Pelajar U, Tapi Macam Budak Sekolah Rendah | fasihah.com


January 12, 2011

Pelajar U, Tapi Macam Budak Sekolah Rendah

Salam semua. Selamat Malam. Tidur sudah ke? Hehe Dah siap homework? Assignment? dan lain-lain yang berkaitan? Sebelum tidur, jom tengok 1 lakaran yang nampak macam lakaran budak sekolah rendah. Tapi yang peliknya, ini berlaku di kelas di U. Ada budak sekolah rendah kot yang kat U ni? Ke macam ne sebenarnya ya?

Ha, cuba tengok gambar di bawah. Ini bukan Graffiti ye. Ini lukisan di atas meja. Siapa punya angkara? Cepat mengaku! Siapa pernah buat meja macam ni?

Tak ada yang nak mengaku ke? Ok ok, FS mengaku. FS masa kecik-kecik sekolah rendah dulu memang selalu buat Vandalisme ni. Sekarang dah baik tahu?

Contengan Di Meja Belajar
Pagi-pagi masuk kelas, perkara pertama yang aku nampak dalam kelas. Lukisan di atas itulah. Haih. Angkara siapa ni? Tangan siapa yang gatal sangat conteng meja tak padam? Aku gak yang kena padam.

[ eceh tunjuk baik pulak FS nie. Ok, bukan masalah tunjuk baik. Ini masalahnya aku rimas tengok meja macam itu rupa. Tak seronoklah nak belajar cam tu ]

Meja tu sedih je bila ada orang conteng-conteng muka dia. Masa orang conteng tu dia dah jerit-jerit dah.

" Jangan! Jangan! Nanti muka aku tak cantik! "

" Jangan lah.. Tolonglah jangan buat kat aku macam ni. Hodohlah aku nanti. "

" Janganlah buat Vandalisme terhadap aku. "

Ha. kawan-kawan sume baik-baik kan. FS je yang memang nakal kecik-kecik dulu. Gatal tangan suka conteng-conteng. Korang semua baik-baik kan. Tak ada buat macam ni kan..

Tak elok tau buat Vandalisme terhadap benda yang tak hidup ni. Memang lah dia tak bernafas. Tapi kita sendiri kena tahu, sebagai manusia apa yang patut dan tak patut kita buat.

meja tu dah memang asal dia macam itu, kalau betul nak cantikkan dia, hias bagi betul cantik. jangan wat lukisan sememeh macam itu.

Ingat! Vandalisme adalah satu jenayah! Jenayah membawa padah! Sayangilah harta benda tak kira milik sendiri atau milik awam.

ok? ;)

Kalau suka, boleh like sini. Dan tekan sini. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

12 comments:

Izamir Ridzwan said...

hahah buat cop mohor kat meja sbgai tnda kngn

Fasihah Supian said...

@Izamir Ridzwan haha IR macam ada pengalaman je tue. ;)

Nieza Micha said...

haha... saje nak tunjukkan bakat seni yg ada la tu...XD

Fasihah Supian said...

@Nieza Micha haha nieza..ke dorang boring sebenarnya..hehehe

Atika Natasha said...

smaikin tggi umur,smakin kanak2 lah kite..smakin bes0r bdan,smakin pendek lah kite mcm knk2..ekeke

Fasihah Supian said...

@Atika Natasha uih..inferens dia.......hehe

Tawel Sensei said...

Vandalisme, bukan Vendalisme :)

zaMir said...

agak2..orang tu rindu kot kat skolah dia...haha...=)

Faiz said...

dorang xtau nk tunjuk bkt dorg kt ne tu..huhuh..x pn dlu nk msuk u mnx kos seni..tp xdpt..tu yg meja jd tmpat luahan tu..huhu

p/s: Terima Kasih FS kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)

****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****

Fasihah Supian said...

@Tawel Sensei ok tawel,tq..da betul kan.hehe

Fasihah Supian said...

@zaMir haha zamir, mungkin kot ;)

Fasihah Supian said...

@Faiz haha tapi kat mana yang seni nya tu faiz??hehe