adakah ini mustahil? ]
  2. Ingin mempunyai syarikat sendiri. [ Adakah ini realiti atau fantasi? ]
  3. Ingin berbakti kepada kampung sendiri dan sekolah lama. [ Apa yang nak dibaktikan? Aku ada apa? ]
  4. Ingin memperluaskan empayar "Matematik Mudah Kalau Kena Caranya". Kenapa mesti kata Matematik susah? [ Ini bukan masalah pandai atau tidak, tetapi ini masalah penggunaan otak dengan betul Benarkah? ]
  5. Impian yang terpendam lama? Ingin membawa family tercinta bercuti bersama. [ SPONSORED BY FS lah siapa lagi? Hehe ]

Maka, rasa macam angan-angan Minah Jenin kan? Bukan main tinggi lagi kau FS punya angan-angan. Apa FS ada banyak duitkah? Hoho

Mahu tahu kenapa perlu ada Impian tinggi ni?

Kerana ia adalah sebagai titik tolak usaha kita ke sana. Ada terfikir masa belajar ni, esok habis belajar nak buat apa? Dah tahu lepas belajar nak buat apa??

Ada orang kata, sekarang belajar dulu. Nanti adalah tu rezeki kerja kat mana-mana. 
Ok, dulu FS macam itu juga. Sebab ramai orang suka nasihat gitu.. Tapi sepatutnya? Kita perlu tahu right after finished study, kita nak buat apa. [ Hari ini baru ada kesedaran ]

Ini semua kalau bukan usaha sendiri, boleh ke tiba-tiba ada durian runtuh? Ada ke tiba-tiba ada duit nak bertaburan terus terbang beterbangan bertebaran pergi berjumpa setiap khalifah di muka bumi?

Ini semua perlukan usaha. Antara cara nak capai? Apa? Belajar?? Ya, benar. Belajar. Tapi benarkah hanya dengan belajar boleh jadi kaya raya?

Apa ingat bila ada scroll Ijazah nanti masuk kerja boleh terus dapat duit ribu-ribu cecah 5 angka?

Sebab itu orang kata, CGPA tinggi tak guna kalau bila masuk interview tak tahu apa kekuatan diri sendiri.

Untuk berjaya, kita kena mengorak langkah, berani menghadapi dunia yang terbentang luas di depan mata sendiri. FS sedang cuba berdiri.

Maka, 5 perkara di atas sebagai BENCHMARK FS. Bagaimana FS akan gapai? FS cerita kemudian.

Nabi pernah kata, 9/10 daripada rezeki datang dari perniagaan. Apa bentuk perniagaan? Macam-macam boleh buat.

FasiHaH Kata: Entri kali ini terlebih bersemangat sedikit. Tetapi sebenarnya masih belajar dan baru merangkak ke dunia sebenar di luar sana. Jom buat bisnes! ;) Terima Kasih kepada Cik Oda yang membantu dan menarik FS masuk ke dunia ini. :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 10, 2010

Nafsu Yang Sangat Besar Ketika Ini

Jam menunjukkan tepat pukul 8:59 am. Ada orang tak sedar diri yang EXAM tak habis lagi. Tapi, apa dia buat? TENGOK MOVIE!!  

**kemelampauan di luar perbatasaan sungguh!
**Buat laptop ORANG macam laptop dia yang punya!
**maxis broadband yang sangat AWESOME! Tarikh bill sepatutnya semalam, tapi still boleh guna laju pulak tue!hehehe (siapa tak suka??kan kan kan!)

Tak tahulah apa jadi dengan aku sekarang. Tahu? Aku sudah jatuh cinta sama ini laman sesawang??
Bagaimana mahu clash dengan dia ya?? hahaha

Mungkin kena tukar layout lah, tak boleh warna HIJAU! nanti rindu-rinduan saja!

Takpa, lets proceed to our topic today, it is about DESIRE.
.
.
.
It is about MY DESIRE.
.
.
.
.
.
.
MY DESIRE DURING EXAM. 

......which is VERY BIG. 
HUGE. 
INFINITY pun boleh juga. hehe

UNLIMITED WANTS vs LIMITED RESOURCES

hahaha mari apply ECONOMICS kat sini.

**mentang-mentang tinggal paper MACRO, dalam blog pun nak relate juga! haihh...

[ Gambar : bila nafsu menguasai makanan. macam aku yang tak padan dengan kecik tapi nak makan je! ]

Mari, mula kan al-kisah. Semenjak, dua menjak dan tiga bermenjak-menjak ni kan. Sangat cepat sangat terasa LAPAR. Kadang-kadang bukan masalah LAPAR, tapi masalah nak MENGUNYAH. Musim periksa nie, cepat sangat terasa lapar. Lepas tuh, nafsu makan tu BESAR pulak tue.

Nak makan itu, nak makan ini. Nak makan PIZZA lah, ROTI NAN lah, KFC lah, SARDIN lah, MAGGIE lah. haih, macam-macam keluar bila masing-masing merasai perasaan yang SAMA. Aku paling sedar, bila masuk EXAM PERIOD ni lah yang cepat sangat lapar. Duit pun habis kat makanan je. Kalau aku, kena tambah bajet lah, untuk air sekali. Hari-hari paling tak kena kuar RM 1.70 untuk air mineral botol besar. LUNCH, DINNER dan KUDAP-KUDAP.

Kalau nak pergi Library, lagilah... Memang akan membeli seboleh mungkin untuk dibawa masuk Library. Aku paling tak ketinggalan NIPS. Sampai Librarymates gelarkan aku "MAKAN NIPS SAMPAI GOLEK-GOLEK" haih, bukan aku yang GOLEK-GOLEK, NIPS tuh yang GOLEK-GOLEK. Sebab dia bulat-bulat, senang betul nak GOLEK-GOLEK.

[ Gambar diatas bukan NIPS, tapi main search kat Google. Nanti aku update progile picture aku kat FB gambar NIPS yg golek-golek kat buku aku. hehehe ]

(hahaha ini adalah penjenayah Library, tahu tahu sajalah, sapa benarkan bawa makanan masuk Library hah??aku lah.. KUASA VETO. hehehe)


[ Gambar: Nampak sedap kan? Kalau dapat bawak masuk Library..lagi NIKMAT! ]


Maka, nak dijadikan cerita, Musim exam ni, duit habis kat makanan dan air mineral. Tak ada beli-beli air selain mineral. Kira oklah tu. Tapi, banyak habis kat snack, peanuts, sweet. Macam lah tak boleh hidup kan kalau tak ada benda nak MENGUNYAH? Tapi, itulah, sekurang-kurangnya taklah mengantok. (yeke tak mengantok??bukan kau ade kisah tidur kat Library ke seha??hahaha) Tapi lagi, itulah, banyak lah SPENDING nya. Sepatutnya, dalam 1hari, makan taklah patutnya sampai RM10. Tapi, waktu exam nie, SERIOUSLY, more than RM10 per day! lagi-lagi kalau pergi Library.

 Air 1 botol, kalau tak breakfast lagi, mungkin ROTI, mungkin CLOUD 9, belum NIPS dia. Takpun MENTOS, tak pun HACKS, tak pun DOUBLEMINT GUM. dan macam-macam lagi. haih... Tak padan dengan kecik, nafsu makan besar.

Teringat ada 1 hari tu, masa tu dah petang, belajar dah tak CONCENTRATE. Terpikir-pikir nak makan apa. Ada yang nak makan masakan panas lah, roti canai lah, pizza lah. Macam-macam yang nak makan. Kalau lau ada duit yang SANGAT BANYAK, agaknya, memang terbeli lah semuanya. Nasib baik duit tak banyak, jaadi kenalah buat pilihan kan. Tak boleh TAMAK. Lagipun, DUIT bukan banyak nak beli SEMUA tu.


Owh, cepatlah habis exam. Nak balik rumah. hohoho

**ewah,ewah seha, nak cepat habis exam ke? tapi kau tu? study main-main, nak jawab apa exam? kau ingat exam tu semudah ABC?? Sila belajar!!

tiba-tiba teringat dialog dalam cerita Alvin & the chipmunks.

TOO MACHO! (ape kena mengena entah)


 Pesan saya: Kawal nafsu kita sebelum kita dikawal oleh nafsu sendiri.

Daa ^___^

If God brings you to it, He will bring you through it. In Happy moments, praise God. In Difficult moments, seek God. In Quiet moments, worship God. In Painful moments, trust God. In Every moment, thanks God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 4, 2010

End up the day with 0?

1 hari berlalu, apa dah kau buat seha? isk3.. banyak nya leka dan main2 dan sangat relax! kau ingat9hb tu jauh sangat ke? kau ingat masa ni boleh ganti balik? taubat2 lah cepat. hari nie, input untuk subject MIS (Management Information System) sangat sikit. Kau kena ingat seha, ada 6 bab kau kena master tau! ENAM BAB, bukan ENAM HELAI! jauh beza bukan?

Mari marah diri sendiri.
Haaa... sendiri buat, sendiri tanggung naaa. sapa suh jadi budak nakal? dah besar kan, pandai pikir mana buruk baik, cepat2, counter balik perbuatan2 yg sia2 td. isk3 (=___=)

*moshi moshi moshi

*blurringggg.......

sekarang pukul 12:25 AM, buku memang terbuka, tapi, hati tak terbuka untuk buka, ada baca, tapi tak kuat magnet dalam otak. haila. haila.

tiba-tiba....

Ok, Cik Nor, Cik
Timmy, cik Adah dan Tuan Library IIUM, aku rindu kamu sekalian. hahaha bila rasa macam tak boleh sangat study kat bilik, baru nak rindu-rinduan dengan Tuan Library. Hipokrit. Hipokrit. Takpa, takpa, yang penting tak lupa dengan Library lagi, kaulah inspirasi ku. ceewah! Tipu. Tipu. ayat macam hiperbola saje di situ. haha

Maka, InsyaAllah esok pagi, aku akan gagahkan dan pastikan yang aku akan pergi ke library. ok PASTIKAN ye seha. Kalau tak pergi memang ada yg nak kena denda dengan diri sendiri. harap2 kalian bertiga juga bertandang ke library esok. eh,Lupa, sudah semestinya cik Adah tiada, kerana ada IA esok. tidak mengapalah kan, Cik Nor dan Cik Timmy harap2 ada. takut jadi peristiwa Jumaat 29hb hari tu. Soh study kat library, aku buat pa petang tu?? Ok, aku tido. Nampak sangat tu kat situ kan, PELAJAR NAKAL, tidur di library. isk3.. *geleng-geleng kan kepala laju2*

Tak pa, mari sedapkan hati, walaupun xberapa nak banyak input dari MIS, yang memang langsung tak banyak tapi memang sedikit inputnya. Tapi tak apa, sebab ada input lain, seperti general knowledge yang diperolehi daripada sumber2 yang boleh diperakui oleh JAKIM dan SIRIM. ok, aku yang memperakukannya. kuasa VETO. hehe

Maka, mari berterima kasih kepada mereka yang suka post entri2 yang mengingatkan kawan2 lain, yang penuh dengan nasihat2 yang bernas, general knowledge, dan macam2 nasihat serta ilmu yang berguna. SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT KAN! moga kalian memperoleh ganjaran daripada ALLAH ye!

Aku nak tidur. aku tak boleh study. Aku geram dengan rasa sakit yang bukan hanya di hati tau, tapi juga di kaki. Ok hati aku sedang geram, lagi2 dengan kaki. kenapa mesti mau cari pasal hari ini? ok ok,emosi tak stabil. baik pergi tidur. Mana tau, esok kaki terus baik kan. Mari2, doakanlah kaki aku sihat. Doakan kaki aku juga normal seperti kalian.

Ya Allah, kau perkenankanlah doa hambaMu ini. Aku tahu.. Hanya Engkau yang tahu apa yang baik buat ku.

Mari2, sebelum tidur, jangan lupa muhasabah diri dan maafkan kesalahan orang lain tau! doa tidur, 3 Qul, jangan lupa baca, selawat dan istighfar juga. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat kasih sayangNYA...

***to Fiza, GOOD LUCK my bestie untuk IA esok, May Allah bless you!! May our dream come true...insyaAllah with Allah's mercy,, Amin..


If God brings you to it,He will bring you through it.In Happy moments, praise God.In Difficult moments, seek God.In Quiet moments, worship God.In Painful moments, trust God.In Every moment, thank God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^